Followers

Thursday, November 29, 2012

Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Contoh


ANTARA atur cara menarik pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah Forum Antarabangsa UMNO yang diadakan buat kali ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Forum itu bukan sahaja bagi berkongsi kisah sebenar daripada mulut ahli panel yang menempuhi zaman konflik di negara mereka sendiri malahan membincangkan keamanan sejagat untuk dijadikan iktibar semua pihak yang bertelagah.

Panel peserta terdiri daripada dalam dan luar negara mewakili lebih 200 delegasi kerajaan dan parti-parti politik utama dari 20 negara, khususnya yang pernah atau masih berdepan dengan persengketaan dalaman mahupun dengan negara jiran.

Azerbaijan, Kemboja, Iraq, Palestin, Vietnam, Niger, Sudan, Filipina, China dan banyak lagi menghantar wakil-wakil mereka untuk berkongsi kisah dan pengalaman masing-masing.

Pengerusi forum tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan program tersebut berjaya bukan sahaja dalam menarik lebih ramai wakil delegasi berbanding tahun lalu, malahan menyertai perbincangan secara serius dalam tajuk-tajuk yang dibincangkan.

"Perbincangan yang diadakan padat dengan isi penting khususnya daripada panel-panel jemputan menceritakan pengalaman sendiri agar hadirin memahami situasi sebenar hidup dalam persengketaan.

"Mereka yang turut serta bukan calang-calang orang. Kita ada pemimpin daripada Hamas, Fatah, Bangsamoro, Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Timbalan Menteri Niger, Ahli Parlimen wanita dari Azerbaijan dan wakil dari negara-negara lain juga," katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat forum itu berjaya mencapai sasarannya untuk memberi penjelasan daripada mulut mereka yang hidup dalam dunia bergolak berbanding cerita melalui media massa sahaja.

Tambahnya, selain kehadiran yang semakin ramai, minat untuk menjadi ahli panel juga semakin tinggi sehinggakan wakil Iraq terpaksa membuat permintaan saat akhir untuk berucap dan berkongsi kisah mereka.

Beliau melihat perkembangan itu menunjukkan forum berkenaan telah menjadi satu platform penting untuk masyarakat antarabangsa berkongsi kisah-kisah mereka dengan dunia mahupun rakyat Malaysia sendiri.

"Ini membuka mata dan bagus untuk negara serta UMNO sendiri. Kalau rakyat Malaysia mendengar kisah ahli-ahli panel tersebut, mereka akan tahu betapa bertuahnya dapat hidup di negara ini, walaupun ada konflik yang timbul sekali sekala tetapi kita tetap boleh uruskan dengan baik.

"Untuk sekat konflik sepenuhnya tidak boleh kerana ia sudah wujud sejak kelahiran anak-anak Nabi Adam, Habil dan Qabil, semuanya bergantung kepada cara kita menguruskannya," ujarnya.

Kerana itu katanya, perwakilan yang hadir pada forum tersebut begitu kagum dengan pencapaian Malaysia yang mempunyai pertindihan tuntutan dengan lima negara jiran tetapi semuanya dapat diselesaikan secara baik tanpa peperangan.

Ismail Sabri memaklumkan, para delegasi asing yang hadir sebagai ahli panel atau peserta biasa bukan sahaja memuji peranan Malaysia dalam menyelesaikan konflik negara lain malahan mahu belajar cara dan pendekatan pemimpin negara mengatasi konflik yang dihadapi selama ini.

"Dalam menyelesaikan konflik, perlu ada kompromi kedua-dua belah pihak dan bukan sebelah pihak sahaja mengalah. Negara yang menjadi orang tengah juga tidak boleh ada kepentingan peribadi, kerana itu Amerika Syarikat (AS) tidak sesuai membantu perjanjian damai Palestin-Israel.

"Kita patut sedar kejayaan ini kerana ada pemerintah yang bijak menguruskan konflik dan kerana cara pendekatan mereka juga, kini Malaysia dihormati dunia selepas berjaya membantu menyelesaikan konflik di beberapa negara lain," tegasnya.

