SEDIH sebenarnya setiap kali melihat Jalur Gemilang dikibarkan dalam keadaan lusuh warnanya, malah di sesetengah tempat ia koyak rabak.
Sudahlah cara ia dikibarkan tidak betul, lebih menyakitkan mata premis Jalur Gemilang itu dikibarkan sangat cantik dan bersih, dipendekkan kata, keadaan begitu berlawanan.
Ada pula di kalangan kita yang mengibarkan bendera pada Bulan Kemerdekaan, kemudian dibiarkannya dimakan hujan dan panas sehinggalah sambutan merdeka tahun hadapan.
Walaupun ada pejabat dan premis menetapkan individu tertentu menaik dan menurunkan bendera, tetapi bilangannya amat kecil sekali.
Sekadar pertanyaan di manakah semangat kita terhadap bendera negara kita sendiri?
Bendera Malaysia diisytiharkan sebagai Jalur Gemilang pada 30 Ogos 1997, pukul 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sejarah Jalur Gemilang bermula apabila akhbar The Malay Mail mengelolakan pendapat umum terhadap tiga reka bentuk yang terpilih di peringkat akhir pertandingan mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949.
Pada 28 November 1949, majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga ciptaan seorang pekerja Jabatan Kerja Raya Johor yang bernama Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.
Pada 19 Mei 1950, kerajaan British telah meluluskan reka bentuk bendera tersebut, sama seperti Jalur Gemilang sekarang.
Cuma bezanya pada masa itu ia mempunyai 11 jalur merah putih.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan secara rasminya pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh semua raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British.
Itulah sejarah bermulanya Jalur Gemilang yang kita kibarkan pada hari ini.
Bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.
Pujangga pernah berkata, “bendera adalah suatu perkara yang mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain berwarna. Walau bagaimanapun kerananya manusia sanggup bermati-matian.”
Bagaimanapun sejauh mana kita menghargai bendera Jalur Gemilang sebagai suatu lambang kewujudan dan kedaulatan negara kita?
Sejauh mana pula pengetahuan dan sikap kita mengenai hak mengibarkan bendera, cara-cara mengibar, susunan pengibaran Jalur Gemilang dan juga cara menghormati bendera?
Ini kerana masih ramai yang teringat untuk mengibarkan Jalur Gemilang hanya apabila tiba musim Bulan Kemerdekaan sahaja.
Tiada usaha untuk mengibarkan bendera negara dan negeri pada hari-hari biasa selain sambutan kemerdekaan. Itupun setelah ditegur oleh pihak kerajaan.
Kebanyakan daripada kita sama ada di jabatan kerajaan, pihak swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan mengibarkan Jalur Gemilang di atas tiang sejak dari mula bendera itu dipasang sehingga bendera itu usang, reput dan lusuh.
Justeru tindakan perlu diambil oleh pihak yang berkuasa untuk mengeluarkan suatu garis panduan dan rujukan seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada jabatan kerajaan, pihak swasta, sekolah dan orang ramai sendiri bertujuan memberikan kefahaman dan penyeragaman pengibaran Jalur Gemilang.
Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik, perasaan bangga, menghormati, memuliakan serta cinta dan taat setia kepada negara.
Penghormatan kepada bendera kita seharusnya dijadikan iltizam setiap warganegara untuk mendaulatkan negara.
Walaupun mungkin ada yang berpendapat itu soal remeh, namun pandangan orang luar akan membuat tafsiran bahawa rakyat negara ini tidak ada semangat patriotik dan cinta terhadap negara.
Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej negara.
Sekadar contoh, pujian harus diberikan kepada Hotel Naza Melaka kerana telah memperkenalkan inisiatif sendiri dalam kaedah mengibar dan menurunkan Jalur Gemilang.
Sudah menjadi rutin harian sejak beberapa tahun dahulu pekerjanya mengibarkan Jalur Gemilang pada waktu pagi dan menurunkannya tepat pukul 7 petang.
Penghormatan dan kaedah pengibaran Jalur Gemilang hotel ini sepatutnya menjadi contoh kepada premis perniagaan dan jabatan kerajaan.
Dalam pada itu, Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan menetapkan supaya bendera dikibarkan dan diturunkan di bangunan-bangunan kerajaan mengikut waktu pejabat biasa dan di sekolah-sekolah mengikut waktu bermula kelas
pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir tamat.
Namun arahan ini masih ramai yang tidak mematuhinya.
Eloklah dicadangkan waktu pengibaran Jalur Gemilang mengikut amalan tradisi dalam Angkatan Tentera Malaysia iaitu dikibarkan mulai pukul 7 pagi dan diturunkan pada pukul 7 petang.
Followers
Thursday, August 24, 2006
Thursday, August 17, 2006
KENANGAN MALAM ITU

Pagi semalam aku telah mencatat satu "sejarah" dalam hidup aku. Aku telah bangun "awal pagi". Dah lama sebenarnya aku tak buat sebegitu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tetiba bersemangat pagi semalam. Sedangkan kelas hanya macam biasa jer.
