MASYARAKAT Islam di negara-negara Barat berdepan dengan cabaran yang cukup hebat implikasi daripada tragedi 11 September 2001. Keruntuhan simbol kemegahan kota New York menandakan zaman kegemilangan Islam semakin terusik dengan rentetan peristiwa yang menggegarkan dunia.
Walaupun kebebasan agama adalah hak individu, namun pelbagai kekangan dikenakan ke atas umat Islam. Barat melemparkan tuduhan tidak berasas apabila membabitkan Islam dengan keganasan. Ia akan terus menerus memenjarakan hak umat Islam selagi tujuan dan matlamat mereka belum tercapai.
Dalam latar itulah Islam berkembang di Jerman. Jerman adalah negara yang mempunyai keluasan 137,847 meter persegi dengan populasi penduduk mencecah 82 juta orang. Dianggarkan terdapat kira-kira 3.2 juta penduduk beragama Islam. Jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan majoriti Roman Katolik (26.5 juta) dan Protestan (26.2 juta) yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan jumlah penduduk Jerman.
Islam bukan agama tradisi di Jerman. Oleh itu, banyak isu yang berkaitan dengan agama Islam sering dipersoalkan termasuklah ajaran agama Islam yang menuntut kaum wanita menutup aurat. Selepas tragedi 11 September, kebanyakan wanita Islam di Barat tertekan kerana tudung kepala atau hijab dianggap sebagai propaganda politik yang radikal. Sedangkan, pemakaian hijab adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Rentetan daripada itu, guru-guru sekolah yang beragama Islam di Jerman dilarang memakai tudung kepala.
Kontroversi ini menyebabkan Mahkamah Perlembagaan Pusat (Federal Constitutional Court)
Jerman memberi kuasa kepada perundangan negeri agar melarang guru-guru beragama Islam memakai tudung di tempat kerja. Sesetengah negeri pula menyatakan hasrat untuk menggubal undang-undang yang menghalang kakitangan awam Muslim daripada memakai tudung kepala sewaktu bertugas.
Pada April 2004 hingga Januari 2005, enam negeri meluluskan penggubalan undang-undang tersebut manakala empat negeri mempertimbangkan draf undang-undang dan lima negeri tidak mengambil sebarang tindakan.
Umumnya, undang-undang yang digubal berkaitan dengan pemakaian sebarang simbol yang menandakan penolakan kepada nilai-nilai perlembagaan atau simbol penindasan. Sekurang-kurangnya di Baden Wuerttemberg, penggubalan undang-undang tersebut masih di bawah kajian badan kehakiman.
Selain membabitkan kontroversi larangan bertudung, satu perkara yang menimbulkan polemik di Jerman ialah keperluan pengajaran agama Islam kepada para pelajar. Pada 2004, ia telah menjadi isu di peringkat nasional. Kebanyakan sekolah di Jerman hanya menyediakan kelas untuk pengajian Protestan dan Roman Katolik yang turut mendapat kerjasama daripada pihak gereja.
Ahli akademik di Universiti Osnabruck, Prof. Peter Graf dalam kajiannya mendapati penduduk muslim yang membentuk komuniti kedua terbesar di Jerman sepatutnya mengikuti kelas pendidikan agama sepertimana pelajar daripada penduduk majoriti.
Perintis
Pada 2001, pengajian Islam mula diperkenalkan di Jerman. Pada 2003 hingga 2004, program perintis pengajaran agama di Jerman bermula di sebuah sekolah awam dan turut mendapat kerjasama daripada masyarakat Islam tempatan.
Baden-Wuerttemberg pula akan menawarkan kursus agama Islam di sekolah-sekolah yang terpilih bermula pada tahun ini hingga 2007. Pertubuhan Islam tempatan akan bertanggungjawab terhadap pengajian di kelas yang menggunakan kurikulum yang dibangunkan oleh kerajaan negeri.
Pada Jun 2005, pihak media melaporkan bahawa kerajaan pusat dalam perancangan untuk menubuhkan program latihan kepada para guru Islam di Universiti Free.
Lower Saxony telah memulakan program perintis pengajaran agama pada 2003 di lapan buah sekolah di Jerman. Program tersebut dibangunkan dengan kerjasama pertubuhan komuniti Islam tempatan. Buat sementara waktu, program tersebut akan dikembangkan kepada beberapa sekolah menjelang 2005.
Di utara Rhine-Westphalia, pengajaran agama Islam bermula pada 1999. Pada 2004 Islam telah diajar kepada 6,000 pelajar di 110 sekolah melalui pembangunan kurikulum di Jerman. Pelbagai usaha dilakukan untuk membangunkan kursus berkenaan dengan adanya kerjasama daripada beberapa pertubuhan Islam.
Peningkatan masyarakat Islam di Jerman turut mencetuskan konflik sosial dari segi agama, etnik dan budaya perkauman. Kebiasaannya ia melibatkan tentangan penduduk tempatan terhadap pembinaan masjid atau penggunaan alat pembesar suara untuk melaungkan azan.
