Followers

Saturday, December 31, 2005

Cinta Bukan Sekadar Kosmetik

Luna is a KL girl who is quite confident with what she wants in life.

She is sure about running her little beauty salon, confident of her self-made natural source facial formulas and remains content to spend her days in the company of her dear cousin Zora, friends and loyal customers.

The only thing that she is unsure about is marrying fiancé Zyhan, a handsome and successful businessman-- yet a man who offers few surprises to her romantic notions.

Meanwhile, in a rundown part of KL…

Ezra is sure that he has found his 99.9% perfect girl in Emma - a receptionist who works in his office.

Emma, however, is keeping a secret that threatens to hinder Ezra's relationship with her.
As Fate would have it, Luna and Ezra meet and share their views on life and love.

In Salon, lovers come with their own story and secrets. We discover that the meaning of love goes deeper beneath the skin of things and what works for some, may not hold true for others. Love is certainly more than just cosmetic..



"Salon"

Aku baru selesai menonton cerita salon. Walaupun cerita dah lama berlalu tapi aku baru berpeluang menontonnya. Bagi aku cerita nie simple but menarik. Ia mengisahkan tentang dua orang yang bermasalah dalam mencari cinta dan akhirnya bertemu jua. Walaupun kebanyakan cerita cinta adalah sama tapi cara cerita ni diolah agak menarik. Dan cerita nie juga tidak banyak lawak spastik bodoh yang sering ditemui dalam hampir semua filem melayu hari ini. Kisah cerita cinta remaja yang banyak dugaan yang perlu ditempuhi sebelum mereka menemui cinta sejati. Konsep cerita ni sama seperti cerita "sepet", "gol dan gincu". Hapening, funky, dan sememangnya cerita remaja.

Setelah aku menonton cerita nie, aku rasa bersemangat untuk meneruskan hidup. Tak tau kenapa tapi aku percayakan cinta. Cinta sejati pasti akan hadir dalam hidup seseorang. Dan aku juga suka ayat "Cinta bukan sekadar kosmetik dan ia mempunyai rahsia. Tapi aku percaya pada cinta kerana cinta akan membuat manusia lebih sempurna"

Lagu "Rahsia Luna" juga sedap didengar. Sayu jee hati aku ish ish ish. Anyway bagi aku cerita nie memang best.


Tuesday, December 27, 2005

Hari hari terakhirku

Hari nie hari selasa. Dan esok pula hari rabu. Suatu hari yang jikalau boleh tidak mahu hadir dalam hidupku. Sebabnya..esok aku kena balik melaka hua hua hua...Sesungguhnya aku paling benci dok sana tapi apakan daya. Takdir yang menentukan kemana harusku bawa diri ini.

Sepanjang cuti aku dok merayau je. Naik Bukit Tinggi turun Genting Highland. Malam baru balik. Memang seronok hari-hari dok merayau. Tapi bila balik melaka kena pikir balik pasal study arhhhhhhh bosan. Ni yang wat kekadang aku rasa nak jadik king kong je. Susah susah mengamuk je. Pijak sana pijak sini but satu yang x best tentang king kong nie kang tak pasal2 kena tembak huh...Naya je...

Sabtu ari tuh aku turun KL jumpa awek jap. Rindu giler babas kat dia. Sepatutnya dia cuti lagik but tetiba dia kena balik kolej sebab x pass 2 paper exam ari tuh keh keh keh..Cian dia..Anyway we have a great day kat Berjaya Times.

Aku rasa malas nak wat apa-apa ari nie sebab kena balik melaka esok. Cayang nak tinggalkan umah, tinggalkan bilik and sebenarnya xnak jauh ngan mummy huhuuhu....

Thursday, December 22, 2005

Payung kasih cipta bahagia bukan derita

Anak nak kahwin keluarga gelisah,

Kerana majlis bukan murah;

Nikah kahwin ada sunnah,

Pada Allah kita berserah.


KEMERIAHAN majlis pertunangan masih terasa walaupun saudara-mara dan jiran tetangga mulai beransur pulang. Bau harum bunga rampai mengisi segenap ruang rumah itu.
Azian membelek-belek sirih junjung yang disusun dalam bentuk mahkota. Kemudian dia beralih pula pada gubahan halwa betik yang diukir cantik.

