Followers
Wednesday, November 21, 2007
Senja Yang Menakutkan
Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara... " Abang ... sorang je ke ? " Aku mendongak dan melihat seorang gadis berdiri dihadapan ku ...
" Aah!! " ..jawabku selamba." Boleh saya duduk ?" Tanya gadis itu lagi .." Eh!! duduklah.. saya tak kisah.."Serba salah pula aku kerana tidak mempelawa gadis tersebut duduk ..Hilang pula kemachoan aku nih..Suasana sunyi sepi..Kulihat gadis itu menahan malu kerana aku melihat kearah tubuhnya yang kebasahan...Emm...!!!!
Aku memulakan perbualan kerana boring sangat..
' Hai saudari...boleh saya tanya siapa nama....rasa-rasanya saudari nih bukan berasal daripada kampung nih.... Saya Zairul ' sambil menghulurkan tangan..
'Nama saya zuraida....memang betul kata saudara , saya bukan orang sini ..saya sebenarnya berasal dari johor bharu.... saya sedang menunggu kawan dari kampung seberang !!! kereta saya mengalami kemalangan kecil di sana'.. katanya sambil menunjuk ke hujung jalan....'Dah lama saya tunggu di pondok bas nih....Nasib baik ada suadara disini .. Taklah takut sangat...' Sambung zuraida lagi.. " Ahh!!! Hujan-hujan nih memang biasa eksiden.... lagipun selekoh kat sana tajam ... nasib baik saudari tak apa-apa..." Balas aku....
Siapa kata tak apa-apa ... Tengok nih ... Sakitlah!!! Tolong bang .. zu sakit nih.... iskk!!!! AKu terperanjat kerana secara tiba-tiba zuraida yang kukenali tadi menangis teresak-esak seperti menahan sakit.... Ya Allah!!! Apa dah jadi nih.... Jeritku.... Wajah yang comel tadi telah bertukar menjadi buruk dan bernanah!! Suara yang halus tadi kini semakin kasar dan mengilai dengan kuat.
Kepala ku seperti dihempap sesuatu dan aku terasa seperti mahu pitam .. Kemudian aku tidak sedarkan diri.........
Apabila aku tersedar aku melihat bapaku berada disebelahku...katanya aku pengsan di pondok bas di hujung kampung... Aku menjelaskan perkara yang terjadi diantara aku dan zuraida... Bapaku hanya tersenyum dan memberitahuku pada 3 bulan yang lepas ada kemalangan di hujung kampung ..Semua penumpang meninggal dunia dan yang paling teruk ialah mayat seorang gadis ....Mungkin ini hanyalah permainan syaitan untuk menyesatkan manusia.
Aku terkejut mendengar cerita daripada bapaku dan Bagiku mungkin hantu yang aku temui itu adalah jelmaan Zuraida...
Dipetik dari http://fazamania.blogdrive.com/
Tuesday, November 20, 2007
Bermacam kes pukau
Kalau tentang pukau maybe ada diantara kita yang tak boleh nak tangkis tapi kalau bab ajaran sesat mesti kita yang waras ni boleh berfikir. Sedangkan aku yang boleh dikatakan jahil nie tentang agama ni pun tahu solat, puasa, zakat dan haji itu adalah wajib tapi masih ada umat manusia yang percaya bahawa solat dan dll itu boleh dikurangkan atau digugurkan.
Akupun tak fahamlah kenapa still ada manusia yang lebih jahil dari masyarakat arab jahiliyah. Jikalau dulu masyarakat arab dikatakan jahil kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan tidak mengenal islam, tapi kita yang dilahirkan pada zaman sains dan teknologi dan mempunyai datuk nenek yang beragama islampun menjadi lebih jahil dan bodoh dari manusia zaman arab jahiliyah.
Itu yang membuatkan aku heran bin ajaib bin pelik.
Lagipun orang melayu nie walaupun setinggi mana pangkat dia, dia masih boleh percayakan sesuatu yang membawa sial. Mentaliti orang melayu ni memang susah nak diubah. Penyapu masih dianggap membawa sial. Kes ni malaslah aku nak panjangkan sebab benda ni bukannya isu panaspun.Cuma ianya menguriskan perasaan sesetengah orang. Cuma itulah contoh terbaik yang boleh diberikan.
