gambau google
Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa dipercayai ditumbuk suspek di dalam lif pusat perubatan berkenaan.
“Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.
“Ketika berada di dalam lif, mangsa ditumbuk di perut beberapa kali, sebelum dia dihantar ke wad bersalin,” katanya.
Mangsa yang terkejut dan berada dalam kesakitan akibat tindakan tidak berperikemanusiaan pengawal keselamatan itu kemudiannya memaklumkan kejadian kepada suaminya yang berumur 33 tahun, sebelum suami mangsa membuat laporan polis berkaitan insiden terbabit.
Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan. “Kami merujuk suspek ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental. “Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Gila pengurusan hospital ini. Ada ke ambil orang gila bekerja. Buatnya orang gila tu mengamuk membunuh kat hospital tu siapa yang susah. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh syarikat kawalan keselamatan.
Mereka akan mengambil sesiapa sahaja untuk menjadi pengawal. Calon calon tidak ditemuduga ataupun diselidik latarbelakang. Pengalaman aku dahulupun begitu. Untuk memohon jawatan pengawal, aku cuma bertemu dengan pengawal ronda cakap aku nak kerja. Esoknya aku terus masuk kerja.
Jika polis melakukan pemilihan untuk mengambil anggota, pihak syarikat keselamatan juga seharusnya melakukan prosedur yang sama. Ini kerana pengawal keselamatan bertanggungjawap terhadap keselamatan ditempat tersebut. Adakah patut seorang penagih dadah diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan? Renung renungkan lah.
2 comments:
gambar tu...
hhehehehhehe
kenapa heheheee
Post a Comment