Ekoran penentangan tersebut, umat Islam membantah dengan menyatakan sesetengah peraturan tersebut adalah berat sebelah. Misalnya, tentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Munich telah menyebabkan pembinaan masjid baru tertangguh. Perbuatan membakar masjid yang berlaku pada Disember 2004 di bandar Hessian membabitkan kerosakan kira-kira 10,000 euro. Kerajaan percaya bahawa serangan tersebut dilakukan secara berseorangan tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat.
Pihak polis juga melakukan serbuan di beberapa masjid dan pertubuhan Islam lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyiasatan berhubung isu keganasan. Serbuan yang dilakukan pada Julai 2004 di sebuah masjid di Frankfurt telah mencetuskan tuduhan mengenai diskriminasi daripada kalangan ahli masjid.
Ada juga beberapa isu yang menimbulkan konflik dalam ajaran agama Islam, terutama yang berhubung dengan laungan azan, penyembelihan dan pengasingan antara pelajar lelaki dan perempuan semasa kelas sukan di sekolah.
Kebimbangan terhadap fundamentalis agama semakin meningkat terutama selepas tragedi serangan di World Trade Center, New York terutama di kalangan generasi Islam di Jerman. Begitu juga dengan konfrontasi antara undang-undang Islam dan norma-norma yang ditetapkan oleh kerajaan Jerman.
Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Arkib Institut Islam Deutschland (Central Institute Islam Archiv-Deutschland) yang terletak di Soest menunjukkan terdapat 53 juta penduduk Islam di seluruh Eropah.
Rusia mempunyai penduduk beragama Islam yang paling ramai dengan 25 juta. Sementara itu, 14 juta penduduk beragama Islam yang berada di Kesatuan Eropah (EU) pula tinggal di Perancis (5.5 juta), Jerman (3.2 juta), Britain (1.5 juta) dan Itali (1 juta). Bilangan muslim di Austria ialah 350,000 orang dan Switzerland (330,000).
Di Jerman, seramai 950,276 penduduk beragama Islam adalah pemegang taraf warganegara Jerman manakala 14,352 dilahirkan di Jerman.
Seramai 850,000 (21.8 peratus) kanak-kanak Jerman menghadiri kelas mengaji al-Quran yang dianjurkan oleh pihak persatuan dan jawatankuasa masjid.
Menurut Pusat Arkib Institut Islam Deutschland, jumlah jemaah yang mengunjungi masjid semakin bertambah sejak pertengahan 2004. Statistik menunjukkan 200,000 umat Islam (peningkatan 11.1 peratus) menghadiri solat berjemaah dan 493,000 (peningkatan 11.5 peratus) pula menghadiri solat Jumaat.
Malah, golongan remaja yang melibatkan diri dengan aktiviti masjid turut menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus. Laporan yang dikeluarkan oleh pihak institut menggambarkan semakin ramai yang menerima agama Islam di Jerman.
Berdasarkan kepada sejarah, denyut Islam di Jerman dipercayai bermula pada akhir abad ke-17 yang melibatkan kemasukan tawanan perang Turki secara beramai-ramai. Terdapat bukti batu nisan di tanah perkuburan Islam yang terletak di Hannover dengan catatan tahun 1689 dan 1691 selain beberapa batu nisan lain di Berlin.
Kehidupan umat Islam terbentuk sekitar awal abad ke-20 dengan masjid pertama dibangunkan di sekitar Berlin pada 1915 khusus untuk tawanan perang yang beragama Islam. Masjid tersebut telah digunakan hingga bangunan kayunya dirobohkan pada 1924.
Seorang profesor dan pengkaji sejarah Islam di Universiti Humboldt Berlin, Prof. Peter Steiner menyatakan pada 1920-an Berlin adalah pusat kehidupan kepada masyarakat Islam di Jerman. Ketika itu, terdapat banyak aktivis gerakan nasional Arab, para nasionalis India dan warga Iran yang berada dalam buangan di Berlin. Mereka sentiasa berusaha untuk memperjuangkan kepentingan politik dan mengatur pelbagai kegiatan keagamaan.
Semasa pemerintahan rejim Hitler pada tahun 1930-an dan 1940-an, umat Islam berhadapan dengan kehidupan yang serba sulit dan mencabar. Hitler memberikan suaka politik kepada Mufti Baitulmuqadis, Armin El-Husseini yang sangat membenci kaum Yahudi. Ketika itu dianggarkan jumlah umat Islam hanya 3,000 orang.
Penghijrahan beramai-ramai pekerja pada tahun 1960 dan peningkatan orang buangan politik sejak 1970 telah menyebabkan agama Islam semakin berkembang di Jerman. Kebanyakannya adalah warga Turki, penduduk yang berasal dari negara-negara Arab, bekas Yugoslavia, Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Mereka tinggal di Berlin dan bandar besar sekitar Jerman Barat.