Percaya penyapu bawa sial hanya kerana ianya digunakan untuk menyapu sampah. Tak pula orang cakap yang vacum cleaner tu sial tapi bila dapat hadiah vacum cleaner suka lak. Padahal tugasnya sama saja. Menyedut sampah dan habuk.
Sama samalah kita renungkan...
Kes Pukau "Bonda"
Dengan dakwaannya itu, wanita berusia 50-an terbabit dikatakan giat menipu ahli perniagaan, termasuk golongan kenamaan (VIP) untuk mengumpul harta dan wang.Dia turut mendakwa suaminya jeneral tentera Indonesia, anak seorang hartawan yang juga sepupu Sultan Brunei selain sering berulang alik dari sini ke Makkah.
Lagak alimnya yang dikatakan gemar menderma ratusan ribu ringgit dan sering membaca doa serta zikir adalah lakonan semata-mata untuk mengaburi mangsa.
seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Shah, 65, mendedahkan dia sekeluarga dipukau dan sesat akidah selepas ‘terkena’ perbuatan Bonda hingga kerugian hampir setengah juta ringgit.
Menurut ahli perniagaan itu, dia berkenalan dengan Bonda pada pertengahan tahun lalu untuk mencari pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaannya.“Pertemuan pertama diatur di bilik mewah sebuah hotel lima bintang tempat Bonda menginap.
Ketika itu, saya ke sana bersama isteri dan tiga anak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.“Saya dan keluarga ‘terpukau’ apabila Bonda membaca ayat suci al-Quran lalu mencelup sebentuk cincin ke dalam gelas sebelum tiba-tiba terpancar tiga warna.“Kerana yakin, saya menyerahkan profil syarikat kepadanya dan Bonda bersetuju membantu perniagaan saya dengan bantuan awal RM1 juta sebelum Bonda menemui saya sekali lagi empat bulan kemudian,” katanya.
Dia kerap berjumpa Bonda selepas itu dan wanita terbabit mengaku dia ‘orang suci’ dengan menggunakan ayat suci al-Quran untuk menasihati dirinya dan keluarga.“Bonda beritahu, saya dan keluarga banyak melakukan dosa besar dan tidak layak menerima wang pelaburan daripadanya selagi kami tidak menyucikan dosa terlebih dulu.
“Bermula saat itu, Bonda meminta kami memberikan wang ratusan ribu ringgit secara berperingkat sebagai syarat menyucikan dosa dan kami menurutinya tanpa banyak soal. Shah berkata, selepas hampir dua tahun diperbodohkan Bonda, dia menyedari ditipu lalu membuat laporan polis, baru-baru ini.
Petikan Dari Harian Metro
Monday, November 19, 2007
Dunia Melayu Dunia Islam
Macam macam yang agenda dibincangkan. Dari politik, agama, adat dan budaya. Paling ramai perwakilan datang dari indonesia. Ada yang datang dari Jambi, Palembang, Riau, Sumatera dan banyak lagi. Part paling best bila Pak Lah ngan Dato Ali Rustam datang. Dorang orang kuat dalam Dunia Melayu Dunia Islam ni. Aku suka tengok Pak Lah bercakap. Rileks je dia cakap. Ucapanpun dia bagi spontan je. Takde nak baca notepun.
Nanti ada masa aku akan upload gambar gambar sempena Dunia Melayu Dunia Islam kat sini..
Monday, November 12, 2007
Kemas Kini
Hari ni adalah keluar sedikit berita tentang perhimpunan "BERSIH" yang diadakan di Dataran Merdeka hari sabtu lepas. Sebenarnya aku ada turun tapi tak dapat nak join sebab aku ada "DATE" time tu kat KLCC. Time aku turun stesen "Masjid Jamek" memang polis dan FRU dah tunggu. Sayangnya aku terlupa nak bawa camera. Kalau tak memang aku dah shoot gambar time tu.
