Followers

Friday, February 22, 2008

Happy Birthday To Me

Happy Birthday To Me


Happy Birthday To Me


Happy Birthday To Alan


Happy Birthday To Me



Yea hari ni genaplah aku 24 tahun. Umur aku bertambah setahun lagi. Sekiranya aku ni sultan, maka akan cutilah negeri aku hua hahahahha.

Urmmm bestnyalah kalau ada awek yang menemani aku disaat ini. Bersama sama makan kek, dapat hadiah, tengok wayang and have fun together. Tapi aku tetap keseorangan...

Semakin Gila

Aku Semakin Gila


Aku sudah gila. Gila dengan final projek, gila dengan internet, gila dengan YM dan paling gila dengan games. Arhhhhhhhhhhhh bilalah semua kegilaan ini akan berakhir.


Final projek aku semakin berterabur. Kerja yang sepatutnya disiapkan mengikut minggu kini sudah berminggu minggu terlepas. Sekarang dah hampir date line. Aku dah tercicir kerja untuk 3 minggu. Masih sempatkah aku untuk mengejar impian bergelar graduan.


Kalau aku dalam air ni, kiranya air dah cecah paras leher nie. Bila bila masa jek aku boleh mati lemas.










Ini antara kerja kerja yang perlu aku siapkan. Trace semula gambar gambar siot nie dan letakkan logo syarikat aku pada kenderaan ni. Waaaa aku memang benci nak guna Adobe Ilustrator. Lecehnya nak buat secara detail huhuhuh....

Pembangkang lidah bercabang

TARIKH pilihan raya umum berada di ambang pintu. Pelbagai manifesto dicipta, pelbagai tokoh bakal menjadi 'ayam sabung' mewakili parti masing-masing bagi menjuarai pertandingan yang dinanti-nantikan ini.

Melihat gelagat pembangkang, kita perlu ingat ini bukan beradu kekuatan tenaga, ini beradu kekuatan fikiran.

Strategi manakah yang dapat menarik pengundi dan dasar apakah yang menarik penyokong-penyokong?

Kerja menjahanamkan bendera parti lain bukanlah perangai yang baik. Kalau itulah yang mereka gunakan tentulah tidak wajar dalam proses pemilihan negara berdemokrasi ini.

Bagaimana hebatnya manifesto pembangkang, ia tidak lebih daripada manifesto lidah bercabang. Lidah bercabang maknanya, bercakap lain di depan khalayak yang berbeza atau waktu berbeza.
Kenyataan-kenyataan lidah bercabang ini tidak lain untuk mengabui para pengundi.
Satu ketika dulu, Pas melaungkan slogan negara Islam dan hukum hudud. Tapi kini manifesto itu sudah masuk ke bakul sampah.

Tiada lagi perjuangan negara Islam kerana negara Islam ditentang oleh sekutu Pas iaitu DAP. Pemimpin DAP pernah menyergah Pas dengan ugutan, "langkah mayat saya dulu kalau nak tubuhkan negara Islam." Dan Pas ternyata takut. Lalu slogan negara Islam dan hukum hudud tidak kedengaran lagi.

Dulu Pas mengkafirkan UMNO kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC. Maka keluarlah hukum sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan tidak boleh berimamkan orang-orang UMNO.

Masyarakat Islam berpecah belah kerana fatwa Haji Hadi. Tetapi kini apa sudah jadi? Hadi sanggup berpeluk-peluk dengan Lim Kit Siang.

Sedangkan UMNO konsisten dalam soal bergabung dengan orang-orang Cina dan India. Tindak-tanduk Pas ini bolehlah kita madahkan begini, "bila sudah kenal orang lain, hukum hudud entah ke mana."

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula bertindak seolah-olah merekalah 'pembela atau juara' kuil.
Tetapi ketika kempen di kalangan orang Melayu di Ijok mereka menyoal orang Melayu, "Pilih kuil atau masjid?"

Orang-orang Melayu susah hendak menjawab, kerana andaian memilih BN bermakna menyokong kuil kerana calon BN dari MIC dan memilih PKR bermakna memilih masjid kerana calon PKR daripada kalangan orang Melayu.

Walaupun ini perbandingan yang salah tetapi cukup mengelirukan para pengundi. Begitulah mereka memainkan sentimen agama dan keturunan.

Baru-baru ini, Hadi merestui calon-calon bukan Islam PKR untuk mereka bersekongkol.
Di samping itu mereka berpakat dengan DAP supaya pertandingan BN dengan pembangkang menjadi satu lawan satu.

Ini satu lagi tanda lidah bercabang mereka, UMNO berpakat dengan bukan Islam dikatakan kafir.

Tetapi pakatan mereka dibolehkan atas alasan mencontohi Perjanjian Madinah.
Baru-baru ini, Pas marah-marah kerana bendera mereka diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan di Terengganu kerana menyalahi peraturan yang dibenarkan.

Malah Pas berkata jika mereka memerintah, demonstrasi jalanan akan dibenarkan. Kepada saya ini tidak mungkin berlaku.