Masyarakat Islam di Jerman kebanyakannya daripada puak Sunni. Selain itu ada juga daripada kalangan Syiah yang berasal dari Lebanon manakala warga Turki adalah Alexis dan warga Pakistan yang mengikuti fahaman Ahmadiyya.
Antara intelektual Islam di Jerman ialah Friedrich Rucket iaitu orang pertama yang menterjemahkan al-Quran ke bahasa Jerman, Annemarie Schimmel (sarjana sufi), Johann Wolfgang von Goethe (penyair) dan Hans Kung (penentang ahli teologi Katolik di Universiti Tubingen yang berbangsa Switzerland).
Followers
Saturday, March 04, 2006
Friday, March 03, 2006
Templat Baru
Aku baru tukar templat baru tapi x pasti sesuai atau tidak.
Memang pada mulanya agak sukar nak faham camne nak guna templat nie tapi at last baru aku tau rupanya kena klik satu satu perkataan "YOU ARE MY ANGEL" kat atas tuh.
Setiap satu perkataan tuh mewakili bahagian yang ada dalam blog nie.
So kalau ada sebarang komen atau cadangan please berikan...

Aku Tertekan !!!!!
Aku baru sampai rumah petang tadi. Penatnya takleh cakap. Pagi tadi aku ada test ujian SADM or kitaorang panggil saddam hehehe.Sebenarnya aku langsung tak prepair apa-apa tentang subjek nie. Malam tadi aku sibuk dengan kerja PBSB. Dahlah masa test tadi aku xleh jawap pastu dalam kelas Asas Grafik aku kena marah lak.
Aku taktauler apesal dia tak puas hati ngan aku. Setiap kali aku sent keje jer mesti nak carik salah aku. Tadi dia suruh aku betulkan keje aku. Ok aku wat balik tapi x tauler apesal demand dia tinggi sangat.
Banyak kali aku betulkan lukisan tuh tapi dia mesti tak puas hati. Geram betul aku. Aku bengang giler sampai satu tahap aku wat bodo jer kat arahan dia. Last-last dia sendiri yang lukiskan.
Padan muka. Hangin betul aku. Dahlah aku nak cepat sebab nak kejar bas nak balik umah, dia pulak wat hal. EEEEEEE!!!
Malam nie takde cerita yang best kat TV. Bosan giler. Dahlah cuti nie aku kena siapkan pelan rumah. EEE idea bodoh sapelah yang paksa bebudak diploma Multimedia kena ambik kelas Pelukis Pelan Dan Seni Bina. Menyusahkan betuller.
Dah ler keje ngan En. Azmal banyak giler.Tambahlak lagi ngan keje PBSB. Mau giler aku.

Thursday, March 02, 2006
Hilang pedoman
SEORANG remaja disuakan oleh seorang rakannya dengan sebatang rokok. Ia mengambilnya dan terus mencuba menghisapnya. Kali pertama terasa pening kerana asapnya. Kali kedua mula rasa seronok dan bergaya. Akhirnya merokok jadi biasa dan timbul rasa ketagih.
Pada masa lain dia ditawarkan ganja. Mulanya dia menolak dan akhirnya ingin mencuba. Cubaan pertama terasa meloyakan tetapi semacam ada keseronokan. Dicuba lagi dan terasa khayalan yang amat mengasyikkan.
Lalu ganja menjadi bahan ketagihan di samping rokok. Lama-kelamaan ganja menjadi terlalu biasa dan dia perlukan yang lain pula. Dia diperkenalkan dengan syabu, morfin dan heroin. Giannya lebih kuat. Khayalnya lebih tinggi dan lebih lama.
I
a diperkenalkan dengan pasangan yang bukan sejenis. Terasa seronok ke disko-disko dalam percampuran bebas tanpa batas. Akhirnya terjebak dengan seks bebas dan seks rambang. Ketagihan menjadi amat tinggi. Ia tidak boleh melepasi diri daripada belenggu khayal dan ketagihan yang amat mencengkam. Lalu bertukar-tukar pasangan memburu kepuasan nafsu-nafsi. Ia tersentak sejenak bila didapati menjadi pembawa virus AIDS yang amat berbahaya.
Menghisap rokok pada mulanya hanya sekadar ingin mencuba. Lantaran pengaruh kawan, ia tidak berfikir panjang. Setelah dicuba terasa seronok. Menjadi orang yang bergaya dan berasa seolah-olah berada pada alam dewasa.
Lama-kelamaan mencuba jadi ketagih. Ketagihan semakin meningkat akhirnya dia mencuba bermacam perkara dan terjebak dengan penyakit yang amat menakutkan.
