Followers

Monday, January 31, 2011

Hancurnya Firaun Mesir

Di akhir zaman ini, berlakunya bermacam macam peristiwa. Kejatuhan pemerintahan Ben Ali di Tunisia membuka lembaran baru untuk rakyat bangkit menentang kezaliman pemerintah. Ben Ali dijatuhkan rakyat kerana kezalimannya terhadap rakyat sendiri.


Ben Ali

Pengangguran berlaku begitu dahsyat manakala harga barangan keperluan meningkat. Rakyat tidak mampu menyara kehidupan malah mereka juga dilarang berniaga. Sedangkan keluarga Ben Ali hidup bagaikan di syurga. Kemuncaknya apabila seorang pemuda penjual buah yang teraniaya telah membakar dirinya sendiri.


Mohamad Bouazizi telah membakar dirinya sebagai tanda protes. Dan akhirnya protes beliau mendapat sambutan seluruh rakyat Tunisia. Kebangkitan rakyat Tunisia akhirnya menjatuhkan pemerintahan Ben Ali.

Kini kebangkitan rakyat Tunisia telah memberi inspirasi kepada rakyat Mesir. Mesir walaupun sebuah negara yang terkenal dengan sektor perlancongan tetapi disebaliknya, majoriti rakyat Mesir hidup dibawah garis kemiskinan.

Hosni Mubarak telah berkuasa selama 30 tahun. Selama 30 tahun pemerintahannya, rakyat Mesir hidup menderita. Bukan setakat Mesir malah rakyat Palestin yang bersempadan dengannya juga turut mendapat kesan.


Hosni Mubarak

Kezaliman Hosni Mubarak terlihat semasa serangan Gaza oleh Israel pada tahun 2009. Didalam kegilaan Israel membunuh umat islam Palestin, Hosni telah mengarahkan pintu sempadan Rafah di selatan Gaza ditutup untuk mengelakkan rakyat palestin Gaza melarikan diri dari serangan Israel.

Akibatnya ribuan umat islam Palestin di Gaza telah dibunuh. Malah semasa misi keamanan yang lepas, kerajaan Mesir juga sengaja menyusahkan bantuan diberikan kepada rakyat Palestin. Sehinggalah kerajaan Turki memberi tekanan barulah kerajaan Mesir membuka pintu sempadan.

Hubungan intim Hosni dengan Israel diketahui umum. Demi hubungan luar tabiie itulah Hosni sanggup bersama sama Israel membunuh umat islam Palestin. Dan sekarang Allah s.w.t membuka hati rakyat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.



Insyaallah kerajaan zalim Hosni Mubarak akan jatuh. Jatuh bukannya disebabkan ancaman luar sebaliknya dijatuhkan oleh rakyat sendiri. Begitulah akhirnya bagi semua kerajaan zalim. Iran, Iraq dan Afganistan juga pernah mengalami perkara yang sama.

Dan tak mustahil ianya juga akan berlaku di Malaysia. Kezaliman pakatan rakyat terutama di P Pinang dan Selangor membuatkan rakyat semakin benci kepada mereka. Walaupun protes diluahkan melalui pilihanraya, tetapi itulah jawapannya. Rakyat bertegas menolak pakatan rakyat.

Tahniah BN menang di Dun Tenang

Pikir Pikir



Aku ingat nak tukau templet baru untuk blog ni...Tapi tak tahu lagi nak pilih yang mana...Masih dalam proses memikir sama ada nak buat ke tak huhuhu.

Bas Gila

Aku angin gila dengan bas ni dua hari lepas. Dah lah sekarang ni ramai gila orang balik kampung. Tak pasal pasal jalan kat tempat aku jadi jem. Dah tau jalan jem, pemandu bas ni lagi nak bawa laju tak tentu hala. Lalu kat jalan kampungpun nak speed macam bawa kat highway.





Jalan sempitpun dia nak memotong. Sampai himpit penunggang motor ke tepi jalan. Aku tak tahulah apa ada kat dalam kepala driver ni. Dah banyak kes bas terbalik, tapi rupanya masih ramai lagi pemandu bas yang tak reti nak insaf. Agaknya malaikat maut dah depan mata baru nak insaf.

Friday, January 28, 2011

Salon Kegemaran Korang

Setiap orang mesti ada salon atau kedai gunting rambut kegemaran kan. Ada yang suka pergi salon mahal macam A Cut Above, SAW kat KLCC dan macam macam lagi. Dan setiap daripadanya berbeza harga.

Kebiasaan kalau korang pergi kedai berjenama, harga yang ditawarkan berbeza mengikut pengalaman tukang gunting. Dia ada junior, senior dan boss sendiri gunting. Lagi tinggi pangkat bermakna lagi banyak duit yang korang kena keluarkan. Tapi itu semua bergantunglah pada citarasa pelanggan mahukan siapa yang terbaik.

Setakat ni yang mahal bagi aku time aku buat rebording dulu. Tapi takdelah cecah ratus ratus sebab rambutpun tak panjang. Buatpun kat kedai biasa je. Itupun dalam RM50. Kalau gunting paling mahal pun adalah sekali. Harga tak silap RM30 kot. Tapi kiranya puas hati gak ler kedaipun ada standard. Yang guntingkan pun amoi cun lagi seksi wooo. Syokk je tengok hehehe. Tengok apa adalah hehehe.



Masa sekolah dulu aku biasa gunting kat kedai gunting rambut apek je. Takpun kedai gunting mamak. Seiring dengan peningkatan taraf hidup dan sosial, aku beralih arah ke salon rambut. Masa kat melaka dulu aku ada satu kedai favorite.

