Followers

Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Buat Semua


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Hari raya dah semakin menjelang. Dan seperti tahun tahun sebelumnya, aku sudah tidak merasakan lagi suasana raya. Aku sudah bosan dengan raya. Melihat gelagat orang menyambut raya membuatkan aku loya. Buat aku menyampah. Semua benda hendak dibeli. Biar semuanya serba baru. Apa maknanya aku sendiri tak tahu.

Pada aku tak tiada maknanya membeli barangan baru setiap kali raya menjelang. Aku boleh shopping sepanjang tahun, tanpa perlu menunggu raya. Baju melayu baru? Arhh aku hanya pakai semasa sembahyang raya. Balik dari masjid aku terus bukak. So what the point untuk aku membuat baju melayu setiap tahun.

Hendak makan lemang, ketupat, rendang? Zaman sekarang benda benda itu ada dijual sepanjang tahun. Tak percaya cuba pergi ke mana mana pasar malam. Ianya seolah olah sudah tiada nilai sentimental seperti nasi lemak. Jikalau dulu, nasi lemak hanya dijual pada waktu pagi untuk sarapan, sekarangnya dijual sehingga awal subuh.

Raya ini hanya membuatkan aku terkenang pada seseorang. Bukan family tetapi..adalah.... Dua tahun lebih kami bersama tapi aku tak pernah datang kerumahnya untuk beraya bersamanya. Dan sekarang hanya kad raya dari sidia menjadi kenangan abadi didalam hidupku. Mungkin benar kata ayahnya. Aku bukan orang terbaik untuk anaknya. Aku harap dia bahagia dengan orang yang lebih baik dariku.

Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua rakan blogger. Jemputlah datang kerumah. Ini nom telefon ku 012-9173135. Contact dulu sebelum datang. Manalah tahu aku tiada dirumah ketika kalian bertandang.



Saturday, September 27, 2008

My First Time TAG

Ini first time aku kena TAG. Leceh juga yek nak jawap hak hak..Anyway inilah jawapan aku..Bagi sesiapa yang sangsi tentang jawapan aku, korang kenalah percaya sebab ianya datang dari hati nurani aku sendiri..Kiranya memang jawapan ikhlaslah.

RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

Aku kena dari Cikin

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- Rasa nak mengamuk gila gila cam Godzila..But what can u do right..Redha je lah


2. If you can have a dream to come true, what would it be?
-Aku nak jadi MAHARAJA..Nak perintah seluruh dunia hak hak hak


3. If you are the opposite gender, what would you do?
- Aku maybe..not surelah..Tak terpikirpun..

4. What would you do with a billion dollars?
- Hurmm first dah tentu aku kawin..kawin 4 sekaligus hak hak hak..Buat rumah Banglo 5 6 bijik, Beli tanah bebanyak and then buat masjid dan rumah anak yatim *baik aku ni kan*

5. Will you fall in love with your bestfriend?
- Ye kot tapi tengoklah kalau bestfriend aku tuh pompuan..kalau jantan nak buat apa..

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
- For me loving someone..that better than u know sombody love u..

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- Selamanya..For eternity


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
- Lepaskanlah dia..Cuma berharap dia akan mendapat kebahagian

9. Have u ever been labeled as a snatcher?
- Belom lagi kot..Erkk snatcher tu apa yaa?


10. How dO yOu feel being scOlded?
- Rasa nak terajang je semua orang


11. How would you see yourself in ten years time?
- Maybe jadi PM kot..Nak jadi Maharaja melampau sangat *so paklah and anwar boleh blah*

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
- Hurmm ntahlah..No komen

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- Hurmm ngegada kot hak hak hak


14. Would you rather be single and rich or married but poor?
- Of coz lah single and rich..Sebelum mati aku bakar semua duit aku hak hak hak..


