Followers
Monday, March 24, 2008
Sunday, March 23, 2008
Ilmu Hitam
Meskipun zaman semakin moden, perbuatan manusia yang mengikut telunjuk syaitan itu terbukti masih berleluasa apabila ada pengamal ilmu hitam mendakwa menerima permintaan untuk berbuat demikian.
Pengamal ilmu hitam, Mamat, 50, berkata walaupun dilihat karut dan tidak masuk akal, khidmatnya mendapat sambutan, terutama daripada individu yang mahu melunaskan dendam.
“Untuk tujuan itu, mereka sanggup mengeluarkan belanja besar, malah ada yang rela membayar saya sehingga RM25,000.
“Bayaran itu dikira setimpal kerana mereka tahu kerja ini ada risiko pada bomoh dan pihak yang mengupah kerana mereka boleh dikenakan semula ilmu hitam itu jika mangsa berubat dengan bomoh lebih handal. “Dalam sebulan, ada seorang dua datang untuk mendapatkan khidmat saya. Alasan mereka, mahu balas dendam dan melihat musuh mereka kecundang.
“Begitupun, awal-awal lagi saya beritahu, kerja yang saya buat jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan bersekongkol dengan syaitan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sekitar ibu negara menerusi satu sumber, baru-baru ini.
Menurut Mamat, dia mengamalkan dua kaedah ilmu hitam, iaitu Ilmu Panah Rajuna Kuning (anak jin) dan Ilmu Temprom (jembalang bukit). Jika ilmu berkenaan menjadi, mangsa akan terseksa dan hidup umpama mayat.
Katanya, untuk Ilmu Panah Rajuna Kuning, dia menggunakan batang pisang yang dikafan dengan membayangkannya umpama tubuh manusia yang hendak dikenakan ilmu hitam itu.
Menurut Mamat, dia menggunakan gabungan mantera dan ayat al-Quran, menulis nama mangsa pada kain kafan sebelum menikam bahagian batang pisang yang diibaratkan jantung mangsa menggunakan keris yang dijampi.
“Jika dapat waktu dan tarikh lahir mangsa, saya akan melakukan upacara itu pada masa dan tarikh berkenaan. Jika tidak, saya akan melakukannya pada Isnin malam Selasa.
“Jika kena pada syarat dan masanya, bahagian yang ditikam mengeluarkan darah dan ia petanda mangsa sudah ‘terkena’. Kalau mangsa cepat diselamatkan, selamatlah dia,” katanya.
Ditanya berapa jumlah mangsa akibat perbuatannya, Mamat enggan mengulas lanjut kerana bimbang waris mangsa mengesan perbuatannya.
Mengenai Ilmu Temprom pula, Mamat berkata, sihir itu membabitkan penggunaan patung tanah liat atau sekarang menggunakan plastisin (doh permainan) yang dibentuk mengikut rupa badan manusia.
“Seperti Ilmu Panah Rajuna Kuning, Ilmu Temprom juga menggunakan mantera dan ayat al-Quran dan upacara ilmu ini turut menggunakan gambar mangsa.“Patung yang dihasil kemudian dicucuk jarum dan sasaran utama adalah pada bahagian kepala, jantung dan sendi bahu, lutut, kaki serta tangan,” katanya.
Menurut Mamat, biasanya penderitaan mangsa bermula dari tempoh tiga hari upacara dilakukan sehingga seminggu.
Katanya, pada mulanya mangsa berasa panas, kebas dan sejuk di tapak kaki sebelum sakit di seluruh badan.
“Tujuan menyucuk jarum di kepala bertujuan menjadikan mangsa hilang ingatan dan berdepan masalah sakit kepala melampau.
“Apabila dicucuk di bahagian sendi pula, mangsa tidak mampu bergerak dan sentiasa berdepan kesakitan.
Untuk menambah derita mangsa, upacara berkenaan dibuat berulang kali, biasanya sebulan sekali,” katanya yang mendakwa doktor tidak mampu mengesan penyakit sebenar mangsa.
Menurut Mamat, selain dua ilmu digunakannya, ada lagi beberapa ilmu lain yang memberi kesan sama.
“Ada pengamal ilmu hitam menggunakan batu bata yang dibalut kain kafan dan kemudian dilambung ke belakang melalui kepala, terus ke sungai dan mangsa akan terseksa hidupnya.
“Ada juga yang menggunakan patung haiwan yang dicucuk jarum bertujuan menyeksa mangsa,” katanya.