Ingatkah kita satu ketika dulu, Perdana Menteri kita melawat Terengganu, Pas yang ketika itu pemerintah Terengganu telah menurunkan bendera UMNO yang dipasang semata-mata bertujuan menyambut lawatan Perdana Menteri. Sedangkan Perdana Menteri diperlakukan demikian, apatah lagi rakyat biasa.

Fikirkan secara rasional. Saya kasihan melihat penyokong-penyokong mereka yang mengharapkan kepimpinan ulama tetapi yang ada tidak seperti yang mereka harapkan. Ada di antara pemimpin pembangkang yang bercakap lain tetapi perbuatan lain.

Cukuplah sampai di sini, kita akan lihat cabang lidah pembangkang dengan cukup jelas. Selamat mengundi.

Wednesday, February 20, 2008

Islam melangkaui parti politik

Pengisytiharan pembubaran Parlimen pada Rabu lalu menandakan berakhirlah sudah segala teka-teki yang berlegar di kalangan rakyat selama ini mengenai tarikh keramat pilihan raya.

Kini tibalah pula masanya rakyat menggunakan sepenuh peluang dan ruang yang diberikan untuk melaksanakan tanggungjawab secara hikmah dalam memilih calon-calon pilihan yang bakal mencorakkan masa depan dan hala tuju negara.

Sudah pastilah, ketika ini juga seluruh warga dan pendukung parti-parti politik bertanding mula menggembleng tenaga berkempen untuk memastikan kemenangan calon masing-masing. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan berkempen dan berpolitik dalam musim pilihan raya ini, umat harus dipasakkan dalam pemikiran agar terus berpegang teguh kepada prinsip akhlak dan nilai-nilai Islam sejati.

Yang pasti pilihan raya bukan sekadar pesta pada malam hari yang berkumandangan suara-suara bersemangat pemidato-pemidato cuba meyakinkan pengundi. Pilihan raya juga tidak seharusnya menjadi pentas adu domba dengan alunan cacian, makian apatah lagi menjual ayat-ayat suci Allah bagi meraih sokongan undian. Dalam konteks ini Allah telah memberi amaran yang keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).

Lebih menggusarkan sekiranya budaya politik berteraskan benci dan dendam yang lebih mendominasi dalam kerangka masyarakat hingga manusia tergamak melakukan apa sahaja demi keserakahan nafsu terhadap kuasa. Budaya memancing undi dan menggula-gula dengan rangsangan material juga semakin menggejala tanpa mempedulikan nasib dan masa depan bangsa dan negara.

Apalah ertinya kuasa kalau rakyat yang lahir adalah lemah dan berjiwa hamba? Apa ertinya berbelanja besar untuk pilihan raya kalau sekadar membeli sokongan mereka yang pura-pura?

Apa ertinya bersusah payah untuk kuasa kalau akhirnya melahirkan lebih ramai manusia oportunis dan materialis yang menyebabkan negara porak-poranda.

Apa yang penting dalam suasana sekarang yang begitu mudah isu-isu dan sentimen pembakar semangat dicetuskan, rakyat harus kental berprinsip agar tidak mudah termakan dengan cerita-cerita palsu yang mengelirukan. Setiap cerita sensasi yang meragukan haruslah diselidiki agar kita tidak membuat keputusan yang salah khususnya dalam pertimbangan memilih pemimpin.

Cukuplah amaran Allah dalam al-Quran dijadikan sandaran: Sesungguhnya orang-
orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu banginya azab yang besar. (An-Nur:11)

Pengundi-pengundi harus bijaksana dalam menilai prestasi kerja, keikhlasan berkhidmat, keseriusan calon-calon bertanding dalam mengangkat taraf kehidupan rakyat dan kemajuan negara tanpa melupakan aspek akhlak dan moral pemimpin berkenaan berpandukan sumber-sumber yang sahih.

Kebijaksanaan ini juga memerlukan kita membuat pertimbangan berasaskan keutamaan dan kepentingan agama, masyarakat dan negara jangka panjang, bukannya berasaskan sentimen-sentimen murahan yang sengaja dicetuskan untuk meransang perasaan marah hingga terhakisnya pertimbangan rasional dalam membuat keputusan.

Pemikiran yang diselaputi sentimen marah dan benci lantaran terpengaruh dengan hasutan yang disulami ayat-ayat Allah oleh pencacai-pencacai politik berkepentingan seringkali menjurus rakyat membuat keputusan yang tidak tepat dan akhirnya membinasakan masa depan umat dan negara.

Sikap sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan daripada kejahilan rakyat inilah yang menyebabkan pilihan raya yang sepatutnya menjadi medan terbaik bagi memilih pemimpin terbaik tidak ubah seperti pentas makyung yang sarat dengan adegan fantasi, dongengan dan tipu daya. Sebab itulah rakyat harus berhati-hati dalam membuat percaturan terutamanya di tengah-tengah hingar-bingar kempen pilihan raya ketika ini.