Selalunya remaja tidak rasa menyesal. Kalau menyesal pun nasi sudah menjadi bubur. Jalan kembali amat payah sekali. Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Ribuan remaja jenis ini sedang berada di lokap-lokap tahanan kerana pelbagai kes, di pusat-pusat serenti untuk dipulihkan atau di hospital-hospital untuk rawatan AIDS/HIV.
Gambaran di atas adalah situasi remaja yang hilang pedoman. Mungkin kerana tekanan, pengaruh rakan sebaya, ingin menampilkan identiti diri, ingin menjadi dewasa menyebabkan remaja terjebak daripada ketagihan yang kecil kepada ketagihan yang amat dahsyat.
Remaja pada tahap ini tidak lagi ada rasa malu. Hilang hormat kepada orang dan harta milik orang. Cenderung mencuri, mengambil harta orang malah membunuh kerana ketagihan mengatasi segala-galanya.
Remaja perlu ada pedoman dalam hidup. Remaja tidak lahir tiba-tiba menjadi matang dan dewasa. Tidak semua kawan yang dicampuri mempunyai perangai yang baik. Tidak semua corak pergaulan berakhir dengan kebaikan.
Remaja memiliki naluri dan nafsu yang tinggi. Memang sifat remaja ingin mencuba dan meniru. Kadang-kadang terdapat jiwa berontak pada diri remaja untuk melakukan apa saja. Lebih kerap dikatakan ‘jangan’, lebih kuat dorongan mereka untuk mencuba. Akhirnya cuba-cuba menjadi seronok.
Seronok yang sementara diulang-ulang dan akhirnya menjadi ketagihan. Ketagihan yang seronoknya sekejap membunuh seluruh diri remaja. Dan akhirnya remaja menjadi bangkai bernyawa dan menjadi beban kepada orang lain pula.
Remaja yang digambarkan di atas selalunya adalah remaja yang cicir dalam keluarga, cicir di sekolah dan cicir dalam masyarakat. Akibat tiadanya pedoman, ia mencari jawapan tentang hidup secara sendiri-sendiri.
Orang-orang yang berpengalaman tidak mempunyai masa yang banyak untuk berkomunikasi dengannya. Ibu dan ayah sibuk di luar rumah. Anak-anak kurang berasa belaian, kasih sayang dan diberikan perhatian. Kadang-kadang perhatian hanya diberi terhadap makan pakai tetapi tandus dengan kata-kata yang merangsang dan bisikan yang mendorong.
Di rumah tidak terdapat sumber contoh. Lalu rumah kata pergi, rakan sebaya kata mari. Akhirnya berlakulah episod hidup yang amat menyayat hati.
Kebesaran Allah
Anak-anak amat perlu diberi makna tentang hidup. Keyakinan ketuhanan adalah asas yang sangat penting. Yakin tentang kebesaran Allah menerusi tanda-tanda-Nya meyakinkan mereka tentang suatu kuasa.
Mendidik kesedaran agama tidak sekadar melalui syarahan dan ceramah. Ajak anak-anak berbincang tentang sesuatu. Berikan contoh-contoh yang dekat dan hampir supaya ada kesedaran tentang rasa syukur, rasa malu, rasa taat, rasa hormat dan rasa patuh akan sesuatu.
Ibu bapa adalah contoh terbaik. Kalau tidak ia menjadi ‘bapa borek, anak rintik’ atau
‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.
Rasulullah s.a.w. memberikan kita peringatan tentang anak-anak yang asalnya dilahirkan fitrah ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bakal mencorakkan warna kecenderungan, pemikiran dan gelagat anak-anak.
Pada hari ini ramai di kalangan anak-anak yang tidak menerima olahan dan pedoman yang sewajarnya. Anak-anak menjadi terbiar dan masanya terisi dengan agenda hidup yang sia-sia, melalaikan dan akhirnya anak-anak merasakan hidup adalah satu kekosongan.
Lalu hayunan kakinya menyebabkan ia melangkah ke tempat yang salah. Naluri ingin tahu menjadi bercelaru. Nafsu ingin mencuba meninggalkan malapetaka. Dan tekanan yang menghimpit diri akibat rasa tidak puas menyebabkan remaja menjadi tewas.
Di samping rasa ketuhanan yang tinggi remaja perlu dibimbing ke arah memiliki rasa malu dan taat. Malu dan taat menyebabkan remaja tahu batasan dan adab. Orang-orang tua dan dewasa harus lebih dulu memiliki watak malu dan taat.
Malu dan taat adalah asas pembentukan watak anak-anak menjadi baik. Malu dan taat kepada Allah menyebabkan ibu bapa melakukan solat dan amal-amal ibadah yang lain. Ibu bapa yang mentaati Allah dengan jiwa yang tulus akan dihormati oleh anaknya. Bapa yang malu kepada Allah tidak akan berkasar dan mendera isterinya.
Apabila isteri hidup dengan kasih sayang suami, kasih sayang itu ditumpahkan pula kepada anak-anak. Apabila anak-anak yang disayangi sentiasa dibelai dengan kalimah yang merangsang kebaikan dan bisikan yang sentiasa memberikan pedoman, anak-anak tentunya berada dalam rahmat Allah.
