Followers

Saturday, June 30, 2007

Musim Demam Melanda

Tempoh hari aku menasihati kiki agar menjaga kesihatan kerana dia demam dan sekarang aku pula yang terkena.

Urmm pada mulanya aku hanya selsema dan sakit tekak.Aku sudah pergi ke klinik dan doktor hanya menyatakan aku mendapat selsema. Malam ini pula badanku terasa panas pula.

Minggu depan aku akan mulakan praktikal.Harap2lah demamku sembuh dalam sehari dua ini.

Thursday, June 28, 2007

Modem Modem Modem

Aku benci betul dengan modem aku ni. Aku tak tahulah kenapa benda ni selalu ada problem. Bila aku nak masuk internet je mesti ada problem. Selalunya lampu ADSL tu x menyala. Kalau dia tak menyala bermakna aku tak boleh masuk internet.


Satu lagi problem dia ialah tengah sedap-sedap layan internet, tetiba je modem boleh padam. Aku tak tahulah sama ada ini berpunya dari modem ataupun adaptor dia. Aku dah malas nak call TM. Buang masa je. Banyak sangat birokrasi. Masuk line tulah, then tunggu line..tengah tunggu tup tup leh putus lak.

Then dia orang tanya macam-macam yang tak berkaitan dengan masalah aku. Bila aku cakap problem dia berpunca dari modem, boleh lak dorang cakap barang diorang baguslah, computer aku yang bermasalah, line aku pening. Eee geramnya aku..

Wednesday, June 27, 2007

Hari Ini Dan Semalam

Semalam aku turun KL. Hari inipun aku turun KL

Tadi aku turun Kl sebab berjumpa dengan seorang kawan. Dia adalah adik kepada seorang kawan yang tidak sempat aku bertemu kerana Allah lebih menyayanginya. Adik kawan aku ni pun dah lama berhajat nak berjumpa. Dan aku tak mahu mengulangi kesilapan lalu so akupun setuju berjumpa dengannya.


( Gambar Sekadar Hiasan )

Kita orang bertemu di Midvalley. Tak banyak perkara yang kami bualkan. Manis orangnya. Sama seperti kakaknya. Dan hari juga aku mencatat sejarah dengan pulang awal ke rumah. Selalunya aku balik petang kalau turun KL tapi tengahari aku dah balik. Urmm akupun tak tahu kenapa. Maybe sebab dah bosan kot dengan Kl..Mungkinkah.....

Monday, June 25, 2007

Aku Dan Kamu

Aku sihat-sihat saje sekarang ni. Sekarang berada di seremban. Erm maybe aku tak jadi pergi melaka esok sebab kawan abangku datang kemari so baik berjumpa di rumah sahaja.

Aku cuaki gak ni tapi nak buat camne. Dengarnya ramai juga kawan aku yang masih belum mendapat tempat praktikal..Harap2lah aku dapat huhuhu...

Saturday, June 23, 2007

New Templet New Design

Aku baru buat templet baru *bukan buat sendiri*. Aku dapat templet ni masa melawat blog tokrimau tadi. Cantik juga design templet yang disediakan cuma tak banyak pilihan.

Esok aku akan pergi ke seremban untuk mencari tempat praktikal. Bukan tempat yang menjadi kerunsingan aku cuma bimbang aku sendiri yang tidak mampu melaksanakan tugas setelah melapor diri nanti.

Anyway setiap hari yang mendatang akan aku harapkan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, June 21, 2007

Kapak Dan Pedang

Hari ni aku tak berapa sihat sangat. Rasa cam nak demam je. Hari ahad ni aku maybe pergi melaka sebab nak tengok tempat praktikal. Tempatnya berdekatan dengan MITC. Syarikat multimedia. Urmm kena balik melakalah aku. Silap2 jodoh akupun dengan orang melaka juga..

Tapi best juga aku balik melaka. Sekurang-kurangnya aku tak bosan daripada aku duk kat umah ni. Dahlah takde apa kat bandar aku ni. Kalau disana banyak juga benda aku leh buat...

Segalanya masih dalam perancangan. Kalau betul comform di melaka so aku kena cari rumah sewa baru lagi..

Akupun Tak Tahu

TOK RIMAU mempersembahkan KIRI (Sebuah filem pendek).

