Followers

Monday, August 30, 2010

Hari Huru Hara Ku

Sabtu lepas aku turun KL kejap. Lepak lepak BB. Usha usha awek cun kat sana. Kemudian pusing pusing area CM. Bersepah indon, bangla dan bermacam bangsa bangsa bersatu disana. Tak ada apa best. Sesak dengan orang nak shopping raya. Kebetulan ada perasmian pembukaan MacStudio di Times. Lepas ni kalau sesiapa nak cari barang Mac atau nak dapatkan bantuan teknikal, korang boleh ler pergi sana.





Petang semalam plan nak berbuka luar dengan budak budak. Tapi plan hancus. Keluar rumah pukul 6.45, pergi ambik sekor sekor kat rumah diorang. Last last sampai kedai pukul 7.20. Dah masuk waktu berbuka.

Kedai pulak sesak. Habis penuh table. Terpaksa berpusing pulak cari kedai lain. Last last kitaorang buka kat kedai mamak juga. Hari hari lepak mamak sampai mukapun dah macam mamak. Naik muak dah aku dengan kedai mamak hahaha.









Memang tak ley lupa ler benda semalam. Plan ntah apa apa. Keempunan member nak makan nasi paprik hahaha. Takpe lepas ni plan elok elok. Keluar rumah kol 6.30 pulak.

Saturday, August 28, 2010

Raya ooo Jang

Suasana raya semakin terasa. Tapi semakin meningkat usia seseorang, semakin hilang seri raya. Kecuali bagi perempuan, bagi mereka inilah masanya nak melaram dengan baju, beg, sofa dan barang kemas baru.



Bagi lelaki macam aku, baju raya 3 tahun lepas masih dipakai. Tak payah beli sofa, set tv ataupun pingan mangkuk untuk raya. Buat apa nak membeli semata mata menyambut raya. Membazir je semua tu. Lagi bagus langsirpun tak payah ganti baru. Just basuh hantar dobi cukup. Kemas kemas rumah sikit sudah. Bukannya PM nak datangpun.

Tetapi itulah wanita. Bagi mereka kalau tak benda benda macam tu, raya macam tak sah. Mulalah tarik muncung panjang sekilo. Lepas tu merungut sepanjang tahun. Tu belum campur kes balik kg mana bagi yang dah berkeluarga. Memang kecoh kalau seorang timur, seorang utara atau selatan. Boleh berperang yob!

Anyway jangan bergaduh dimusim raya. Tak baik woo. Kang tak pasal pasal suami balik kg cawangan baru, baru kau terduduk hahahaha. Buat anak perantauan, aku rasa dah ramai yang siap dengan tiket balik kg. Kalau tak boleh balik, memang menanggis ler jawapnya. Aku pernah rasa pengalaman berebut balik kg. Bukan jauhpun. Cuma ke KL je dari Melaka ahaks.

Okey jom kita layan lagu dari Hujan + Raihan. Memang best siot.

Thursday, August 26, 2010

Ngidam Nasi Bungkus

Dalam dok merayau merayau dalam internet, tiba tiba aku teringat nasi bungkus. Tak tahu kenapa. Tapi secara jujur aku cakap, aku memang rindukan nasi bungkus. Gila apa boleh rindu sama nasi bungkus hahaha.

Nasi bungkus yang aku rindu cuma nasi biasa. Memang banyak dijual terumata dibazar bazar Ramadan sekarang. Tetapi yang aku nak adalah dibungkus didalam daun pisang atau kertas. Kalau setakat letak dalam bekas polystyrene nak buat apa. Takde feel.

Teringat lagi time muda muda dulu, masa duduk di KL. Merantau ditempat orang haruslah berjimat. Kalau tak memang parah hidup. Nasi bungkus memang selalu jadi pilihan. Selalunya hanya dibeli di gerai gerai tepi jalan dan bawah pokok.