Justeru, sudah tiba masanya kita melakukan anjakan budaya dan pemikiran ke arah merealisasikan budaya politik baru yang lebih bermaruah. Budaya politik baru yang dimaksudkan ialah yang berteraskan kasih sayang dan tolak ansur sesama manusia walau berbeza parti mahupun ideologi politik. Budaya politik baru ini juga mestilah berteraskan prinsip agama dan nilai akhlak yang tinggi dan bukannya terjerat dengan emosi melulu dan faham agama yang sempit.

Sesungguhnya Islam melangkaui sempadan dan geografi parti dan fahaman politik. Islam tidak wajar diperalatkan mahupun diletakkan setaraf parti politik. Sebaliknya Islam lebih tinggi daripada parti dan harus dijadikan benteng terakhir mempersatukan umat yang sedang galak berpolitik.

Dengan meletakkan Islam lebih tinggi daripada parti sahajalah akan memungkinkan terjelmanya budaya politik baru yang bebas daripada belenggu kefanatikan yang membawa kepada perlakuan mungkar dan membinasakan umat. Moga-moga harapan ini bakal menjadi suatu kenyataan suatu hari nanti, insya-Allah.

Sunday, February 17, 2008

I Wish I Have A Girlfriend.....

Awek Comel ~lalalalala~
Sungguh comel orangnya..bisa membuat hatiku menjadi penasaran. Ni yang buat aku SAYANG BANGAT sama dia.



Dia BUKAN awek aku yek!!!..Aku tak layak untuk orang secantiknya..Dia hanyalah kawan aku dari sarawak..Time ni dia jadi model pakaian pengantin..Tapi dia memang mempunyai kecantikan semula jadi..Ish ish kalau dia awek aku kan best hahahaha
Sekarang ni kalau aku datang ke majlis perkahwinan, hati aku mesti sedih..Teringat pelamin anganku musnah..Emo lak aku hari nie..
Apa apa ajelah ~lalalalala~

~lalalalal~

Aku tetap aku..

Apa benda aku merepek nie...
Semakin hari semakin kronik penyakit aku...

~lalalalalalala

Out dulu Bye~lalalalalala~

Wednesday, February 13, 2008

Happy Valentine Days

Valentine Day




Hari ini 14 haribulan. Sepatutnya hari ini genaplah hubungan aku dengan aina tetapi takdir yang menentukan bahawa kami tiada jodoh. Percintaan aku hanya bertahan selama 2 tahun 3 bulan lah lebih kurang.


Putuspun bukan sebab apa, cuma keluarganya saja yang tak merestui. Apa nak buat, hanya mampu menerima suratan takdir....


Ladies Nite @ Centro Club




All In The Family

Free admission before 11pm
Cover Charge (inc. 1 drink) : RM35 Ladies & Men

Night @ Zouk

ZOUK MAINROOM :
GHETTO HEAVEN with Stylustiks
myspace.com/stylustiks

VELVET UNDERGROUND :
SNL with DJ Luqe and Ray Rox
Dress to impress as we party to the sounds of R&B, Funk, Disco and old school tunes.
THE LOFT :
Sessions with Seamaster and Zaskar(2007 JUICE DJ QUEST)
Progressive and Tech House

ADMISSION :
Cover Charge inc 1 drink:
Zouk: RM35 Ladies and Men
Velvet: RM40 Ladies / RM50 Men
The Loft: RM20 Ladies and Men

Tuesday, February 12, 2008

Kuiz Oh Kuiz

Hari ni aku ada kuiz. Kuiz yang dibuat semula disebabkan minggu lepas kesemua student gagal HAHAHAHA. First time dalam sejarah semua student gagal dalam satu kuiz. Ini disebabkan dengan cara pensyarah yang mengajar dan juga subjek yang ternyata begitu membosankan.

Kuiz tadi lebih sama juga dengan kuiz minggu lepas. Aku langsung tak faham dengan kuiz tadi. Kalaulah keluar soalan macam tadi dalam final exam, aku jamin hampir semua student leh repeat subjek nie hahahaha

Monday, February 11, 2008

Pagi yang gelap

ENTRY YANG TAK ADA KENA MENGENA

Akhirnya aku berjaya mempunyai connection internet dirumah. Selepas ni hari hari aku tidak akan bosan lagi melainkan internet ni lembab cam siput sedut.

Pagi ni aku perkuliah dan lagi sekali kuliah dibatalkan. Arhhhhh tensionnya aku bangun awal2 pagi tapi akhirnya semuanya hampa...

Wednesday, February 06, 2008

Gong Xi Fat Chai

Alan ucapkan Gong Xi Fat Chai kepada semua pengunjung blog ini terutama buat Tok Rimau, Uncle J, bro Budin, Banji, Kiki dan ramai lagi yang tak tersebut nama disini. Tahun ini adalah tahun tikus. Alanpun lahir tahun tikus gak hehehe..Tapi rupa tak macam tikus ye :)


Semoga tahun ini membawa kemakmuran buat anda semua..Take care...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...