Followers

Tuesday, April 29, 2008

Monday, April 28, 2008

Pementasan Teater Topeng Topeng

Tajuk Teater 'Topeng-topeng' dipilih dari puisi Dato' Baha Zain yang popular di mana isi dan maksud puisi ini dijadikan tema skrip. Puisi-puisi beliau yang lain dipilih untuk menyokong dan membantu perkembangan tema dan plot teater ini.

Dato Baha terkenal dengan puisi-puisi yang berbahasa indah tetapi mudah untuk difahami oleh semua golongan. Puisi-puisinya walaupun ditulis di tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan melahirkan pelbagaian rasa dan emosi ke arah mencari keseimbangan sikap (positive attitude) di dalam kehidupan.


Tarikh - 23 - 3- April 2008
Masa - 8.30 malam
Lokasi - Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

Informasi & tiket - 017-6797151 (Mokhtar ), 016-3203897 (Anis)Tel / Faks - 60342535393 (pejabat)
Email: mok61@streamyx.com atau mok611@gmail.com
Blog: http://akulahrawana.blogspot.com

Thursday, April 24, 2008

Cinta Buta @ Bodoh

Sudah banyak kes dilaporkan mengenai kehilangan gadis dinegara ini. Mereka dipercayai mengikut teman lelaki warga asing dan berkahwin secara senyap disana. Dan akhirnya diri sendiri yang merana.

Kebanyakkan kes melibatkan warga Indonesia. Aku tak menyalahkan 100% pada orang Indon ni. Kalau bukan sebab kebodohan perempuan tu sendiri, kes macam ni tak kan jadi. Apa bendalah yang dipandang pada mamat Indon tu. Kalau bukan sebab dorang tu sendiri miskin, takkannya dorang nak datang Malaysia. Yang perempuan ni tergedik gedik nak kawin, bila dah susah baru nak menyesal, baru nak pikir keluarga. Kalau tak sanggup meredah laut semata mata nak ikut mamat Indon tuh.

Kalau mamat Indon tuh hensem cam Irwan Shah ke, Ahmad Dani ke takpalah gak. Ni mamat jawa. Selekeh bangat. Apalah taste dorang nie. Nak kata terencat akal, sihat sesangat. Tulah padahnya kalau banyak sangat tengok cerita Indon. Dah meracau racau pikiran tuh.

Kepada semua perempuan yang ikut mamat Indon kononnya kerana cinta dan then menyesal, first aku ucapkan tahniah. Tahniah sebab kebodohan dan keberanian anda memalukan keluarga sendiri. Second, Terima kasih sebab anda dah menyusahkan keluarga dan negara untuk mencari dan membawa anda semula balik dan ketiga semoga anda bahagia dengan hidup baru kat Indonesia tu walaupun anda terpaksa mati kebuluran.

Kat Indonesia, jurang kekayaan terlampau luas. Bagi yang kaya, mereka sememangnya kaya gila macam yang korang tengok dalam tv tu. Bagi yang miskin pula, memang terlampau lampau tahap kemiskinan mereka. Sebenarnya lebih ramai yang miskin daripada yang kaya kat sana. Kat kota Jakarta, beribu orang miskin sampai ada yang membuat penempatan dikawasan pelupusan sampah.

Hargailah hidup korang kat sini. Walaupun korang miskin, korang tetap boleh mencari rezeki dinegara sendiri. Kemiskinan korang tak akan sampai membuatkan korang terpaksa berhijrah kenegara orang lain.

Monday, April 21, 2008

Judment Day 2





Tamatnya Judgement Day

Hari rabu sehingga jumaat lepas adalah hari besar bagi kami student dipl multimedia. Ianya adalah hari penentu masa depan kami. Sama ada kami berjaya mengenggam segulung diploma ataupun terus menuntut sehingga bebas.

Bermacam ragam dapat dilihat time tu. Ada yang ketawa, ada yang menanggis. Tak kurang juga yang nampak konfident tapi dalam hati sebenarnya dup dup dup. Aku rileks je hari tu. Cuma cuak sikit last day tu bila En Azmal nak check kerja. Dahlah cd interaktif tak buat, corporat manual leh silap lak.

Sepanjang tiga hari tu, aku merayap tengok hasil kerja budak lain sama ada dari dtp, advertising mahupun md. Semua kerja budak gempak. Kerja aku cam hampeh je hahaha. Aku harap aku lulus je. Tak ada niatpun nak pergi ke diploma show 2 dan 3 haribulan ni di Melaka Mall.