Mengulas mengenai pelanggan yang menggunakan khidmatnya, Mamat berkata, kebanyakan mereka sakit hati dengan pihak tertentu seperti jiran, rakan sepejabat atau saingan dalam perniagaan.
Katanya, ada juga anggota masyarakat datang meminta bantuannya kerana masalah makhluk ‘belaan’ (jin) orang tertentu yang mengganas dan mengacau penduduk setempat.
“Jika berdepan kes makhluk belaan mengganas dan mengganggu orang ramai, tuan makhluk itulah yang perlu ditangani,” katanya.
*Sumber Ahad Metro.*
Sayangilah Ibu Anda
Mengisahkan seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya setelah dia tamat pelajaran dan menjadi seorang peguam. Dia yang berkahwin dengan anak orang kaya dan sanggup menipu serta menghalau ibunya yang hadir semasa majlis perkahwinannya.
Dia yang akhirnya mengalami kegagalan didalam hidup dan telah menjadi gila. Dan akhirnya dia meninggal dunia tidak beberapa lama setelah ibunya meninggal serta menerima azab sejak didunia lagi.
Drama ni memang meninggalkan kesan yang mendalam dan juga pengajaran yang berguna buat penonton.
Aku ngan kawan hampir menanggis bila ending cerita ni. Memang sebak apabila mengenangkan diri ini jauh diperantauan. Dan dah lama gak aku tak balik kg huhuhu..Mummy i miss u so much!!!!
Friday, March 21, 2008
Demam Haiwan
Kini sudah bermacam macam penyakit haiwan boleh merebak kepada manusia. Ini menunjukkan bahawa dunia sudah semakin hampir tamat. Sudah bermacam macam penyakit yang sebelumnya tidak pernah dijumpai kini sudah merebak kepada manusia.
Demam arnab merupakan bakteria yang berjangkit kepada haiwan dan ada kalanya manusia. Banyak cara manusia boleh dijangkiti bakteria itu apabila kulit seseorang itu terkena darah atau tisu haiwan yang telah dijangkiti virus serta dengan memakan daging haiwan berkenaan. Antara tanda awal pesakit dijangkiti bakteria tersebut ialah sakit tekak, sengal-sengal badan, cirit-birit dan muntah-muntah.
Thursday, March 20, 2008
Hari Bosan Sedunia
Hari ni aku mencipta sejarah lagi. Duduk di tepi padang dengan orang tersayang tanpa sebarang tujuan. Nawaitu sebenar aku ingin melawat haiwan haiwan didalam zoo melaka tetapi tidak dapat ditunaikan kerana bajet 2008 tidak mencukupi. So kamipun terkandas di tepi padang berkenaan selama beberapa jam.
Dan akhirnya mood kami menjadi tidak menentu dan ending kami berakhir dengan kesedihan. Opps kami bukannya break up cuma makwe ku merajuk sedikit. Dan kini emosinya sudah kembali normal.
Esok aku ada test visual basic. Kali ini betul ianya VISUAL BASIC. Tapi otak aku seperti tak dapat menerima sebarang input sekarang. Tambahan pula kaki aku lenguh aka sakit akibat berjalan seharian.
So aku akan menidurkan diri sebentar untuk mengecas kembali batery aku.
Wednesday, March 19, 2008
Tidur @ Meniduri
Saturday, March 15, 2008
Riang Ria Ribena
Menonton wayang 10,000 BC dan juga Duyung bersamanya. Makan KFC and many more. Detik detik indah bersamanya.
Antara movie 10,000 bc dan duyung, 10,000 bc lebih best. Cerita duyung, citer biasa. About seseorang, tak ada sebarang efek khas. Just komedi yang membawa mesej hargai alam semulajadi.
Friday, March 14, 2008
Perjalanan Nabi Musa ketika kembali ke Mesir
Dari Madyan, Nabi Musa membawa isterinya menuju ke Mesir iaitu negeri kelahirannya. Nabi Musa meninggalkan mertuanya yang sudah tua. Walaupun beliau bahagia bersama isterinya isterinya di Madyan, tetapi Nabi Musa mahu kembali ke tanah airnya.
Nabi Musa bersama isterinya berangkat menuju ke utara meninggalkan Madyan. Setelah berjalan menempuh padang pasir yang luas, akhirnya Nabi Musa bersama isterinya tiba di Thur Sina (Gunung Sinai). Nabi Musa bersama isterinya sesat dan berasa ragu untuk meneruskan perjalanan.