Mengambil contoh penyelesaian isu rantau ini, beliau memaklumkan perebutan pulau Malaysia dengan Singapura dan Indonesia diselesaikan di mahkamah antarabangsa sementara tuntutan zon minyak dengan Brunei dan Thailand diselesaikan melalui perkongsian hasil secara sama rata.

Tambahnya, negara tidak pernah memilih langkah ketenteraan mahupun peperangan dalam menyelesaikan konflik yang timbul dengan jiran-jirannya seperti mana yang berlaku antara Azerbaijan dan Armenia mahupun antara Iraq dan Iran.

Menurut beliau, Malaysia kini menjadi model kepada negara-negara lain bukan sahaja kerana menyelesaikan konflik secara aman malahan mempertahankan kata putus yang dicapai.

"Mereka juga kagum kerana kita mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama tetapi tetap mampu dijaga tanpa konflik dalaman yang serius.

"Kerana itu juga kita diyakini mampu menjadi orang tengah jika timbul isu di negara lain seperti mana Kemboja yang menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur pada zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perjanjian damai Bangsamoro di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.

Beliau memaklumkan, bukan sahaja delegasi Kemboja dan Bangsamoro yang mengiktiraf dan menyebut peranan kerajaan Malaysia, malahan banyak negara lain termasuk Hamas dan Fatah memuji sokongan pemimpin negara untuk kemerdekaan Palestin.

Tambahnya, Hamas dan Fatah yang tidak sehaluan dalam politik juga sekata memuji pendirian teguh Malaysia yang tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak termasuk AS dalam mempertahankan sebuah negara Palestin berdaulat.

Selain Thailand yang baru-baru ini dimaklumkan mengharapkan bantuan dalam menyelesaikan konflik di selatan negaranya, Ismail Sabri turut mengakui ada beberapa negara lain mengemukakan permintaan agar kerajaan Malaysia menjadi orang tengah.

"Ada beberapa negara lain yang menghadapi konflik sudah meminta Malaysia memainkan peranan sebagai orang tengah tetapi masih terlalu awal untuk kita dedahkan perinciannya.

"Kita juga tahu ada pihak lain di Malaysia yang ingin mengambil nama seperti dalam penyelesaian konflik di Filipina tetapi delegasi Bangsamoro sendiri telah iktiraf Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang terlibat secara langsung, bukannya orang lain," tegasnya.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerana itu juga Perdana Menteri dijemput ke Manila semasa majlis menandatangani perjanjian autonomi kerana beliau terlibat secara langsung dalam proses damai itu sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi.

"Golongan yang menidakkan usaha-usaha murni kerajaan walaupun setelah diiktiraf dunia, umpama sudah tertutup pintu hati sedangkan mereka tahu semua yang kerajaan lakukan itu bagus. Ini sindrom tidak mahu terima hakikat, tidak mahu mengaku kebaikan orang lain.

"Tetapi, kita dalam UMNO akan pegang kepada hakikat, menang atau kalah kita kena terima. Tak boleh kata demokrasi bila menang sahaja, jerit tidak demokratik pula bila sudah kalah," ujar Ismail Sabri.

Saturday, November 24, 2012

Pidato Kegemilangan Melayu


Dah lama aku tak update pasal bangsa aku iaitu bangsa melayu. Tengah merayau dalam youtube, tiba tiba aku terjumpa video ni. Mula mula macam borang je dengar tapi lama lama naik semangat pulak dibuatnya.


"Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Itulah kata kata laksamana Hang Tuah. Tetapi benarkah orang melayu itu tidak akan hilang? Humm persoalan itu, hanya diri sendiri sahaja yang mampu menjawap. Bagaimana korang menjalani hidup sebagai orang melayu, bagaimana korang mengangkat martabat bahasa dan budaya melayu. Itulah yang menentukan sama ada melayu itu hilang ataupun tidak.

