Followers

Saturday, August 30, 2008

Cerita Tentang Kau Dan Aku

LYNN 2004


AINA 2004 - 2006


Shidah 2008



Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo

Hakikat Sebuah Cinta

Aku adalah insan yang tak punya
Cuma rasa cinta membara
Lalu tercipta rinduku padanya
Kerana cinta bahagia

Pujangga menyatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu ku bawa cinta di persada jiwa
Sinar menyuluh gelita

Sewaktu debar cintamu terasa melanda
Bangkit rinduku padamu di ketika itu
Lalu tersentak diriku sedari lamunan
Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

Aku adalah insan yang tak punya
Kilauan emas permata
Lalu kucuba menaburi cinta
Bagimu tiada nilainya
Tiada harta dan cinta

Berakhirnya Sebuah Percintaan

Hari ini 29.8.2008 telah berakhirnya hubunganku bersamanya. Dia yang meminta hubungan kami diputuskan dengan alasan kami berjauhan. Ini adalah kali ketiga kisah cintaku berakhir dengan ending yang menyedihkan.

Akupun dah tak boleh nak pujuk so terimalah kehendaknya walaupun hatiku masih sayang padanya. Hati orang bukannya boleh kita paksa. Kalau dah ini keputusannya, aku terima dengan redha. Aku cuma nak dia bahagia...

Thursday, August 28, 2008

Pening kepala aku

Tadi aku try wat expandable post summery. Tapi aku tak paham sgt code tuh. Puas aku try and error tapi last last aku surender gak malam ni. Aku dapat coding tu dari muncet.com.

Aku tengok sekarang ramai yang wat camtu. So aku tengok cam best lak benda ni. Sebab dia leh wat blog kita nampak kemas. Taklah berserabut dengan karangan yang berjela jela. Aku da pening kepala sekarang. Esok aku try lagi huhuhu...

AIZAT - HANYA KAU YANG MAMPU

Tuesday, August 26, 2008

Pertahankan Hak Melayu

Tempoh hari menteri besar selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar 10 peratus daripada kuota kemasukan ke UITM dibuka kepada kaum lain dan pelajar asing. Akibat dari tindakan beliau yang tidak waras, pelajar pelajar UITM bangun menentang cadangan tersebut.

Walaupun aku bukanlah warga UITM tetapi aku tetap menyokong tindakan mereka kerana bagi aku UITM adalah tempat melayu, hak orang melayu yang tidak patut dibuka untuk orang lain. Sebagai bangsa melayu kita seharusnya menyokong dan mempertahankan hak bangsa sendiri.

Dan kini terdapat beberapa usaha untuk menghalang syarikat syarikat swasta daripada mengambil pelajar lepasan UITM bekerja ditempat mereka. Ini dilakukan sebagai membalas tindakan warga UITM yang tidak mahu berkompromi dengan mereka.

Sehingga hari ini Abdul Khalid Ibrahim masih lagi tidak mahu meminta maaf secara terbuka kepada warga UITM. Beliau hanya menyatakan agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi seolah olah mahu melupakan provokasi yang beliau timbulkan.

Abdul Khalid Ibrahim pundek...

Sunday, August 24, 2008

Sambutan Merdeka Hambar

Tahun ini genaplah kemerdekaan tanahairku yang ke 51. Walaupun baru 51 tahun merdeka, tetapi ramai yang sudah melupakan erti kemerdekaan terutama kepada golongan muda. Mereka seolah olah seperti sudah merdeka ratusan tahun. Sudah tidak mengendahkan lagi hari kebesaran negara.

Semangat patriotik dikalangan rakyat sememangnya kurang berbanding dengan rakyat negara jiran seperti indonesia dan singapore. Di indonesia rakyatnya sanggup membeli bendera sendiri untuk dikibarkan walaupun hidup mereka dihimpit kemiskinan berbanding rakyat dinegara ini yang begitu mengharapkan pemberian bendera percuma. Kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang boleh dibilang dengan jari pada tahun ini berbanding tahun tahun sebelumnya.

Tambahan pula dengan sikap biadap seorang blogger yang menyarankan agar jalur gemilang dikibarkan secara terbalik pada tahun ini sebagai tanda memprotes kerajaan. Pada aku, dia ni selayaknya dibuang negara saja. Cukup biadap dan kurang ajar. Terlalu taksub kepada parti sehinggakan membelakangkan tanahair sendiri. Beginilah sikap segelintir generasi merdeka yang sudah lupa erti kemerdekaan.

Thursday, August 21, 2008

Jom Tolak Pakatan Rakyat

Perginya Seorang putera raja, tokoh korporat, politik

BANYAK yang menggelar baginda seorang lelaki yang penuh bersemangat melayari kehidupannya. Siapa yang tidak mengenali Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 83, sebagai seorang putera raja, tokoh korporat dan tokoh politik.

Pagi semalam, adinda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar itu mangkat di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baginda yang baru tiba di KLIA dengan penerbangan dari London tiba-tiba mengalami sesak nafas lalu dikejarkan ke klinik di mana baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.

Tunku Abdullah iaitu anak lelaki ketiga Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad meninggalkan seorang balu Che Engku Rozeeta Ahmad Baharuddin dan sembilan anak serta 17 cucu.