Walaupun kita tengok gerainya selekeh tetapi nasi dan lauknya sedap. And of coz lah murah kan. Masa aku duduk Taman Cahaya Ampang, setiap minggu ada pasar malam. Dan aku selalu beli nasi bungkus di pasar malam tu dari pasangan pakcik makcik. Lauknya sedap dan murah. Kalau aku beli, selalu dapat nasi banyak.

Last aku makanpun masa duduk di Melaka. Tapi kat tempat aku sekarang masalahnya tak ada orang jual bungkus guna kertas. Semuanya dalam bekas polystyrene. Mana nak cari ni huhuhuhu....

Meniti Kehidupan...

Di Sekitar Suria Yang Menyinar
Hadirnya Mendung Meliput Cahaya
Di Sebalik Senyum Tawa Riang
Timbul Tangis Hiba Di fajar Mulia



Kekosongan Melanda Diriku
Bak Sembilu Menyayat Di Kalbu
Mengenang Nasib Diri Sebatang Kara
Mengharungi Cabaran Berliku

Takbir Menusuk Jiwa Ku
Terkenangkan Kisah-kisah Lalu
Keinsafan Menghantui Diri
Berkekalan Kan ku Ulang Kembali

Sepatah Doa Mengiring Diri
Setitik Cahaya Untuk Meniti
Pedoman Buat Di Hari Muka
Moga Ketenangan Teman Yang Setia



Kekosongan Melanda Diriku, Bak Sembilu Menyayat Di Kalbu, Mengenang Nasib Diri Sebatang Kara, Mengharungi Cabaran Berliku....

Bait bait ni membuatkan aku terdiam..Sedar tak sedar, dah 26 tahun aku aku hidup diatas dunia ni. Semakin lama, semakin jauh perjalanan hidup ini. Dan tanpa kita sedari, seorang demi seorang sudah meninggalkan kita.



Mungkin tahun ini kita bergembira beraya bersatu ibu ayah. Tetapi tahun hadapan mungkin belum tentu. Tahun ini semua rakan rakan kita sihat. Mungkin ditahun hadapan ada yang sudah menghadap Ilahi.

Dari kecil kita hidup didalam lingkungan saudara mara yang ramai, apabila dewasa mungkin hanya kita berseorangan kerana mereka semua telah menghadap Ilahi. Ini semua tak mustahil. Cuba kita tanya ibu dan ayah, sudah pasti mereka merasa perkara yang sama.

Dan akhirnya kita akan keseorangan. Jika kita mempunyai isteri dan anak cucu diakhir usia, mungkin kita akan bahagia. Tetapi jika kita keseorangan meniti usia senja, rasanya terlalu pedih dan mungkin tak pernah kita fikirkan.

Wednesday, August 25, 2010

Ku Intai Cinta Dalam Rahsia

Mereka sering berkata..Cinta itu milik kita...Tapi mengapa engkau enggan...Ucapkan cinta....



Comelnya budak ni. Putih gebu tuh..So sweet.....

Berbuka Puasa Di Pub? Dah Lama Dah

Dok belek belek paper tadi, ada satu cerita pasal pub membuat tawaran bufet Ramadhan. Dilaporkan ada dua pub yang berbuat demikian. Tahun ni Jakim barulah nak bekerja lebih. Sedangkan tahun tahun sebelumnya tak adapun benda macam ni.

Kalau difikirkan melalui kewarasan, tak ada orang islam yang nak berbuka di pub melainkan jenis kaki minum je. Dan mereka ini pun boleh dikategorikan tak puasa. Malah boleh dichop kafir kat dahi mereka.



Sebenarnya benda ni dah lama berlaku. Kalau rajin jejalan BB, bersepah budak budak minum arak. Bagi yang tahap hardcore, memang mereka selamba minum tepi jalan. Tapi apa yang Jakim buat? Zero. Tak kan nak tunggu aduan baru nak pergi check. Sendiri boleh fikirlah.