"Amboi! Kak Yan. Bertuahlah si Murni. Orangnya lawa. Hantaran mahal. Setakat ni, dialah yang dapat hantaran paling tinggi kat kampung ni. Anak imam Hasan yang bertunang baru ni pun cuma empat ribu saja," jolok Zabedah. Tangannya menjamah sebiji buah prun daripada gubahan berbentuk landak.

"Aku ni bukan apa, Bedah. Ini kenduri pertama aku. Anak perempuan pula tu. Biarlah meriah sikit. Nak tunggu si Manisah tu kahwin, alamat berjanggutlah aku. Asyik nak sambung belajar saja. Nanti dah siap Ph.D pun solo lagi," jawab Azian dengan tersenyum lebar.
Murni yang duduk di sebelah ibunya hanya menjeling.

"Kak Yan, jangan buat-buat lupa pula. Saya dah chup nak andam si Murni. Nanti saya jahit baju songket baru. Biar Murni yang rasmikan. Kalau tak nak songket, boleh guna sutera sandwash ke, satin sutera ke, sutera Thai ke, renda Perancis ke. Pelamin pun saya nak buat design baru punya. Lagi hebat daripada anak YB yang kahwin baru-baru ni," kata Zabedah sambil menepuk-nepuk bahu Azian. Matanya bersinar-sinar.

"Aku serahkan kat engkau sajalah, Bedah. Pandai-pandailah kau atur. Janji terbeliak mata orang kampung tengok," ujar Azian tersenyum bangga.

"Cukup ongkosnya, bisa diatur," ujar Zabedah dengan ketawa me-
ngilai.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Nisa' ayat 36:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan dirinya.

Dari tempat duduk di kantin kilangnya, Amir termenung memerhatikan sehelai daun kering yang terbang ditiup angin. Daun kering itu tidak ubah seperti dirinya kini. Dibawa oleh angin nasib yang entah bagaimana penghujungnya nanti. Dia masih dihantui oleh peristiwa kelmarin. Kelmarin yang diimpikannya sebagai gerbang kepada sebuah kebahagiaan namun rupa-rupanya menjadi satu permulaan kepada mimpi ngeri yang panjang.

"Bukan tujuan saya nak jual anak. Che Din faham-fahamlah. Harga barang sekarang makin mahal. Jadi dengan seikhlas hati saya minta hantaran RM9,000 serba berdiri untuk Murni. Satu lagi kakaknya, Manisah, pun belum kahwin. Jadi untuk langkah bendulnya, saya pun nak minta serba berdiri. Ala orang perempuan. Nanti kecil hatinya."

Betapa pun lembut suara ibu Murni menuturkan kata-katanya namun di telinga Amir, ia umpama petir yang membelah bumi. Dia yang ikut sama dalam majlis peminangan dan pertunangan itu tersentak. Dia memandang wajah ayahnya yang kelat. Begitu juga ibunya yang duduk di sudut yang lain. Wajahnya yang tadi begitu anggun dan manis berubah menjadi gelisah. Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia bertempik di situ. Tapi teringatkan Murni yang menangis-nangis memintanya masuk meminang segera kerana ada orang lain yang telah merisik-risik dirinya, Amir beristighfar berkali-kali.

"Amir, Murni tak tahu pun pasal hantaran sembilan ribu tu. Murni dah cakap dengan mak macam yang kita dah bincang. Mir, ini semua rancangan mak. Murni dah puas merayu kat dia. Tapi dia tetap dengan pendirian dia. Abah pun tak boleh buat apa-apa," suara Murni bersulam esak tangis kedengaran di hujung talian ketika dia menghubunginya petang kelmarin.

Amir melepaskan keluhannya. Dia tidak lupa bagaimana sepanjang dua jam dalam perjalanan pulang dari rumah Murni, tidak ada sepatah kata pun yang keluar dari mulut ayahnya. Wajahnya bersalut kekesalan. Ibunya pula sesekali mengesat air mata yang menitis secara diam-diam. Amir serba salah kini. Benar-benar tersepit. Antara perasaan sayang kepada Murni dan kemampuannya yang belum tentu dapat memenuhi permintaan ibu Murni.