Almarhum dilahirkan pada 2 Mei 1925 di istana Negeri Sembilan dan membesar pada zaman pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Sebagai remaja ketika zaman perang, baginda dikatakan cukup kental mengharungi hidup seperti rakyat jelata lain walaupun terpaksa mengharap makanan yang dilontarkan oleh pesawat pejuang tentera Inggeris.

Keperitan dan perjuangan hidup menyaksikan beberapa siri penjajahan orang asing dari Jepun sehingga Inggeris itu barangkali menyemai semangat kecintaan pada negara yang kental dalam dirinya.

Lantaran itu, beberapa peristiwa bersejarah di negara ini telah dilalui oleh Tunku Abdullah iaitu semasa Perang Dunia Kedua sehingga kepada kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.
Sebagai ahli politik, Tunku Abdullah memberi sumbangan yang tersendiri kepada UMNO.

Baginda adalah salah seorang penggerak utama membawa Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali ke dalam UMNO setelah dipecat pada 1969 oleh Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Malah, kesetiaan baginda terhadap parti terserlah apabila baginda bersedia untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rawang ketika itu untuk memberikan laluan kepada Tun Dr. Mahathir kembali kepada persada politik perdana.

Dalam arena korporat, Tunku Abdullah yang mendapat pendidikan tinggi di Raffles College, Singapura dan Universiti Glasgow, Scotland dalam bidang pentadbiran awam adalah tokoh perniagaan sejati sehingga saat-saat akhir baginda menghembuskan nafas terakhir.

Baginda menjadi seorang tokoh korporat yang berjaya apabila meninggalkan kerjaya sebagai ahli politik pada 1974 selepas 10 tahun memberi perkhidmatan kepada rakyat kawasan Parlimen Rawang.

Tunku Abdullah pernah dilantik sebagai Pengarah MBF Group pada 1969 dan menduduki kerusi pengerusi syarikat tersebut pada 1973. Selain itu, baginda juga merupakan Pengerusi dan Pengarah MAA Holdings Berhad dan Melewar Group Berhad.

Di sebalik pelbagai jawatan yang diterajuinya, baginda tidak pernah menimbulkan sebarang konflik membabitkan syarikat-syarikat korporat tersebut.

Sebagai peneraju MAA, Tunku Abdullah berjaya meletakkan syarikat insurans hayat dan am Malaysia itu sebagai yang terulung di negara ini.

Memetik kata-kata bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir yang juga merupakan sahabat baik baginda, "Kehidupan Tunku Abdullah adalah jendela dunia korporat, politik dan keluarga diraja Malaysia."

Seluruh kehidupan Tunku Abdullah itu juga pernah dimuatkan dalam buku biografi tulisan adindanya, Tunku Ibrahim yang diterbitkan pada 2000.

Atas nama cinta kepada rakyat Malaysia, hasil daripada penjualan buku edisi terhad itu disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Buah Pinggang MAA-Medicare manakala royalti yang diterima Tunku Halim disumbangkan kepada Yayasan Sultanah Bahiyah.

Pemergian baginda ke rahmatullah pagi semalam tentunya dirasai oleh kerabat diraja, rakan dan rakyat jelata dalam mengenangkan jasa-jasa yang pernah ditaburkan baginda terutama dalam arena politik dan ekonomi.

Wednesday, August 20, 2008

Ntah Apa Apa

Akhirnya aku berjaya juga mendapat connection internet dirumah setelah berbulan-bulan terputus hubungan. Itupun setelah aku begitu banyak report yang aku buat pada Telekom barulah mereka menyemak masalah aku.

Sekarang aku perlu mengupdate segala software yang dah berkurun ketinggalan zaman. Dah lama tak check blog kawan kawan. Sampaikan ada yang "page not found" Yang paling menyakitkan hati ialah tetiba je ada yang menjadikan blog diorang hanya untuk kroni kroni tertentu saja. Kenapa ni. Takut masuk ISA ke?

Selagi masih ada nafas, aku akan terus berblog. Aku tak hirau kalau tiada orang yang membaca apalagi melawat asalkan apa yang terpendam didalam hati dan pemikiran aku, aku kongsikan bersama disini. Dan aku tak akan menjadikan blog ini hanya untuk orang tertentu. Aku alukan kedatangan semua orang disini. Tak kira apa bangsa, agama ataupun pendirian politik.

Anyway bulan ramadhan dah hampir menjelang. Tak sabar nak menyambut puasa. Pastu leh raya hey hey.....

Anyway Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 51...Syukurilah kemerdekaan yang kita kecapi sekarang sebelum kita hilang segala galanya....

Monday, August 18, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 51

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 51

Tersurat dan Tersirat

Kata-kata Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun bila dimajukan soalan apakah tindakannya kepada mereka yang telah memeluk ugama Islam masih lagi mengamalkan cara hidup yang tidak Islam, seperti berjudi, minum arak dan ada antaranya makan babi, jawapan beliau ialah “Kita tidak berapa peduli dengan apa yang dilakukan, kerana dah beri pelajaran agama melalui USIA (United Sabah Islamic Association) yang penting bahawa anaknya yang bakal lahir, adalah anak Islam dan yang kita hendakkan ialah meramaikan generasi Islam di Sabah. Dan inilah ditakuti banyak orang bukan Islam di mana-mana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...