Petang tu stesen "Masjid Jamek dengan Pasar Seni" ditutup sebab taknak orang ramai yang berkumpul memenuhkan LRT. So lepas disembur air ngan gas pemedih mata, dorang lari ke KL Sentral, SOGO, ada gak yang join berarak ke Istana Negara.
Tapi time kat KLCC takde kecoh apa. Aku tak nampak sorangpun pengikut demostrasi tu kat sana. Lagipun polis ada ramai jaga kat area KLCC.
Hari ni aku kemas sikit blog aku. Sekarang dah ada disediakan link untuk ke blog, website parti politik. Bukan aku nak menyebelahi mana parti politik cuma kita perlukan pandangan dari kedua belah pihak sama ada pro kerajaan mahupun pembangkang dalam menilai sesuatu kes atau kejadian. Ini barulah dinamakan KEADILAN. Bukan parti Keadilan yek .
p/s : Memandangkan aku terlupa bawa kamera tempoh hari, aku cuba cari gambar tentang perhimpunan tu dan akan upload disini ye.
Saturday, November 10, 2007
Holiday Eve Special @ Zouk
when: 07.11.2007
Event title Holiday Eve Special @ Zouk
Where: Zouk KL - Kuala Lumpur
Category: Zouk
Admission (1 drink) : Zouk main room, RM35 (Men & Ladies) all night long
Velvet Underground, RM40 (Ladies) RM50 (Men) all night long
The Loft, Free entry b4 12am (Ladies), RM20 (ladies & men) after 12am
DJ Chris Fortier Live at Poppy Garden, Kuala Lumpur
DJ Chris Fortier is the founder of the Balance Record Pool as well as co-founder and owner of Fade Records. Fortier's DJ-ing covers a range of styles from dark progressive to minimalist techno. He is well known for being a central figure in the development of Electronic Dance Music in the United States as both a DJ and founder of the Balance Record Pool. Pre-Event Tickets are available at Beach Club Café, Rum Jungle KL and The Poppy Collection at RM40 inclusive of 1 Drink and 1 limited edition Chris Fortier T-shirt and Pre-Party Dinner Tickets inclusive of a 3 Course Dinner at RM49++. On the day itself,
Door Charge will be RM50. For more info, call 03-2142 6666 or log into
http://www.trendmatrixenterprises.com/
Friday, November 09, 2007
Perhimpunan 100 ribu Rakyat
Satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan diadakan, bagi menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil. Sempena perhimpunan ini, ahli-ahi BERSIH akan berarak ke Istana Negara dan menyerah memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala LumpurTarikh: 10 November 2007 (Sabtu)Masa: 3 petang
Nota:1. Para peserta digalakkan memakai baju kuning sebagai lambang protes.
2. Bawa kain rentang atau bendera melambangkan simbol dan mesej BERSIH sahaja.
3. Jangan bawa bendera parti.
Demikianlah yang dicanangkan oleh parti pembangkang untuk beberapa bulan ini. Pelbagai risalah, laman web serta flyers disebarkan untuk mengajak rakyat malaysia bersama dengan mereka mengadakan demonstrasi yang dikatakan secara aman.
Namun pihak polis telah mengeluarkan amaran bahawa perhimpunan ini tidak mendapat permit dan sesiapa akan ditahan sekiranya berlaku rusuhan semasa demonstrasi ini berjalan.
Urmm aku tak menggalakkan sesiapa untuk turut serta tetapi setiap tindakan yang dilakukan adalah tanggungjawap sendiri. Rasanya tak berbaloi untuk ditahan dibawah ISA semata mata kerana karier politik orang lain.
Bagi aku, lantak koranglah nak berpolitik macam mana asalkan negara ini aman damai, aku senang cari rezeki, ini sudah cukup bagi aku. Aku bukannya penyokong kuat mana mana parti politik namun bagi aku, setiap kemakmuran, kesenangan yang aku dapat, aku patut syukuri dan kenang jasa orang yang membantu aku selama aku hidup..
So renung renungkanlah.....


