Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tiger Beer Bir Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini. Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab. 
Kes bir halal ni terbongkar minggu lepas selepas ada orang yang mahukan bir halal ini dibuat ujikaji. Sebelum ni aku tak pernah lagi dengar wujudnya bir halal. Akupun pelik macam mana bir ini boleh dikatakan halal. Tapi inilah antara pemikiran orang melayu kat Malaysia ni. Bagi mereka, apa sahaja yang datang daripada negara pak Arab, semuanya halal. Padahal kat sanapun bukanlah 100% umat islam.

Jika ditahun tahun sebelum merdeka, orang melayu mudah ditipu pak Arab yang datang berniaga batu cincin dan minyak atar. Orang melayu memanggil pak Arab ni Syeikh dan percaya semua pak Arab kononnya berketurunan Rasullullah s.a.w. Mereka dihormati membabi buta sehinggakan membenarkan pak Arab kahwin dengan anak perempuan mereka tetapi mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan anak perempuan pak Arab diatas tidak sama status.

Begitulah orang melayu sejak zaman berzaman. Apa sahaja yang datang dari luar dihormati tak tentu arah tanpa usul periksa.

Entry Panjang Gila

Aku pelik kenapa akhir akhir ni entry blog aku panjang gila. Rasa dah macam tulis cerpen pun ada.

Apakah gerangan halnya ini

Monday, May 30, 2011

Kongsi - Suatu Enigma


Tadi aku baru tonton filem Kongsi arahan Farid Kamil. Memang benar filem itu banyak mengaut keuntungan tetapi bagi aku filem itu masih ada banyak kelemahan. Walaupun aku bukan orang filem tapi sebagai orang yang kadang kadang waras akal fikiran, sudah tentu nampak kelemahan filem terbabit.

Aku nak cakappun rasanya tak perlu sebab Farid Kamil sendiri mengaku filemnya itu memang ada banyak kelemahan terutama dibahagian akhir. Dia sendiri dah terangkan mengapa filem itu tergantung so aku malas nak komen panjang lebar.

Tetapi aku tertarik dengan satu artikel daripada Utusan malaysia :
BARU-BARU ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. Saya hanya peduli kepada mutu karyanya.
Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem.
Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya.
Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.
Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.
Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah. Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.
Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan. - Utusan Malaysia
Secara jujur, aku memang bersetuju dengan pendapat Ku Seman Ku Hussain. Malaysia kini ketandusan pengarah yang benar benar berkualiti. Boleh dikatakan semua filem yang ada sekarang banyak mengejar keuntungan tanpa mempunyai isi isi yang bernas. Malah menjadi trend, jika satu filem genre seram mendapat sambutan, maka selepas itu akan berlambak lambaklah filem genre seram akan keluar di pawagam.

Kebanyakkan filem sekarang tidak mempunyai aura yang boleh membuatkan penonton merasai sesuatu. Penonton gelak huha huha dalam pawagam. Apabila keluar sahaja, mereka akan melupakan semuanya. Seolah olah cerita itu tidak berbekas didalam hati mereka.

Semalam adalah Hari Seniman Negara dimana ianya disambut sempena ulangtahun pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Sudah 38 tahun Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita. Tetapi malangnya kita masih belum mempunyai pengganti sebaik beliau. Dahulu Allahyarham Yasmin Ahmad juga boleh disebut sebut sebagai pengarah filem yang terbaik. Yang boleh menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Tetapi itulah Allah s.w.t lebih menyayangi orang orang yang berbakat besar.

Entah bilalah Malaysia mempunyai pengarah yang benar benar berkualiti bukan sahaja untuk mengangkat martabat filem negara, malah mempunyai kelainan dan mutu didalam setiap cerita yang dihasilkan.

Kisah Seluar Dalam


Masa aku muda belia dulu lebih kurang 18 19 tahun yang lalu, pernah dengar kes orang hilang seluar dalam. Selalunya yang hilang adalah kepunyaan orang perempuan ler. Tak pernah lagi aku dengar boxer orang jantan kena curi.

Ada yang kata, tujuan si penchuri tu adalah untuk mengubat jerawat kat muka dia. Aku tak tahulah betul atau tak. Akupun tak tahu macam mana nak guna. Sama ada nak rebus seluar dalam tu lepas tu minum airnya. Ataupun main sapu sapu kat muka. Atau sarung kat kepala masa nak keluar jalan jalan.

Ada juga yang kata tujuannya adalah untuk ilmu hitam. Misalnya untuk membuat si tuan seluar dalam tu jatuh cintan sama dia. Teringat cerita orang tua tua, ada seorang pemuda berkenan sangat dengan seorang awek ni. tapi awek ni taknak dia. So pemuda ni jumpalah satu bomoh dan bomoh tu cakap antara syaratnya adalah mengambil seluar dalam awek tu tadi dan wajib kawin. Kebetulan awek ni tinggal dengan mak dia yang dah lama janda.

So pemuda ni pun pergilah curi seluar dalam kat rumah awek tu. Bila bomoh tu dah siap jampi, tiba tiba yang suka kat pemuda tu tadi bukanlah awek tu tapi mak dia. Nak taknak pemuda tu kenalah kawin dengan mak awek tu tadi.

Tu cerita orang tua tua ler. Tak tahu ler sama ada betul atau tak. Lagi satu kalau bab seluar dalam ni, orang suka kaitkan dengan pelaris. Biasanya kedai makan ler. Ada orang cakap seluar dalam tu dimasak bersama dengan lauk atau nasi supaya pelanggan rasa sedap semacam.