Kat Melaka ni, kalau korang nak tahu sebenarnya banyak salon rambut melayu. Tapi masalahnya boleh dikatakan semuanya milik perempuan jadian. Aku kalau bab bab jadian ni geli sikit. Maklumlah suara garau dikepit kepit buat manja. Badan keras dibuat lembut. Huh haru macam tu.





Kedai favorite aku ni dulu pun boleh dipanggil kedai lelaki ler walaupun brader ni lembut lembut gak. Tapi nasib baik banyak awek yang kerja dengan dia. Kira ok lah awek yang guntingkan. Satu aku respek brader ni walaupun dia korang tengok dia macam anak ikan, tapi solat tak tinggal woo.

Tinggalkan kedai melaka sebab aku dah tak duduk sana. Kat tempat aku ni aku try jugalah merata rata salon tapi takde satu yang betul betul berkenan. Salon melayu lagilah takde. Buat rebording jadi hampeh rambut aku. At last jumpalah satu. Kira oklah juga rebording dia. Guntingpun kira cantek ler. Cuma harga dia macam merepek sikit. Tadipun dia charge aku RM10. Macam ler kedai dia dekat Bukit Bintang je huhuhu.

Tapi nak wat camner. Ni jelah kedai yang aku rasa ok sikit. Aku ingat nak try cari kedai lain pulak. Kalau ley yang amoi cun punya hehehe

Orang Kafir Persenda Islam



Aku tak tahulah korang perasan ke tak, dua hari lalu ada satu gambau perempuan bertudung bertopeng dalam akhbar.

Aku pelik juga sapelah perempuan tu. Rupa rupanya dia tu penjenayah yang mendera pembantu rumah. Lagi gampang dia tu sebenarnya orang kafir harbi. Apahal dia pakai baju kurung siap bertudung?

Lagipun kes dia bukannya dibawa ke mahkamah syariah yang membabitkan pemakaian sopan. Dia disabitkan kes dera dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Memang celaka dia ni. Dah masuk penjarapun masih nak cari pasal.

Dia ni patut dihukum mati je sial.

Thursday, January 27, 2011

Layan Awek Bogel Webcam

Akhir zaman ni, kalau korang masuk chatroom ym mesti ada bersepah jantan miang gampang. Kadang kadang aku kesian juga dengan diorang ni. Gersang tak tentu pasal. Semua spesis Anwar aljuburi.

Lepas tu ada ler awek cun dalam ym tu bagi aku link ni. Dia cakap kalau layan stim tengoklah video ni.



Akupun tengoklah video dia bagi. Fuyoooo memang stiiimm ler layan video ni baiii. Sumpah memang layan gila bila tengok video ni. Rugi kalau korang tak layan hahahaha.

Sindiket Perdagangan Kanak kanak Tumpas



TELUK KEMANG 26 Jan. - Seorang penyelia dan tiga tenaga pengajar sebuah pertubuhan di sini ditahan pihak berkuasa hari ini kerana disyaki menggunakan kanak- kanak bawah umur untuk melakukan jualan amal di negeri ini termasuk di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban dan Nilai.

Jurucakap JHEAINS memberitahu, pemeriksaan dilakukan selepas banyak aduan diterima berhubung penglibatan kanak-kanak itu yang mengutip derma untuk pertubuhan berkenaan sehingga lewat malam.

"Penyelia itu merupakan ketua bagi zon selatan manakala tiga tenaga pengajar itu mendakwa diri mereka sebagai ustaz yang mengajar kanak-kanak dalam bangunan pertubuhan terbabit," katanya ketika ditemui di Balai Polis Lukut di sini hari ini.

Kumpulan berkenaan menempatkan lebih 83 remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak sekian lama dan mengeksploitasi mereka atas alasan ia kurikulum berkonsepkan keusahawanan.

Sumber: Utusan Malaysia

Benda ni dah lama berlaku. Tapi kenapa baru sekarang baru nak bertindak. Tapi tak mengapalah. Teruskan usaha membanteras kegiatan haram ni. Mereka sengaja menggunakan kanak kanak untuk mengaut keuntungan.

Aku memang anti dengan sindikit macam ni. Aku selalu jumpa bebudak ni kat depan bank. kadang kadang aku kesian dengan mereka. Mereka kata dari pusat tahfiz tapi disuruh menjual cd dan kalendar.

Yang aku jumpa selalunya budak budak je. Tak pernah nampak ketua mereka. Kalau jumpa aku rasa nak bagi penerajang je. Memang gampang diorang ni. Spesis menjual nama agama dan kanak kanak untuk kesenangan sendiri.

Walau apapun alasan mereka, mereka seharusnya didakwa dibawah Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007. Ini kerana mereka menjadikan kanak kanak sebagai buruh atau pekerja menjual kalendar,cd dan minyak angin.

Tuesday, January 25, 2011

Malaysia Negara Berdaulat



Bagus tindakan komando malaysia gagalkan lanun Somalia. Walaupun negara EU mengutuk serangan balas kita ni, tapi kita sebagai negara berdaulat harus bersikap "ada aku kesah".

Sudah tiba masanya pasukan tentera negara kita ni beraksi. Ni asyik duduk tak ada buat kerja. Ada baiknya mereka ni dihantar pergi berperang. Barulah ada pengalaman. Tentang lanun tu, memang patut mereka tu semua dibunuh. Suka suka mak bapak dia je nak serang kapal Malaysia.

