Followers

Monday, May 12, 2008

Berita Dari Kampung

BENTONG: Akibat dituduh merogol pelajar bawah umur, seorang bapa parah manakala isterinya cedera selepas dibelasah tiga lelaki yang bertandang ke rumah mereka di Batu Satu, dekat sini, ketika pasangan itu sedang berehat sambil menonton televisyen, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Mohd Asra Izwan, 26, didatangi kumpulan lelaki itu ketika dia berada di rumah bersama isteri dan seorang anak lelakinya.

Sebelum kejadian, seorang daripada tiga lelaki terbabit menghubungi mangsa bertanyakan alamat sebenar rumah mangsa dan ketika itu dia dikatakan tidak mengenali pemanggil.

Oleh itu, mangsa menanti ketibaan ketiga-tiga ‘tetamu jahat’ itu di tepi jalan kerana bimbang mereka akan tersesat jalan.

Tidak sampai sejam kemudian, mangsa dihampiri sebuah Perodua Kancil yang dinaiki ketiga-tiga lelaki terbabit yang kemudiannya bertindak terus menyerangnya tanpa bertanyakan sesuatu.

Isteri mangsa, Siti Anum Mohd Rodzi, 24, yang terdengar bunyi pergaduhan di luar rumahnya cuba membantu suaminya tetapi dia turut dipukul.

Harian Metro difahamkan, kejadian terbabit tercetus apabila mangsa dituduh merogol seorang pelajar bawah umur yang masih menuntut di sebuah sekolah menengah, di sini dan seorang daripada tiga lelaki terbabit dipercayai bapa kepada gadis itu.

Ketika membelasah, ketiga-tiga lelaki berkenaan turut bertanyakan kepada mangsa benarkah dia pernah merogol seorang pelajar sebelum ini dan mangsa terpaksa mengaku kerana bimbang akan terus dibelasah.

Berikutan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan kepada polis yang bergegas ke lokasi kejadian dan menahan penyerang berkenaan manakala mangsa dikejarkan ke Hospital Bentong (HB).


Saturday, May 10, 2008

Kebangkitan semula sesudah mati

“TUHAN akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baru dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit-bukau dan tidak pula ada padanya tanda atau kesan yang menunjukkan bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.”

Begitulah gambaran bumi seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, pada hari kebangkitan semula umat manusia, permulaan kehidupan abadi.

Manusia dan segala hidupan, termasuk rasul, malaikat, jin, syaitan dan haiwan yang dimatikan dalam tiupan pertama sangkakala, dibangkitkan oleh malaikat Israfil melalui tiupan sangkakala kedua.

Israfil adalah makhluk terakhir dimatikan dan pertama dihidupkan semula oleh Allah di atas tugasannya meniup sangkakala yang mematikan semua makhluk dan menghidupkan semula semuanya.

Manusia dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan sebagaimana amalnya ketika hidup di dunia. Mereka yang beramal soleh akan bangun dari kubur dalam keadaan sempurna, manakala orang yang derhaka kepada Allah akan bangkit dalam keadaan menyedihkan.

Ada beberapa hadis nabi mengenai cara orang yang derhaka kepada Allah dibangkitkan dari kubur.Satu daripadanya bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan mabuk, dia akan menemui malaikat maut dalam keadaan mabuk, ketika menemui Munkar dan Nakir juga dalam keadaan mabuk, dibangkitkan pada Hari Kiamat juga dalam keadaan mabuk.

“Lantas dia diseret ke lubang yang digali di tengah neraka jahanam dalam keadaan mabuk. Dalam jurang itu ada mata air yang mengalirkan air bercampur darah. Tiada makanan dan minuman, kecuali dari mata air darah semata-mata.”

Allah berfirman dalam ayat 47, surah al-Kahf; ayat 49-50, surah Waq’iah dan ayat 6, surah al-Tafiif yang antara maksudnya menyatakan:

“Bahawa selepas sekalian yang mati dihidupkan semula serta dibangkitkan dari kubur masing-masing, Tuhan himpunkan segenap lapisan manusia — tidak ketinggalan antara mereka seorang pun — di Padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul Alamin."

Friday, May 09, 2008

Indon Indon Indon

Angkara Ilmu Hitam


Saadiah Hamzah, 38, kakak Nurul Wahida, 20, yang lari mengikut seorang buruh Indonesia ke Lombok sebelum berkahwin tanpa restu keluarga, tiga tahun lalu, tiba-tiba jatuh sakit akibat diserang penyakit misteri, pagi semalam. Suri rumah itu gagal menggerakkan tangan selain perutnya kembung seolah-olah mengandung, kira-kira jam 11 pagi.

“Malam ini (malam tadi), suami mengambil lada hitam sebelum dibacakan selawat beberapa kali dan disapukan di bahagian tangan kanan. Selepas itu, barulah saya terasa lega sedikit manakala tangan boleh digerakkan sedikit,” katanya.

Nurul sebaliknya banyak menangis seolah-olah teringatkan suaminya, Mohd Yusop Supardi, 40-an, serta keluarga mentua di Lombok sedangkan kelmarin, dia mendedahkan akan membawa suaminya bertemu Halimah bagi mendapatkan restu berikutan berkahwin tanpa kebenaran.