Tak boleh bayang kalau nampak kedai makan gantung seluar dalam buat pelaris hehehehehe.

Orang Melayu Perlu Sedar

Orang melayu boleh hilang tanah kubur jika tidak beringat

MINGGU lalu ketika melintasi kawasan bendang atau sawah padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelihatan anak-anak padi yang subur menghijau.


Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan sawah ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran.

Tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai sawah kerana di satu kawasan berhampiran jalan besar dan tali air, sawah itu sudah ditambak. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan. Masih ada ruang kosong di situ yang khabarnya dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah.

Di sebelah sawah yang sudah ditambak itu, masih kelihatan anak-anak padi yang sedang membesar. Adakah tanah itu mampu bertahan sebagai sawah? Lambat laun ia pasti mengikut ‘jirannya’ yang sudah ditambak dan bertukar status - tanah pertanian kepada perumahan - malahan mungkin akan bertukar pemilik.
Sebenarnya pemandangan sebegini sudah menjadi lumrah. Dulu sawah terbiar disebabkan tidak ada yang sanggup mengerjakannya. Ketika itu tanah terbiar akan bertukar menjadi kolam ikan, udang atau ditanam kelapa sawit. Kini tanah yang masih boleh dikerjakan itu juga sudah menjadi ‘buruan’ untuk ditukar statusnya.

Di kawasan Parlimen Permatang Pauh misalnya sudah lama sawah terbiar dan sesetengahnya masih subur telah dibangunkan dengan projek perumahan, kedai, pejabat, pusat membeli-belah dan institusi pendidikan. Ada juga sawah bertukar menjadi jalan raya atau lebuh raya.

Akhirnya saiz tanah sawah atau dikategorikan sebagai tanah pertanian yang kebanyakannya dimiliki orang Melayu semakin mengecil. Ini bermakna hak milik tanah orang Melayu terus berkurangan. Pada masa sama, tanah yang mampu menghasilkan makanan semakin berkurangan sementara jumlah penduduk termasuk yang tinggal di bekas tanah pertanian itu kian bertambah. Mereka juga memerlukan makanan.

Mungkin secara sinis kita boleh berkata, berapa sangat hasil tanah pertanian itu? Lebih baik kita mengimport makanan dari luar. Tetapi apabila harga makanan naik kerana diimport, maka siapakah yang akan mengeluh? Ketika negara pengeluar menghadapi bencana yang menyebabkan bekalan mereka juga berkurangan, kita juga gelisah. Ketika itu negara pengeluar makanan ini boleh ‘meletak harga’. Kita boleh membina kilang membuat makanan di atas tanah sawah tetapi tidak ada kilang mengeluarkan padi tiruan untuk dijadikan beras.

Hakikatnya, tanah terus berkurangan. Semakin ‘tua’ bumi ini, maka semakin berkurangan tanah - dihakis oleh pembangunan dan dihakis oleh pelbagai faktor alam. Mungkin inilah sebabnya kawasan pantai terpaksa ditambak untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan pembangunan tetapi sekali lagi, kerja-kerja menambak itu juga memerlukan tanah. Akhirnya bukit bukau ditarah untuk menambak kawasan laut. Begitulah pusingan yang berlaku terhadap tanah di muka bumi ini.

Kembali ke Pulau Pinang, pegangan tanah Melayu di negeri itu juga semakin mengecil. Menurut satu laporan, ‘hakisan’ berlaku akibat tanah digadai termasuk kepada bukan Melayu atas pelbagai sebab. Tidak terkecuali kerana masalah hutang. Jika tidak tergadai kerana hutang pun, tanah Melayu hilang atas nama pembangunan. Baru-baru ini di daerah Timur Laut (sekitar kawasan Georgetown), dilaporkan tanah kubur pun turut diteroka untuk pembangunan. Akhirnya tanah perkuburan orang Islam juga semakin mengecil.

Justeru Melayu jangan cepat lupa diri lebih-lebih lagi apabila mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Ada sesetengah waris menjadi ‘gelap mata’ setelah mereka mendapat tanah pusaka sehingga akhirnya tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Sikap tamak juga membelenggu golongan ini. Jika dulu tanah yang diteroka oleh nenek moyang dikongsi bersama untuk mereka sekurang-kurangnya membina rumah atau bercucuk tanam, kini tanah itu mahu dipecah dan dibahagikan mengikut waris. Akhirnya tanah itu menjadi kecil dan kemungkinan terlepas ke tangan orang lain. Kerana merebut tanah pusaka, ada juga saudara mara yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Orang sebegini sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana hanya bergantung kepada tanah nenek moyang. Di tanah yang diwarisi itulah mereka membina rumah walaupun dalam keadaan sesak dan memusnahkan alam. Mereka tidak mampu membeli walau sebuah rumah apatah lagi sebidang tanah di kawasan lain yang dapat menambah pemilikan tanah atau harta keluarga yang diwarisi. Berapa ramai daripada kita mampu membeli tanah untuk menambah stok tanah yang diterokai keluarga terdahulu?