Sama macam clubbing. Bersepah orang minum. Tapi setiap kali rush, hanya polis sahaja yang buat. Cuba Jakim bekerjasama dengan polis. Jangan kata jumpa yang kaki minum, Jakim boleh jumpa tarian bogel lagi.

Tapi itulah. Mereka ni lebih selesa duduk di ofis, ataupun dok skodeng budak budak kat taman. Isu sijil halalpun tak selesai lagi. Malah Jakim sendiri tak dapat menasihat orang islam supaya jangan makan kedai orang kafir. Apa cerita ni...

Tuesday, August 24, 2010

Sesame Street Live

Pasti ramai yang membesar dengan watak-watak seperti Elmo, Bert, Big Bird dan Cookie Monster dari rancangan televisyen terkenal Sesame Street. Rancangan yang sudah ke udara selama 40 tahun ini tidak pernah putus peminatnya sehingga sekarang dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.

Dan kini Sesame Street sekali lagi datang malaysia !


Tarikh : 3 - 5 September 2010

Masa : 1.00pm, 4.30pm (Sabtu dan Ahad) ad 8.30pm (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Tempat : Stadium Putra (Indoor) Bukit Jalil

Tiket : Rm75, RM110, RM155

Tempahan tiket :
http://www.axcess.com.my/




Indon Celaka !

Hari ni aku cukup menyampah bila baca paper tadi. Orang Indon memang sengaja cari pasal. Mereka menyerang kedutaan malaysia dan mengancam mahu mengusir semua rakyat kita.

Dia lupa rakyat diapun bersepah disini. Setitis darah rakyat kita gugur kebumi, kita simbah bumi dengan darah rakyat mereka. Indonesia memang celaka!







Kami orang Malaysia tak gentar! Kedaulatan negara akan tetap kami pertahankan. Walaupun maut akan tetap kami tempuhi!


Pondan Lari Bogel

ALOR SETAR: Seorang daripada empat lelaki berperwatakan wanita ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sempat menanggalkan pakaiannya sebelum melompat keluar dari tingkap belakang van penguatkuasa sebelum melarikan diri, awal pagi semalam.

Suspek berusia 20-an itu dipercayai hanya berseluar dalam ketika melarikan diri di perkarangan Stadium Darulaman, di sini, bagi mengelak dicekup penguat kuasa Jaik yang membuat serbuan di kawasan itu, kira-kira jam 2 pagi.

Dalam serbuan itu, sekumpulan lebih 10 lelaki terbabit yang sedang berurusan dengan pelanggan bertempiaran lari sebaik van penguatkuasa Jaik tiba di lokasi.

Ketika serbuan, semua mereka yang berpakaian wanita termasuk kebaya dan skirt pendek berada di kawasan itu seawal jam 9 malam.

Ketua Operasi Jaik, Solehudin Saudi berkata, anggotanya 10 orang terpaksa mengepung kawasan itu selepas menyedari menjadi lokasi golongan itu berkumpul dan menawarkan khidmat seks.



Menurutnya, pihaknya kemudian menyerbu kawasan itu dan berjaya menahan empat pondan menyebabkan rakan lain melarikan diri termasuk pelanggan mereka.

“Seorang pondan yang berada dalam van penguat kuasa sempat menanggalkan baju lalu melompat keluar melalui tingkap van hanya berseluar dalam.

“Bagaimanapun, dia gagal ditahan semula kerana keadaan cuaca gelap dan kejadian berlaku terlalu pantas. Mereka kemudian dibawa ke Bilik Gerakan Pejabat Agama Daerah Kota Star untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Metro

Hahaha tak boleh bayang bila kita terjumpa pondan berlari bogel tiba tiba. Memang lawak lah tengok. Bengong pondan ni. Tempat panas lagi nak datang. Kan dah kena rush.


Pondan ni banyak bersepah kat mana mana tempat. Kalau kat chow kit lagi bersepah. Tetek selambak youuu hahahaha. Tapi setakat ni pondan paling cantik yang pernah aku jumpa dekat area BB. Fuyooo sejibik pompuan wooo. Tapi kalau dia berbunyi memang hancussss hahaha. Keluar suara jantan youuuu.