"Mir, jauhnya engkau termenung. Dah sampai mana?" usik Hafiz. QC yang berusia lima tahun lebih tua daripadanya itu duduk di sebelahnya.

"Entahlah, bang. Pening saya dibuatnya. Orang nak kahwin seronok. Saya nak kahwin, terperonyok."

"Dalam maknanya tu. Apa masalahnya? Murni? Duit? Kumpullah perlahan-lahan."

"Kalau seribu dua, senanglah nak cerita. Ini sembilan ribu. Dua kali serba berdiri pulak tu. Bertunang nak setahun saja. Saya nak bayar kereta, loan masa belajar kat kolej dulu lagi. Ini mak dia punya pasallah," keluh Amir seakan-akan melepaskan rasa marah.

"Abang dah rasa dulu, Mir. Tapi taklah teruk macam ni. Keluarga mentua abang sporting. Cuma sebab keluarga abang orang susah, terpaksalah abang buat pinjaman peribadi untuk hantaran, buat kenduri sikit, baiki rumah ayah abang yang dah nak rebah tu," ujar Hafiz mengimbas kenangan lalu. Setelah tiga tahun, dia kini masih dalam proses melangsaikan hutangnya.

"Pinjaman peribadi?" Mata Amir terbeliak mendengar perkataan itu.

"Abang pinjam RM15 ribu. Tempoh 10 tahun. Bulan-bulan abang bayar RM198. Nak buat macam mana? Harapkan duit simpanan, tak kahwin la sampai bila-bila," ujar Hafiz sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Amir hanya tersenyum pahit.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan. (Riwayat at-Tirmizi)

"Abang cadang kali ni nak buat kenduri kat depan masjidlah. Apa pandangan Jah?" tanya imam Hasan.

"Pelik bunyinya tu, bang. Kenapa kali ni nak buat kat depan masjid pulak?" tanya Khadijah sambil mengerutkan dahinya. Baju yang sedang dijahit sembat diturunkannya ke atas riba.

"Banyak kelebihannya, Jah. Alang-alang buat majlis akad nikah kat masjid, baik terus buat kenduri kat sana. Orang senang nak datang. Bila masuk waktu solat, tempat dah tersedia. Lagipun masjid kan rumah Allah. Cari berkat. Masing-masing tentu segan nak buat tak tentu hala. Pakai baju elok-elok. Cakap pun elok-elok. Taklah segan yang tak ada barang kemas tu nak datang. Jah tengoklah nanti. Kalau orang kampung dah sedar kelebihannya, tentu mereka pun nak buat kenduri kat depan masjid juga. Kita cuba hidupkan semula budaya menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti harian masyarakat Islam."

"Saya setuju, bang. Lagi elok kalau kita buat kenduri sederhana saja. Jangan membazir dengan benda-benda yang mahal. Tak perlulah pelamin, band, karaoke. Duit hantaran tu kita kasi semua pada Syikin. Nanti lepas kahwin, banyak dia suami isteri nak pakai duit. Nak mulakan hidup barulah katakan. Tak payah nak berhutang-hutang."
"Jah cakap macam tu, senanglah urusan abang. Nanti tinggal bincang dengan AJK masjid dan orang kampung macam mana nak uruskan majlis. Kita buat cara gotong-royong macam selalu."

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 67:
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Azian tekun mencatatkan sesuatu. Sesekali jari-jemarinya yang pendek berisi pantas menekan-nekan mesin kira sebesar tapak tangan yang diletakkan di atas meja.

"Buat apa tu, Yan? Tekun benar nampaknya. Abang balik pun sampai tak perasan," usik Hamid bila mendapati isterinya tidak menoleh-noleh setelah lantai yang dipijaknya berbunyi.
"Ala. Yan tengah kira persiapan kenduri kita nanti. Kad jemputan, katering, sewa kanopi, mak andam, pelamin, bunga telur, kereta pengantin, jurugambar, video, deejay, kek pengantin, karaoke, penginapan rombongan besan, barang hantaran, baju pengantin..."
"Yan, kan tunangnya setahun. Lama lagi," tegur Hamid. Dia menambah kelajuan kipas angin sebelum menyandarkan tubuhnya ke sofa warna biru di ruang tamu rumahnya.