Perkara utama yang amat mempengaruhi remaja atau anak-anak ialah faktor contoh yang berada di sekitar mereka. Anak-anak mempunyai naluri memerhati, mencontohi dan meneladani. Ibu bapa harus menjadi guru atau pendidik yang faham akan pertumbuhan akal, emosi, psikik atau jiwa anak-anak di samping faham akan minat, bakat dan kecenderungan mereka.
Memahami semua itu memudahkan ibu bapa mengambil pendekatan yang terbaik dan bijaksana, dengan memahami bagaimana pertumbuhan dan perkembangan diri anak-anak menjadi terisi dengan pedoman dan didikan yang berguna supaya anak-anak mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai salah-benar, halal haram, boleh dan tidak boleh serta dosa pahala.
Allah memberikan manusia al-Quran sebagai pedoman. Tanpa al-Quran manusia tidak akan tahu siapa Tuhannya yang sebenar dan mengapa sesuatu itu diciptakan. Al-Quran tidak diturunkan kepada gunung-ganang, bukit-bukau atau batu-batan.
Perkhabaran dari langit ini diturunkan kepada manusia iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Daripadanya Nabi dapat petunjuk dan pedoman. Ia memandu Nabi memahami maksud alam nyata dan alam ghaib yang kemudian membentuk watak Nabi yang bersifat contoh atau qudwah kepada seluruh umat manusia.
Dengan al-Quran sebagai petunjuk dan Nabi sebagai contoh manusia mempunyai sumber yang terbaik bagaimana hidup harus berlalu dan bagaimana contoh meninggalkan pedoman.
Tanpa pedoman remaja akan kehilangan pesan dan arah. Tanpa pedoman remaja akan kehilangan jalan dan hala tuju. Tanpa pedoman remaja tidak akan belajar daripada peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kerana yang lalu itu sering berulang kembali.
Pedoman yang baik dan berguna terutama daripada pengajaran agama dan kerohanian boleh menyebabkan remaja tahu batasan salah benar, kenal pasti potensi diri untuk maju dan berjaya dan tahu akan jalan kembali bila tersasar dan hilang pedoman.
- PROF. DR. SIDEK BABA IALAH PENSYARAH Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

`Mencipta' semula masyarakat berintegriti
ADA sedikit perasaan khuatir apabila melihat gelagat anak muda zaman sekarang. Namun ada kalanya kita sendiri tidak pasti sama ada standard yang diletakkan itu terlalu tinggi atau sememangnya belia hari ini tidak begitu mengambil peduli tentang apa yang berlaku di sekitar mereka.
Kalau dilihat dari segi keputusan peperiksaan, hampir setiap tahun ia semakin baik. Jika di zaman penulis bersekolah dahulu yang mendapat 5A di peringkat ujian penilaian mungkin hanya 3 atau 4 orang di dalam kelas, itu pun hanya dalam kelas terbaik di seluruh sekolah.
Tetapi hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) melaporkan hampir seluruh kelas sesebuah sekolah mendapat 5A. Begitu juga dalam peperiksaan lain.
Bertuah
Kalau ini dijadikan kayu ukur, maka kita amat bertuah kerana negara telah berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai dan diharapkan kecemerlangan akademik ini berterusan di peringkat universiti dan alam pekerjaan.
Tapi persoalannya adakah indikator ini memberi gambaran sebenar tahap kecerdikan remaja di negara kita atau ia hanya gambaran yang lahir disebabkan pembangunan dan pengaruh persekitaran?
Apabila diteliti dengan lebih mendalam kita akan melihat bahan-bahan teknologi serba canggih yang ada secara tidak langsung menjadi bahan sokongan pembelajaran multimedia yang wujud di negara kita hari ini.
Justeru, menjadi kebiasaan kepada remaja-remaja di kota terdedah kepada kafe siber, Astro, MTV, HBO yang akan menjadi lebih terkini kalau dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Selebihnya, barangkali anggapan ini kurang tepat kerana rata-rata di kawasan luar bandar pun pengaruh dari Barat menular dengan hebatnya.
Lagu-lagu Britney Spears kedengaran di kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kampung terpencil.
Persoalannya pula, apakah sebenarnya ilmu yang dipelajari atau ilmu yang digemari oleh belia kita pada masa ini?
Kalau berdasarkan keputusan ujian-ujian Kementerian Pelajaran, kita mendapati ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Kita turut berbangga dengan tahap pencapaian yang semakin baik setiap tahun.
Cuma kita kurang pasti kecemerlangan ini adalah disebabkan sistem pendidikan yang lebih baik atau soalan-soalan peperiksaan yang semakin mudah.
Namun agak benar juga dikatakan bahawa ada yang tidak kena dalam sistem pendidikan masyarakat kita hari ini.