15. What's the first thing you do when you wake up?
- Buka mata, tengok jam...tidow balik hak hak hak


16. Would you give all in a relationship?
- Yes if she the last one dari semua sparepat i hak hak hak..

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
-Aku lelaki so aku leh kawin 4..Setakat dua tu sikit sangat hak hak hak


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
- Forgive and forget yes..tapi aku juga amalkan what u give, you get back. Orang yang kenakan aku..aku balas balik.


19. Do you prefer being single or having a relationship?
- of coz lah relationship..tapi bila dah da lama kawin rasanya nak bujang balik kot..aku cepat bosan hak hak hak..

Orang Selanjutnya...

cik Ien
bro Fysal
Cik wiween
bro Fadzlikhan
Cik Ainsya

Tuesday, September 23, 2008

Bila Tiba Hari Raya

Bila Tiba Hari Raya
Semua Insan Bergembira

Tetapi bagiku

Hanya Kesedihan

Yang Menyelubungi Hidup


Hari ini aku trime kad raya dari chika serta seorang dari rakanku. Terima kasih kerana sudi mengirim kad raya buatku. Pada kebiasaan aku hanya menerima kad raya dari yang tersayang tetapi tahun aku tak ada yang tersayang so aku tak suspek akan dapat kad raya.

Rupa rupanya masih ada lagi insan yang prihatin akan nasib orang yang terbiar seperti diriku. Terima kasihlah banyak banyak sebab masih mengingati diriku yang daif ini. Semoga lebaran ini membawa seribu keceriaan buat anda sekeluarga.



Monday, September 22, 2008

Kreativiti Blogger

Photobucket

Minyak Turun Or What

Terdapat ura ura *bukan kura kura* yang menyatakan harga minyak akan turun menjelang raya aidilfitri nanti. Itupun sekiranya harga minyak dunia kekal di bawah paras AS$100 (RM340) setong. Pada Ogos lalu kerajaan kita yang prihatin telah menurunkan harga petrol dan diesel dari lapan sen hingga 15 sen seliter apabila harga pasaran dunia menurun sehingga AS$110 setong.
Berdasarkan kedudukan harga minyak di pasaran dunia sekarang, tidak mustahil harga seliter petrol dapat diturunkan sehingga 30 sen. Namun adakah Kerajaan Pak Lah benar benar akan menurunkannya?

Baca disini selanjutnya Malaysia Heaven

Sunday, September 21, 2008

Downtown Danau Kota

Malam tadi aku dengan friends pergi merayau merayau ke KL. Kami pergi dengan gumbiranya. Sampai disana kami disambut dengan kesesakan lalulintas dan membuatkan kami bersumpah seranah. *harap malam tadi bukanlah malam lailatul qadar* Hampir sejam kami merangkak-rangkak di area Bukit Bintang konon kononnya mencari PAVILION. Akhirnya kami berjumpa juga itupun ianya terletak dijalan bersebelahan kami.

Macam biasa jalan di KL bukannya seperti jalan di kampung. Di KL kalau kita hendak ke kedai seberang, sekurang kurang kita kena pergi jauh semata mata untuk "Uturn" ke jalan dihadapan kedai tersebut. Dan begitulah kami malam tadi. Naik gila mencari jalan untuk ke seberang.

Selepas berpuas hati di PAVILION, kamipun bertolak ke danau kota. Seperti biasa dimana mana bazar, mesti bersesak punya. Dan aku sempat sambar dua helai jeans serta kasut. Tapi memang dah ditakdirkan bukan rezeki aku, tengah hari tadi aku try seluar baru, dua dua tak muat. Nampaknya tak adalah seluar raya aku tahun ni huhuhuhu..









Aku suka seluar ni sebab design dia cantik. Memanglah harga tak mahal tapi bagi aku ianya dibeli dengan duit dan duit amat bernilai bagi aku walaupun hanya sepuluh ringgit. Aii sayang sayang..apa aku nak buat dengan seluar ni hurmm..