Friday, November 23, 2012

Tiga Cara Untuk Menjimatkan Bateri Telefon Pintar


Akhir zaman ni, manusia dan telefon pintar memang tak boleh dipisahkan. Baik disekolah, kebun getah, masjid hatta tanah perkuburan sekalipun, mesti ada manusia yang menggunakan telefon pintar. Walaupun mereka menggunakan jenama telefon yang berbeza tetapi kebanyakkan pengguna berkongsi masalah yang sama iaitu masalah bateri cepat habis.

Berpegang pada prinsip "Sharing Is Caring", aku nak kongsikan tiga cara untuk menjimatkan bateri telefon korang tu.

Tukar Setting Telefon Pintar
Data, WiFi dan juga GPS adalah antara punca mengapa kuasa bateri cepat habis. Setiap kali telefon korang menghantar ataupun menerima data melalui internet mahupun GPS, ianya akan menggunakan banyak kuasa bateri.

Oleh itu sekiranya korang tidak menggunakan internet mahupun GPS, sila pastikan korang menutup aplikasi GPS,WiFi dan juga servis data.


Caj Bateri Semasa Memandu
Buat pengguna telefon yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, korang boleh mengambil peluang semasa memandu untuk mengecas bateri telefon korang. Tetapi sila pastikan pengecas bateri yang korang gunakan adalah barangan original, bukan buatan China. Maklumlah barang buatan China ni selalunya tidak menepati spesifikasi Sirim. Oleh itu risiko untuk terbakar atau rosak amatlah tinggi.

Elakkan memasang alat pengecas bateri semasa korang menghidup atau mematikan enjin kenderaan. Bimbang nanti ianya boleh "menangkap" telefon korang. Tak pasal pasal telefon korang boleh hangus macam tu je.

Gunakan Kecerahan Skrin Yang Bersesuaian
Telefon pintar memang diakui mempunyai skrin yang cantik dan terang. Namun korang tak perlulah menetapkan kecerahan sehingga tahap maksimum. Melainkan korang rasa nak jadikan telefon korang sebagai ganti kepada lampu kalimantang, itu aku no komen ler.

Korang hanya perlu setkan kecerahan yang sederhana. Sekadar boleh melihat, menjalankan aplikasi dan sedap mata memandang sudah cukuplah.

Itu jelah tips yang dapat aku share kan. Lagipun memang inilah yang aku buat untuk pastikan bateri BB aku tak habis habis. Melainkan aku pergi jauh dan tak bawak pengecas bateri. Itu lain cerita kan. Selebihnya korang boleh google sendirilah yek.

Wednesday, November 21, 2012

KBS Yakin Festival Belia Putrajaya 2013 Lebih Gempak


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.

“Saya percaya jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.

“Sebelum ini untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,” katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.

Bengkel tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.

Ahmad Shabery memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

Beliau juga memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London tahun ini.

“Sebagai contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.

“Aplikasi itu nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.

Tuesday, November 20, 2012

Ancaman Batu Karang


Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.


Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal.

Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Monday, November 19, 2012

Kenali Anggota Sendiri


DALAM pelbagai kes yang saya kendalikan mengenai lelaki, saya dapati sebilangan besar tidak tahu mengenai bahagian atau ‘anatomi’ anggota kelamin mereka.

Mereka tidak tahu keadaan anggota kelamin iaitu seperti yang mana satu buah zakar, kerandut atau kantung buah zakar serta tidak tahu mengenai zakar atau keadaannya ketika berehat dan teruja.

Bagaimanapun, lelaki mula memeriksa alat kelamin ketika bakal mendirikan rumah tangga. Bermula daripada situ, mereka seakan- akan panik apabila memeriksa anggota kelamin kerana kurang pengetahuan mengenainya.

Paling menarik, mereka sering bertanya rakan taulan atau lebih suka merujuk kepada tukang urut berbanding doktor dan pakar.

Pendapat saya, tukang urut tidak tahu secara tepat dan terperinci mengenai struktur dan bahagian anggota kelamin lelaki, malah suka mereka pelbagai cerita karut. Mereka juga percaya jika kantung tidak seimbang, itu tandanya lelaki terbabit tidak sihat atau ia tanda angin pasang.