Pondan tempat lain banyak hancur. Muka pure jantan ditempek dengan makeup. Korang boleh bayangkan ler camner. Pontianakpun takut tengok hahaha.

Monday, August 23, 2010

Sayu Menjelang Raya....

Entry penuh emosi

Setiap kali raya, pasti akan keluar berita mengenai kanak kanak menjadi cacat atau maut akibat mercun. dan setiap kali keluarnya berita terbabit, maka ramailah menjadi lalat yang membuat bising supaya penjual mercun dikenakan tindakan tegas.


Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mercun bukanlah pembunuh utama dimusim perayaan. Sebaliknya kemalangan jalanraya lah menjadi pembunuh utama dimusim perayaan. Kalau tak percaya, cuba lihat statistik kematian jalanraya berbanding mereka yang terbunuh akibat mercun?

Mengapa lalat lalat ini semua tak membuat bising? Mengapa lalat ini semua tidak menuntut supaya penjualan kereta diharamkan? Atau mana mana pengeluar kereta disaman akibat berlakunya kemalangan jalanraya?

Lalat lalat ini semua memang bangsat! Double standart! Rasis!


Mercun kalau dimainkan mengikut peraturan dan pengawasan orang dewasa, ianya tidak memudaratkan. Semua kemalangan mercun ini disebabkan kedegilan dan sikap sombong bodoh budak budak melayu. Tak percaya budak melayu ni sombong bodoh? Cuba lihat berita kemalangan mercun diwaktu perayaan cina. Ada atau tidak?



Mengapa pula orang cina main mercun tetapi tak berlaku apa apa kemalangan sedangkan orang melayu boleh mati. Cuba lihat semua mat rempit. Adakah mereka orang cina? Semuanya orang melayu! Ini menunjukkan orang melayu ni bodoh sombong. Benda kalau tak ikut peraturan, memang matilah jawapnya.

Sama juga dengan kemalangan jalanraya. Bawa kereta tak ikut peraturan, akan berlaku kemalangan. Main mercun tak ikut peraturan juga akan menjadi kemalangan. Sekali lagi lalat lalat ini berhujah " main mercun membazir duit" Habis kau hisap rokok tak membazir namanya!

Sorry kalau ada yang terasa. Tetapi ini hakikat sebenar didalam kehidupan. Orang hanya menyalahkan perkara perkara kecil sedangkan mereka tidak sedar bahaya perkara perkara besar.

So buat mereka yang halang penjualan mercun, aku cakap "fu*k you!"

Friday, August 20, 2010

Promosi Raya

Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get this party started,
Hey baby come and tell me what's the score
Baby, baby, tell me, what your, what your, waiting for

Baby I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come and get me it's all your's
Baby, baby, tell me, what your, what your, waiting for



Lagu ni popular gak sekarang. Mulanya aku ingat dia ni artis luar tetapi rupanya orang melayu. Dulu dia ni ahli teh tarik crew dan sekarang membuat album solo. Dan lagu ini adalah single pertama beliau.



Bila aku tengok miss nina ni, aku teringat pada kawan blogger aku yang hampir serupa dengannya iaitu cik eny klik sini


Cik Eny aka Mizz Nina

Dan sempena Ramadhan ni, tetiba je aku nak buat amal jariah hahahaha. Takdelah cuma rasa nak hantar kad raya. Tapi tak tahu pada siapa. So kalau nak dapat kad raya dari aku, korang boleh bagi alamat korang pada aku. Jangan letak alamat emel lak. Memang tak layan ler.

Marilah kita bersama sama meriahkan hari raya ini dengan kad raya. SMS raya tak best. Takde nilai sentimental.