Ketika tanah yang diwarisi dibahagikan dalam jumlah yang kecil dan pada masa yang sama tidak ada penambahan stok tanah dilakukan, apakah yang bakal diwarisi generasi seterusnya? Lebih malang lagi apabila tanah itu terjual kepada orang lain. Ketika itu ke mana anak-anak cucu kita akan tinggal? Nak lari ke dalam hutan? Itu pun jika masih ada hutan dan hutan itu pula tidak menjadi milik sesiapa. Hari ini, boleh dikatakan setiap inci tanah sudah ada pemiliknya.

Cuma apa yang akan berlaku ialah pertukaran hak milik daripada tangan A kepada B. Lebih malang lagi atas nama pembangunan, tanah itu akan terlepas juga. Pada era ini, kebanyakan tanah yang diambil tidak diganti dengan tanah sebaliknya ditukar kepada wang tunai atau mendapat sebuah rumah. Pertukaran hak milik juga berlaku apabila ada projek terbiar di tanah Melayu jatuh ke tangan orang lain. Begitulah hakisan pemilikan tanah yang melibatkan Melayu.

Di atas kertas, kita sudah hilang Tanah Melayu dan jangan sampai tanah yang menjadi milik Melayu akan turut lenyap dalam peredaran masa yang semakin mencabar ini. Mungkin jika tidak diawasi, suatu hari nanti tanah wakaf juga hanya tinggal nama. Jika dosa pahala, syurga neraka boleh diberi pelbagai tafsiran, inikan pula tanah wakaf. Ketika itu benarlah ‘bumi dipijak milik orang’. Semoga orang Melayu Islam tidak menerima nasib seperti Osama Bin Laden yang ‘dikuburkan’ di dalam laut.

Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, May 29, 2011

Jalan Time

Jumaat lepas aku lepak One Utama dengan anak buah aku. Ntah anak buah aku nak shopping apa akupun tak tahu. Tak boleh blah time aku makan kat Waffle World. Aku ambik lamp chop. So cam biasalah kalau bab potong emotong ni aku lemau sikit. Tambah tension bila pinggan asyik bergerak je. Nasib baik pinggan tak tercampak time aku potong daging tu.




Aku kalau turun KL tak sah kalau tak beli buku. Maklumlah duduk kampung takde kedai buku besar. Yang adapun cuma kedai buku biasa. Disebabkan aku ada masalah kewangan, aku cuma beli satu je lah. Buku yang aku beli adalah Armada Laut Umawiyyah (rujuk klik sini).



Buku ni pasal sejarah armada laut islam yang pertama. Muawiyah adalah orang pertama yang cadangkan tentera islam mempunyai armada laut dan akhirnya ianya terlaksana apabila kali pertama ianya berjaya merentasi lautan Mediterranean malah hampir berjaya menawan Constantinople.

Kalau korang jenis suka membaca, korang boleh dapatkan buku ni. Kira oklah sebabnya ianya cukup dengan informasi mengenai seseorang tokoh dan sejarah armada laut islam. Aku nak beli buku Tun Mahathir iaitu A Doctor In The House tapi duit takde pulak. Tanya abang aku, dia tak beli pulak. Biasanya dia beli kalau buku Tun Mahathir ataupun buku berkaitan politik.

Friday, May 27, 2011

Gantung Kepala Babi Adalah Isu Perkauman !

Polis menolak kemungkinan kes sebuah gerai cendol disimbah cat merah dan digantung kepala babi berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini semalam mempunyai kaitan dengan ah long.

Ini kerana peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan ah long dan mangsa tidak mengenali lelaki yang membuat panggilan memberi amaran supaya peniaga terbabit berhati-hati baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya masih mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan biarpun agak sukar kerana panggilan itu dibuat menggunakan telefon awam.

"Polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk jemaah masjid dan peniaga berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut. Saya juga ingin tegaskan sekali lagi yang kejadian ini tiada kaitan dengan isu perkauman dan agama kerana ia melibatkan individu tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemui kepala babi tergantung di sebuah gerai cendol berhampiran masjid itu.
Kepala abah ko ini bukan isu perkauman. Kalau dah gantung kepala babi kat kedai berhampiran masjid, itu dah melampau. Aku tak kira. Ko cari suspek tu sampai dapat. Celaka main gantung kepala babi dekat masjid.

Thursday, May 26, 2011

Manusia Celaka Dalam Malaysia

Kalau korang rajin surf internet, sebenarnya begitu banyak blog blog yang tumbuh macam bulu pelir ketiak kat Malaysia ni. Itu termasuklah blog picisan, blog bisnes, blog sampah, blog blue dan bermacam kategorilah. Itu tak termasuk FB lagi. Tapi sekarang aku cukup anti dengan tuan punya blog/FB satu ni.


Inilah orang yang paling aku benci sekarang. Kalau aku jumpa dia ni memang aku hentak muka dia dengan batu sampai pecah. Nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara begitu popular sekarang. Korang taiplah dalam google, mesti bersepah jumpa orang yang nak bunuh celaka ni.

Tapi aku percaya dia ni bukan perempuan tapi lelaki. Orang melayu umur dalam belasan sampai 30 an. Gaya bahasa dia macam budak muda lagi. SKMM pun lambat bertindak dalam hal ni. Ntah apahal dorang slow sangat akupun tak tahu. Tapi biasalah dorang ni kerja ikut sapa report. Cuba kalau Menteri report, cepat je siap laporan. Biasalah orang politikkan.