Wednesday, April 16, 2008

Dahulu Minyak Kini Beras

JIKA ramalan harga minyak mentah melonjak ke paras AS$118 (RM371.7) setong berakhir hujung bulan ini menjadi kenyataan, krisis makanan global yang sedang menghimpit seluruh dunia ketika ini bakal bertambah parah. Bekalan beras diseluruh dunia mengalami masalah apabila pengeksport beras utama seperti vietnam dan china mengehadkan pengeluaran beas ke luar negara.

Bekalan tepung dunia juga mengalami masalah apabila negara pengeluar seperti Australia mengalami kemarau dan menyebabkan tanaman gandum tidak dapat diusahakan. Iklim dunia sekarang sudah tidak menentu menyebabkan krisis bekalan makanan meningkat.

Kita juga sudah merasakan tempias kenaikan harga beras dunia bila harga beras dunia yang kini berada pada paras AS$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu. Dibandar bandar seluruh negara, beras import juga mengalami kenaikan harga.

Kini beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80. Harga beras Siam pula meningkat secara mendadak iaitu antara 30 dan 40 peratus dengan beras gred A naik daripada RM2.50 sekilogram kepada RM4 sekilogram berikutan permintaan yang semakin bertambah dan kekurangan bekalan.

Aku tak risau sangat tentang kenaikan harga minyak. Yang aku risau ialah kenaikan harga makanan sebab ia adalah perkara asas untuk hidup. Negara boleh menjadi huru hara kalau bekalan makanan takde.




PRESENTATION
This week dah start presentation. Presentation selama 3 hari. Selepas presentation, akan diadakan pula diploma show di melaka mall bulan depan.Aku tengok hasil kerja budak lain gempak siot. Kerja aku lak biasa biasa je. Time inilah segala hasil kerja final projek aku akan dipersembahkan kepada umum.

Minggu ni memang aku x cukup tidor. Sekarang ni pun aku memang mengantuk gila. Rasa nak koma 3 bulan je. "Orang rumah" aku dah bising bila nak update blog nie so terpakselah aku curik curik masa nak update blog nie.

Tadi aku explain tentang logo, design dan juga apa yang aku dapat sepanjang 3 tahun aku kat kolej nie. Aku rasa aku lebih banyak merepek dari menceritakan tentang kerja aku wahahaha.

Thursday, April 10, 2008

Ladang Babee

Isu ladang babi yang bakal dibina di Sepang kini menjadi isu hangat. Ladang yang diluluskan oleh kerajaan campuran pembangkang bernilai rm100 juta akan dibina di daerah Sepang. Ladang yang dikatakan menggunakan teknologi canggih itu kini ditentang oleh penduduk didaerah tersebut.

Walaupun Exco kerajaan Selangor, Teresa Kok menggesa projek ternakan babi ini jangan dijadikan isu sensitif tetapi babi adalah menjadi isu sensitif bagi umat Islam sampai bila-bila. BABI tetap haram bagi orang islam malah kau nak letak ladang BABI kau ni kat kawasan orang melayu.

Satu lagi pasal Teresa ni. Dia ni memang suka menimbulkan isu sentimen perkauman dan agama. Dari kes murtad lina joy, isu perempuan dibalai polis malah isu menggunakan tulisan jawi pada nama jalan. So kau ingatlah Teresa, jangan sampai ada orang melayu yang akan tembak kepala kau nanti.

Ramai juga orang yang memperlekehkan isu babi ni diperbesarkan. Alasan mereka kerajaan khir toyo dulupun ada ladang babi juga so apa nak kecoh. Mereka juga menuduh kerajaan dan media sengaja memperbesarkan isu ni untuk menunjukkan sikap buruk pembangkang.

Pada pendapat aku, kalau mereka rasa isu babi ni bukan isu besar, aku minta kepada kerajaan dan media supaya abaikan jelah kisah mereka. Biarkan mereka hidup dengan babi2 mereka. Semasa pilihanraya dulu mereka menyokong pembangkang. Dan sekarang anggaplah babi ni hadiah dari kerajaan pembangkang untuk mereka sebagai tanda terima kasih.


TERIMA KASIH PKR

TERIMA KASIH DAP

Raz : Aku tak mengata PAS kerana aku masih hormat dengan kepimpinan ulama walaupun aku kecewa dengan sikap PAS dalam isu ni.