Malam telah tiba, membawa bersama ketenangan dan kedamaian dengan bintang-bintang yang gemerlapan di langit. Bertambah ragu dan bimbang Nabi Musa dengan perjalanan mereka. Tiba-tiba dari jauh Nabi Musa melihat api-api yang berkelip-kelip.
“Saya mahu ke sana. Mahu melihat api yang berkelip-kelip itu. Tinggallah kamu di sini sekejap. Saya akan segera ke sini membawa berita,” kata Nabi Musa kepada isterinya.
Nabi Musa pun berjalan menuju ke tempat itu. Nabi Musa tiba di bawah pokok zaitun yang rendang berhampiran api itu. Tiba-tiba dia terdengar satu suara.
“Wahai Musa, Aku adalah Allah Tuhanmu. Maka tanggalkanlah kedua-dua kasut di kakimu, kerana sesungguhnya engkau berada di lembah suci Thuwa. Aku memilih engkau menjadi utusan-Ku Dengan itu dengarlah baik-baik apa yang akan diwahyukan kepadamu.
Sesungguhnya Aku adalah Tuhan. Tidak ada Tuhan selain Aku. Dengan itu sembahlah Aku. Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku. Sesungguhnya kiamat pasti tiba. Manusia akan menerima balasan atas segala perbuatannya. Janganlah engkau menurut kata orang yang tidak mempercayai Aku dan janganlah engkau membawa celaka kepada dirimu sendiri.”
Wahyu pertama telah sampai kepada Nabi Musa. Nabi Musa telah diangkat menjadi rasul dan sebagai utusan Allah s.w.t.
“Wahai Nabi Musa apakah di tangan kamu itu,” bunyi suara itu selanjutnya.
“Ini adalah tongkatku. Tempat untuk aku bertekan dan menggunakannya untuk menghalau kambing gembalaan,” jawab Nabi Musa.
Allah memerintahkan Nabi Musa melemparkan tongkat yang berada di tangannya itu. Tiba-tiba tongkatnya itu bertukar menjadi ular. Pada mulanya ular itu kecil tetapi lama-kelamaan ular itu menjadi besar.
Nabi Musa menjadi takut sehingga baginda lari dengan sekuat-kuatnya.
“Jangan takut wahai Musa. Sesungguhnya orang yang telah diutus tidak boleh takut. Kamu peganglah semula pasti ia akan menjadi tongkatmu”.
Nabi Musa menjadi tenang dan insaf mendengar firman Allah s.w.t. itu. Baginda bersyukur atas pemberian Allah kepadanya. Musa telah menjadi nabi dan rasul Allah s.w.t.
“Kepitlah tanganmu ke dalam ketiakmu. Nescaya tanganmu akan menjadi putih bersih yang berkilat-kilat. Apabila kamu di dalam ketakutan, pangkulah tanganmu itu. Sekarang kamu boleh berangkat bagi menghadapi Firaun dan pengikut-pengikutnya”.
Inilah kedua-dua mukjizat yang diberikan Allah s.w.t. kepada Nabi Musa. Nabi Musa berjalan pergi ke tempat isterinya lalu meneruskan perjalanan ke Mesir.
Tuesday, March 11, 2008
Roger Sanchez @ Zouk, 14th March 2008
Roger Sanchez , also known as Roger S. and The S Man, (born on June 1, 1967, in Queens, New York) is a popular Dominican-American house DJ who has scored many hits in the European and World Charts.
Join the internationally renowned DJ, producer and presenter to celebrate the celestial beauty of house music this summer. Embodying over a decade of Transatlantic Soul, and now in the mix with a fresh electronic twist, Release Yourself Volume 6 is out on 4th June via Stealth Records.
ESSENTIAL LISTENING : “Roger Sanchez pres Release Yourself Vol.6”
Cover Charge: RM60 (Ladies) / RM70 (Men) (inc 1 drink)
Location : Zouk Club, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Table Reservation: 03-2171 1997 or email rsvn@zoukclub.com.my
Website : http://www.zoukclub.com.my
Official Website : http://www.RogerSanchez.com
Monday, March 10, 2008
Pahang Berjaya Pertahan BN
''Elok juga beri peluang pembangkang menang dalam pilihan raya kali ini supaya mereka boleh membuktikan janji-janji mereka.
''Keputusan pilihan raya kali ini mempunyai hikmah. Allah sahaja yang tahu kenapa BN gagal mencapai keputusan majoriti dua pertiga untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat,'' katanya.
Beliau mengulas pencapaian BN yang hanya mencatat kemenangan mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini hari ini.
