Followers

Wednesday, August 29, 2007

Kau Atau Aku

Elyana
Berlindung di sebalik wajah selamba
Bagai tiada apa perasaan
Di antara kita berdua
Lucunya dalam saling berpura-pura
Semua orang tahu kau dan aku
Masing-masing punya rasa yang serupa
Main tarik tali
Malu memulakan luahan hati kita
Main tarik tali
Masih menanti siapa mulakan dulu
Dilema di dalam permainan ini
Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan
Tertekan
Lakonan ini semakin membebankan
Terasa ingin saja aku terus terang
Tentang perasaan ku padamu
Tawa-tawaku
Memulanya dulu
Ruangan empat muka dinding keliling
Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu
Berdering
Mengharap engkau jua sedang begini
Dalam keluh kesah menantikan
Terucap yang ku cinta padamu

Kenangan zaman silam

Sayang
by MENARA

Sayang
Secebis kenangan
Cinta yang mencengkam dada
Sayang ianya berakhir
Dengan titisan air mata

Bara yang menyentuh rasa
Bahangnya masih terasa
Sayang yang kuimpikan
Kini ditelan debu sepi

Betapa hancurnya hatiku ini
Ketika kau melangkah pergi
Terasa aku hanyalah umpama
Segenggam garam di lautan
Yang tiada harga
Yang begitu hina diri

Sayang secebis kenangan
Cinta yang mencengkam dada
Sayang ianya berakhir
Dengan titisan airmata


* Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan*

Thursday, August 23, 2007

Kerjaya Dan Masa Depan

Saya tertarik dengan isu graduan yang memilih kerja setelah membaca blog sultanmuzaffar.

Isu graduan tidak mendapat kerja sebenarnya adalah isu lapuk namun ia sehingga kini masih tidak mempunyai jalan penyelesaian. Antara punca-punca graduan tidak mendapat kerja adalah kelemahan didalam komunikasi seperti tidak mahir dan kurang yakin menggunakan bahasa inggeris, tidak mempunyai pengalaman kerja (apa-apa kerja), sikap syarikat-syarikat swasta yang mementingkan bangsa dan bahasa mandarin, pemilihan kursus yang tidak releven dengan perkerjaan masa kini.

Saya juga adalah bakal graduan yang mungkin akan menghadapi masalah yang sama. Saya mengambil diploma Multimedia majoring Graphic Design. Saya terpaksa bersaing dengan graduan dari kolej kolej ternama yang lain seperti Lim Kok Wing, MMU dan pelbagai kolej lain lagi. Dengan pengalaman yang tidak seberapa, saya terpaksa menjual kemahiran yang saya ada.

Zaman sekarang ini, bidang IT dan komputer sudah agak susah untuk diteroka kerana sudah ramai yang mahir dalam bidang ini. Tidak seperti lima sepuluh tahun lalu, bidang ini mampu memberikan pendapat yang lumayan.

Apa yang boleh saya lakukan nanti mungkin saya akan bekerja diluar bidang yang saya pelajari.

Sepi Menghantui

Sekian lama menanti..Akhirnya aku kembali..

Apa yang aku fikirkan ini..akupun tak tahu..Setiap hari buat benda yang sama..Perkara rutin..yang sangat rutinlah..

Sperti biasa tiada perkara yang istimewa yang berlaku dalam hidupku..huarrr busan busan busan...

Thursday, August 16, 2007

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 50

Esok aku akan mulakan tour keliling malaya hahaha

Tak adalah sebenarnya esok aku akan turun kl. Ada majlis pelancaran apa ntah. Selepas majlis tu aku pergi pahang pula. Ada konsert ngan battle of the band. Selepas habis di pahang, aku kena pergi perak pula. Di perak akupun tak berapa pasti majlis apa kat sana. Lepas perak, aku kena pergi ke PD, N9. Malam Ambang Merdeka. Memang sampai bulan depanlah kerja aku ni.

Akupun dah lama x update blog ni. Maybe aku nak ubahsuai sedikit pada blog ni..Tapi tengoklah dulu jika masa mengizinkan..

Selamat Menyambut Hari Merdeka Yang Ke 50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...