Friday, September 19, 2008

Duit Raya Sudah Sampai



Hari ini aku dapat duit raya dari cik cikin. Trimas banyak banyak cikin. Harap harap next year dapatlak pound sterling hehehe..

Bangkrupsi

Tadi aku keluar berbelanja di sebuah hyper market popular seluruh negara *tidak boleh disebut nama* untuk membeli barangan yang boleh dikategori sebagai barangan dapur. Bukannya shopping raya.

Aku hanya membeli 7 item diantaranya ubat gigi serta sabun mandi. Dan harga yang perlu kubayar adalah rm 82.35 sahaja. Perhh xleh tahan. Tension aku dibuatnya. Kalau dulu harga barangan ini tidak lebih dari rm50.00 sahaja. Dan sekarang ianya hampir mencecah seratus ringgit.

Dan tadi aku sudah berkira kira. Aku yang masih bujang terpaksa membayar harga barangan runcit hampir seratus ringgit. Bagaimana pula apabila aku sudah berkahwin and mempunyai 3 4 orang anak. itu belum lagi mempunyai isteri seramai 2 3 atau 4 dan anak seramai segerabak keretapi. Nampaknya kepala aku nanti akan lebih botaklah dari Najib Razak huuuuu...

Thursday, September 18, 2008

Kad Raya Untuk Kalian



Kad ini khusus untuk semua rakan rakan blogger yang kukenali mahupun tidak. Semoga lebaran ini membawa seribu kemanisan buat anda sekeluarga.

Wednesday, September 17, 2008

Ulaa~Laa


*Miss My Emo Hair*


Pada mulanya memang kuingin upload pic baru dengan new hair design tapi malu lak. Pendek bangat rambutku. Tapi masih ada sikit lagi stail emo walaupun dah tak panjang seperti dahulu.

Monday, September 15, 2008

Sunday, September 14, 2008

Ntah Apa Apa - Tajuk No Idea

Tadi aku keluar shopping lagi. Jika semalam aku membeli tauge dan kailan, hari ini aku membeli sawi pula. Adakah aku sudah menjadi seorang vegetarian? Ohh tidak tak mungkin aku akan menjadi seorang vegetarian kerana aku seorang die hard fan KFC. Masakan boleh ku menjadi vegetarian. Cuma sawi itu aku nak buat mee goreng sebentar lagi. Anyway aku sememangnya gemar makan sawi walaupun ramai kawan kawan aku tak mengemarinya.

Seperti semalam, aku kena beratur lama hanya untuk membayar sawi yang cuma berharga rm 1.30. Tetapi nasib baiklah tadi adalah akak dihadapanku yang begitu baik hatinya membenarkan aku membayar dahulu. Jika tidak, penatlah aku nak tunggu dia yang seperti memborong sakan sehingga penuh trolinya tadi.

Dan untuk pulang kerumah, aku terasa seperti tinggal di Kl pula. Boleh tersangkut didalam kesesakan jalan raya. Sungguh tak logik. Bandar aku yang indah permai rupa rupanya mempunyai jalan raya yang sesak. Ini semua disebabkan orang yang datang dari Raub, Lipis malah Kelantan hendak pulang ke Kuala Lumpur setelah cuti hujung minggu. Semuanya melalui jalan dibandarku. Kalaulah bandar aku wujud semasa zaman kesultanan melayu melaka, barangkali ia boleh menjadi sebuah negeri yang hebat kerana ia menjadi laluan ke pantai timur.

Saturday, September 13, 2008

Pelumba Jalanan

Hari ni cuaca panas bangat. Sampai aku rasa nak pitam. Hari panas membuatkan aku rasa gelisah semacam. Serba tak kena dibuatnya. Dan tadi aku buat hal lagi dengan kereta aku. Dalam masa aku nak masuk parking basement shopping mall, aku boleh pula tergesel dengan dinding selekoh masuk.

