Followers
Thursday, January 31, 2008
Ku mencari damai dihati
Aku tengah sakit kepala nie.. Kureng tidor sejak akhir akhir ni. Perhhhhhh naik giler aku sekrang. kolej lain dorang hanya fokus pada final projek tapi berlainan dengan aku. Aku kena fokus pada kelas lain juga, ada final exam, assiment dan bermacam lagi rintangan sebelum aku boleh keluar dari kolej dengan jayanya.
Bilakah penderitaan ini akan berakhir huuuuuuuuuuuuuuuuuu
Thursday, January 24, 2008
Cam Buduh
Sunday, January 13, 2008
Pulang Ke Melaka
Sem ni aku ada MUET. Ulang sekali adik adik "MUET". Ya!!! betul itu adik adik. Sem ni abang akan mengambil MUET kerana ia adalah satu syarat wajib bagi kolej. Kalaulah aku da ambil time sekolah dulu huhuhu...
Terbang lagi duit aku untuk kelas MUET ni. Rm 200.00 tu..Ringgit malaysia.. Bukannya 200.00 rupiah atau 200.00 bath. Tapi nasib baiklah bukannya dolar amerika mahupun pound sterlin. Kalau tak mahu aku melancarkan reformasi menuntut KEADILAN hahaha.
Selepas ni mungkin aku akan menyepi lama sedikit. Maklumlah nak online salu kat kelas maybe susah skit. Faham2lah line bukannya elok. Dengan lagi bermacam kerenah bebudak kelas yang semuanya menuntut kesabaran.
Sem ni juga merupakan penentu hidup dan mati aku sebagai student. Aku kena settlekan final projek, menghadap lecturer memohon segala budi baiknya untuk memudahkan approve segala hasil kerjaku nanti. Memang jadi pacailah aku sem nie hahahaha.
Balik melaka nanti aku nak kasi upgrade pc aku tuh. Kalau boleh nak jadi sehebat komputer server di pentagon amerika hahaha. Siap leh kawal senjata nuklear lagi hahahaha. Insyaallah kalau ada duit lebih aku nak upgrade casing sekali. kasi ada lampu kelip kelip cam malam raya.
Malam esok aku nak beli dvd banyak2. Dah lama aku tak beli dvd sejak balik bercuti nie. Dah banyak cerita aku miss tengok. Mau koman koman rm5o aku habes untuk beli dvd jerk. Belum lagi beli barang2 lain sebagai orang bujang. Mau beli meggi, sadin, beras...kopak duit aku huhuhu...
Oklah akupun tak tahu nak wat pe lagi kat entry nie. Kalau panjang sangat dah leh jadi cam buku text sejarah malaysia lak. Panjang dan isi kandungannya mendayu dau. Anyway kalau ada kelapangan aku akan jenguk salu blog nie.salunya aku memang ada banyaaaaak kelapangan
Tuesday, January 08, 2008
Daftar Dan Melancong Sepuasnya
Aku juga sempat singgah di perkampungan orang portugis. Tak ada apa yang menarik. Cuma sebuah hotel baru dibina dan dinamakan lisbon hotel. Orang keturunan portugis inipun nampak cam nepal je sebab mereka sudah berkahwin campur selama 500 tahun.
Sunday, January 06, 2008
Allmalaysian Blogger Project
Hari ahad ni aku tak tahu nak buat apa..Nak keluar boring lak. Esok aku dah balik melaka..Start sem 6..Alahai boringnya start kolej huhuhu.
Saturday, January 05, 2008
Ku mencintaimu lebih dari apapun...
Meskipun tiada satu orang pun yang tau
Friday, January 04, 2008
Tamadun silam dan sekarang
Ia juga mempunyai teknologi sistem air panas dan sejuk didalam rumah. Sesuatu yang dicipta semula setelah 20 kurun berlalu. Senibinanya yang mengagumkan seperti Pantheon, Forum ,Circus Maximus dan Coliseum.
Tapi walau sehebatan manapun teknologi yang dia ada, dengan keruntuhan moral dan pemerintahan zalim, akhirnya hancur juga.