Blogger Asrul Tukar Nama Aleesha Farhana


KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Adoii lawak doww kes ni. Nak kutuk karang kesian pun ada. Yelah kalau dah sampai mak bapak diapun sokong, nak buat camner lagikan. Maybe betullah dia ada masalah biologi kot. Cuma sebab dia tak dapat tunjukkan surat perubatan yang mengesahkan dia ni memang perempuan tulen, itu yang mahkamah tolak.

Kalau ada mana mana maknyah kat luar sana yang nak mencuba nasib, bolehlah pergi mahkamah. Tapi siapkan semua dokumen perubatan dulu. Kalau tak  korang kena pergi mahkamah syariah pulak sebab berpakaian wanita ditempat awam hehehehe.

Wednesday, May 25, 2011

Dimana KeAdilan Untuk Khairul Ivan Iqmal - Pandikutty!


Seorang pembantu jualan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik ibunya, dua minggu lalu.

Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, yang memakai kemeja-T dan berseluar jeans itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Manira Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, Khairil Ivan didakwa merogol remaja berumur 15 tahun itu di dalam kenderaan berwarna putih di tepi Jalan Kosas, di sini, pada jam 11 pagi, 11 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.- Harian Metro

Perghh nama gempak. Rambut pun smart. Pakai Aplhard tu baii. Mesti anak orang kaya ni baii. Tak silap aku mamat ni kena tangkap time dia tengah mengangkang awek tu. Seluarpun dah tanggal. Tapi itulah bodoh melantun lantun budak ni. Nak mengangkangpun agak agaklah tempat. Kat tepi jalan pun ko nak mengangkang. Tak pasal pasal kena tangkap.

Tapi takpe. Ikut pengalaman aku yang lepas lepas, ko minta je tangguh kes. Kalau polis nak ambik sampel DNA, ko jangan bagi. Ko jangan sesekali mengaku salah. Ko suruh kengkawan ko buat demo depan mahkamah. Alaa mahkamah Malaysia ni mana ada keadilan bro. Ko cakap je ini semua konspirasi UMNO nak jatuhkan ko.

Ko mesti lepaslah nanti. Kalau ko kena penjara, ko salahkan Hakim. Ko cakaplah Hakim tu tak adil. Hakim tu kena bayau. Ko tanya Hakim tu nanti apasal Anwar Ibrahim boleh tangguh kes, siap pergi keluar negara lagi. Tapi ko terus kena penjara. Ko soal je Hakim tu. Ko jangan risaulah. Ko minta tolong daripada peguam terkenal kat Malaysia. Sape lagi Karpal Singh lah. Gerenti Karpal Singh boleh pusing kes ko jadi 360 darjah hehehehe.

Bebaskan Khairul Ivan Iqmal ! Mahkamah Pandikutty!
Nanti bebudak AMK Keadilan termasuk makcik Zuraidah Ampang akan datang backup ko. Nanti dorang menjerit kat luar mahkamah cakap mahkamah pandikutty. Sure ko akan jadi glamor hehehehe.

Tuesday, May 24, 2011

Kopitiam Di Malaysia Halal Atau Haram ?


Sejak dunia nak kiamat ni, aku tengok ramai sungguh orang islam yang dok balun makan minum kat kopitiam kopitiam cina yang bersepah kat Malaysia sekarang. Antara kopitiam yang menjadi kegemaran orang melayu adalah Old Town White Coffee, Kluang Rail Coffee, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi.

Aku adalah tengok dalam blog blog semasa aku buat blogwalking, dorang megah makan minum kat kedai kedai ni. Aku ada tanya dorang sama ada kedai tu halal atau tidak tapi kebanyakkannya hanya mendiamkan diri. Ada juga yang kata tak pasti.

Aku perasan juga yang kebanyakkan kopitiam ni menayangkan logo halal diluar kedainya. Tapi betul ke sah logo tu? Sedangkan orang buat movie berjuta ringgitpun boleh dicetakrompak, inikan pulak sekadar logo halal tu kan. Apatahlagi dengan sijil halal yang tamat tempoh.

Hanya minuman sahaja yang halal
Berbalik pada isu diatas, adakah kebanyakkan kopitiam ni halal atau haram, rasanya ianya halal pada minuman saja. Tapi soal makanan tu, agak sukar nak percaya. Korang tanyalah mana mana orang bukan islam, dorang hanya tahu yang haram pada orang islam adalah babi, anjing dan arak. Tapi dorang tak tahu kalau ayam yang disembelih oleh orang bukan islam dikira haram. Soal haram atau halal sebenarnya begitu meluas didalam islam. Ianya bukan setakat terhad kepada anjing, babi dan arak.

Terpulanglah kalau korang sama ada nak terus makan minum di kedai orang bukan islam atau tidak. Aku rasa di Malaysia ini masih banyak lagi kedai orang islam so ianya tak menjadi masalahpun kalau korang tak datang langsung kopitiam kopitiam ni.


Melayu Dan Nombor


Melayu ni satu bangsa yang unik. Salah satu ciri bangsa melayu dia boleh dikatakan lemah sedikit didalam bidang ilmu hisap. Bukan hisap tetek artis miera liyana atau hisap dadah. Tapi ilmu hisap ni nama kuno bagi mata pelajaran matematik. Matematik pun dah kira old skool. Sekarang bebudak lebih suka sebut mate. Lepas ni agaknya panggil m je lah sebabnya makin lama semakin pendek sebutan.