Pergilah serang kapal Amerika ke, Britain ke. Tu baru elok. Biar padan muka diaorang. Lagi satu, Malaysia patut beli aircraft carrier. Baru gempak. Boleh senang senang pergi serang negara lain. Kalau Malaysia ada aircraft carrier sendiri, mesti Lee Kuan Yew semakin meroyan. Maklumlah Lee Kuan Yew memang anti Malaysia sejak dulu.

Sekarang Chinapun dah bina aircraft carrier sendiri. Amerikapun dah cuak dengan China hehehe.

Monday, January 24, 2011

Quinary M



Kumpulan ini mula merakam album pertama pada 1979 berjudul Cinta Palsu diikuti dua lagi album iaitu Kasihku Bagaikan Debu pada 1980 dan Kini Kau Berubah (1981). Kerjaya dan pembabitan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada 1974.

Ketika itu, Mazlan baru berusia 12 tahun, manakala adiknya berumur lapan tahun. Rancangan yang disertai itu adalah sebuah rancangan pencarian bakat kanak-kanak kendalian Jamal Mohamad. Dalam rancangan itu, Mazlan menunjukkan bakatnya bermain gitar manakala adiknya pula menyanyi.

Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Russia kerana mengikut bapanya Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat ketika itu. Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni adik beradik ini pula mula berkembang.

Apa yang membanggakan, ketika itu mereka sudah berpeluang mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha ayah mereka. Dia melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan bermula detik itu menubuhkan 'The M' memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M.

Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni mereka. Mazlan sendiri memenangi tempat keempat dalam pertandingan Bakat '78 terbitan RTM. Berikutan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M. Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud lima, tambahan pula Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya adik beradik.

Bagaimanapun, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas pemergian ayahanda tercinta ke Rahmatullah pada 1981. Ketika anggota Quinary M lain lebih selesa untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya sebagai guru, Mazlan pula bergerak solo sebagai seorang pemuzik dan penggubah lagu yang aktif. Lagunya pernah dinyanyikan sebahagian penyanyi terkenal seperti Aman Shah, Sheila Majid, Anita Sarawak, Fairuz Hussein, Allahyarham Seha, Feminin, Amy Mastura dan Dayang Nurfaizah.

Dia yang pernah merakamkan album solonya pertama berjudul Aku Dan Diriku pada 1984 diikuti album kedua berjudul Refleksi tiga tahun kemudian. Mazuin mengukir sejarah negara apabila menikahi sejarah negara apabila menikahi adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah pada 1987. Bagaimanapun, Mazuin yang kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah bercerai pada 2004.

Korang layan lagu Mustika Hati ni. Kena pulak suara Mazuin yang masa ni keanak anakkan. Memang syahdu woo.



Sumber: Info Musik

Marah Marah Sayang


KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Sumber: Harian Metro

Hahahaha tergelak gelak aku tengok gambau ni. Memang lawak gila. Tapi takpe aku paham sangat perasaan dia. Bukan senang muka nak keluar paper. Muka depan pulak tuh.

Kena dua sebatan tu bro. Hancur ler bontot comel ko tuh nanti hehehe. Nasib baik tak duduk sekali dengan Anwar. Kalau tak lagi hancur ler hehehe. Anyway jom kita layan lagu ni. Dari filem marah marah sayang tahun 1987.

Friday, January 21, 2011

Korang Pernah Main Lego?

Ini boleh dikatakan mainan aku yang paling mahal. Time aku kecik dulu takder PS3, xbox atau game komputer. So lego lah boleh dikatakan agak mahal. Bukan apa, dia tak dijual satu set lengkap. Dijual sedikit sedikit.

Harga dia boleh tahan mahal. Yang paling murah dijual dalam harga rm4 atau 5 ringgit lebih. Itupun cuma ada 1 orang dan 2 3 item. Aku tak pernah dapat kumpul 1 set lengkap. Bonda aku bagi belipun cuma berharga 30 ringgit ke bawah je.

Ni saja yang tinggal pada aku sekarang. Sebabnya dulu masa kecil aku ada seorang bestfriend. Kitaorang ni memang minat gila lego. Sebab kitaorang bestfriend aku kumpul semua lego aku dengan dia dalam satu bekas besau. Lepas tu bekas tu pulak dia simpan.







Bila masing masing dah besar, kitaorang bawaklah haluan hidup sendiri. Dan ini jelah yang tinggal pada aku. Kalau aku simpan sendiri lego aku, mesti tak hilang lagi lego tu. Lego ni biasa dijual ikut tema. Ada tema pirate, kingdom, bandar, star wars etc. Tema yang paling aku suka tema pirate dan kingdom.




Lego ni sebenarnya boleh membuatkan korang kreatif. Kalau malas nak main cara biasa, korang boleh bentuk sendiri apa yang korang nak macam buat bot, kapal angkasa, kereta. itupun kena tengoklah barang apa yang ada pada korang.

Macam gambar ni. Orang asli naik kereta ada kipas dan yang naik kapal angkasa tu. Benda ni bukanlah dijual begitu. Cuma aku reka malam tadi.




Sekarang aku cari lego di serata kedai tapi dah tak jumpa. Aku rasa benda ni dah tak jual lagi kot kat sini. Ada juga try usha internet tapi harga dia dah mahal sangat. Tak macam dulu. Kalau korang tahu kat mana lagi yang jual lego, sila beritahu aku please...