Nasib baiklah gesel gesel manja je. Kalau tak mahu kena maki lagi aku dengan kakak aku. Tapi gesel2 manjapun mahu tanggal gak line plastik kat sebelah tepi kereta tu. Apalah aku nak jawap bila dia tengok esok huhuhu. Pintu keretapun tak cat lagi lepas aku langgar kereta orang. Tapi aku tak salah, orang tu yang salah. Ada ke dia undur selamba anjing je tanpa melihat belakang. And then terus dia lari huhuhu. Bila balik aku lagi yang kena marah.

Tapi aku ni sebenarnya boleh dikategorikan sebagai pemandu yang merbahaya. Bila bawa kereta aku rasa nak driff je. Pernah sekali aku nak himpit kereta peronda polis time kat selekoh. Aku memang pantang kalau ada orang potong time aku drive *kes ego*. Nasib baik le aku ternampak line kuning polis. Aku pelik juga kenapa kereta dia ada line kuning. Akupun bagilah dia saing aku. Bila aku pandang tepi, berderau darah aku. Nasib baik lah aku tak himpit dia tadi dan diapun tak perasan aku nak himpit kereta dia. Kalau tak mahu masuk lokap aku.

Sampai sekarang aku rasa fobia bila tengok kereta peronda time memandu. Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk terus memandu dengan ganas hahaha. Racer tetap seorang racer. "Biar Mati Eksident, Jangan Kena Tangkap" Itulah prinsip aku hehehe.

Thursday, September 11, 2008

Inginkan Sebuah MPV Percuma?

Sekiranya anda inginkan sebuah MPV percuma, anda boleh menyertai peraduan menamakan Proton MPV pertama negara. Cukup mudah, anda boleh menyertai melalui sms atau melayari www.proton.com.

Anda cuma perlu berikan nama, tagline dan slogan. Anda juga boleh menghantar seberapa banyak borang yang anda inginkan. Tarikh tutup peraduan adalah pada 30 september 2008. Selamat mencuba ^^"

Blog, Block Dan Goblok

Baru sebentar tadi aku mengalami masalah nak masuk ke blogger. Dia keluar error page. Aku tak tahu sama ada masalah ini dari blogger ataupun dari firefox aku sendiri. Sampai aku nak view comment dalam blogpun di blocknya. Goblok sungguh mende ni. Ada je benda nak buat aku tention.

Wednesday, September 10, 2008

Pening Pening

Hari ini aku tukar templet lagi. Aku sekarang dah tak tahu nak templet camne lagi. Aku cuma nak blog aku nampak simple tapi menarik seperti blog aznil dan sultanmuzaffar. Blog mereka simple, putih, nampak kosong tapi menarik. Aku dah tak tau nak cari kat mana lagi. Nak design sendiri aku tak pandai. Tak tahu nak start dari mana huhuhu..Tension tension....



Monday, September 08, 2008

Mee Hailam

Mee kuning basah(dicelur separuh masak)
Bahan-bahan tumis :
Minyak masak-3 sudu besar
½ biji bawang besar-dicincang halus
3 ulas bawang putih-dicincang halus
1 inci halia-dihiris halus
5-6 tangkai cili padi (diketuk)
Sos tiram-3 sudu besar
Kicap pekat-4 sudu besar
Kicap masin-secukup rasa
Stok ayam cair Maggi-secukup rasa
1 ½ sudu teh lada hitam-ditumbuk halus
Sedikit gula

Perencah :
Ayam /daging
Udang
Fishcake / fishball
Pucuk jagung(Sayur jagung kecil)
Lobak Merah
Kobis
Lada Benggala hijau dan merah
(Semua bahan perencah adalah mengikut citarasa masing2)

Air
Tepung jagung-anggaran 2 sudu besar dibancuh dengan air(untuk memekatkan kuah)