Ok kita abaikan mengapa ejaan matematik semakin pendek. Bukan itu yang aku nak ceritakan. Tapi yang aku nak tekankan disini adalah perkaitan orang melayu dengan nombor. Berbalik pada isu pokok, orang melayu boleh dikatakan lemah sedikit didalam bab bab matematik ni. Tapi kalau bab nombor ramalan atau nombor ekor, orang melayu memang terer. Malah setanding dengan bangsa asing kepandaiannya didalam bab nombor ekor ni. Tapi terer bercakap jelah.

Pernah satu ketika, aku lepak kat mamak lepas balik kerja. Tiba tiba datanglah dua orang mamat melayu ni. Umur aku kira dalam pertengahan 30 an. Dorang ni duduk belakang meja aku. Duduk duduk je terus buka cerita pasal nombor yang dorang beli. Fuyoo memang dahsyat lah kalau korang dengar dorang bersembang. Macam sifu dah bunyinya. Last last aku dengar dorang menangpun tak adalah banyak mana. Beli beli nomborpun asyik berpusing je hahahaha.

Kawan aku tengah kira nombor
Akupun ada lah kawan yang minat bab nombor nombor ni. Dia memang selalu beli tapi tak adalah beli besar. Kadang kadang main 50 sen *macam ni pun ada*. Malam kelmarin, dia bukalah kertas depan aku. Dia ceritalah yang dia menang RM 22 ringgit. Aku ulang dia menang RM 22 ringgit tu siott. Kira hebatlah juga untuk orang yang bermain 50 sen hehehehehe.

Tapi sebelum ni dia pernahlah menang besar. Aku rasa paling banyakpun dua ribu kot dia menang dulu. Tapi itu jelah. Semuanya nasib je nombor yang dia beli tu kena. Aku tanyalah, duit dia menang ni dapat balik ke modal. Dia cakap dapat tapi dapat modal yang terbaru jelah. Kalau dikira modal dari awal dulu dia main, memang sah rugi.

Inilah satu sikap buruk orang melayu ni. Cukup suka main nombor. Kita tolaklah orang kafir sebab dorang tu orang kafir. Matipun kita tahu dia kemana perginya nanti. Ini orang melayu yang mengaku islam tapi cukup suka main nombor. Dah tua tuapun sibuk lagi main nombor. Bila menang tersengih memanjang. Tapi bila kalah mulalah mengamuk tak tentu arah.


Aku selalu tanya orang yang main nombor ni, selalunya berapa kalilah dorang menang. Jawapan yang diberikan selalunya meragukan aku je. Bila jawappun nak taknak je. Dorang sendiri tahu rugi main judi ni tapi entahlah dah jadi darah daging. Memang susah nak buang.

Satu benda menarik aku nak cakap tentang orang kaki judi ni. Salah satu alasan yang sering digunakan oleh kaki judi ni untuk menghalalkan tindakan dia adalah : "duit aku menang ni aku tak beli makan so bolehlah pakai". Korang tanyalah mana mana kaki judi. Inilah antara alasan yang dorang paling suka guna.

Dorang ambil daripada petikan hadis Rasullullah s.a.w "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya." Haa yang ini jelah dorang tahu. So dorang putarbelitkan hadis ni. Dorang tak beli makanan tapi guna untk beli benda lain macam kereta, pakaian dan lain lain. Lawak gila pemikiran dorang ni. Inilah satu keistimewaan orang melayu hehehehe.

Dorang selalu guna hadis tu untuk halalkan duit judi tapi dorang lupa ayat ini “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90) dan juga yang ini "Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi. ” (Riwayat Muslim)

Kalau beli nombor saja sudahlah. Ini sampai cari bomoh, sembah kubur, pokok dan batu ikut cara orang kafir. Semuanya semata mata nak dapat nombor yang baik kononnya. Padahal langsung tak kayapun. Tengoklah siapa yang main judi ni jadi kaya? Yang kaya sebab judipun cuma tokey judi tu sendiri. Orang yang main, makin miskin adalah.

Orang melayu payah nak berubah....

Monday, May 23, 2011

Tips Batang Konek Tegap Dan Sihat

AMARAN INI ADALAH BACAAN UNTUK LELAKI TULEN SAHAJA


Setiap lelaki tulen mesti mahukan yang terbaik untuk batang mereka. So aku cadangkanlah korang buat benda ni kalau nak power. Tapi kalau jadi benda lain nanti, jangan salahkan aku pulak.
  • Tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci ! 
  • Bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar - supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapiawek ketika persetubuhan
  • Mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu - terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina
  • Sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu korang mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan awek. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan korang dalam aktiviti seks


    Urut dari pangkal hingga ke kepala zakar sisi kanan dan kiri. Tahan kulit di bahagian pangkal zakar sekiranya kulit zakar anda berkedut atau kendur. Lakukan 5 kali urut sekali genggaman


    Urut dari pangkal lubang dubur hingga ke pangkal buah zakar. Ulang 7 kali.


    Tekan di dua bahagian lubang cincin dengan dua jari perlahan-lahan. Ulang 11 kali.


    Urut di celah kelengkang hingga separuh peha dan seterusnya ke lutut. Ulang 21 kali.



    Susur di pangkal zakar dan unit keluar kiri dan kanan atas dan bawah.Buat 7 kali.
    Tangan kanan memegang zakar melalui bawah peha kanan, luruskan kaki sedikit demi sedikit sebanyak 7 kali.

    Tangan kanan memegang zakar melalui bawah peha kanan, luruskan kaki sedikit demi sedikit sebanyak 7 kali.

