Tuesday, September 18, 2007

Perpindahan

Mulai esok saya akan berpindah ke tempat lain. Hanya bertukar bilik ofis saja. Sekira saya tidak dapat mengakses internet nanti, blog mungkin akan diupdate ketika di kampung nantilah.

Nada dering dan lagu raya sudah mula kedengaran sekarang. Hanya di radio saja lagu raya belum berkumandang. Biasanya setelah dua minggu sebelum raya barulah lagu raya di keudarakan.

Selamat Menyambut Ramadhan Dan juga Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Monday, September 17, 2007

Pentingnya Knowledge

Mari aku ceritakan sebuah senario di stesen LRT KLCC. Aku sedang berbaris menunggu tren pada pukul 6.30petang dan kerana sudah terbiasa berbaris panjang pada waktu tersebut, aku hanya bersandar malas di dinding sambil mendengar perbualan-perbualan di sekeliling secara acuh tak acuh. Entah kenapa hari tu aku malas melayan iPod.
Tiba-tiba berbaris di belakang aku dua orang gadis yang cantik, seksi, bijak bergaya. Gadis-gadis idaman jejaka metroseksual. Gadis-gadis metropolitan. Aku namakan mereka si "A" dan "B". Mereka berbual rancak tentang hal-hal yang berlaku dalam pejabat dan tentang lelaki handsome yang ini dan lelaki handsome yang itu. Sebelum itu ingin aku tekankan di sini bahawa perbualan mereka berdua dilepaskan dalam suara yang lantang dan yakin.
A: "Kau tau tak, tadi aku dapat emel berantai! Apa tu orang putih kata?...Ah, Junk Email!"
(Aku yang terdengar, berkata dalam hati: "Junk email ke Chain Email?")
B: "Oh, pasal apa?"
A: "Ada la pasal sebuah lukisan Da Vinci ni...Lukisan gambar perempuan yang famous tu. Apa namanya..? Hah, Madonna!" <- dengan lantang dan yakin.
(Aku berkata dalam hati: "Isk...Monalisa la bangang! Dah la kau cakap kuat-kuat!")
B: "Ooo..tau tau"
(Aku nyaris tepuk dahi, sambil berkata dalam hati: "Kau tau ke buat-buat tau?!")
A: "Dalam lukisan tu ada diagram kecil kat bawah. Aku sekali tengok, aku dah pasti ni mesti emel nak berdakwah tentang Jesus Christ. Ini semua dakyah orang Jew! Kau tau orang Jew?...alaaa..apa namanya dalam Bahasa Melayu tu.."
(B terus memotong)
B: "Ju (Jew)? Juvana?"
(MasyaAllah! Nak terkentut aku tahan gelak masa tu. "Bodoh!!Yahudi la bodoh!" Aku cakap dalam hati)
A: "Bukan Juvana! (dengan nada sedikit marah). Hah, Jew tu orang Israel!"
("Bukan semua orang Israel tu Yahudi cik kak, alahai...awat la hang bangang sangat" aku cakap dalam hati lagi)
(Selepas perbualan tu aku namakan A sebagai "Ju" dan B sebagai "Juvana")
Ju: "Emel tu mention, kalau tak forward nanti ditimpa bala! Macam Prime Minister Mexico tu, anak lelaki dia mati sebab PM ni tak forward emel berantai ni. Tapi tak kan la aku nak forward kalau terang-terang emel ni berdakwah pasal Christianity, kan? Lain la kalau pasal Islam, sure aku dah forward awal-awal"
("Tapi atas nawaitu apa kau nak forward emel tu cik kak? Atas dasar ikhlas nak sebarkan ke, atau sebab takut ditimpa bala?" aku membebel lagi dalam hati)
(Dengan tak semena-mena, si Juvana ubah topik)
Juvana: "Eh, nak tau tak? Tadi sebelum balik, ramai abang-abang PM aku kat YM tau? (dengan nada sedikit eksyen)"
Ju: "PM...????"
Juvana: "Ha'ah, PM! Ala, apa tu? Personal Mail!!" <- dengan lantang dan yakin.
("Personal Mail kepala datok kau!Private Message la bengong!" Waktu tu, aku sudah tersangat rimas mendengar perbualan-perbualan mereka dan rasa mahu lari dari situ)

