Followers

Monday, September 17, 2012

Sambutan Hari Malaysia




Semalam berlangsung sudah program Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang kat tempat aku. Takde apa yang best sangatpun. Cuma tarian kaum melayu, cina, india dan juga orang asli je yang ada. Yang hadir merasmikan majlis iniadalah MB Pahang yang merupakan orang tempat aku dan juga Menteri kesihatan, Dr Liow Tiong lai yang juga merupakan ahli Parlimen tempat aku.


Hari Malaysia yang disambut pada 16 september adalah hari penubuhan Malaysia dengan bergabungnya Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Tanah Melayu pada 16 september 1963.


Pembentukan ini dirancang pada 1 Jun 1963 dan ianya ditangguhkan pada 31 Ogos 1963 untuk menyamakan ia dengan tarikh kemerdekaan negara. Tetapi disebabkan beberapa masalah terutama melibatkan negara asing yang mahu mengagalkan penubuhan Malaysia, akhirnya perisytiharan dibuat pada 16 september 1963.


Perisytiharan ini dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata. Kini tanggal 16 September diumumkan hari cuti umum sejak tahun 2010.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...