    Korang buatlah benda ni setiap hari. Pesan tok guru aku, rajin berusaha tangga kejayaan. Mudah mudahan daripada 6 inci korang punya tu akan jadi 16 inci nanti. Tapi kalau jadi panjang macam belalai gajah aku tak masuk campur yek kekekekeke

    Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul Part 3



    Hari Kemenangan
    Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.



    Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka...

    Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.

    Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.

    Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, "Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku"

    Sebaik-baik Ketua Dan Tentera
    Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:

    “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

    Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

    Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.

    Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.


    Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

    Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar - gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. 

    Thursday, May 19, 2011

    Pocong Oh Pocong Part 2

    Tadi aku ceritakan pasal ada orang nampak Pocong. So petang tadi lepas balik kerja, aku ambiklah gambau dikawasan berkenaan. Akupun tak pasti kat mana orang nampak tapi inilah jalan yang aku cakapkan dalam entry sini







    Sorry sebab tak ada Pocong dalam gambau. Gila ke Pocong nak keluau siang siang. Memang dia nak kena rejam ler kalau keluau siang buta. Kenapa aku tak ambik gambau waktu malam? Bukan aku takut tapi camera aku tak clear kalau malam hehehehe.

    Klik sini untuk membaca cerita mukadimah

    Pocong Oh Pocong


    Dulu aku pernah buat entry pasal ada orang nampak hantu kat kg aku ni (klik sini). Oklah akupun dah lupa pasal cerita tu. Then minggu lepas kawan aku pulak cakap. Dia cakap ada polis nampak Pocong masa dia masuk ronda malam malam. 

    Aikk ada lagi rupanya cerita ni. Aku tahu tempat yang dikata polis nampak Pocong tu. Akupun selalu lalu situ waktu malam. Itupun cuma dalam pukul 10 atau 11 jelah. Lebih dari tu, akupun tak berani. Sebabnya kiri kanan jalan tu gelap gelita. Penuh semak samun. Jalan dia tak panjang tapi memang rasa tak best kalau jalan malam malam. Sebabnya jalan penuh berlubang. Hancurlah Elisya aku kalau selalu jalan kat situ.

    Lepas tu malam sabtu lepas masa balik dari main kereta, aku balik rumah pukul 3 pagi. Memanglah aku tak lalu ikut jalan tu tapi tiba tiba je teringat apa yang kawan aku cakap. Perghh terus seram pulak aku. Terbayang pulak dalam kepala otak kalau tiba tiba Pocong tu berdiri kat tepi jalan.

    Dengan berbalut kain putih, kepala berikat punjut. Hanya bahagian muka je nampak. Itupun kalau muka jambu takpelah juga. Ini kalau muka berdarah, berulat macam mana. Dengan bau dia melantun lantun. Perghhh takley bayang doww. Kalau dia berdiri pulak tengah jalan lagilah haru. Sah memang aku langgar lari jelah Pocong tu.

    Alhamdullilah aku tak nampak Pocong tu kat mana mana. Mungkin dia dah penat tunggu pastu dia balik kot. Akupun taknak jumpa dia. Tapi kalau dah Pocong tu beriya benau, terpaksalah aku hadap juga. Lagipun kalau dia dah block jalan aku nak balik umah, aku nak lari mana lagi. Bak kata Anwar: Lawan tetap Lawan.

    Tapi aku tetap musykil..Biau betul ada Pocong. Macam tak logik je Pocong tu ada kat situ. Padahal bukannya tanah kuburpun kat situ. Situ dulu kawasan kuarters rumah Kerajaan. Pelik wooo.

    Wednesday, May 18, 2011

    Berapa Lamakah Lagi...

     Petang semalam aku merayap kat tepi sungai..Melihat kehidupan yang berkeliaran. Daripada manusia sampailah haiwan. Sambil merenung masa depan dan masa lepas. Dalam usia 27 tahun, berapa lama lagi masa aku yang tinggal diatas dunia ini. Apa yang telah aku lepaskan didalam kehidupan ini...

    Air sungai mengalir tenang..membawa seribu kenangan..Kenangan yang tak bisa berulang lagi..Ada masanya terasa hidup ini terlalu panjang..Dan ada masanya aku merasakan terlalu singkat..Melihat matahari terbenam..Terasa seakan sama membuatkan hati ini sama terbenam..

    Apa akan terjadi pada penghujung hayatku, aku serahkan segalanya pada ketentuan Ilahi....

    Sultan Muhammad Al-Fatih Dan Pembukaan Istanbul Part 2



    Asy-Syeikh Ak Semsettin
    Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

    Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.

    Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."

    Persediaan Ke Arah Penawanan
    Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti

    Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

    Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

    Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan.
    Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.

    Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan.
    Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

    Serangan
    Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

    Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb.
    Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.

    Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

    Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.

    Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine dan Eropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.


    Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine
    Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. 


    Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".

    Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

    Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.

    Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, "sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".

    Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.

    Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...

    Keajaiban Tentera Othmaniyyah
    Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

    Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

    Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

    Serangan Besar-besaran Mujahidin
    Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

    Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.

    Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

    Usaha Damai Terakhir
    Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. 

    Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, "... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!". Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda.”

    Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

    Bersambung...

    Untuk membaca bahagian pertama, sila klik sini

    Tun Mahathir Pemimpin Disayangi


    SENTUHANNYA sama seperti dulu ketika masih menjadi Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det di kalangan mereka yang rapat dengannya, kelihatan sibuk menulis sesuatu di mejanya ketika saya masuk ke pejabatnya di Tingkat 86, Menara Berkembar PETRONAS baru-baru ini.