Adnan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila menewaskan pencabarnya daripada Pas, Hamdan Ahmad dengan majoriti 2,970 undi, manakala
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti 12,549 undi. (syabas datuk Liow Tiong Lai)
Selain Pelangai, semua kerusi DUN dalam Parlimen Bentong iaitu Bilut, Ketari dan Sabai berjaya dipertahankan BN.
Kata Adnan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat kajian bagi mencari rumusan punca kekalahan BN termasuk di kerusi yang dijangka boleh dimenangi dengan mudah tetapi berlaku sebaliknya.
Tambahnya, kajian itu perlu ditumpu terhadap kekalahan calon-calon BN di kawasan majoriti pengundi Melayu sedangkan dalam pilihan raya sebelum ini mereka memperoleh kemenangan mudah.
''Kita perlu membuat kajian yang mendalam supaya UMNO dan BN sentiasa relevan setiap masa dan kita perlu mendapat keputusan yang tepat dan terperinci kenapa kita banyak kehilangan kerusi kali ini. Pastinya ada sebab tertentu kenapa pengundi Cina mengundi Pas kali ini.
''Apa pun keputusannya, BN tidak boleh berputus asa dan kehidupan perlu diteruskan. Semua wakil rakyat yang terpilih perlu meneruskan tanggungjawab mereka membela rakyat,'' ujarnya.
Menurut Adnan, semua wakil rakyat terutama daripada parti komponen BN perlu menerima secara terbuka keputusan pilihan raya kali ini apabila pengundi memberikan lebih banyak kerusi kepada pembangkang.
Sunday, March 09, 2008
Keputusan Diluar Jangkaan !!!!!!
Syabas aku ucapkan kepada pihak pembangkang. Sememangnya pilihan rakyat adalah perlulah dihormati. Dan juga kepada kerajaan BN, keadaan ini sepatutnya menjadi pengajaran. Segala masalah hendaklah diperbetulkan. Baiki semua mutu perkhidmatan dan tunaikanlah hak rakyat. Selain itu, segala pandangan, suara dan permintaan rakyat hendaklah diperhalusi dan sekiranya ianya membawa kebaikan, hendaklah ditunaikan.
Dan kepada pihak pembangkang, tunaikanlah janji anda semasa berkempen. Rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada anda jadi tunaikanlah hak mereka.
Semoga selepas PRU ini, keadaan akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Friday, March 07, 2008
Selamat Mengundi
Semua calon mesti dok berdebar menanti hari esok. Sama ada mereka akan terpilih ataupun tersingkir. Rakyat malaysia sememangnya matang dan bijak memilih siapa yang benar dan siapa yang salah.
Sememangnya sejak bahang pilihanraya ini terasa, sudah banyak website / blog tumbuh bagaikan cendawan. Semuanya memperkatakan tentang isu politikk termasuklah blog aku ni. *sikit2 je*
Aku juga banyak terima cemuhan, kutukan hanya kerana aku penyokong BN. Lantak koranglah nak cakap apa. Aku peduli apa kat korang. Bukan aku kenal korangpun dan korang juga tak kenal aku. Walau apapun kritikan yang korang lemparkan aku.

Tuesday, March 04, 2008
JudgementDay Semakin Dekat
Hari ini semua student Diploma Multimedia menghadap Dekan. Mulanya aku goyang jugalah. Ingat dia nak check keje student tapi dia hanya nak berjumpa dengan student yang tak cukup "jam kredit". Tapi suspen aku still tak berakhir lagi.
Dan dia juga mahu semua student duduk berkurung didalam kelas mengikut penyelia final projek masing masing dan siapkan final projek sehinggalah 80%. Wah ini memang kerja gila. Kalau student tu ada laptop bolehlah dia buat kerja tapi bagaimana dengan kami yang daif ini. Yang hanya mempunyai desktop usang lagu uzur. Bagaimana kami nak buat kerja dalam bilik kuliah tu.
Akhirnya kamipun berjaya membuat pakatan dengan penyelia dan kami dibebaskan untuk membuat kerja dirumah dengan "syarat" iaitu semua kerja hendaklah disiapkan pada petang ini. Dan sekarang, aku sedang berhempas pulas menyiapkan kesemua tugasan ni.
Dalam keadaan yang tidak tidur 24 jam ini, aku rasa aku masih mampu meneruskan perjuangan. AKU TIDAK MAHU EXTEND !!!!!!!!
Darahku membara dengan semangat perjuangan harmoni. Yea aku pasti akan berjaya !!!! Dateline aku hanya 3 minggu lagi nie. Doakan aku berjaya hua hahahahaha!!!