Friday, June 15, 2007

Kehendak wanita dalam seks

Berikut disenaraikan gugusan kehendak wanita dari segi seks. Sumbernya adalah dari aduan kaum wanita sendiri akibat kecewa dengan sikap lelaki. Ianya bukan bermaksud seorang wanita itu mahukan kesemua yang disenaraikan, ianya bermaksud wanita itu ada berbagai kehendak dari segi ini dan masing-masing punya keperluan yang berbeza:

* Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.

* Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.

* Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.

* Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.

Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.

Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.

* Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.

* Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.

* Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu memahaminya.

* Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.

* Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya

Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.

* Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.

* Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.

* Gemar melakukan diwaktu pagi.

* Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.

* Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.

* Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.

* Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.

* Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.

* Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.

* Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.

* Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.

* Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.

* Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.

* Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.

* Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.

* Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat

Gemar hanya melakukan di atas ranjang.

* Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.

* Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.

* Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.

* Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.

* Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.

* Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.

* Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.

* Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.

* Tidak suka pada lelaki yang memaksa.

* Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.

* Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.

* Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.

* Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.

* Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.

* Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.

* Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti

Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.

* Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

* Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya suram.

* Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.

* Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan

Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.

* Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.

Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.

* Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.

* Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.

* Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.

* Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.

* Perlukan perhatian dan masa.

* Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.

* Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.

* Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.

* Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.

* Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.

* Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.

* Gembira diperlakukan dengan kasar.

* Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.

* Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.

* Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.

* Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.

* Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang
baik.

* Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.

* Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselaiskan dahulu.

* Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.

* Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.

* Mesti mahukan inzal bila melakukannya.

* Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia baring terlentang.

*Gemarkan posisi-posisi baru.

* Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah

* Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.

* Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.

Tuesday, June 12, 2007

Hari Ini Dan Semalam

Entry di atas tidak ada kaitan dengan post aku. Sekarang musim tidak menentu. Keadaan iklim diseluruh dunia jadi pening sekarang disebabkan oleh pemanasan global. Cuaca menjadi semakin panas. Ais di kutub dilaporkan semakin mencair dan ini akan meningkatkan jumlah air di laut dan ia boleh mengancam negara-negara di kepulauan seperti singapura dan tak terkecuali Malaysia.

Malaysia akan tenggelam. Seluruh bandar di malaysia akan hilang. Kita semua akan mati lemas. Tapi sebelum keadaan itu jadi, kita sekarang menghadapi cuaca panas. Suhu di negara ini dianggarkan naik diantara 37 dan 38 darjah Celsius. Aku yang berada di rumah sekarang ni kepanasan. Cuaca yang panas terik ni membuatkan aku merasa rimas.

Sesetengah kawasan dinegara ini pula mengalami hujan lebat. Kuala Lumpur baru ni banjir teruk. Ramai yang mengeluh terowong SMART tidak berfungsi tetapi sebenarnya terowong ni hanya beroperasi sepenuhnya pada awal bulan depan. Tapi pada pendapat aku, terowong ini juga tidak mampu mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur selagi masalah pemparitan dan sikap penduduk itu sendiri yang suka membuang sampah tidak diperbetulkan.

Sunday, June 03, 2007

AK 47 VS Keadilan


Aku suka senjata AK 47. Bagi aku senjata ini cantik berbanding dengan M16. AK 47 ini direka oleh Mikhail Kalashnikov pada tahun 1948. Ia menjadi senjata rasmi Rusia seperti mana M16 menjadi senjata rasmi Amerika.

Ak 47 seolah-olah menjadi senjata yang melambangkan kejahatan kerana ia sering digunakan oleh pihak komunis dan juga pengganas. Manakala keadilan pula menggunakan M16. Perkara ini terjadi kerana kebanyakan filem perang adalah dari Holywood.

Pada aku AK 47 ni tahan lasak. Ia mempunyai pemegang kayu dibahagian hadapan. Ia boleh menembak dalam mode berlainan iaitu semi auto dan juga automatik. Peluru didalam magazin adalah sebanyak 30 butir peluru. Jarak efektifnya adalah 1.500 meter dan ianya tidak melebihi 300 meter.

Tentera Amerika juga mengakui kehebatan senjata ini semasa perang Vietnam. Ini kerana semasa tentera Vietchong berperang didalam hutan, senjata ini tidak mudah jem berbanding M16 yang lebih sensitif kepada persekitaran.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...