Wednesday, January 19, 2011

Tragedi Highland Tower

Negara kita pernah digemparkan dengan satu kejadian bangunan runtuh yang terburuk kira kira 18 tahun yang lalu. Tragedi Highland Tower adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku di Malaysia. Tragedi ini berlaku pada 11 disember 1993.

Kondominium mewah yang terletak di taman Hillview, Ulu Kelang Selangor dibina dilereng bukit Antarabangsa. Blok yang runtuh adalah blok A manakala blok B dan C diarahkan dikosongkan setelah kawasan terbabit diisytiharkan tidak selamat diduduki lagi.

Diatas bukit berkenaan sebenarnya, terdapat sebatang anak sungai kecil. Untuk tujuan pembangunan, sungai tersebut diubah alirannya melalui sistem longkang dan pemparitan.


Dan disebelah bukit pula, aktiviti pembinaan perumahan baru sedang rancak dijalankan menyebabkan aliran longkang tadi tersumbat. Lama kelamaan air yang melimpah meresap kedalam tanah dan menyebabkan tanah menjadi longgar. Tambahan pula musim hujan yang berlaku pada bulan disember memburukkan lagi keadaan.

Dan pada jam 1.30 petang, 11 disember berkenaan, tembok penahan lereng akhirnya tidak dapat lagi menahan aliran air dan tanah lumpur lalu pecah. Aliran air dan tanah lumpur terus merempuh struktur asas blok A iaitu besi cerucuk bangunan dan menyebabkan blok tersebut terus tumbang.

Operasi menyelamat dilakukan menyeluruh dan kira-kira jam 4.30 petang, pasukan menyelamat mendengar jeritan seorang wanita dan tangisan bayi dari bawah runtuhan itu. Apabila melihat sebatang kayu dijolok keluar dari runtuhan berkenaan, mereka bergegas dengan penuh harapan ada mangsa yang selamat. Mereka menjenguk ke dalam lubang rekahan itu dan mendapati seorang wanita mendakap anaknya dan meminta diselamatkan.

Akhirnya mangsa pertama iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Nur Hamidah Najib, dikeluarkan dari timbunan konkrit diikuti seorang rakyat Jepun, Nakajima Shizue, 50. Mangsa ketiga iaitu rakyat Indonesia dikenali Umi Rashidah Khoruman, 22 yang juga ibu Nur Hamidah akhirnya berjaya dibawa keluar walaupun menghadapi sedikit kesulitan kerana rekahan runtuhan agak kecil.

Empat hari selepas permulaan kisah tragis runtuhan pada jam 1.30 petang Sabtu itu, bau hanyir mayat manusia semakin kuat dan boleh dihidu pada jarak 150 meter dari tapak runtuhan pangsapuri.

Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat dari Perancis, Jepun, Singapura dan tempatan yang terus bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dengan bantuan dua ekor anjing pengesan dan teknologi canggih.

Mereka juga menambah bilangan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan yang diharapkan membawa kepada penemuan mangsa.

Anggota pasukan penyelamat bergilir-gilir memasuki terowong di bawah timbunan runtuhan itu untuk mengesan mangsa tetapi belum berhasil. Mereka tidak dapat bertahan lama dan terpaksa meninggalkan terowong setelah berada hanya lima minit kerana tidak tahan bau yang semakin menusuk hidung.



Sehingga hari kelima, pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak. Lengan tangan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang ditemui Pasukan Penyelamat Malapetaka Jepun di tingkat lapan bahagian kanan bangunan pada jam 1.30 tengah hari.

Empat mayat yang reput dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan, dikesan Pasukan Penyelamat Malapetaka Singapura di tingkat yang sama. Pasukan penyelamat Perancis yang ditugaskan di bahagian kiri bangunan tidak menemui sebarang mayat sehingga lewat petang tetapi ada mendengar ketukan daripada mangsa terperangkap yang dipercayai masih hidup.

Lengan dipercayai sebahagian anggota wanita dewasa dikeluarkan kira-kira jam 1.45 tengah hari dan dihantar ke HKL. Tengkorak kanak-kanak dipercayai berumur di antara tiga hingga lima tahun serta serpihan tulang lain ditemui di tingkat yang sama. Cebisan daging dan serpihan tulang itu adalah anggota badan lebih seorang mangsa.

Keesokannya, pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak dalam timbunan runtuhan pangsapuri Highland Towers. Mayat itu ditemui berhampiran tangki air berdekatan tempat letak kereta di pangsapuri yang terbenam.



Pasukan penyelamat kemudian menemui beberapa lagi mayat termasuk mayat wanita yang reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta pada jam 7 malam. Kakinya yang putus ditemui berdekatan.

Pada 20 Disember, 25 mayat termasuk seorang memeluk al-Quran, ditemui. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak, dipercayai anaknya kira-kira jam 4.05 pagi. Selepas 11 hari gerakan mencari dilakukan, akhirnya pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap sekitar jam 4.40 petang.

Sehingga kini, mangsa Higland Tower tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mereka hanya mendapat sedikit pampasan sedangkan mereka kehilangan ahli keluarga. Walaupun tragedi ni memang dahsyat tetapi manusia tak pernah belajar. Perkara yang sama turut berlaku diperumahan disebelah lereng bukit yang sama pada tahun 6 disember 2008. Itu aku ceritakan kemudian.

Thunder Cats

Benda ni aku jumpa masa dok belek belek youtube tadi. Memang lawak gila ler. Rajin gila saper yang buat trailer ni hehehehe.