Sunday, April 06, 2008

Antara Kawan Dan Sahabat

Malam ni ada konsert Jom Heboh di dataran MITC Melaka. Tapi aku tak pergi sebab aku takde transport sendiri so pendam jelah dalam hati. Nak buat camne. Kalau kat kg dah lama aku lepak sana.

Malam ni juga macam biasa aku tingal berseorangan di rumah. Budak lain pergi enjoy. Selalu tinggal seorang dirumah membuatkan aku semakin mengenali dunia. Siapa kawan dan juga sahabat. Kawan hanya bersama kita mungkin ketika susah atau senang tapi biasanya mereka hanya bersama kita seketika manakala seorang sahabat akan sentiasa bersama baik ketika susah mahupun senang, sanggup menolong dan tak berkira didalam pelbagai hal.

Aku boleh dikatakan agak lama duduk dimelaka tapi aku sebenarnya jarang keluar, berjalan selain dari bandar melaka. Family aku selalu bertanya, kenapa tak ikut kawan rumah keluar sedangkan dorang selalu keluar.

Jawapan aku senang saja, kita tak berharta so tak ada orang akan pandang kita. Aku sedar siapa aku ni. Tak ada motor mahupun kereta. Jadi tak akan nak menumpang orang selalu. Orangpun tak akan nak bawak kita selalu. Aku dapat tumpang pergi kolej dah cukup bersyukur. Bagi aku, kalau orang tak pelawa, takkan kita nak menebalkan muka nak mengikut.

Aku hanya ada seorang sahabat di kg. Dialah sahabat aku dunia dan akhirat. Aku mengenali dia sejak dari tadika. Sejak form 5, dia selalu menghantar aku ke bandar dan ke kedai (time tu dia dah ade lesen moto, aku je tak penah ambik lesen moto).

Dia tak pernah menolak untuk membawa aku kemana saja semasa aku tak ada lesen dulu. Dan sampai sekarang, kami masih bersama pergi kemana-mana. Cuma sekarang waktunya agak terhad sebab dia dah berkerja dan berkahwin.

Inilah dunia yang aku kenal. Perbezaan diantara sahabat dan kawan. Walaupun ada yang mengatakan makna sahabat dan kawan adalah sama tapi bagi aku sahabat itu lebih baik dari kawan kerana sahabat akan sentiasa membantu dan bersama kita sama ada senang @ susah.

Saturday, April 05, 2008

Kelantangan Datuk Ahmad Shabery

Dr Mahathir sudah lama hancurkan parti: Ahmad Shabery
Tak cukup dengan rancangannya menjemput penulis blog, kini Ahmad Shabery berani mengkritik bekas Pedana Menteri Tun Dr Mahathir.

Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata di sebalik kritikan lantang Dr Mahathir, beliau sebenarnya ialah individu yang menghancurkan Umno kerana memperkenalkan pelbagai peraturan tidak demokratik, termasuk menghalang Presiden dan Timbalan Presiden dicabar.

Ketika kepemimpinan Dr Mahathir, Umno mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain... kita tidak mahu Umno yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Mahathir.

"Umno pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Dr Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin Umno.

Petikan Berita Harian

Aku respek dengan Ahmad Shabery nie. Dia berani meluahkan apa yang orang lain tak berani buat. Kalau orang lain, mereka hanya menjadi pak turut saja. Hanya mengiyakan apa saja kehendak pemimpin. Mereka takut dengan bayang bayang sendiri. Takut kehilangan pangkat dan harta.

Orang macam inilah yang diperlukan oleh UMNO sekarang. UMNO sekarang sudah sakit. Sakit dengan kerenah pemimpin dan penyokong penyokong gila harta. Golongan muda perlu lebih bertenaga dan berani mengatakan keberanian.

Aku bukanlah seorang anti Mahathir. Malah aku cukup menghormati beliau. Tapi setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Sekiranya seseorang melakukan kesalahan, dia seharusnyalah ditegur dan kesalahan itu diperbaiki.

Aku juga penyokong UMNO. Tapi aku bukanlah penyokong mana mana pemimpin. Aku menyokong kerana parti dan juga perjuangan parti. Bukan kerana pemimpinnya. Cukuplah aku menghormati pemimpin tersebut.

Friday, April 04, 2008

Penulis blog diberi peluang luah pendapat di RTM1

Penulis blog bakal diberi peluang meluahkan pendapat dan isi hati mereka secara langsung menerusi rancangan televisyen baru yang akan diterbitkan RTM1 mulai pertengahan bulan ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata rancangan diterbitkan setiap Ahad bermula 20 April, akan menampilkan bual bicara selama 20 minit dengan penulis blog.