    Sambil tersenyum lebar beliau membuka kata: “Terima kasih kerana ingin tanya great ideas saya,” ujarnya sebaik saja saya duduk. Di belakangnya kelihatan Menara 2 PETRONAS yang dikelilingi panorama yang diselaputi jerebu pagi Khamis lalu.
    Tun berpakaian baju kolar ala-Nehru berwarna kelabu kegemarannya, memang sentiasa bersedia untuk menjawab apa juga soalan yang dikemukakan, sejak dari dulu lagi. Malah beliau tidak pernah menghampakan wartawan walau di mana beliau ditemui ketika menjadi Perdana Menteri. Beliau juga mempunyai perwatakan sederhana dan tidak berubah sama seperti dulu.

    Pengawal peribadinya juga dulu, yang diketuai Pak Ali, sentiasa mesra dengan wartawan ketika Tun menjadi Perdana Menteri dan tidak banyak menghalang tugas mereka. Dua daripada pengawal peribadinya, Pak Mail dan Fadilah masih berkhidmat bersama Tun hingga sekarang.

    Tun nampak sibuk sekarang, macam dulu juga, tanya saya memula perbincangan.
    “Memanglah saya ada banyak program,” katanya sambil menunjukkan kertas yang mempunyai senarai padat atur cara yang perlu dihadirinya sepanjang hari.

    “Saya juga selalu ke luar negara. Kalau nak jumpa selalu mungkin susah sikit,” ujarnya. Selain di Menara Berkembar PETRONAS, Tun Dr Mahathir juga berurusan secara bergilir-gilir di beberapa pejabatnya yang lain di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya, Pejabatnya di Perusahaan Automobil Nasional (PROTON) di Shah Alam dan Yayasan Keamanan Global Perdana di Bangunan AlBukhary Kuala Lumpur.

    Teringat saya pada kata-kata seorang pegawai Yayasan Keamanan Global baru-baru ini, Tun selalunya tiba di pejabat pada jam 8 pagi sedangkan mereka mula bertugas sejam kemudian. “Kadangkala rasa segan juga bila sampai beliau sudah ada di pejabat,” katanya mengungkapkan komitmen bekas Perdana Menteri itu terhadap tugasnya.

    Tanpa membuang masa saya terus mengajukan pertanyaan. Pembantu khasnya, Sufi Yusof duduk tidak jauh di sebelah kanan saya dan memerhatikan bosnya diwawancara.

    Tun nampaknya masih ramai peminat, di mana-mana pun ramai hendak minta Tun tanda tangan buku, risalah atau lain-lain. Ada yang hendak bergambar dengan Tun?

    Sambil tersenyum lebar beliau menjawab: “Saya gembira kerana di Malaysia pemimpin masih boleh berjumpa, bergaul dengan rakyat. Kalau di negara lain, jadi saja ketua kerajaan terputus hubungan kerana takut, rakyat kadang-kadang bertindak ganas. Di Malaysia ketika jadi Perdana Menteri pun saya boleh pergi ke pasar raya untuk membeli barang dan orang datang berjumpa, bersalam apa semua. Sekarang ini pun macam itu, ini satu keistimewaan di Malaysia”.

    Biarpun soalan itu mungkin berbunyi biasa saja, bukan berkaitan isu dasar atau perkara berat, namun Tun tetap memberi jawapan dengan teratur dan nada tegas. Pemikirannya juga tajam dengan apa juga persoalan yang diajukan.

    Betulkah Tun saya dengar di pejabat Tun di Putrajaya masih ada banyak buku yang tunggu untuk ditandatangani. “Saya pun ada bawa buku hari ini”.

    Sambil ketawa, beliau berkata memang setiap hari ada berpuluh-puluh buku untuk ditandatangani. “Tak apalah saya sign juga kalau orang sudah hantar kerana depa berhajat. Tapi kena ambil masa sikitlah, sebab lenguh tangan hari-hari sign sampai berpuluh-puluh. Sikit-sikit itu bolehlah”.

    Kenapa Tun tulis memoirs ini?

    “Saya sudah putuskan (untuk tulis) dari dulu lagi masa saya masih kerja lagi. Dulu pun saya fikir ada baiknya saya rekod pengalaman saya, sebab saya berpendapat bahawa baik buruknya orang boleh tahu, jadi yang mana saya buat salah mereka boleh elak. Kalau benda yang saya buat itu menguntungkan kerana sudah lama kita dapat tahu hasilnya, orang boleh juga dapat pelajaran sikit-sikitlah.”

    Tetapi Tun walaupun sudah lapan tahun bersara, masih ligat pergi sini sana, macam tidak tahu duduk diam. Mana datangnya kekuatan dalam diri Tun?

    “Alhamdulillah, saya sihat tetapi sakit itu adalah juga seperti sakit jantung. Saya ada juga sikit-sikit kencing manis apa semua tapi saya jaga, saya jaga diet, saya dapat tidur cukup, saya sederhana bila makan, tidak langsung lebih dan saya buat juga senaman supaya kita mesti jaga badan.

    “Tetapi yang lebih utama saya tidak hisap rokok dan saya tidak minum (arak). Ini sumbangan yang besar. Kalau kita hisap rokok, saya ingat sekarang ini paru-paru saya macam abulah. Macam abu rokok, kalau kita belah tengok hitam.