"Setahun tak lama, Encik Hamid oi! Yan dah selak banyak majalah pengantin. Macam-macam tip yang
dia orang sediakan termasuklah fasal persiapan. Dalam setahun nak buat apa. Lagi lima bulan nak buat apa. Tiga bulan nak sedia apa. Abang orang lelaki apa tau. Ini bidang kepakaran orang pompuanlah!" tingkah Azian. Dia kembali menyambung kerja-kerjanya.

Hamid tersenyum nipis melihat gelagat isterinya yang begitu teruja hendak mengadakan kenduri kahwin buat pertama kali. Baginya, kalau orang berpendapatan sederhana, kenduri yang akan diadakan pun sederhana juga. Tidak perlu bertanding dengan orang yang kaya-raya sehingga terpaksa meminjam bergolok-bergadai. Orang kaya mempunyai kemampuan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Namun ada juga yang mengadakannya secara sederhana kerana tidak mahu membazir. Walaupun pengantin digelar raja sehari tetapi apalah gunanya jika selepas itu dia menjadi hamba kepada hutang sepanjang usia perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Isra' ayat 26 - 27:
Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Hamid sedar sudah menjadi kebiasaan masyarakat hari ini yang berasa malu jika membuat kenduri kahwin hanya secara kecil-kecilan. Bimbang dengan umpat keji masyarakat sekeliling. Sanggup pula berhutang untuk 'menutup' mulut orang. Alangkah baik kalau duit itu digunakan untuk membayar deposit membeli rumah atau membeli benda lain yang lebih bermanfaat. Namun pada hari itu, bukan masa yang sesuai untuk dia menasihati isterinya yang sedang ghairah hendak menimang menantu.

Zabedah mengeluarkan beberapa katalog pakaian pengantin dari laci meja tulisnya. Kemudian katalog itu diserahkan kepada Murni yang datang ke butiknya dengan ditemani oleh ibunya.
"Ini semua fesyen baru. Kebaya labuh, baju pendek potongan kembang, blaus pendek ala kebaya, baju Riau, gaun ala-ala baby doll pun ada. Badan engkau pun langsing. Takkan dalam tempoh lima bulan ni boleh membesar. Kalau naik pun sikit saja. Pandai-pandailah jaga badan. Nanti acik bagi petua-petua bakal pengantin. Ha. Yang ini pula rawatan kecantikan. Ada rawatan muka, rambut, urut, lulur, mandi rempah, mandi susu. Kahwin ni tak cukup dengan solek dan berdandan. Kalau badan bau tengit, alamat tak sampai sebulan. Lari laki engkau!"

Becok mulut Zabedah menerangkan hingga Azian tidak sempat menyampuk.
Murni pula hanya mengunci mulutnya. Tangannya membelek-belek hambar setiap katalog yang disuakan kepadanya.

"Berapa harganya Bedah? Engkau dari tadi tunjuk macam-macam," Azian cepat-cepat bersuara sebelum Zabedah membuka mulutnya semula selepas menarik nafas buat seketika.

"Alah Kak Yan. Dengan Kak Yan, saya bagi harga istimewa. Murni pilih dulu, lepas tu baru kita kira. Jangan risaulah, Kak Yan. Kita kan dah lama kawan. Kak Yan dapat priority daripada saya. Pelanggan istimewa katakan," ujar Zabedah memberi jaminan. Tetapi hatinya berasa cuak bila melihat reaksi Murni yang dingin. Sejak tadi dia hanya membelek-belek katalog tanpa berkata sepatah pun. Dia bimbang Murni tidak berkenan dengan fesyen dan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Murni duduk di tepi tingkap. Pandangannya dibuang jauh. Sejauh yang boleh. Mungkin sampai ke Jerman, mengekori langkah Amir yang semakin sayup.