Thursday, August 19, 2010

Ustaz Gila

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di ibu kota kecoh apabila seorang ustaz yang juga guru disiplin memaksa satu kelas terdiri daripada lebih 20 murid tahun empat untuk meminum air jampi yang didakwanya mampu menurunkan bala kepada mereka yang meneguk air berkenaan, kelmarin.

Tindakan itu bukan sahaja menyebabkan separuh murid terpaksa berbuka puasa, sebaliknya mereka takut selain enggan pergi ke sekolah, semalam. Difahamkan, tindakan ustaz berusia lewat 30-an itu bertujuan menjejaki ‘toyol’ dipercayai di kalangan muridnya yang mencuri telefon bimbit milik seorang guru sekolah berkenaan.



Malah, ustaz terbabit individu bertanggungjawab menyediakan air jampi itu kerana dia mendakwa dirinya mempunyai kebolehan luar biasa. Sumber berkata, ustaz terbabit masuk ke dalam kelas berkenaan sebelum meminta murid bertanggungjawab menyerahkan telefon bimbit itu.

“Biarpun selepas minum air itu, tiada seorang murid mengaku mencuri telefon bimbit berkenaan. “Berang dengan kejadian itu, ustaz terbabit mendakwa Tuhan tidak akan menurunkan bala kepada seorang individu saja, sebaliknya jika berlaku bencana ia akan menimpa semua orang.

Difahamkan, telefon bimbit guru berkenaan belum ditemui dan sehingga kini, tiada murid jatuh sakit atau memuntahkan darah.

Sumber : Harian Metro

Hahahaha ini salah satu contoh orang gila. Ada ke pakai air jampi nak cari telefon hilang. Dia ni fikir hidup zaman bila hahahaha. Siap ugut murid sekolah rendah lagi. Memang bodoh+bangang ler ustaz ni.

Elok dia ni dilempang ramai ramai. Biar dia sedarkan diri. Suka suka dia je nak ugut budak kecik. Apa dia ingat jampi dia bagus sangat ler. Sekali langgar dengan lori pasir KSSB baru dia tahu. Mesti dia ni puak salah satu parti politik. Sebab sama je perangai dengan taiko parti politik tu yang suka main doa dan sembahyang hajat ugut ugut orang.


Keluarga pelajar ni patut buat report polis. Biar ditangkap ustaz merapu ni. Ni baru sikit. Lepas ni entah apa pulak dibuatnya.

Wednesday, August 18, 2010

Malaysia Bakal Menghadapi "Perang Besar" jika DAP Berkuasa

GAGASAN 1Malaysia cukup menarik. Ia dapat mengelakkan 'perang besar' sebagaimana kebimbangan Mufti Perak, Tuan Guru Harrussani Zakaria walaupun malam tadi beliau tiba-tiba menukar perkataan perang kepada perkataan 'heboh', saya merasakan magnitudenya adalah sama.

'Perang besar' boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).

Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru.

Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?

Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis.

Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?

Harussani yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang."

Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'. Saya, kita dan semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.

Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.

Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.

Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?

Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?

Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.

Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain.

Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.

Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi.

Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.

Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu!

Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?

Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, nauzubillah...

Tuesday, August 17, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Kita bakal menyambut kemerdekaan kurang dua minggu lagi. Dan kita sudah menyambut merdeka kali ke 53. Tetapi adakah kita sedar bahawa kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah begitu mahal harganya. Ianya dibayar dengan nyawa dan pengorbanan orang terdahulu. Semata mata kerana kasihkan anak cucu dan tanahair.

Maka mereka sanggup melakukan segala galanya kerana mereka percaya, bahawa hanya dengan kemerdekaan sahaja. Kita anak cucunya mampu hidup aman, makmur dan bahagia.

Diharap kita semua dapat menjaga kemerdekaan ini sehingga akhir zaman. Kerana sekiranya kita hilang kemerdekaan, bererti kita hilang segalanya. Dan kita telah mensia siakan usaha datuk nenek kita terdahulu.