Tuesday, January 18, 2011

Saber Rider



Bagi yang berumur sesama aku ataupun yang lebih tua, mungkin pernah melihat cerita kartun ni. Dulu dulu tak panggil anime. Cuma dipanggil kartun.



Saber Rider ni dulu cukup popular di akhir tahun 80 an. Ditayangkan pada waktu petang dalam pukul 5 kot. Aku dah tak ingat dia kuar kat tv mana. TV3 kot rasanya. Dulu aku ada pedang dia cam dalam gambau kat atas. Buat daripada plastik. Main ketuk ketuk terus patah huhuhu.



Aku suka watak colt dia pakai kuda robot. Rasanya kuda tu ley terbang. Dia orang ada jet, ley tukar jadi robot. Robot style koboi. Senjata utama robot dia adalah pistol. Ada juga senjata lain kat badan dia.

Ending cerita ni aku tak ingat. Biasalah tv dulu jarang nak tunjuk sampai episod last. Kadang kadang sampai episod tengah je terus tukar cerita lain. Aku sekarang ni dok cari dvd cerita ni. Saper tahu kat mana?

Monday, January 17, 2011

Shopping Untuk Elisya

Balik kerja tadi aku singgah kedai aksesori kejap. Cadangnya nak beli barang untuk Elisya. Dok belek belek, aku teringat yang speaker depan dia dah tak betul. Bila volume kuat speaker terus bergegar. So terus aku tukar baru. Speaker asal jenama chap ayam. Chap ayampun seratus ringgit gak ler.


La ni aku pakai jenama autocraft. Akupun tak tahu ler best ke tak. Main pakai ambik je. Pasangpun x lama. Adalah dalam 10 minit je sebab tapak ngan wirering dah ada. Cuma tukar je speaker baru dengan lama. Tadi balik rumah aku rasa ok je. Maklumlah barang baru. Try pakai sebulan dua tengok macam mana.



Dua minggu lepas aku tinted Elisya. Sekarang aku pakai dua lapis tinted sebab yang lama aku malas nak buang. Lagipun senang ada double layer. Tak ler panas sangat. Lagipun tak ler malu sangat kalau ada orang skodeng Elisya nanti. Cuma bertambah gelap ler cermin. Kalau terjumpa Dato J comform dapat tiket berharga RM300 untuk ke istana budaya ^^"

website autocraft

Friday, January 14, 2011

Kriinggg Kringgg Teleponku Berbunyi

Kalau ikut catitan buku sejarah, telefon telah dicipta oleh Alexander Graham Bell. Tetapi rasanya macam ada orang lain yang buat dulu. Cuma pakcik Bell ni cuma mengupgradekan saja. Tapi tak apalah. Kita abaikan dulu cerita ni.

Dari telefon besau bagak, nak dail pakai pusing spring, lepas tu zaman pakai cucuk jari tarik tarik dan seterusnya zaman main tekan tekan je button numbor. Akhirnya muncul pula handfon atau mula mula dipanggil cell phone.

Ini telefon yang mula mula aku guna. Dari Motorola. Aku tak tahu siri apa. Tapi memang jenis lamalah. Ada fungsi sms je. Takde camera, wifi, bluetooh etc.




Siap ada antena lagi hehehehe



Ini pulak telefon suka ramai. Dari Nokia model 3310. Cukup popular lebih kurang 11 tahun dulu. Boleh dikatakan inilah telefon yang mula mula digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia ketika itu. Aksesori dia bersepah jual. Dari casing sampailah corak, cukup banyak pilihan.

Nokia 3310 dalam gambau ni tak silap aku yang ketiga. Yang pertama tu hilang kena rembat, kedua tu aku bagi member aku. Yang ini sebenarnyapun dah rosak. Aku saja simpan buat kenangan.


Sebelah tu casing original Nokia. Casing paling popular



Yang ini juga dari jenama Nokia model 2100. Model nokia pertama yang menggunakan skrin lampu putih. Aku guna telefon ni selepas nokia 3310 tu rosak. Tapi aku x gemar sangat telefon ni sebab dia tak boleh simpan mesej banyak. Lagi satu sistem dia slow. Nak keluar menu macam siput.



Yang ni boleh dikatakan agak lama aku guna. Dan juga dikategorikan sebagai tahan lasak seperti model 3310. Juga jenama Nokia tapi aku tak pasti model apa. Dia ada lampu suluh kat atas. Keypad dia tu dah hilang nombor.

Telefon ni kalau jatuh dia terus barai. Tapi lepas pasang balik casing dia masih boleh digunakan. Dah banyak kali jatuh terhempas hehehe. Tapi dia ada satu kelemahan iaitu tak boleh masuk simcard Digi. Kalau masuk Digi dia takde signal. Tak tahu kenapa.



Disebabkan jatuh terhempas, skrin dia jadi rosak. Tak nampak apa apa pada skrin. Untuk pulihkan semula semangat yang dah hilang, aku kena selit kertas pada telefon tu sebelum dipasang casing. Kiranya bagi skrin dia ketatlah pada casing tu. Masih boleh digunakan.





Dan sekarang aku guna Nokia N79. Boleh dikatakan sejak dulu aku hanya suka jenama Nokia. Bukan apa, cuma sudah selesa guna. Tak kiralah dari model apapun, sekali pandangpun kita terus pandai. Sebabnya cara functionnya tak banyak berubah sejak dulu. Ingat lepas ni nak sambar Nokia N8 pulak hehehehe.