Malam tadi aku telah pergi ke pasar malam. Macam biasa aku beli burger, ayam goreng dan benda-benda yang biasa dibeli selayaknya dipasar malam. Time aku nak balik adalah aku terjumpa, tersua, terserempak dan bermacam "ter" lagi dengan seorang awek ni. Dan aku rasa aku telah jatuh cinta lagi.
Tapi macam biasa, cinta di pasar malam ni cepat pudar. Maklumlah dalam seumur hidup mungkin hanya sekali kita akan terjumpa dengannya di tempat-tempat sebegitu kecualilah dia seorang penjual makanan kat pasar malam tuh.Kalaulah aku terjumpa dengannya lagi, aku sekadar memandangnya dari jauh sajalah. Sebabnya?? Biarlah "RAHSIA"
Hari sabtu hari tu aku mulakan jelajah town dengan camera baruku. Adalah aku ambil sedikit gambar masa kat town. Tempat yang aku pergipun hanyalah sekitar A Famosa. Ermm aku rasa hari ahad ni aku akan ke Terengganu sebab nak hantar kawan aku tunang kat sana. Kalau aku tak pergi rasa tak sedap hatilah. Lagipun kawan baik aku dari kecik lagi. Anyway semoga berbahagia...Jangan jadi macam aku sudahlah....
Sekarang nie aku dah tak tahu nak mengarut apa lagi kat sini. Assigment aku sekarangpun dah banyak sekarang. Aku cuma boleh online kat LAB jer.
Dan untuk pengetahuan korang, aku sekarang bukan lagi taip dan kemudian publish macam dulu tapi aku kena siapkan terlebih dahulu pada sebelah malam di rumah dan aku cuma postkan bila aku bukak komputer kat LAB time kelas. AKu tak punya banyak waktu nak surf internet time kelas macam dulu lagi huhuuhu..
Saturday, August 12, 2006
Huuhuuu

Baru-baru nie aku ada beli sebuah kamera digital. Canon Power Shot A400. Gambar leh tahanlah. Dengan 4 megapixel. Selepas nie insyaallah blog ni akan dimeriahkan dengan gambar.
Presentation aku tentang projek website tu memang teruk. Website yang aku buat memang
hampeh. Teruk aku kena drop ngan Kumi. Warna yang aku buat tak menarik, font aku tak sesuai ngan bermacam-macam lagi ler. Tapi aku tak terasa sangat sebab aku dah cuba sebaik yang leh. Tapi aku rasa kalau ade lebih banyak gambar buah betik maybe aku leh buat dengan lebih baik kot.
Hari ni aku ingat nak keluar town jap. Dah lama tak lepak kat bukit A Famosa. Nak ambik picture sebanyak yang leh. Hari ni aku mencipta sejarah. Dah lama aku tak bangun pagi dan tetiba hari nie aku dengan rela hati bangun pagi.
Thursday, August 10, 2006
BERTINDAK SEGERA TANGANI BAHAYA SYABU
KITA amat prihatin dengan ancaman serius berhubung penyalahgunaan dadah rekaan jenis syabu atau Amphetamine Type Stimulant (ATS) seperti mana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.
Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah berbanding dadah tradisional seperti ganja, heroin, candu dan morfin, ‘musuh baru’ ini telah menjadi pilihan semua peringkat umur dan kerjaya.
Kita sebenarnya telah pun mati akal dalam mencari penyelesaian terbaik untuk membanteras penyalahgunaan dadah tradisional, yang berakar umbi sejak sekian lama di kalangan generasi muda.
Pendek kata, dalam menghadapi dadah jenis tradisional sekalipun, kita memerlukan pendekatan yang sangat efektif untuk membendungnya daripada terus menular. Inikan pula jenis rekaan seperti syabu dan ATS dan secara terang-terangan ia lebih berbahaya daripada dadah jenis tradisional.
Kesan khayal akibat pengambilan dadah rekaan akan menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Akibat buruk pengambilan dadah rekaan di kalangan remaja pada hari ini boleh dibuktikan dengan menularnya pelbagai gejala sosial termasuk keskes jenayah seperti bunuh, rogol, samun rompak dan sebagainya.
Lebih tragis, ada segelintir pengguna syabu atau ATS yang hilang kewarasan dan menjadi sangat agresif sehingga dilaporkan sanggup bertindak membunuh anggota keluarga mereka sendiri.
Mengambil kira senario penyalahgunaan dadah jenis ATS yang dikatakan semakin berleluasa di kalangan generasi muda ini, ia bukan saja mengejutkan tetapi lebih daripada itu ia turut menuntut supaya tindakan dilakukan segera oleh semua pihak yang bertanggungjawab.
Bagi kebanyakan remaja hari ini khususnya daripada golongan menengah dan atasan, syabu atau ATS dicipta untuk memenuhi keperluan mereka – ia memberi rasa gembira, menyeronokkan, lebih bertenaga, menghilangkan rasa mengantuk selain meningkatkan tumpuan, perhatian dan aktiviti fizikal mereka.