Beliau berkata, rancangan berbentuk perbincangan secara serius berkenaan diberi tajuk ‘Blog’ dan akan disiarkan dari jam 8.40 hingga 9 malam.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan idea dan pendapat penulis blog mengenai isu semasa yang dapat membantu pembangunan negara.

“Ia juga membuktikan sikap keterbukaan kerajaan yang sedia untuk mendengar sebarang cadangan dan pendapat penulis blog untuk dikongsi bersama rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

sumber harian metro

Hurmm siapalah yang akan dijemput mereka yek..Adakah penulis blog itu seorang pro kerajaan, pro pembangkang atau seorang neutral? Ataupun akan muncul seorang ahli politik yang secara tiba tiba mendakwa mempunyai blog..Bermacam kemungkinan yang boleh berlaku..

Kalau boleh akupun nak muncul di tv. Glamor satu kampung kalau tetiba aku muncul membincangkan isu politik dikaca tv hahaha.

Jika ditanya siapa yang menjadi pilihan aku untuk muncul ditv, adalah beberapa orang blogger yang pada hemat aku boleh diketengahkan atau dipopularkan.

Dimalaysia sahaja dianggarkan sebanyak 500, 000 blog yang tumbuh bagaikan cendawan tetapi yang betul betul aktif atau serius aku tak pasti pula. Aku harap orang dijemput hendaklah seorang yang benar benar boleh berhujah dan tidak berat sebelah. Seorang yang jujur meluahkan pendapat.

Sama samalah kita saksikan nanti.

Thursday, April 03, 2008

Rahsia Jutawan Internet

Nama Irfan Khairi tidak asing lagi buat pengguna internet. Beliau bergelar jutawan ketika berusia 25 tahun dengan membuat perniagaan melalui internet hanya bermula dari rumah sahaja.

Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.

Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.

Kisah selanjutnya boleh didapati didalam akhbar kosmo 3 April 2008 ataupun klik disini kosmo online untuk membaca secara online.

Tuesday, April 01, 2008

Dr Khir Join Dunia Siber?

Hari ni aku mendapat tahu yang drKhir telah join dunia blog dari msj box UncleJ. Setakat ini hanya ada dua entry. Dan mengejutkan walaupun hanya mempunyai 2 entry, beliau mempunyai hits hampir seribu lebih. Banyak tu woo..

Tapi aku mempunyai kemusyiklan didalam kepala batu aku. Adakah blog ini dibuat oleh beliau sendiri atau orang orangnya. Biasalah orang berpangkat ni selalunya jarang membuat kerja sendiri. Jikalau ini adalah hasil tangannya, tahniah Dr. Jika sebaliknya, jangan haraplah nak rapat dengan rakyat.

Dan juga diharap beliau rajin rajinlah mengemaskini seperti Lim kit siang, Jeff oii dan Anuar Ibrahim. Mereka menggunakan blog sebagai medium untuk rapat dengan rakyat. Dan setiap perkembangan semasa dan pandangan, mereka akan uploadkan di blog mereka untuk dikongsi bersama penyokong penyokong mereka.

Untuk pergi kepada blog beliau, sila klik link ini.

Nasib Kanak kanak Genius

Dulunya terkenal sebagai kanak kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Dan sekarang dia menjadi pekerja seks dengan bayaran 130 paun (RM845). Kanak kanak ini adalah Sufiah Yusuf yang kini berusia 23 tahun.

Sufiah Yusuf sememangnya hebat. Berikan tepukan kepadanya hahahaha.

Kepintaran seseorang tidak menentukan sama ada seseorang itu hidup didalam kemuliaan mahupun kehinaan. Yang penting adalah iman. Sekiranya kepintaran tidak diimbangi dengan iman, maka tiada maknanya kepintaran tersebut.

Pembabitan Sufiah dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Dia yang menjalani displin ketat daripada ayahnya Farooq telah mengalami tekanan fizikal serta mental dan melarikan diri daripada keluarganya ketika berusia 15 tahun. Sejak itu dia tinggal dibawah khidmat jagaan kebajikan.

Sufiah yang gagal di Oxford berkahwin pada usia 19 tahun dan becerai setahun kemudian. Sejak itu nasibnya mula berubah.

Kita nantikanlah berapa ramai lagi nasib kanak kanak genius yang hancur disebabkan kepintaran yang disalahgunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...