"Murni, Amir minta maaf kalau tindakan Amir ni melukakan hati Murni. Amir tahu. Maaf ni tak mampu nak mengubat luka di hati Murni. Amir pun terluka. Dah lama Amir terluka sejak hari pertunangan kita. Tapi demi masa depan, Amir pilih jalan ni. Tawaran sambung belajar ke peringkat ijazah ni memang dah lama Amir tunggu. Lagipun kilang tempat Amir kerja yang bagi biasiswa. Amir tak boleh lepaskan peluang ni. Tanpa ilmu, manusia tidak ada nilainya. Bila Amir dah bergaji besar, mungkin itu yang akan membuka mata mak Murni pada Amir. Kalau ada jodoh, lepas Amir habis belajar nanti, kita fikirkan semula tentang hubungan kita. Tapi kalau dalam tempoh Amir belajar ada orang yang meminang Murni, terimalah. Jangan tunggu Amir."

Setitis air mata jatuh ke pipinya. Namun tidak sehebat tangisan ibunya yang bertukar menjadi raungan sebaik sahaja menerima berita itu. Rombongan daripada pihak keluarga Amir memohon ampun dan maaf kerana terpaksa menangguhkan rancangan mereka. Ayahnya menerima perkara itu dengan tenang dan tidak meminta apa-apa ganti rugi daripada pihak keluarga Amir. Hanya ibunya yang menjerit-jerit histeria selepas rombongan keluarga Amir balik. Ibunya berasa malu dan takut bukan kepalang. Sebahagian persiapan telah dibuat. Orang kampung juga sudah tahu yang dia merancang hendak mengadakan majlis perkahwinan Murni di Dewan Tun Idris.

Berita itu bukan sahaja menjadi tamparan hebat kepada Azian malah kepada Zabedah juga. Dia berasa sesak nafas kerana telah menolak banyak tempahan semata-mata hendak memberikan tumpuan terbaik untuk anak sahabat karibnya itu.

Kita sewajarnya tidak terlalu ghairah berbelanja besar sehingga lupa bahawa selepas majlis perkahwinan kita akan memulakan hidup baru bersama pasangan di rumah sendiri. Bagi yang merancang tinggal bersama keluarga atau mentua, mungkin mereka agak kurang bermasalah dari segi menyediakan perkara asas. Tetapi bagi mereka yang ingin tinggal bersendirian, rumah sewa sepatutnya sudah diperoleh dua atau tiga bulan sebelum berkahwin.

Sekiranya kita membudayakan majlis perkahwinan yang sederhana, sudah tentu perkara-perkara negatif seperti berhutang, menunjuk-nunjuk, membazir dan sebagainya dapat dijauhi. Perkahwinan adalah ibadah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Namun jika ia dicemari dengan perkara-perkara yang tidak baik, dibimbangi nanti matlamat untuk melaksanakan ibadah tidak tercapai.

Wednesday, December 21, 2005

Perangai Orang Yahudi

SYEIKH al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: "Adakah patut orang-orang yang mencela bebas berkata-kata mengikut sesuka hati mereka sedangkan mereka menyembunyikan hakikat sifat Nabi s.a.w. dan mengubah kitab mereka sendiri? Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah s.w.t. Maha Mengetahui segala tindakan mereka yang menyembunyikan kekufuran dan tipu daya. Sebaliknya mereka menzahirkan keimanan dan kasih-sayang. Jika mereka benar-benar beriman bahawa Allah s.w.t. Maha Mengetahui setiap sesuatu, kenapa mereka tidak gentar dan takut kepada azab Allah s.w.t. yang pasti membalas tindakan mereka dengan kehinaan di dunia dan azab yang amat pedih di akhirat."

(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain daripada penerangan-penerangan bohong (daripada ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. (al-Baqarah: 77-78)
Firman Allah s.w.t.: (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan? Iaitu apakah orang Yahudi menyangka bahawa Allah s.w.t. tidak mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan? Mana mungkin mereka berkata demikian, kemudian mereka mendakwa beriman.

Sayyid Qutub berkata: "Gambaran kekeringan dan kekerasan hati kaum Yahudi yang digambarkan Allah s.w.t. di penghabisan pelajaran yang silam ialah gambaran batu pejal yang tidak mengalirkan setitis air, batu yang tidak lembut disentuh dan tidak melahirkan degupan hayat. Itulah gambaran yang membayangkan tidak wujudnya suatu harapan yang baik, yang dapat diharap daripada tabiat kaum Yahudi yang keras dan kosong itu. Dan di bawah bayangan dan saranan inilah ayat yang berikut berbicara dengan orang-orang Mukmin yang berangan-angan agar kaum Yahudi itu menerima hidayah Allah s.w.t. Mereka berusaha menaburkan benih-benih keimanan ke dalam hati kaum Yahudi dan menyuarakan nur hidayah kepada mereka."