Thursday, January 13, 2011

Iraq Syndrome Melanda Aku

A study published in the New England Journal of Medicine found that large numbers of soldiers returning from Iraq and Afghanastan suffer from symptoms of post-traumatic stress disorder (PTSD), major depression, generalized anxiety disorder, and other mental health disorders.
Aku juga mengalami masalah sebegini sejak balik dari Melaka pada tahun 2008. Rasa kesunyian dan keseorangan, terus membawa kepada kemurungan. Tertekan gila rasanya. Jiwa dan fikiran rasa kosong atau kata orang tua tua; "blurr".

Tahun 2011 ni aku masih ada lagi rasa sebegini. Duduk termenung sorang sorang baik kat rumah ataupun kat Mamak. Drive Elisya pukul 12 1 pagi sorang sorang. Sejak makan ubat dah kurang sedikit sindrom ni walaupun ada masanya dia datang balik.

Sebenarnya penyakit kemurungan ni boleh membawa maut kalau tak dirawat segera. Pesakit ni boleh membahayakan nyawanya sendiri ataupun orang disekeliling tanpa dia sedar. Kes kes jenayah yang banyak kat Malaysia sekarang adalah berpunca daripada penyakit begini.



Mengikut statistik WHO, kemurungan adalah penyakit keempat serius di dunia. Malah malaysia juga semakin meningkatnya penyakit ini. Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, kemurungan disebabkan berlaku gangguan pada keseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang mengawal emosi.

Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan melebihi dua minggu, dan bagi kes serius ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup.

Dan baru baru ni aku ada masalah sikit. Memang tertekan rasanya. Sebab tu aku stop blogging sekejap. But im fine right now. Takde fikir nak buat benda benda bodoh. Masih boleh mengawal diri. Insyaallah seminggu dua lagi hilanglah kot benda ni.

Monday, January 10, 2011

Bila Jiwa Semakin Kacau



Perasaan ada sedikit kacau. Terasa kosong sifar zero. Makan ubatpun dah kurang efek. Rasa nak toreh balik tanganpun ada......Mungkin perlu pergi bercuti sekejap....

Masa Dan Kejayaan


Setiap hari kita mempunyai 24 jam. 12 jam siang dan 12 jam malam. Erkk betul ke? Lebih kurang begitulah. Sejak sekolah, sudah pasti kita ditekan kepada pentingnya masa. Atau lebih tepat menepati masa dan tidak membuang masa of coz.

Dan adakah korang tahu bahawa masa itu amatlah penting. Seperti contoh, kita nak meragut beg tangan seorang awek cun. Ketepatan masa tu amatlah penting. lambat sesaat mungkin kita tak sempat nak tarik beg, ataupun cepat sesaat kita pula akan jatuh bersepah.

Begitu juga dengan kerja. Katakan setiap setiap hari kita mendapat kerja. Dan suatu hari kita tangguhkan kerja. Esok kita terpaksa membuat dua kerja. Jika tangguh 2 hari, kita terpaksa membuat tiga kerja. Sifir ini mudah saja waima budak belum balighpun boleh mengira.

Untuk menjadi seorang ketua yang baik, dia seharusnya mementingkan waktu. Walaupun seorang ketua kongsi gelap, pengurusan masa adalah amat penting. Jika kita sebagai ketua mementing masa, sudah pasti orang bawahan kita akan turut sama berdisplin dan menghormati kita.

Dan untuk menjadi seorang berjaya, kita tidak perlu membiarkan masa berlalu sebegitu sahaja. Lakukanlah segala tugas dan amanah itu dengan baik dan sejujurnya. Tepatilah masa nescaya hidup kita akan diberkatiNya. Kejayaan tidak akan hadir sekiranya kita terus membuang masa.

Teringat kata pakar motivasi time aku nak SPM dulu ; "Do it now! Action is power"

Gengster Keling Mengganas


Gambau Google

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kementerian Pelajaran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar novel Interlok oleh kira-kira 100 penduduk di Klang, semalam.

Timbalan menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menganggap dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang turut menyertai demonstrasi itu sebagai kebudak-budakan.

''Mereka yang terlibat dalam perbuatan itu cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada penulis tersebut sedangkan penulis berkenaan menulis dengan semangat patriotik, jujur dan ikhlas bagi menyampaikan mesej penting bagaimana hubungan kepelbagaian kaum mampu menjadi satu bangsa negara.

''Saya yakin, mereka yang mengambil tindakan tersebut tidak membaca novel itu malah cuba dipolitikkan walaupun novel tersebut mempunyai unsur pendidikan yang begitu besar,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, kementerian akan bertemu dengan penulis novel Interlok, Abdullah Hussain untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Sasterawan Negara itu berhubung penulisannya yang dikatakan menyentuh sensitiviti masyarakat India negara ini, hari ini.

Katanya, kementerian mengambil jalan rasional dalam membuat keputusan untuk meneruskan atau menarik balik penggunaan novel itu sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

''Setakat ini, kementerian masih meneruskan penggunaan buku itu, cuma kita akan bertemu dengan penulis novel berkenaan mengenai perkara ini, esok.

''Sebelum ini anggota panel yang memilih novel itu sebagai buku teks telah menyatakan bahawa novel tersebut tidak ada unsur-unsur menghina kaum,'' katanya.

Apa yang pasti, jelas beliau, apa sahaja keputusan yang akan dibuat tidak bergantung pada tekanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kementerian akan berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.

''Ini kerana, perlu diingatkan bahawa ada pihak lain yang tidak berpuas hati dan tersinggung dengan cara isu ini dipersoalkan.