Kitalah pewaris kemerdekaan dan kita wajib mempertahankannya

AlFatihah buat mereka yang gugur memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan ini....

Dah Kata Dah

Minggu lepas aku ada ceritakan pasal sorang budak perempuan yang suka suka je ikut orang afrika. Dan sekarang sudah sah dia ditahan di Afrika Selatan sebab membawa dadah (klik sini).

Sudahlah. Aku dah malas nak cakap banyak. Budak sekarang semuanya bodoh tahap cipan. Mana ada orang baik hati sampai nak bawak pergi melancong luar negara begitu senang. Lantak korang ler. Pandai buat pandai ler tanggung.


Dalam sebuah rencana di utusan hari ini, ada satu yang dihantar oleh seorang ibu. Kononnya tindakan menjatuhkan hukuman mati keatas pesalah membuang mati adalah tidak adil. Meh aku paste mukadimah dia:
"Saya seorang ibu bekerja yang hanya mempunyai seorang anak perempuan. Tidak dapat saya bayangkan apabila suatu hari saya didatangi seorang anggota polis memaklumkan anak perempuan saya ditahan kerana disyaki membuang bayi hingga menyebabkan kematian. Mampukah saya menerima hakikat satu-satunya anak gadis saya bakal berdepan dengan hukuman mati mandatori itu?
Hahaha bodohnya kau ni. Kau tak pandai jaga anak, tanggung ler sendiri. Dah anak kau buat salah, kau nak marah orang lain pulak. Pandai buat pandai ler tanggung.

Dan mahkamah bukannya bodoh nak hukum mereka sewenang wenangnya. Mahkamah akan pastikan dahulu pesalah adalah mangsa rogol atau tidak. kalau mangsa rogol, sudah tentu tidak dihukum terus.

Mereka yang patut dibunuh ini adalah mereka yang sengaja membuat salah. Lagipun memang patut mereka ini dibunuh. Darah dibayar dengan darah. Dan diakhirnya dia kata, "mencegah lebih baik dari mengubati". Memang betul tu.

Tapi membunuh mereka yang bersalah juga adalah dikategorikan sebagai mencegah. Dengan membunuh mereka yang bersalah, ia akan menjadi amaran kepada yang lain supaya tidak membuat kesalahan.


Mereka yang bersalah wajar dihukum sula

Well dalam dunia ni kena ada seseorang sacrifice untuk kebaikan seluruh umat manusia. Dan kita korbankan mereka yang bersalah untuk menjadi peringatan kepada yang lain.

Itupun dikira mencegah lebih baik dari mengubati.

Monday, August 16, 2010

Malaysia Tanah Pusaka

Sungguh gemilang negeriku
Yang kupuja oh tanah Malaysia
Diseluruh dunia negaraku
Yang berdaulat negaraku



Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka



Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa didalamnya
Hidup aman dan bersama
Bertekun kerja untuk Malaysia



Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

Saturday, August 14, 2010

Resident Evil : AfterLife



Yahoo tak lama lagi akan kuar citer resident evil. Salah satu citer yang paling aku minat. Tak sabar nak tengok :)







Friday, August 13, 2010


KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ramadan kali ini pastinya berbeza buat seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 19 tahun menghilangkan diri dipercayai mengikut awang hitam ke Afrika Selatan, sejak Isnin lalu.

Wanita itu, Roslah Abdul Jani, 43, ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan Komuniti di Solaris Dutamas di sini memberitahu anaknya, Nur Dhiya Ain ada menghubunginya sebelum berlepas ke negara tersebut.

Roslah yang juga pengurus operasi sebuah syarikat perkapalan pada mulanya tidak percaya kerana Dhiya atau nama panggilannya ‘baby’ tidak pernah ke mana-mana sendirian.

sumber : Utusan Malaysia

Ini satu lagi kes menunjukkan budak melayu ni BODOH. Bagi aku, berita macam ni dah buat aku lali. Dah menyampah sangat sebab tak reti reti nak belajar. Suka sangat ikut orang tak tentu pasal.