Justeru, kita mengharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab lebih sedar dan mengambil serius masalah syabu dan ATS demi mengatasi masalah yang cukup meresahkan ini.
Bagi membendung masalah ini juga, kita meletakkan harapan agar jabatan perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meneliti semula undang-undang yang ada berhubung perkara seumpama itu.
Ini kerana sehingga hari ini pengedar dadah rekaan tidak dapat dikenakan hukuman berat ekoran tiada undang-undang tertentu khusus buat mereka.

Tuesday, August 08, 2006
HAMAS : GERAKAN SEMANGAT JIHAD
PENGENALAN
Hamas merupakan gerakan jihad Islam Palestin. Ia lahir di Bandar Gaza Palestin. Kemudian ia berkembang ke seluruh bumi Palestin yang dijajah. Sebagaimana dalam piagam Hamas yang dikeluarkan pada 1 Muharram 1409/18 Ogos 1988, menyatakan bahawa ia adalah salah sebuah sayap Ikhwan Muslimin di Palestin.
PENUBUHAN DAN TOKOH-TOKOH HAMAS
Dalam kenyataan pertama Hamas yang dikeluarkan pada 14 Disember 1987 menyatakan bahawa ia merupakan cabang Ikhwan Muslimin di Palestin. Ia memberi ancaman awal bahawa Yahudi akan berhadapan dengan tentangan lebih hebat setiap kali mereka melakukan keganasan. Ia menegaskan hanya Islam jalan penyelesaian praktikal bagi isu Palestin. Hamas menolak pendirian mempersia-siakan tenaga dan masa melalui usaha damai dan berbagai persidangan ‘kosong’ antarabangsa.Antara usaha dan kejayaan besar Hamas ialah meledakkan Intifadah dan penentangan batu pada 8 Disember 1987. Hamas telah mempersembahkan ratusan pejuangnya syahid dan dipenjara. Sumbangan ini masih terus berlarutan. Hamas menegaskan bahawa ia sama sekali tidak akan menghentikan perjuangan ini sehingga Palestin dibebaskan daripada kekotoran Yahudi.
KAMI TIDAK AKAN KORBANKAN PRINSIP
Mesej kami kepada kaum Muslimin dan Negara-negara Arab pula: Anda semua bertanggungjawab untuk membantu saudara mara anda di Palestin. Mereka telah berjuang dan berkorban mewakili anda sekalian (di dalam mempertahankan bumi Palestin: penterjemah). Rakyat Palestin tidak sepatutnya menagih apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana Negara lain dengan menggadaikan maruah dan hak mereka. Kami mengharapkan agar andalah yang sepatutnya tampil untuk membantu kami dan menggantikan setiap bantuan yang telah ditarik daripada kami oleh Negara-negara bukan Islam.
Mesej kami kepada rakyat Palestin pula: Rakyat Palestin bukanlah hanya mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat semata-mata. Rakyat Palestin juga adalah mereka yang kini hidup merempat di kem-kem pelarian di Syria, Lubnan, Jordan dan ratusan ribuan lagi yang bertaburan di seluruh dunia dan tidak mampu untuk pulang ke tanah air yang telah dijajah oleh Zionis.
Kami berjanji kepada kamu sekalian, tiada apa yang akan menghalang kami dari meneruskan perjuangan kemerdekaan ini sehingga ia berjaya. Kami juga akan bersatu dengan semua kumpulan dan fraksi di kalangan rakyat Palestin demi memastikan kesatuan di antara rakyat Palestin akan terus utuh. Selepas memenangi parlimen Palestin, matlamat seterusnya adalah pembaik pulih PLO yang mana ia merupakan wakil rasmi rakyat Palestin kepada dunia, tanpa sebarang pengecualian dan diskriminasi.
Mesej kami kepada rejim Zionis Israel pula: Kami tidak memerangi kamu hanya kerana perbezaan akidah kita ataupun kerana kamu dari bangsa tertentu. Kaum Yahudi telah hidup aman damai bersama umat Islam selama lebih 13 abad. Kaum Yahudi juga merupakan Ahli Kitab di dalam akidah umat Islam. Ahli Kitab juga diberikan keistimewaannya dan dilindungi oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w di dalam akidah umat Islam.
Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kuasa dan entiti yang merompak Negara kami dan juga menafikan hak kami ke atas bumi Palestin. Kami tidak akan mengiktiraf negara Zionis di atas tanah air kami sebagai ganti rugi kepada dosa yang telah dilakukan oleh bangsa lain. Namun, jika kamu bersedia untuk menerima tawaran gencatan senjata jangka masa panjang (Long-term truce), kami bersedia untuk berunding dengan kamu. HAMAS hanya bersedia untuk berunding dan berdamai dengan mereka yang serius untuk berdamai berdasarkan prinsip keadilan.

Subscribe to:
Posts (Atom)