Followers
Thursday, December 20, 2007
Aku yang kau panggil sayang
Tuesday, December 18, 2007
Kisah Kaisarah @ Memori Sekolah
Sejak kebelakangan ini aku begitu meminati cerita kisah kaisarah yang ditayangkan di TV3. Aku menjadi minat dengan cerita itu kerana ia membangkitkan semula memori zaman persekolahanku. Suatu zaman yang tak akan dapat dikembalikan lagi.
Sudah 6 tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Kenangan bergurau senda bersama rakan rakan yang kebanyakannya sudah tidak dapat lagi dihubungi, keriuhan rakan sekelas, ragam pelbagai manusia dari pengetua sampailah tukang kebun sekolah. Aku benar benar merindui itu semua.
Aku masih ingat kata kata salah seorang guruku iaitu Cikgu Hamdan. Beliau merupakan guru kelasku semasa tingkatan 5 Amanah yang juga merupakan guru bahasa inggeris.
"Awak sekarang merasakan sekolah ini membosankan tapi percayalah suatu hari nanti, awak semua akan merasakan waktu disekolahlah yang paling seronok. Bila awak sudah bekerja nanti awak akan rasa seronoknya sekolah. Masa itu, awak tak akan dapat merasakan lagi pengalaman sebegini"
Lebih kurang begitulah kata katanya tapi maksudnya dapat dapat fahami dan ingati sehingga sekarang. Memang benar katanya. Sewaktu sekolah, kita tidak menghargai waktu yang ada tapi bila kita sudah bekerja 6 hari seminggu, dari pagi sehingga petang barulah kita menyedari waktu sekolah adalah waktu yang paling seronok dan bebas. Kita tak tertekan dengan kerja dan assiment, walaupun kita tak buat kerja sekolah tapi paling kuatpun cikgu hanya akan marah saja. Namun marahnya ialah marah sayang.
Tapi diwaktu sekarang, kalau kita tak buat kerja mahupun ponteng kerja, kita boleh dibuang kerja terus. Kena menghadap kerja yang berlambak diofis dan hanya mendapat waktu cuti yang singkat. Tak seperti zaman persekolahan yang cutinya panjang.
Aku rindukan semua kawan kawan dan cikgu cikgu dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Cikgu, terima kasih diatas segala tunjuk ajar yang cikgu berikan. Semua budi baik cikgu semua tak akan dapat saya balas.
Disekolahlah aku mengenali erti hidup, makna persahabatan dan juga kasih sayang. Terima Kasih Semua.....
Kenangan Semasa Tingkatan 5 Amanah
2001
Sek.Ren.Keb.Tuanku Fatimah 1991 - 1996
Sek.Men.Keb.Ketari 1997 - 2001
Sunday, December 09, 2007
Lagi lagi Hindraf
Dan semalam mereka juga berkumpul di kuil mereka di Batu Caves. Membaling batu terhadap polis yang menjaga kawasan ketika itu. Memang SIAL lah dorang ni.
Kalau aku jadi Pm dah lama aku letak dorang dalam ISA. Takpun buang kerakyatan dan halau keluar dari negara ni.
EEEEE GERAMNYA AKU!!!!!!!!
Friday, December 07, 2007
Selamat Bercuti
Sekarang adalah musim hujan dan juga banjir. Nasib baik area rumah aku bukannya area banjir walaupun hujan 2 3 hari. Tapi musim hujan juga telah membantutkan hobi aku iaitu berendam di sungai. Kalau time hujan camni..tempat lepak aku selalunya kolam air pnas je..Anyway aku xde plan lagi nak pergi sana dalam 2 3 hari ni..maybe next week kot..
Monday, December 03, 2007
Hari hari Terakhirku
Aku nak jumpa boss tapi aku x nampak bos aku kat office hari nie..