    “Orang tidak tahu, saya biasa tengok, sebagai doktor saya biasa buat bedah siasat dan tengok paru-paru orang hisap rokok itu hitam, masuk abu. Paru-paru kita bukan untuk abu, tetapi angin bersih. Jadi alhamdulillah saya tidak hisap rokok, tetapi kita tidak boleh tahu, kalau hendak sakit, akan sakit jugalah.

    Apa Tun ada makan apa-apa vitamin ke?

    “Saya makan vitamin, saya ambil suplemen. Saya fikir bila kita sudah berumur sikit, kita perlu suplemen sebab makanan kita variety tidak cukup dan makan pun tidak banyak. Dulu masa muda saya boleh makan dua pinggan pun boleh habis, sekarang setengah pinggan pun tidak boleh. Cukuplah berasa kenyang. Pengambilan itu kurang.”

    Nasi kandar tidak makan ke?

    “Nasi kandar makan tetapi bukan selalulah, kena jaga-jaga sikit. Nasi lemak pun seminggu sekali, jaga-jaga sikit.”

    Soalan saya seterusnya ada kaitan dengan soal peribadi sikit, mengenai Teater Muzikal Tun Dr Mahathir. Tun sudah pergi tengok ke, ada adegan tertentu agak melucukan apabila Tun mula mengenali Tun Dr Siti Hasmah, bawa jalan di tepi pantai?

    Sambil ketawa dan mungkin tidak menyangka ada orang akan bertanya soalan sedemikian, beliau pun menjawab: “Yalah, itu pementasan... pementasan biasanya tidaklah tepat sangat, nak bagi jadi cerita barangkali. Saya terima kasih ada orang nak pi tengok pun. Saya pada mulanya ingat siapa hendak pergi tengok Mahathir. Tidak ada apa pun. Tetapi nampak dia orang pandai sekarang. Pementasan sekarang saya dapati semakin lama semakin baik di Malaysia sejak kita ada Istana Budaya.”

    Tun, baru-baru ini UMNO sambut ulang tahun ke-65. Apa pesanan Tun kepada ahli UMNO untuk perjuangan mereka seterusnya?

    “Balik pada asal. Kita berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Kita bukan berjuang untuk diri sendiri. Tetapi kalau kita berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah kita akan mendapat kemudahan, tidak ada orang yang boleh katakan dia tidak dapat apa pun daripada perjuangan UMNO. Dia dapat, anak dia dapat biasiswa, dia dapat kerja, ada saja yang mereka dapat.

    “Jadi kalau kita fikir hendak berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, kita tidak berjuang untuk diri sendiri, akhirnya kalau kita berjaya, percayalah kita akan mendapat sesuatu untuk diri sendiri. Mungkin tidak menjadi Perdana Menteri, mungkin tidak menjadi Yang Berhormat tetapi yang lain-lain dapat juga.” - Berita Harian

    Saya Sayang Tun Mahathir. Allah Panjangkan Usia Tun ^_^"

    Tuesday, May 17, 2011

    Blogger Bakal Ditutup


    Blogger.com telah mebuat sesi membaik pulih laman web berkenaan sejak 11 mei 2011, namun sehingga kini proses tersebut masih belum lagi pulih sepenuhnya. Spekulasi pun mula beedar di internet dengan khabar angin bahawa ini lah proses pembaik pulih yang paling lama dalam sejarah blogger .com dan timbul rencana bahawa laman web berkenaan akan ditutup pada 25 Jun 2011.

    Seperti yang dikatakan di laman web Softpedia, Memang benar akan dilakukan penutupan pada bulan June akan datang. Tapi tenang dulu, Layanan Blogger yang di tutup tersebut bukanlah secara keseluruhannya, melainkan akaun blogger lama yang mendaftar sebelum tahun 2007.

    Sebelum Blogger.com di ambil alih oleh Google, laman web tersebut menggunakan sistem akaun mereka sendiri sehingga tahun 2006. Setelah proses pengambil alihan dilakukan. Pengguna diminta melakukan pemindahan pada 2007.

    Selama empat tahun, Ternyata intergrasi tidak dilakukan secara automatik sehingga pada akhirnya blogger.com memutuskan akan menghapuskan akaun bagi pengguna lama. Bukan hanya akaun lama yang di berhentikan, bahkan blog yang mempunyai hubung kait dengan pengguna lama juga akan dihapuskan jika pengguna tersebut tidak melakukan pemindahan ke sistem yang baru sebelum 25 Jun 2011 ini.

    Sebelum ini, Google juga menghadapi masalah yang sama di YouTube dan telah mengeluarkan peringatan serupa baru-baru ini. Mereka meminta para penggunanya untuk memiliki akun Google terlebih dahulu.
    Dari infomasi semasa, pihak google akan memberi keterangan lebih lanjut sebelum penutupan dilakukan sebelum 25 Jun 2011 - Sumber

    So aku rasa betullah cerita cerita diatas angin mengatakan bahawa pemilik akaun blogger yang menggunakan emel selain daripada Gmail akan disekat. Akupun dah tukar guna Gmail untuk login. Cara nak tukar? Korang carilah sendiri. Ramai blogger yang buat tutorial macam mana nak ubah emel tu.

    P/S: Kalau ade mana mana pencacai Anon nak kutuk2 aku, minta maaflah aku cakap. Komen korang akan terus di deletekan. Sorry yek ini blog aku. So suka hatilah aku nak approve atau tak hehehehe.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...