Mereka juga percaya jika zakar yang kelihatan kecil kalau ditarik akan terjuntai! Malah, amalan ini boleh merosakkan zakar!

Namun, ingin saya dedahkan di sini, semua yang disebut di atas adalah tidak benar. Jangan merujuk kepada tukar urut, sebaliknya cari doktor dan pakar dalam bidang ini.

Dalam satu kes, pesakit saya menyatakan buah zakarnya kelihatan kecil. Dia juga mendapati kerandutnya boleh mengembang dan mengecut mengikut cuaca dan khuatir ia ada kena mengena dengan angin pasang atau hernia.

Untuk menjawab semua kemusykilan ini, lelaki harus tahu mengenai anggota kelamin mereka.

Anggota kelamin lelaki dibahagikan kepada bahagian luar (yang jelas kelihatan) dan bahagian dalam (di dalam badan). Bahagian luar membabitkan zakar dan kerandut atau kantung buah zakar yang mengandungi sepasang buah zakar.

Ukuran buah zakar lelaki dewasa tidak kurang daripada ¾ saiz ibu jari kaki atau sebesar ibu jari tangan. Kerandut buah zakar pula mengandungi lapisan otot yang membuatkan kerandut mudah mengecut atau melebar dan mengembang. Jadi keadaan kerandut berubah-ubah itu adalah normal.

Buah zakar diselaputi otot ‘kremester’ dan ia mudah tertarik ke atas apabila otot itu mencengkam.

Zakar pula akan kecut dan mengecil jika di dalam keadaan biasa dan kadangkala terbenam untuk lelaki gemuk.

Apabila teruja seks, zakar memanjang, menegang atau keras. Sesetengah lelaki mempunyai jenis zakar yang kelihatan terjuntai.

Ketika erek, perubahan saiz tidak terlalu ketara jika dibandingkan dengan zakar kecil dan terbenam yang kelihatan besar dan memanjang ketika erek.

Jangan cuba bandingkan alat kelamin anda dengan paparan dan maklumat di Internet kerana ia tidak semestinya tepat.

Namun, jika anda benar-benar musykil dan ingin tahu lebih mendalam mengenai alat kelamin, saya sarankan anda berjumpa doktor.

Sudah pasti, maklumat diberikan lebih tepat dan jitu.

Ubat Kuat Gagah Perkasa

Orang lelaki terutamanya orang melayu memang tak boleh dipisahkan daripada ubat kuat. Dengan lambakan ubat kuat yang bersepah dijual dikaki lima, ramai orang tua tua yang dah nak habis bateri membeli ubat sebegini. Malangnya kebanyakkannya ubat yang dijual hanyalah mengandungi racun yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Ini adalah antara ubat kuat yang aku jumpa dijual didalam internet. Macam macam nama ada. Pelik sungguh aku dengan orang melayu ni. Suka sangat dengan benda kurafat macam ni.

Africa Black ant adalah obat kuat yang mantap dan terbuat dari bahan-bahan herbat alami tanpa bahan kimia. Obat Kuat ini meningkatkan kemampuan ereksi secara maksimal sehingga memperpanjang dan memperbesar penis saat ereksi yang dapat memberikan kepuasan maksimal bagi pasangan anda. Obat Kuat ini sangat membantu bagi anda yang mengalami impotensi, lemah syahwat, dan ejakulasi dini.

Oil ini berasal dari negara arab yang berhasiat memperbesar, memperpanjang penis secara cepat dan permanen, 100% tanpa efek samping. ” ARABIAN OIL” ramuan herbal arab kuno, turun temurun yang telah ada sejak lama, untuk mengatasi keluhan para pria dan menjaga kerhamonisan pasangan suami istri.yang di kembangkan secara moderen oleh para ilmuan kesehatan negara arab.

Meningkatkan gairah sex anda….. minum 45 menit sebelum berhubungan seks

Nasihat aku, tak payahlah korang beli ubat ubat macam ni terutama yang dijual di internet dan kaki lima. Semua tu syirik je. Kesan positif mungkin ada tetapi  kesan negatif dia lebih banyak. Memang korang makan, konek korang boleh keras panjang tapi kalau dah keras sampai tak turun turun, memang mati lah jawapnya.