Cara Memasak

1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia sehingga garing.
2. Masukkan ayam/daging.Goreng sehingga separuh masak.Kemudian masukkan fishcake/fishball serta udang dan goreng sehingga separuh masak juga.
4. Masukkan sos tiram,kicap pekat,stok ayam dan kicap masin.Kacau sos tersebut.
5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa.Cili api yang telah diketuk dimasukkan sekali.
6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang dikehendaki.
7. Tambahkan sedikit gula.Jangan terlalu manis.Masukkan secukup rasa sahaja.
8. Masukkan sayur-sayuran apabila kuah sudah mendidih.
9. Sebelum menutup api, bolehlah dimasukkan bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
10.Apabila sudah masak bolehlah dihidangkan dengan menuangkan kuah ke atas mee yang sudah dicelur.
*(Mee dicelur bagi mengelakkan kuah diserap terlalu cepat)
* Tidak perlu menambah garam kerana kicap masin dan stok sudah sedia masin.



Pagi Yang Gelap


Pagi yang gelap kini sudah terang

Aku adik mu
Dan engkau abang

Ye pagi ini memang gelap. Dan jangan salahkan aku karena ku bangun tengah hari. Sampai sekarang cuaca masih lagi mendung. Dan aku rasa bagai ditarik tarik untuk tidur kembali. Cuaca sebeginilah yang paling ku suka ketika ramadhan. Lena diulit mimpi ^^"

Dan sekarang sesiapa yang masuk blog aku terpaksa baca entry panjang panjang. Aku da bosan dengan summary. Dan aku sememangnya cepat bosan dengan apa saja yang kubuat kecuali makan, reading dan berpeleseran. Yaa dalam baik ada sifat buruk dan didalam sifat buruk masih ada kebaikan. Itulah aku. Aku pernah cuba menjadi seorang KEJAM tapi aku masih tak mampu. Kalau ada orang minta tolong, seboleh bolehnya aku mesti cuba untuk menolong walaupun devil aku meniup pelbagai hasutan.

Aku juga tak pandai nak menyimpan dendam pada orang walaupun hati dan perasaan ini selalu dilukai. Bagi aku kasih sayang dan kemaafan itu adalah sebaik baik kebaikan yang dapat aku berikan. Kadang kadang aku cemburu dengan sesetengah orang yang boleh mengetepikan perasaan dan sanggup tidak memaafkan orang lain ataupun menjadi KEJAM dengan menutup mata hati terhadap penderitaan orang lain.

Sunday, September 07, 2008

Cradle Of Filth

Jum Shopping








Hari ini aku kuar jejalan jap. Sambil tu sempat shopping sikit. Sikit je tak banyak.

Dalam masa keluar merayap aku jumpa lak kawan kawan lama. Bermacam kisah silam diceritakan semula. Masing masing dah ada kerjaya sendiri. Cuma aku je yang masih mencari hala tuju hidup ni. Dan tadi aku cuma beli dua helai t shirt je. Lagipun memang trend aku beli time nak raya. Lepas ni tak beli dah setahun sampai raya tahun depan.

Minggu depan aku nak beli seluar dengan kasut lak. Sape nak belanja aku shopping leh ikut aku tau ^^"


Saturday, September 06, 2008

New Blog

Baru tadi aku dapat aktifkan semula semula blog aku yang dah lama terperap. Bukan apa cuma aku lupa passwordnya saja.

Mulai hari ini semua berita, pandangan dan komen aku tentang politik negara akan dipost pada http://diary-of-heavens.blogspot.com

Award Pertamaku

Award Dari Cik Ien

Ni adalah first time aku dapat award dari kengkawan blog setelah 5 tahun aku bergelumang dengan dunia blog. Hadiah yang bermakna dibulan Ramadhan Al Mubarak ini huhuhu..Terharupun ada huhuhu..Thanks Cik Ien ^^"

Friday, September 05, 2008

Sengal Sengal Ubi Part 2



summary here

Type rest of the post here

Sengal Sengal Ubi

Tetiba hari ini aku rasa cam semacam lak. Boleh dikatakan aku tidow je hari ni. Maybe disebabkan cuaca yang redum mata memandang membuatkan katil seolah olah memanggilku huhuhu

Dari hari pertama ramadhan, tetiba je aku rasa malas semacam. Rasa nak berherbinasi *betul ke ejaan aku ni* je sepanjang bulan ramadhan ni tapi aku pasrah aku bukanlah seekor beruang yang boleh tidow berbulan lamanya. Aku cuba nak aktifkan diri tapi tak tahulah kenapa aku still rasa kemalasan yang melampau.