Perangainya berubah mendadak selepas menerima panggilan daripada seseorang dipercayai rakan kepada suaminya dan ketika menjawab panggilan itu, dia hanya menangis dan terus keluar dari rumah.

Dia hanya duduk mencangkung bersebelahan pintu rumah sambil menangis dan enggan masuk ke dalam walaupun dipujuk Halimah serta anggota keluarga lain.Lebih teruk lagi, Nurul dikatakan menunggu rakan suaminya itu datang untuk membawanya pergi dan ia ternyata menimbulkan kebimbangan kepada seluruh anggota keluarganya.

Alan :

Aku rasa memang ada yang tak kena dengan kepulangan budak ni. Suaminya takkan biarkannya lepas dengan senang. Bagi aku orang indon ni memang tak boleh percaya sangat. Budak ni pun satu. "Kasih sayangnya yang terlalu mendalam terhadap suami menyebabkan dia lebih rela berpisah dengan keluarga untuk bersama lelaki itu". Ceh poyo.

Kalau adik aku jadi macam ni, memang aku belasah laki dia sampai lumpuh depan dia. Biar matipun tak apa. Aku nak tengok sejauh mana cinta dia pada orang indon ni. Aku lebih rela adik aku jadi gila daripada ikut orang indon.

Aku harap keluarga mangsa bersabar menghadapi musibah ni. Segeralah ubati Nurul sebab dia sebenarnya sakit sebab sihir. Jangan benarkan orang Indon menang dalam kes ni.

Thursday, May 08, 2008

Final Exam Akhirnya



Yea yea esok final exam. Dah lama aku tunggu saat ni. Tika orang lain kelam kabut menghadap final exam, aku masih boleh tersenyum riang. Aku tak tahu kenapa aku tak merasa takut time exam. Sejak dari sekolah rendah lagi, aku selalu happy. Tak kisahlah aku dah study ataupun tak, aku tetap happy dan rileks time exam.

Esok exam aku pukol 3.00 petang. Subjek Pengenalan Pengaturcaraan. Berkaitan dengan IT. Melibatkan coding. Dan sabtu ni aku ada exam MUET pada pukul 7.30 pagi dan Interaksi Manusia Dan Komputer pada pukul 2.30 petang.

Santai


Tuesday, May 06, 2008

Sinar Mentari Masih Ada

Alhamdullilah masalah aku dengan yang tersayang dah settle. Hubungan kami dapat diselamatkan. Semuanya disebabkan salah faham dan juga perasaan busuk hati orang lain. Aku tahu siapa yang wat cerita tapi aku malas nak layan. Biarlah Allah membalasnya nanti. Hidup dia tak akan selamat dunia akhirat.

Diploma show juga telah tamat dengan jayanya. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi datang memberi sokongan kepada diploma show tempoh hari. Walaupun aku tak terpilih untuk show terbabit namun aku tetap datang untuk memberikan sokongan kepada rakan rakan dan juga kolej. Memang seronok berada di sana.




Sunday, May 04, 2008

Nasib Diriku



Di malam sepi aku bermimpi
Mimpi yang sedih sekali
Kau akan pergi tinggal kan diri ku
Aku menangis tersedu
Diri ku tak pernah lepas dari penderitaan
Mimpi yang kini terjadi
Kau pergi setelah aku serah kan kasih suci
Itu lah nasib diri ku
Angin meniup membelai rambut mu
Yang terurai tak berseri lagi
Angin berhembus membisikan kata
Yang sangat menyusuk hati

Diri ku tak pernah lepas dari penderitaan
Mimpi yang kini terjadi
Kau pergi setelah aku serah kan kasih suci
Itu lah nasib diri ku

Saturday, May 03, 2008

Tiada Cinta Dalam Dunia

Aku ada masalah sekarang ni. Tapi nantilah aku ceritakan. The another story is today is Diploma Show Multimedia. Diploma show ni diadakan di Melaka Mall bermula hari ini dan berakhir esok.

Ramai juga yang datang melihat hasil kerja student multimedia KYM. 31 orang student yang terpilih mendapat anugerah Dekan tadi. So dengan adanya sijil ni, dorang akan lebih mudah memohon pekerjaan sebab hasil kerja mereka sendiri diiktiraf oleh Dekan Kolej Yayasan Melaka.

So masih tak terlambat hadir menyaksikan show yang julung julung kali diadakan. Datang jangan tak datang.

Diploma Show Multimedia 2008

Diploma Show Multimedia 2008

Tarikh : 4 - 5 May 2008

Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi : Melaka Mall

Diploma Show Multimedia 2008 adalah pameran hasil kerja final projek student student multimedia dari Kolej Yayasan Melaka. Anda semua dijemput hadir.

Thursday, May 01, 2008

Only you - The Platters

Only you, can make all this world seem right
Only you, can make the darkness bright
Only you, and you alone, can thrill me like you do
And fill my heart with love for only you

Only you, can make all this change in me
For it's true, you are my destiny
When you hold my hand, I understand
the magic that you do
You're my dream come true
my one and only you

Only you, can make all this change in me
For it's true, you are my destiny
When you hold my hand,
I understandthe magic that you do
You're my dream come true
my one and only you

Tiada Lagi Aku....

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang...
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang

Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...