Followers

Monday, June 11, 2012

Erti Hidup


Kata orang tua tua, hidup ini umpama satu lakonan. Dan dunia ini adalah pentas lakonan. Manakala manusia itu adalah pelakonnya. Sepertimana sesuatu lakonan, setiap manusia akan memegang watak baik mahupun jahat.

Dan setiap lakonan yang bermula, pasti ada tamatnya. Tamatnya sesuatu lakonan itu adalah dengan tamatnya riwayat manusia itu sendiri.

Begitulah aku melihat hidup ini. Boleh dikatakan, manusia yang aku jumpa semuanya mempunyai watak tersendiri. Ada yang mempunyai watak serius, bengis, jenaka, santai mahupun sedih.

Dan yang paling ramai aku jumpa adalah "pelakon" yang tidak pandai berlakon. Ertinya nampak sangat mereka berpura pura.

Inilah realiti kehidupan. Terlalu ramai manusia yang suka berpura pura. Bukan sahaja dihadapan orang lain, malah mereka juga cuba menipu hati mereka sendiri.

Aku yakin, ramai dikalangan kita yang sudah muak dan jelek dengan manusia sebegini. Ada yang berpura pura baik dihadapan kita, ada yang berpura pura seolah olah kaya raya sedangkan diri menanggung beban kewangan yang tinggi. Tak kurang juga yang berpura pura derita demi mendapatkan kesenangan diatas pengorbanan orang lain.

Hidup ini juga umpama kerdipan lilin yang menerangi kegelapan malam. Kita sentiasa berjuang untuk meneruskan kehidupan sepertimana terbakarnya lilin itu sehingga cair.

Dan seperti api lilin, ianya boleh terpadam secara tiba tiba. Begitulah jua dengan nyawa kita. Kita akan dipanggil menghadapNya secara tiba tiba begitu saja.

Walau apa jua makna kehidupan ini, diakhirnya kita akan tetap perlu menanggung kesan diatas setiap perbuatan kita diwaktu hayat ini. Oleh itu corakkanlah kehidupan kita dengan sebaik baik corak. Kerana semuanya akan diadili bila tiba waktunya nanti.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

shaFazie said...

yup setuju dengan kata2 ko :)

Afzainizam said...

mereka berkata hidup itu umpama roda
sekejap kita di atas
sekejap kita di bawah.

namun hidup tidak berputar
masa lah yang berputar
maka masa itulah roda
dan hidup itu jalannya.

hidup umpama puisi
tertulis sebuah kisah
bukan untuk dibaca
tetapi untuk digubah

dipersembahkan di pentas dunia
dilakonkan oleh kita semua
sentiasa betukar perwatakan
berjuta ekspresi dipersembahkan

sekalipun kau tersilap kata
semuanya tetap berjalan kehadapan
teruskan lakonan secara spontan
tiada alasan untuk kau berhenti


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...