Peratusan yang cemerlang dalam akademik sepatutnya juga memberi gambaran `kecemerlangan' dalam segala aspek kehidupan.
Mata pelajaran sivik atau moral mendidik pelajar dengan nilai-nilai murni. Subjek agama sudah pasti menentukan antara yang baik dan sebaliknya.
Guru-guru di sekolah sudah pasti mendidik dan membimbing pelajar untuk berjaya dalam kehidupan.
Ibu bapa di rumah juga sentiasa memperingati anak-anak supaya berkelakuan baik dan mematuhi guru-guru serta berlajar bersungguh-sungguh.
Soal nasib dan ketentuan Tuhan adalah satu lagi elemen yang perlu dilihat dalam menilai sejauh mana kejayaan seseorang itu bergantung kepada banyak mana ijazah yang diperolehnya.
Hari ini kita didedahkan lebih ramai penjenayah kolar putih yang ditahan dalam penjara.
Mengambil kira semua itu, ditambah pula dengan pengalaman peribadi ketika berinteraksi dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), suhu kekhuatiran penulis makin meningkat.
Pada masa ini ramai yang tahu bahawa George W. Bush adalah Presiden Amerika Syarikat (AS), tetapi ramai juga yang masih menjawab Bill Clinton.
Ketika ramai yang mengenali Presiden AS, tidak ramai yang tahu siapa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Kebimbangan
Ini mungkin kekhuatiran sampingan penulis kerana kebimbangan ketara pada masa ini adalah apabila ditanya kepada pelajar IPT berkenaan sama ada mereka akan terlibat dengan rasuah, hampir 30 peratus menganggap bahawa memberi rasuah sudah menjadi sebahagian daripada norma kehidupan dalam negara kita.
Ramai yang beranggapan bahawa kalau mereka tidak ikut serta dengan aliran yang sedia ada, mereka akan ketinggalan dalam perniagaan.
Role model yang mereka lihat rata-rata adalah orang yang berbangga sambil menceritakan bagaimana mereka ini berjaya dengan `membeli' orang.
Dengan bangganya mereka ini menceritakan bagaimana `seseorang' itu dibayar untuk meluluskan sesuatu projek.
Soalnya sekarang, bagaimana kita hendak `mencipta' semula masyarakat kita supaya menjadi masyarakat berintegriti?
Adakah sistem pelajaran kita hanya baik untuk memperkenalkan huruf dan nombor tetapi gagal untuk mendidik manusia dengan nilai-nilai baik sejagat?
Atau mungkinkah kempen-kempen untuk mengajar dan mendidik nilai-nilai murni ini perlu mempelajari cara mana MTV berjaya mempengaruhi minda orang muda.
Sepuluh tahun lalu penulis pernah menulis dalam akhbar ini dan menyamakan MTV sebagai ``Empty-TV'' atau TV kosong yang tidak memberi faedah kepada masyarakat.
Hari ini mungkin penulis perlu berfikir semula, kerana kalau sekolah dan universiti gagal untuk melahirkan manusia yang takut kepada Tuhan, manusia yang tahu malu bila melakukan keburukan, dan manusia yang tahu menghormati manusia lain, maka kita mungkin harus meniru gaya Britney Spears untuk dapat berkomunikasi dengan remaja di negara kita secara lebih efektif.
Mungkin kita perlu `klonkan' Mawi dan hantar `klon' itu ke sekolah-sekolah untuk membudayakan integriti di kalangan para pelajar.
Di satu sisi, pandangan ini mungkin disifatkan sebagai cakap-cakap seorang yang merasa `letih' bila membaca laporan di dada akhbar tentang kes rasuah, samun, rogol, dera yang berleluasa.
Barangkali tidak lengkap rasanya akhbar harian kalau sehari tidak ada laporan tentang itu semua. Mungkin sebab itu juga tokoh wartawan, Tan Sri A. Samad Ismail merasa bosan membaca akhbar pada hari ini.
Negara Malaysia cukup bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin yang benar-benar prihatin untuk membudayakan integriti dalam masyarakat. Soalnya, adakah rakyat telah bersedia untuk menyahut seruan pemimpin kita ini dan bersama-sama memikul tanggungjawab sosial untuk mencipta semula masyarakat kita mengikut Pelan Integriti Nasional agar Malaysia melangkah ke hadapan demi mencapai cita-cita murni menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri.
Ini termasuk bebas daripada rasuah dan segala salah laku integriti.

Wednesday, March 01, 2006
Aku mahu pulang
Yep yep jumaat nie aku mahu pulang. Pulang kemana tentulah ke rumah. Takkan pulang ke reban lak. Pulang ke Rahmahtullah ish ish ish tak baik ler.
Aku sebenarnya cuti mid Sem. Cutipun tak lama hanya seminggu. Tapi keje banyak bangat. Paling aku benci aku kena siapkan pelan rumah yang baru dapat semalam. Mengarut jer aku rasa
Keje Azmal aku dah bereskan. Just esok aku sent kat dia. Tak tauler dia trime or reject. Kalau dia reject mau aku mengelepar dalam kelas.