Baik korang hayati lagu Allahyarham P Ramle ni. Sejak dulu lagi dia dah cakap yang kebanyakkan ubat yang dijual dikaki lima kebanyakkannya hanya mendatangkan mudarat. Kalau salah sapu, bangun pagi hilang nyawa, jika salah sapu badan licin tumbuh bulu, kalau banyak makan jadi semput.

Hargailah nyawa korang. Ubat sebegini hanya mendatangkan mudarat je. Lagi memalukan kalau korang mati, orang tanya mati sebab apa, nanti orang jawap mati sebab makan ubat kuat. Perghh malu gila bhaiii.

Sunday, November 18, 2012

Akibat Bodoh Melantun


Akibat tidak puas hati kerana kenderaannya dihon, seorang penagih bertindak luar dugaan apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti di depan sebuah kedai serbaneka dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, lagak samseng penagih berusia 30-an itu mengundang padah apabila ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Dalam kejadian jam 10 malam, pegawai polis berpangkat Cif Inspektor itu difahamkan memperlahankan kenderaan dipandunya kerana mahu mencari parkir di depan kedai serbaneka.

Pada masa sama, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur secara mengejut, mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu hampir berlanggar. Berikutan itu, pegawai terbabit membunyikan hon sebagai amaran berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan dan keluar dari kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol mengajak pegawai polis itu bergaduh.

Bagaimanapun, katanya, pegawai terbabit cuba mengawal situasi keadaan dan pada masa sama menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan.

“Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih itu bertindak agresif dalam cubaan melepaskan diri. Suspek berjaya ditahan beberapa minit kemudian dan hasil pemeriksaan, polis menemui serbuk mencurigakan dipercayai dadah milik suspek yang disahkan positif dadah sebelum dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaannya untuk membantu siasatan,” katanya.

Orang macam ni pun ada. Bodoh gila hahaha. Kalau kepala dah stim tu, duduk je lah diam diam. Ini ko merayau rayau. Lepas tu nak tunjuk kuat pulak. Memang ler ko kena.

Friday, November 16, 2012

Penerbangan Tambang Murah Yang Mengagumkan


Kalau ada syarikat penerbangan buat begini, aku rasa memang tak adalah orang nak guna lagi khidmat penerbangan. Semua benda nak di caj hehehe.

Thursday, November 15, 2012

Sayang


sayang apa khabar dengan mu
disini ku merindukan kamu
ku harap cinta mu takkan berubah
kerna disini ku tetap untukmu

sayang apa khabar dengan mu
cubalah kamu telefon diriku
ku rindu dengar suara indahmu
kerana dirimulah semangat hidupku

sayang dengarlah permintaan ku
jangan ragu kan cintaku
sayang percayalah apa kataku
kerna ku sayang kamu

sayang dengarlah permintaanku
jaga hatimu untukku
sayang dengarlah bisikan hatiku
kerana ku sayang kamu

Tinggalkan Isteri Kerana Indon


Gara-gara termakan pujuk rayu wanita Indonesia, seorang lelaki sanggup meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya yang berusia antara lapan hingga 11 tahun sejak hampir dua tahun lalu.

Isteri malang tersebut, Rosnah Mohamad Nor, 42, memberitahu, suaminya sebelum ini merupakan seorang yang bertanggungjawab namun berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada tahun 2006.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halamannya atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai 'Ani'.

"Sebelum ini kami sekeluarga menetap di Klang, Selangor tetapi saya membuat keputusan membawa anak-anak pulang ke kampung saya di Kampung Jejuluk, Pasir Mas manakala suami menetap di Klang kerana bekerja sebagai jurukimpal paip gas di Pelabuhan Klang.

"Selepas menjalin hubungan dengan wanita berkenaan pada awal tahun 2006, suami saya tidak menghiraukan tanggungjawabnya kepada keluarga dan tidak menghubungi kami. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jantan babun macam inipun ada kat Malaysia. Elok jantan babun macam ni disumpit je. Buat malu orang lelaki macam aku dan malukan nama negara. 