Pengajaran yang boleh diambil dari tamadun silam ialah tak akan ada kerajaan yang kekal selamanya. Pemerintah tak akan bertahan lama seandainya agama, akhlak dan nilai nilai murni tidak disemai dan dijaga dengan baik.
Dalam Al quran sediri sudah membuktikan Allah S.W.T telah membinasakan setiap kaum yang ingkar kepada perintahNya. Sama samalah kita renungkan apa yang ada pada negara kita sekarang...
p/s : Ini bukannya menghentam kerajaan sebaliknya untuk kita berfikir bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara..
label : rome, tamadun dan kerajaan
Thursday, January 03, 2008
Harapkan Pagar, Pagar Rebah Menimpa Padi
Dr. Chua Soi Lek secara terbuka mengaku dirinya adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam rakaman cakera video digital (DVD) yang salinannya diedarkan secara meluas di Johor sejak empat hari lalu.
Beliau telah meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Sebagai seorang doktor, beliau tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Sebab itulah tidak pelik apabila banyak doktor yang terlibat dengan aktiviti membekalkan ubat batuk kepada penagih sebab bos besarnya juga tidak betul kepala.
Dengan pilihanraya yang menjelang tiba, semakin banyak kes penyelewengan telah didedahkan. Walaupun begitu, tidak semua kes tersebut adalah benar, namun kredibiliti kerajaan tetap terjejas dan tidak mustahil mungkin perikatan akan kalah teruk disesetengah tempat.
Label : maksiat, kerajaan, tumbang
Templet Baru
Sailormonn Super
Hari ini aku menghabiskan masa dengan menonton dvd sailormoon S yang dibeli tengahari tadi. Sepanjang ingatan aku, cuma ada 4 manga (komik) je yang paling aku minat iaitu dragonball (semestinya kegemaran bdk lelaki), misteri naga (dragon quest), sailormoon dan samurai x. Dari 4 cerita nie, hanya meesteri naga saja aku tak tonton versi animasi. Yang lain semuanya pernah ku tonton.
Dari zaman sekolah lagi aku minat giler dengan 4 komik nie. Sekarang ni je aku tak baca komik. Entahlah aku sendiripun tak tahu kenapa tiba tiba minat aku hilang. Maybe aku sudah semakin dewasa, dan tak menjadikan ianya sebagai satu hobi lagi.
Dvd sailormoon S tadi dari episod pertama sampailah 34 dan mengandungi 2 disk. Panjang giler. Dari pukul 2 sampailah pukul 6.30 baru satu disk. Kemudian dari pukul 8 sampailah pukul 11 barulah habis kesemuanya. Sakit badan dibuatnya...
Selepas ni aku nak cari lebih banyak lagi koleksi cerita sailormoon. Untuk membeli set lengkap dragonball, harganya mencecah seratus lebih. Kalau ada duit banyak barulah aku pk nak beli ke tak...
Tuesday, January 01, 2008
Kenangan 2007 & Harapan 2008
Hari ini adalah satu haribulan januari 2008. Hari pertama didalam tahun 2008. Tahun 2007 sudah ditinggalkan. Sekiranya aku ada melakukan kesilapan pada tahun lepas, sudah tidak ada apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki kesilapan itu, cuma yang boleh aku lakukan ialah untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut dimasa masa akan datang.
Seperti biasa, aku tak pernah menyimpan sebarang azam untuk sesuatu tahun. Aku rasa kita tidak memerlukan tahun baru untuk melaksanakan sesuatu impian. Kita boleh mencapainya asalkan kita berusaha. Kalau setakat berazam tapi tiada usaha, 10 tahunpun azam kita tak akan tercapai.
Apa yang aku harapkan tahun ini, aku akan dimurahkan rezeki, panjang umur dan sihat insyaallah..
Memasuki tahun 2008 bermakna umur akupun bertambah setahun..Aku dah semakin tua rupanya ish ish ish....