Sekarang nie memang aku agak sebok ngan keje yang berlambak. But masalah aku yang paling parah skang nie ialah duit. Aku selalu x cukup duit. Tak tauler apesal. Memang harga barang memang mahal sangat kot. Dan semalam harga minyak naik lagi 30 sen ish ish ish.
Apa aku melalut nie. Sampai minyak lak dah.
Nantilah aku update lagi. Lagipun line x clear sebab aku wat dalam kelas hehehehe

Dasar kapitalisme memakan diri
Kejayaan Dubai Ports World membeli Peninsular and Oriental Steam Navigation Co. (P&O) yang berpangkalan di London dengan harga AS$6.8 bilion (RM25.5 bilion) telah membolehkan firma milik kerajaan Dubai itu menguasai operasi di pelabuhan-pelabuhan penting Amerika Syarikat (AS) seperti di New York, New Jersey, Baltimore, New Orleans, Miami dan Philadelphia.
Keadaan ini telah menimbulkan kontroversi dalaman di mana Kongres AS membantah keras penguasaan syarikat Dubai itu atas alasan keselamatan negara. Presiden George W. Bush sebaliknya mengancam akan menghalang sebarang usaha Kongres membatalkan pengambilalihan tersebut dengan kuasa vetonya.
Apa yang menarik di sini ialah bagaimana sebuah negara kapitalis yang sering melaung-laungkan agenda globalisasi dan liberalisasi pasaran, telah mula merasai kesan negatif globalisasi. Isu seperti inilah yang sering menjadi kekhuatiran negara-negara membangun dan miskin di mana, isu penguasaan syarikat-syarikat besar ke atas kepentingan ekonomi mereka lebih berorientasikan keuntungan berbanding perihal keutamaan kebajikan rakyat dan negara.
Jelas sekarang bahawa agenda kapitalis tajaan AS sudah mula memakan diri. Ironinya, apabila perkara yang telah lama menjadi kebimbangan negara-negara membangun ini terjadi ke atas mereka, mereka sendiri cemas dan membantah pengambilalihan oleh Dubai Ports World.
Sebaliknya, apabila ada negara-negara lain yang mempertahankan kepentingan hak milik ekuiti negara masing-masing, pelbagai tekanan untuk membuka pasaran akan dikenakan oleh AS dan sekutu-sekutunya.
Pada masa kini, jangkauan globalisasi AS banyak dicapai dengan kejayaan syarikat-syarikat multinasionalnya. Hal ini sudah menjadi pengetahuan umum. Syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai skala ekonomi besar ini telah banyak memusnahkan syarikat-syarikat kecil dari negara-negara membangun. Usaha perlindungan (protectionism) yang diambil oleh negara-negara membangun bagi mempertahankan industri yang sedang dijana lebih dilihat sebagai antiliberalisasi.
Tindak-tanduk perlindungan AS ke atas kepentingannya ini bukanlah perkara baru. Negara yang kononnya memperjuangkan dasar pasaran bebas ini turut terkenal dengan dasar perlindungan terutama bagi menjaga kepentingan industri-industri tertentu.
Kesimpulannya, dalam menghadapi arus globalisasi, setiap negara seharusnya diberikan kebebasan untuk menyesuaikan diri berdasarkan keupayaannya untuk membuka pasaran. Langkah `paksaan' yang diamalkan oleh segelintir negara-negara maju dalam isu globalisasi lebih bersifat mementingkan diri sendiri. Dalam konteks AS kali ini, apabila diri sendiri sudah terhantuk, biarlah mereka sendiri merasakan sakitnya.

Rahsia lawatan Presiden Iran
TIDAK banyak yang boleh dicungkil mengenai butir-butir terperinci berhubung lawatan pertama Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad ke Malaysia, yang bermula hari ini.
Hanya dua hari sebelum lawatan beliau, Wisma Putra ada mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai lawatan Mahmoud itu.
Usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lawatan Mahmoud yang julung kali ke Malaysia itu pula tidak berjaya apabila para pegawai di Kedutaan Iran di sini enggan mengulas mengenainya.
Pegawai-pegawai di kedutaan berkenaan ketika dihubungi hanya berkata: ``Butir-butir lawatan Presiden adalah rahsia.''
Semasa lawatannya selama tiga hari ke sini, pemimpin yang dipangkah majoriti penduduk Iran dalam pilihan raya negara berkenaan pada tahun lalu dan mengalahkan bekas Presiden, Akbar Hashemi Rafsanjani itu akan membincangkan pelbagai isu selain bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin Malaysia.
Mahmoud dijangka tiba di ibu negara pada pukul 6.30 petang ini dengan disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau diiringi oleh dua menteri, dua pegawai kanan kerajaan bertaraf menteri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta wakil media.