Monday, November 12, 2012

Awek Kena Rogol Dengan Rakus


Seorang wanita membuat laporan polis selepas anak gadisnya mendakwa menjadi mangsa tindakan rakus rakan sekerja yang merogolnya di tempat kerja.

Difahamkan, gadis yang berusia 19 tahun itu mendakwa diperkosa tiga lelaki dipercayai warga asing di tempat kerjanya di pasar raya di Selayang, bulan lalu.

Ibu mangsa yang terkejut mendengar pengakuan anak perempuannya itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, petang kelmarin.

Sumber berkata, mangsa mendakwa diperkosa tiga lelaki yang juga rakan sekerjanya itu secara bergilir-gilir ketika mereka bekerja di pasar raya berkenaan. “Mangsa mendakwa dibawa ketiga-tiga lelaki terbabit ke sebuah bilik sebelum diperkosa. Kejadian itu dipercayai berlaku dua kali pada bulan lalu.

“Akibat kejadian itu, mangsa dikatakan trauma dan takut ke tempat kerjanya. Mangsa memberitahu ibunya dia mahu berhenti kerja,” katanya.

Menurut sumber, si ibu yang hairan dengan permintaan anaknya itu bertanyakan mengenai sebab mahu berhenti kerja sebelum anaknya menceritakan apa yang berlaku.

Berikutan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. - HM

Thursday, November 08, 2012

Dora The Explorer - Kanak Kanak Tetek Besar ?


Korang pernah tak tengok cerita Dora The Explorer? Alaa cerita kartun kanak kanak. Dalam siri kartun, Dora tu adalah kanak kanak berusia 8 tahun. Budak umur lapan tahun mana ada tetek. Tapi dalam cerita real ni, Dora ada tetek. Besar pulak tu.

Aku pelik gak, selama ni Hollywood kan ada banyak pelakon kanak kanak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi dalam cerita Dora ni, dorang pakai budak dah baligh pulak. Mungkin strategi dorang nak tarik minat bapak kanak kanak supaya menonton cerita ni.

Bila aku tengok trailer ni, aku rasa cerita ni macam hampeh. Kesan CGI dia memang betul betul teruk. Suck gila. Mungkin sebab tu dia guna budak dah timbul tetek. Sebab nak kasi laris filem kot hehehe.

Tuesday, November 06, 2012

Bala Kahwin Tak Ada Duit


BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bala time nak kawin, boleh pulak lari. Itulah padan muka sapa suruh ko gatal sangat nak kahwin. Orang lain kahwin, ko pun gatal nak kahwin juga. Last last ko yang lari menyorok sebab tak ada duit. Jantan bodoh bangang macam inipun ada kat dalam Malaysia. 

Sebab tak ada duitlah, aku masih bujang sampai sekarang. Kalau aku ada duit, dah lama aku kahwin. Tapi sebab tak nak jadi benda bodoh macam ni, sampai menyusahkan orang ramai, aku sanggup tunggu dulu. Kalau ada rezeki tu, kahwinlah aku. Kalau tak ada, tak apalah aku redha dengan ketentuanNya.

Yang pihak perempuan pun tamak haloba. Letak hantaran sampai RM12 ribu. Ko nak jual anak ko ke apa letak hantaran mahal mahal ni. Syirik je hantaran ni semua. Semua ni peninggalan agama hindu dulu dulu yang dianuti oleh orang melayu sebelum kedatangan islam. Dalam islam tak adapun hantaran. Yang ada cuma mas kahwin atau mahar je.

Ini bila nak kahwinkan anak, minta macam macam. Nak baju itu, sekejap nak baju ini. Nak pelamin macam singahsana anak raja dewa dari kayangan. Nak buat sesi fotografi dan makeup macam artis. Padahal IQ anak diapun cerdik sikit je dari kambing jamnapari. 

Kalau hantaran mahal sebab belanja katering, oklah aku terima. Itupun setakat belanja katering tak adalah sampai 3 4 ribu ringgit. Tapi kalau nak bazir ke pelamin, baju berkelip, sistem audio, makeup dengan fotografi macam artis. Jangan haraplah aku nak bagi duit aku. Mengarut je tu semua.

Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. 

Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.

Monday, November 05, 2012

Jalan Jalan Cari Tayar


Dah lama aku tak update. Bukan malas tapi saja nak tunggu moment yang terbaik *nampak tipu*. Dua hari cuti ni aku asyik berjalan je. Yelah memandangkan aku mungkin terpaksa "pencen" tahun depan, so dengan duit yang ada aku merayau ler. Nanti bila dah takde duit camne nak merayau kan :)

Sabtu lepas aku pergi Klang. Bukan saja jalan jalan menghabiskan duit tapi cari sportrim untuk Elisya. Sportrim yang aku guna tu dah lama sangat. Sejak beli dulu, tu memang owner dia yang pilih. Dah 13 tahun pakai, barulah aku tukau baru.


Sampai kat kedai, memang banyak gile pilihan yang ada. Sampai aku jadi sakit mata nak pilih yang mana. Bukan semuanya cantik pun pada aku sebenaunya. Tu pasal aku rasa sakit mata nak pilih haha. Ada yang aku berkenan tapi tak boleh lekat pulak pada Elisya. Sebab Elisya ni jenis Iswara maka kenalah pilih rim sukan yang mempunyai 8 lubang. Nak pulak rim yang 8 lubang, tak banyak yang cantik cantik. Tu yang sakit di mata dan juga di hati.


Pilih punya pilih, aku pilihlah satu ni. Nak kata lawa tu ntah ler, tapi boleh lah. Kira ada dwi kaler pada rim tu. Bila dah order, aku pikir pikir balik. Jejari dia jarang sangat. Aku jenis tak berkenan kalau jejari jarang. Boleh nampak brek disk yang standard hodoh dan drum break belakang bodoh tu.


So aku tukau lain lak. Asyik tukau je sampai orang kedai tu dah bengang. Tapi lantaklah. Duit aku, sukati lah nak pilih berapa kali. Harga rim saja dah enam ratus lebih. Masuk tayar dah cecah seribu lebih. Tapi nasib baik tayar lama aku ada harga lagi. Tolak tayar lama, dapat RM500.Campur rim tayar baru, campur tolak tunggang terbalik, dapatlah harga lapan ratus lebih.

Tapi biasalah bila kena bab tayar, mesti ada benda nak kena tukau. Aku menyampah bila skru camber kena tukau. Harga bukan murah. Sebijik dah 40 ringgit. Kena dua belah mau 80 ringgit. Bila campur skru camber, terus jadi seribu ringgit.

Bergolok gadai, dapatlah rim sukan baru untuk Elisya. Saiz 15 so nampaklah penuh. Kalau dulu pakai 14, tayar nampak kecik je.

Ahad pulak aku pergi ke Hot Spring, Sungkai Perak. Ikut jalan Kuala Kubu, Tanjung Malim adalah dalam satu jam lebih je. Masuk cuma 12 ringgit untuk orang dewasa dan 5 ringgit untuk kanak kanak. Tempat dia cantik juga. Ada macam hutan rekreasi gitu.




Ada kolam besar siap dengan gelonsor dan air pancut macam taman tema air lain tapi air dia cuma air sejuk je. Kalau kolam air panas, dia kat belakang sikit. Ada kolam untuk rendam kaki sahaja, ada kolam untuk berendam dan kolam untuk rebus telor. Kira kalau korang rendam tu, memang boleh masak terus.



Tapi memandangkan sekarang adalah musim hujan, aku mandi air panas bercampur air hujan je lah. Nak snap gambau pun tak boleh sebab hujan lebat. Kamera akupun dah simpan dalam loker, cadang nak ambil gambar lepas siap mandi. Tapi hujan lebat membuatkan aku tak boleh nak keluar kamera. Gambau yang ada ni aku cilok dari website Hot Spring kecuali gambau signboard kat highway tu. Itu je gambau yang mampu aku ambil sebab dalam kereta tak kena hujan hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...