Dan satu lagi berita best. Lepas ni sape buang bayi boleh dibunuh. Fuyooo memang best gila. Tapi lagi best kalau mereka disula dihadapan orang ramai. Boleh pakat tengok ramai ramai hahaha. Biar mampus mereka sekarang.

Thursday, August 12, 2010

Hari Kedua Ramadhan - 28 Hari Lagi

Hari ini hari kedua berpuasa. Bermakna tinggal 28 hari lagi nak raya. Tapi aku masih tak dapat stok mercun. Semua budak aku tanya, masing masing takde stok lagi. Aduh apa barang raya takde main letop letop. Ibarat beraya tapi tak berpuasa ler rasanya. Ok kita abaikan bab raya dulu.

Hari ni hari kedua aku berpuasa. Tapi puasa tahun ini berlainan dengan tahun sebelumnya. Tahun ni aku rasa selera berbuka seolah olah sudah tiada. Kalau dulu aku mampu minum bergelas gelas air dan melantak bermacam makanan tapi sekarang tengokpun dah tak lalu.


gambar google *tak kuasa aku nak snap gambar*

Tadi aku cuma makan murtabak sekeping *mesti ada*. And segelas dua air saja. Lepas tu pergi klinik sebab demam. Ohh maybe sebab demam so aku xde selera makan. Tapi rasanya tak juga. Biasanya manusia semakin tua semakin hilang selera makannya. Or maybe aku dah tak lama di dunia ini..Segalanya mungkin...

*semangat blogging dah datang. hati tak sakit lagi tapi badan pula sakit huhuhu*

Di Dalam Sepi Itu....

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terperdaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan



Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Sunday, August 08, 2010

Adakah Aku Bodoh Kerna Mencintai Seseorang?

Rasa tergelakpun ada, rasa sedih sudah tentu. Aku baru saja buat entry tentang "Kemaafan Adalah Dendam Yang Terindah" *klik sini*. Akhirnya petang tadi aku dapat sms ni....



"Salam, sy mintk maaf kalo benda pe yg sy msj ni wat awk terluka....kta ptus,ptus btl2 kli ni.....sy mntk maaf klo sy ada skitkan hati awk slma ni,awk xyah tunggu sy ag k,awk cri la wnita yg lbih baik dri sy,n yg bly isi ati awk..sy mang nk btl2 pts kali ni, jgn contact sy ag, sypun xkan contact awk ag...."

Memang dah lama dia nak breakup dan banyak kali... Tapi selalunya akulah yang terpaksa pujuk. Tapi kali ni akupun dah rasa penat...Penat sangat..Kadang kadang terlalu susah kita nak jaga hati orang sehingga terpaksa korbankan hati sendiri..

Bodoh ke kalau kita mencintai seseorang sepenuh hati?....Kenapa bila kita sayangkan seseorang..Tapi orang tu tak penah faham..Tak pernah hargai...Ya aku bukanlah seorang yang romantik macam orang lain.



Tapi bila aku sayang seseorang, i love her with own way..And that is what i am..I cant' pretend to be somebody else just to show my love. That hypocrite okey.

Aku akan stop blogging sekejap..Maybe 2-3 day or more..Rasa penat sangat apabila selalu kena jaga hati orang lain sedang orang lain tak pernah faham dan hargai hati kita. Bulan Ramadhan dah dekat and ingat leh sambut raya bersama sama..Nampaknya beraya seorang lagi aku tahun ni...

Saturday, August 07, 2010

Jom Kahwin !

MELAKA 6 Ogos - Berita baik untuk pasangan yang merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Anda hanya perlu berbelanja sekitar RM2,500 tetapi bakal diraikan dalam suasana penuh meriah dan gilang-gemilang.

Apa yang harus anda lakukan ialah mendaftar untuk Majlis Perkahwinan Beramai-Ramai 1Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54 tahun ini.