''Saya berharap semua pihak bersabar agar isu ini dapat ditangani dengan baik,'' katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan bantahan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Sumber: Utusan Malaysia

Deyy tambi. Lu ada reti membaca ke dey! Atau lu memang tak pernah sekolah. Apa paria! Apa keling. Lu tak puas hati lu cakap. Lu bakar buku melayu tu makna lu memang cari pasal dengan orang melayu.

Aku panas gila dengan puak ni. Aku tak maksudkan semua tapi segelintir ni memang jenis tak sedar diri. Jenis ingat mereka ni duduk kat tamil nadu. Jenis spesis Hindraf. Hidraf adalah pengganas india kat Malaysia. Cuma menteri pondan tu je tak tak tahu. Dok julang keris lepas tu minta maaf. Bodoh. Dan ini aku letakkan mengapa Hindraf adalah pengganas india :

1. Seramai seratus orang Hindu di tetak dan di bunuh oleh kerajaan malaysia di kampung medan.
Analisa: Tragedi Kg Medan adalah tragedi yang tercetus akibat dari sekumpulan samseng Hindu yang bermaharajalela di KL terutama dari kampung setinggan Kg Medan yang menetak terlebih dahulu tuan rumah satu kenduri kahwin Melayu Muslim kerana di anggap menghalang perarakan mayat Hindu walau pun masih terdapat jalan lain yang boleh di lalu. Peristiwa itu di balas balik oleh Ummat Islam dan berlaku rusuhan kecil yang dapat di leraikan oleh pihak berkuasa . Sudah tentu peristiwa ini tidak di beritahu kepada dunia oleh Hindraf

2. Setiap minggu seorang Hindu di bunuh dalam polisi tembak untuk membunuh dan setiap dua minggu seorang mati dalam tahanan polis.
Analisa; Gangster Hindu memang terkenal ganas dan jahat dan mereka ini memegang polisi ganas ' slash to kill' apabila merompak , merogol dan meragut. Ini semua di rangsang oleh ideologi hindu millitant yang di import dari luar dan di semangatkan oleh aktivist hindu tempatan. Mangsa keganasan gangster Hindu ini majoriti nya adalah orang melayu muslim.

3. Setiap 3 minggu satu kuil hindu akan di roboh di Malaysia.
Analisa : Orang Hindu suka membina berhala di merata tempat tanpa mengira sensitiviti ummat Islam yang menjadi penduduk majoriti Malaysia dan islam agama rasmi Malaysia. Mereka membina kuil kecil yang akhir nya jadi besar di pokok yang besar , di busut anai anai , di selekoh bahaya dan di tepi jalan sesuka hati. Apabila kuil dan tokong ini di roboh mereka akan merusuh.

Usaha Hindraf untuk menyaman kerajaan British berbilion ringgit kerana membawa orang tamil ke Malaysia kita tak kisah kerana ia melibatkan kerajaan penjajah british yang sudah memjajah ummat Islam malaysia selama 100 tahun . Sebenarnya kalau di tanya orang Melayu Muslim adalakah mereka mahu orang India dan Cina berada di Malaysia mereka akan berkata tidak.

Tetapi oleh kerana ia sudah lama berlaku dan orang Cina dan India sudah beranak cucu di sini , mereka di terima dengan syarat mereka tidak membuat kacau di Malaysia ini kerana Malaysia tetap negara Ummat Islam . Sikap kurang ajar pengikut Hindraf yang menggugut untuk mengganas di Malaysia tidak akan di terima dengan tangan kosong dan telinga kosong oleh ummat Islam di Malaysia.

Ummat Islam bukan nya tidak biasa dengan pemberontakan malah pemberontakan komunis tajaan orang Cina Malaysia berfahaman komunis pun pernah di hadapi oleh Ummat Islam. Menghadapi ugutan pemberontakan dari kaum asing sudah biasa bagi ummat Islam malaysia.

Slogan Ummat Islam di mana manapun hanya lah satu ' Kita tidak mencari musuh tetapi kalau menghadapi musuh kita tidak akan berundur dan mengalah..Inshaallah

Sumber: Al Muslimin

So aku bagi warning buat puak Hindraf atau mana mana puak yang cuba mencabar orang melayu "Lu Langsi Lu Mati!"

Sunday, January 09, 2011

Shooting Video Paling Celaka



Korang pernah tak tengok rancangan Astana. Alaa cerita pasal rumah orang orang kaya. Pasal perhiasan berharga ribu ribu youuu.

Aku bukan nak kritik pasal motif dia nak tunjuk rumah orang kaya kaya ni. Maklumlah rumah orang kaya ni permaidani dia saja lebih seribu ringgit. Apatah lagi kerusi, meja, lampu bla bla bla. Hatta mangkuk jambanpun made in Italy.

Yang aku bengang adalah cara rakaman video diambil. Melilau entah kemana fokusnya. Ada part yang aku rasa bangang time Anita Sarawak tengah bercerita mengenai hiasan siling di ruang makan. Siap kak Nita tunjuk tunjuk terangkan satu persatu maksud hiasan tu. Tapi tahu apa yang sedang dshoot oleh cameraman? Dia sibuk dok shoot vas bunga. Macam gampang!

Penonton tak kiralah apa rancangan, bila host tengah bercerita sesuatu benda, mesti mereka nak tengok apa yang sedang diulas. Ini penonton jadi tercengang cengang. Tak nampak apa yang host ceritakan.

Aku tak tahulah macam mana cara penerbit rancangan ni punya idea. Tak kena langsung. Kak Nita cakap benda lain, keluar gambau lain. Berterabur. Lagi sial macam takde benda lain nak shoot. Balik balik ulang gambau sama.