Masa Pantas Berlalu

Sedar tak sedar kita sudah berpuasa selama 5 hari. Masa pantas berlalu. Pejam celik pejam celik kita sambut raya lak

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Friday, September 07, 2007

Letter From Iwo Jima

Semalam aku menonton dvd. Letter From Iwo Jima. Ia mengisahkan tentang askar jepun yang bertahan di pulau iwo jima semama perang dunia ke2. Sebuah filem arahan Clint Eastwood, lakonan Ken Watanabe dan Kazunari Ninomiya.

Antara sipnosis cerita :

Private First Class Saigo, a baker conscripted into the Imperial Japanese Army, and his platoon are grudgingly digging beach trenches on the island. Meanwhile, Lieutenant General Tadamichi Kuribayashi arrives to take command of the garrison, accompanied by his ADC, Lieutenant Fujita. Met by the island's naval commander, Rear Admiral Ohsugi, and the deputy army commander, Major General Hayashi, he immediately begins an inspection of the island defenses. In particular, he orders the men to stop digging trenches on the beach and begin tunnelling defenses into Mount Suribachi. Kuribayashi encounters Captain Tanida beating Saigo and his friend, Kashiwara, for their supposed disloyalty. Tanida is ordered to stop, with the reminder that a good commander uses his head more than his whip. Poor nutrition and unsanitary conditions take their toll on the garrison; many die of dysentery. Japanese troops begin using the caves as barracks. A young soldier, Superior Private Shimizu, arrives for duty on the island, replacing Kashiwara, who has died of dysentery. Saigo and his friends suspect that Shimizu is a spy sent from Kempeitai to report on "disloyal" soldiers.

The Japanese beach defenses are quickly overcome and the attack turns to the defensive positions on Mount Suribachi. Tanida dispatches Saigo to carry a message to Mount Suribachi's commander, Colonel Adachi, requesting more machine guns. Saigo overhears General Kuribayashi, speaking over radio, ordering Colonel Adachi to tell his men to retreat northward, but Adachi instead gives Saigo a note ordering Captain Tanida and his men to commit suicide. Captain Tanida obeys this order, shooting himself in the head. One by one, most of the remaining soldiers, including Nozaki, kill themselves with their own hand grenades. Saigo, however, runs away and leaves the cave with Shimizu, convincing him that it is more productive to continue the fight rather than to die.

Wednesday, September 05, 2007

Merdekakah Kita

Tempoh hari semasa ku pulang bercuti, bas yang kunaiki sesak dengan umat manusia. Namun yang ramai sekali adalah warga asing terutama warga Indonesia. Bukan bermakna ku bersikap prejudis terhadap warga berkenaan namun kehadiran mereka yang begitu ramai dinegara ini menjadi tanda tanya. Malah aku dapat rasakan sekiranya terjadi perselisihan diantara Malaysia dan Indonesia, mereka tidak perlu menghantar askar yang ramai kerana sudah ramai rakyat mereka di negara ini. Dengan rakyat mereka yang begitu ramai, mungkin dalam masa yang singkat malaysia dapat ditawan dengan singkat seperti zaman jepun dulu. Bagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi saya saja. Tidak membabitkan rakyat Malaysia yang lain..

Sudah 50 tahun kita merdeka, namun isu bahasa kebangsaan masih tidak mempunyai penyelesaian. Pemimpin menunjuk rakyat dan rakyat pula menuding pemimpin. Kita tidak boleh menyalahkan kaum lain yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perbualan jika kita, orang melayu sendiri yang tidak mahu mengangkat martabat bahasa sendiri. Orang melayu kini lebih senang bertutur dalam bahasa inggeris ataupun lebih popular dengan bahasa rojak. Lihatlah dalam drama tempatan, hampir semua dialog mengunakan bahasa rojak.

Semoga Kemerdekaan kita ini akan berkekalan sehingga Hari Kiamat.....