Majlis anjuran Gaya Jati Entertainment itu turut menetapkan tarikh istimewa iaitu 10 Oktober atau 10.10.2010 untuk meraikan persandingan 54 pasangan yang bakal dipilih nanti.

Pengarah Gaya Jati, Jaafar Abd. Rahman berkata, majlis itu kali kedua dianjurkan pihaknya sebagai menyahut gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Majlis perkahwinan beramai-ramai itu akan diadakan di A'Famosa Resort. Lengkap dengan kenduri kahwin secara gotong-royong dan pelamin juga disediakan kepada pasangan yang dipilih untuk menyertai program ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Fuyooo cam best je. Kahwin hanya belanje sebanyak RM2,500 sahaja. Tapi hanya untuk mereka yang benar benar tahu makna perkahwinan saja. Kalau setakat kawin nak berlagak dengan jumlah hantaran dan majlis gempak, baik tak payah join.

Aku semakin meluat dengan orang sekarang yang kahwin dengan pembelanjaan yang besar. Yang jelas amat membazir. Tapi majoriti semuanya bukan kehendak pengantin tetapi perangai buruk orang tua mereka. Agaknya masa diorang kahwin dulu tak merasa lepas tu ditekannya anak mereka supaya mengikut kehendak mereka. Semakin lama semakin bercelaru masyarakat dibuatnya huhuhu.

Aku rasa nak join ler pakej ni tapi aku nak kawin dengan sapa...Ada sapa nak kawin dengan aku sila hantar borang permohanan yek :)

Friday, August 06, 2010

PAS Sokong Majlis Kristian Secara Terbuka ?

Apa kata penyokong PAS bila Shah Alam, bandar yang dulunya majoriti besar Islam-Melayu semasa zaman BN-UMNO, kini akan menganjurkan Majlis Mari Masuk Kristian pada 4 September nanti iaitu di minggu terakhir Ramadhan yang mulia?

Yang sedihnya, ia bukan akan dianjurkan di kawasan terpencil atau di gereja kecil, tapi nah, di Pusat Konvensyen Shah Alam.



Majlis ini mengajak semua untuk sama-sama mengalami dan menyertai Kristian. ("come experience and join us", kata posternya. Tapi siapa yang diajaknya?? Berapa ramai orang Kristian di Shah Alam?

Setahu saya, dulu semasa zaman Shah Alam di bawah BN-UMNO yang jahat, Shah Alam ini ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai bandar Melayu-Islam, untuk dihuni oleh orang-orang Islam dan mengenakan berbagai-bagai sekatan terhadap aktiviti-aktiviti maksiat dan aktiviti sebegini.

Tapi sekarang di bawah Kerajaan yang mana PAS menjadi sekutu, begini ceritanya. Pulak lagi Ahli Parlimennya ialah orang PAS juga, Khalid Samad. Apakah PAS tak kesah yang mungkin ada anak-anak muda dari UITM Shah Alam atau UniSel Shah Alam atau PTPl dan sebagainya yang mungkin murtad akibat pembenaran aktiviti dakyah Kristian ini?

Bangsat sangatkah orang Islam Shah Alam sekarang sampai redha dengan benda-benda begini. Atau adakah undi lebih penting dari segalanya?

Atau mungkin akan ada yang kata "Lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!".

Sumber : Apa Kata PAS

Dan : KerisPutera

Berbuka Puasa Bersama Nuffnang

Semasa dok merewang kat website Nuffnang, tetiba aku nampak benda ni. Seperti tahun lepas, Nuffnang sekali lagi menjemput pengguna Nuffnang berbuka puasa di The Apartment, KLCC pada 12 ogos nanti.



Para blogger berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!



Dan ianya hanya terhad kepada 15 orang sahaja. Kalau nak join, korang boleh emelkan nama penuh serta url blog korang pada berbukapuasa@nuffnang.com

Oh yaa lupa nak cakap. Ia hanya untuk ahli ahli Glitterati sahaja ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...