Ubah ubahlah cara shoot tu. Kalau tak orang menyampah nak tengok. Nanti cerita pasal pinggan makan, yang keluar gambau alas kaki tak ke gila macam tu.

Saturday, January 08, 2011

Madu Gila

JITRA: “Mak cik (ibu tiri) tiba-tiba berang lalu melibas parang ke arah adik, tapi nasib baik adik sempat mengelak. Dia kemudian menyerang ibu dan menetaknya berkali-kali di muka dan kepala. Saya yang cuba membantu turut ditetak di kaki.

“Dalam pergelutan itu, saya sempat merampas parang berkenaan dan mencampaknya ke luar rumah. Mak cik (ibu tiri) berlari ke dalam bilik dan mengurungkan diri, manakala saya keluar mendapatkan bantuan jiran,” kata Nurul Shuhada Saad, 17, mengenai kejadian ibu tirinya menyerang ibunya di rumah mereka di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, di sini, pagi semalam.

Akibat kejadian itu, Siti Aminah Hanafi, 40-an, parah di muka dan tangan akibat ditetak madunya yang mengamuk dipercayai kerana cemburu. Nurul Shuhada yang cuba meleraikan pergaduhan itu cedera di kaki kanan.

Suspek yang berasal dari Kuala Nerang berkahwin dengan suami mangsa, Saad Husin, 45, dan menjadi isteri keduanya sejak lebih setahun lalu. Dia yang mempunyai seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, dibawa suaminya tinggal serumah bersama madunya sejak dua minggu lalu.

Nurul Shuhada ketika ditemui di Hospital Jitra (HJ), di sini, berkata ketika kejadian dia bersama ibunya berada di dapur sebelum mereka meminta ibu tirinya membawa bayi itu keluar dari bilik untuk diberi makan.

Katanya, kerana tiada jawapan daripada ibu tirinya, dia memasuki bilik untuk membawa bayi itu keluar, tetapi wanita itu berang sebelum melibas parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu ke arah adiknya, Siti Musliha, 13, yang berada berdekatan.

Sementara itu, suami mangsa, Saad ketika ditemui di HSB berkata, hubungan kedua-dua isterinya sebelum ini baik dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah. "Ketika kejadian saya ke kedai makan untuk bersarapan dan apabila pulang saya dapati kejadian ini sudah berlaku. Ketika itu saya dapati jiran kami membantu isteri pertama dan anak-anak ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada saya tiada apa-apa, ini cuma masalah keluarga dan biar ia diselesaikan secara kekeluargaan. Saya tidak mahu hal ini diperbesarkan kerana ia hal keluarga kami,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof mengesahkan polis menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan dijalankan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata tajam.

Sumber: Harian Metro

Jahat gila perempuan tu. Aku rasa perempuan ni memang dah gila lah. Memang niat dia nak membunuh orang. Laki diapun satu. Dayus sungguh. Kambingpun x dayus macam dia. Bini dia dah tetak orang, lagi nak sorok kes ke.

Memang elok bini dia ni ditangkap. Lepas ni entah dia meracau nak bunuh siapa pula. Lagi elok laki dia ni sekalipun kena tangkap. Buat malukan kaum lelaki je. Orang berbini dua, diapun nak. Tapi tak reti nak handle problem.

Cerita Lain

Selepas 22 hari bertarung nyawa, Ain akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi, tiada lagi tawa dan gelagatnya menceriakan kami, namun kami reda dengan pemergiannya,” kata Marlina Jemedi, 31, kakak kepada Nurul Ain Ashikin ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.

Nurul Ain Ashikin, 17, mangsa yang ditikam 19 kali serta disimbah asid di rumah keluarganya di Kampung Sungai Redan, dekat Kota Tinggi, 16 Disember tahun lalu, disahkan meninggal dunia di HSI, jam 8.22 pagi.

Sumber: Harian Metro

Cerita ni aku pernah post dulu klik sini. Walaupun pembunuhnya dijatuhkan hukuman penjara 17 tahun tapi aku harap hukumannya ditukar kepada hukuman mati. Nyawa dibalas nyawa. Itu harga yang perlu dia bayau untuk kesalahan ni.

Friday, January 07, 2011

Lu Langsi Lu Mati



Tak lama lagi kita akan dapat menonton dua filem bercorak kongsi gelap. Filem Kongsi lakonan Shaheizy Sam, Putri Mardiana, Azad Jazmin, Chew Kin Wah, Azlan Komeng, Rafidah Ibrahim dan ramai lagi. File ini diarahkan oleh Farid Kamil terbitan MIG.

Bakal ditayangkan tahun ini. Cerita tentang penyiasatan seorang ASP Shariff terhadap kes pembunuhan anggota kongsi gelap. Kongsi gelap ni mula huru hara apabila ahlinya dibunuh seorang demi seorang. Pelbagai rintangan terpaksa diharungi oleh ASP Shariif untuk mendapatkan siapa pembunuh terbabit.






Satu filem KL Gangster. Filem ini arahan Syamsul Yusuf. Antara pelakon didalam filem ini adalah Aaron Aziz, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar dan ramai lagi. Filem ni mengisahkan seorang bekas gengster iaitu Aaron Aziz yang daru dibebaskan dari penjara.

Walaupun dia ingin berubah tetapi ianya tidak semudah yang disangkakan. Dia kini tersepit diantara kumpulannya dahulu ataupun kehidupan baru yang bebas jenayah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...