Aku cuma aktif bila malam menjelang. Dah macam kelawar lak aku sekarang. Tapi aku tak adalah seperti seorang rakan aku yang boleh bermain game online sepanjang malam dan tidow sepanjang siang. Sesungguhnya aku tidak mampu berbuat demikian. Aku hanyalah insan yang lemah.

Tuesday, September 02, 2008

Keistimewaan Ramadan

Kini bulan Ramadan yang mulia kembali menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah jika dilakukan dengan penuh kekhusyukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Inilah juga musim di mana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja kerana Ramadan ialah bulan limpahan ganjaran pahala dan penuh dengan kebaikan.

Inilah bulan di mana Allah pernah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi, juga sebagai garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadan, awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan bulan ini, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila tibanya Ramadan maka terbukalah pintu-pintu syurga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas dengan ‘pintu-pintu syurga dibuka’ pada bulan ini ialah kerana tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai galakan agar meningkatkan amalan.

‘Pintu-pintu neraka pula ditutup dan syaitan digari’ adalah kerana berkurangannya maksiat di kalangan orang yang beriman di bulan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Diberikan kepada umatku lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebih harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi, para Malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa, setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman: Sedikit masa lagi hamba-hamba-Ku yang soleh akan terlepas dari mereka beban dan kesakitan dan mereka akan menuju ke dalammu (syurga), para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain, kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan sehingga ke akhir malam. Ditanya kepada baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah apakah ia malam Lailatulqadar? Jawab baginda, “Tidak, tetapi orang yang beramal akan diganjari jika laksanakan amalannya”. (riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Berdasarkan hadis di atas antara keistimewaan yang diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah seperti berikut:

1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Perkataan khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi ia di sisi Allah sangat harum kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah.

Setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah, ia adalah sangat disukai-Nya. Seperti orang yang mati syahid, ia dikebumikan dengan kesan darah, kerana pada hari Kiamat kelak darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah.

2. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah SWT kerana mereka tidak pernah berbuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Mereka diberi tugas mendoakan kaum muslimin dari kalangan umat ini yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.

3. Allah SWT menghiasi syurga-Nya setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini.

Mereka juga akan dilepaskan daripada beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.

4. Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. Ini merupakan bantuan Allah kepada mereka di mana Ia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka.

Justeru ketika datangnya Ramadan akan timbullah keinginan beribadat yang tinggi.

5. Allah mengampuni orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat dan bermunajat kepada-Nya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.

Demikianlah ganjaran dan keistimewaan yang menanti mereka yang benar-benar menghayati amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudah kita termasuk di kalangan golongan yang menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan.

Inilah kelebihan yang dijanjikan kepada umat ini yang tiada pada umat yang terdahulu. Allah berfirman: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali-‘Imran: 110).

Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana anda berada.

Selamat berpuasa kepada semua umat islam tak kira dimana anda berada. Hampir keseluruhan umat islam didunia menyambut i ramadhan pada hari ini iaitu 1 september tetapi bagi masyarakat syiah mereka menyambutnya esok. *macam macam perangai orang syiah ni*

Aku juga menukar templet baru tapi bila aku tengok dia lebar semacam je huhuhu..Aku cuba juga coding sumary tu tapi link read more dia disebelah atas tajuk pula. Aku tak tahulah sama ada ia sememangnya letak disitu atau kesilapan teknikal. Bagaimanapun aku akan memeriksanya kembali..Have a nice day..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...