Wisma Putra dalam kenyataannya kelmarin menyebut, lawatan berkenaan menjadi peluang terbaik bagi Iran dan Malaysia membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama.
Lebih daripada itu, lawatan berkenaan sebenarnya juga akan membincangkan mengenai isu nuklear Iran.
Soal nuklear Iran menjadikan negara itu ditekan dengan kuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat lain lebih-lebih lagi selepas Teheran bertegas untuk meneruskan program memperkayakan uranium baru-baru ini.
``Pemimpin Iran itu akan memberi taklimat mengenai program nuklearnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatan nanti,'' kata kenyataan Wisma Putra itu.
Inilah sebenarnya yang menjadi `tarikan' banyak pihak tetapi begitu dirahsiakan sempena lawatan Mahmoud ke Malaysia.
Menjadikan lawatan berkenaan lebih menarik, Mahmoud mengadakan lawatan `tepat' dan `kena' pada waktu serta tempatnya pada masa ini Malaysia menjadi Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Iran menjadi anggota kedua-dua pertubuhan berkenaan.
Isu-isu dua hala dan hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Teheran tidak pernah dilanda masalah. Begitu juga dalam soal ekonomi dua hala. Ia hanya perlu diperkukuhkan sahaja.
Justeru, pada pandangan beberapa pihak, kesan perbincangan mengenai isu nuklear lebih menarik untuk diikuti.
Kenyataan oleh Wisma Putra menambah, selain membincangkan mengenai isu kepentingan bersama serta taklimat isu nuklear, Mahmoud juga akan memberi ceramah awam mengenai isu-isu antarabangsa dan peranan dunia Islam anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar.
Begitu juga dengan majlis rasmi lain, pemimpin Iran yang kontroversi itu dijadual menghadiri jamuan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia.
Pada masa ini, isu nuklear Iran menyebabkan Barat tidak sudah-sudah mahu memberi tekanan kepada Teheran.
Justeru ia menjadi satu perkembangan dunia paling mendesak untuk diselesaikan selain konflik di Asia Barat.
Hal itu dikatakan mengundang lebih tekanan buat Iran apabila Barat mahu membawa isu berkenaan ke perbincangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jika itu berlaku, ia boleh membawa kepada sekatan ekonomi di Iran, sebuah negara Islam yang boleh dianggap miskin selain bergelut dengan masalah ekonomi.
Sejak menjadi Presiden akhir tahun lalu, Mahmoud tidak pernah kering daripada membuat kenyataan kontroversi.
Nuklear
Mengenai isu nuklear Iran sendiri, beliau berulang kali bertegas bahawa Teheran dan rakyatnya tidak gentar menghadapi ugutan dari Barat dan `musuh-musuhnya' tetapi menggelarkan AS sebagai `syaitan besar'.
Barat sebelum ini berkata, tindakan ketenteraan boleh dikenakan untuk mengajar `kedegilan' Teheran dalam menggantung program nuklearnya.
Malahan AS melalui Presiden George W. Bush pernah menggelar Iran sebagai negara paksi kejahatan bersama-sama Iraq dan Korea Utara.
Sebagai hukumannya, Iraq telah diserang manakala Korea Utara berdepan dengan padah sekatan ekonomi sehingga menyukarkan kehidupan rakyat di negara komunis itu.
Rundingan yang turut disertai AS bersama lima negara lain berhubung program nuklear Korea Utara sehingga kini masih diteruskan.
Seperti Korea Utara, Iran dipencilkan kerana dikatakan cuba membangunkan senjata nuklear sekalipun telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Teheran.
Iran menyatakan program nuklearnya adalah untuk tujuan awam bukan berniat mencetuskan kemusnahan kepada dunia.
Dalam pada itu, Rusia dan China dikatakan tidak akan menyebelahi AS atau Britain jika negara kuasa besar itu mengundi di Majlis Keselamatan supaya sekatan dikenakan akibat program nuklear di Iran.
Walaupun dalam hal ini, Iran mendapat sokongan beberapa buah negara, itu barangkali tidak memadai.
``Justeru, lawatan kali ini memungkinkan ada peluang bagi Iran mengumpul sokongan, apalagi atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi OIC dan NAM.
``Iran sudah pasti menggunakan peluang keemasan ini meminta sokongan Malaysia dan meyakinkan Kuala Lumpur berhubung program nuklear mereka,'' kata seorang penganalisis politik Asia Barat yang enggan dikenali kepada Utusan Malaysia.
Jika Iran berjaya meyakinkan OIC dan NAM berhubung program nuklearnya pada lawatannya kali ini, sudah pasti ia akan menimbulkan sedikit kontroversi - ketika mana Barat beria-ia memberi tekanan berhubung soal sama.
Barangkali itu sebabnya, butir-butir lawatan Presiden Iran berkenaan dirahsiakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)