Syeikh al-Sya'rawi berkata: "Tidakkah lebih baik atau utama Allah s.w.t. berfirman "Dia Maha Mengetahui apa yang mereka zahirkan dan apa yang mereka sembunyikan" iaitu jika Allah s.w.t. mengetahui apa yang kita sembunyikan, apakah Allah s.w.t. tidak mengetahui apa yang kita nyatakan dan zahirkan? Tidak syak lagi Allah s.w.t. Maha Mengetahui tetapi menunjukkan betapa teliti dan seninya berdasarkan sastera al-Quran kerana yang berkata-kata ialah Allah s.w.t."

Dikatakan, "Allah s.w.t. sentiasa membincangkan isu ahli kitab daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain dengan mendedahkan segala sifat mereka yang keji dan hina."

Selepas Allah s.w.t. menyebut perangai ulama Yahudi yang mengubah dan meminda, Allah s.w.t. menyebut pula orang awam yang mengikut mereka dengan memberi peringatan bahawa mereka dalam kesesatan sebagaimana firman-Nya, "Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat iaitu daripada orang Yahudi terdapat segolongan di kalangan orang-orang awam yang jahil. Mereka tidak memahami bacaan dan tulisan untuk mengkaji dan meneliti kandungan Taurat apatah lagi mentahqiqkannya. Perkataan ummi dengan maksud tidak boleh menulis dan membaca inilah yang disebut oleh Mujahid. Berkenaan dengan penamaan ummi terdapat dua pandangan:

1. Ia adalah atas sifat hamba sahaya yang tidak belajar mengikut fitrahnya. Inilah pendapat al-Zajjaj.

2. Ia dinisbahkan kepada ibunya disebabkan penulisan hanya diajar kepada lelaki, tidak perempuan. Atau kerana sama seperti anak yang dilahirkan ibu tidak mengetahui sesuatu pun.

Syeikh al-Sya'rawi berkata: "Kamu perhatikan bahawa di sana terdapat kumpulan daripada golongan ummi yang menentang dakwah Islamiah. Mereka terdiri daripada kalangan orang musyrikin Mekah dan daripada ahli kitab di Madinah. Ahli kitab dimaksudkan dengan pengikut Musa a.s. dan Isa a.s., tetapi di Semenanjung Tanah Arab bilangan mereka tidak dikenali atau disebut dengan panggilan Kristian. Di sana terdapat masyarakat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang juga menggabungkan orang Yahudi sebagai sebahagian masyarakat di Madinah. Dan Allah s.w.t. menamakan mereka sebagai ummi."

Selain penerangan-penerangan bohong (daripada ketua-ketua mereka), yang mereka terima daripada pendita mereka bahawa Allah s.w.t. Maha Pengampun dan Mengasihi mereka sehingga timbul sangkaan mereka akan berada dalam neraka beberapa hari sahaja. Ayah-ayah mereka yang menjadi nabi boleh memberi syafaat kepada mereka. Mereka merupakan anak-anak Allah s.w.t. dan kekasih-Nya termasuk angan- angan dan omong kosong yang lain.

Ulama menyebut tiga pendapat berkaitan angan-angan atau omong- omong kosong ini:

1. Segala pendustaan dan pembohongan sebagaimana kata Ibn Abbas dan juga pendapat Mujahid dan al-Farra'.

2. Bacaan dengan maksud mereka tidak memahami fiqh al-kitab tetapi sekadar mendengar apa yang dibaca kepada mereka. Inilah pendapat al-Kisaie dan al-Zajjaj.

3. Segala angan-angan terhadap Allah s.w.t. sebagaimana kata Qatadah.

Al-Samarqandi dalam kitabnya, Bahr al-'Ulum, menaqalkan daripada Uthman bin Affan r.a. bahawa beliau berkata: "Semenjak aku memeluk Islam, aku tidak pernah menyanyi dan beromong-omong kosong atau dengan maksud bercakap dengan batil."
Dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan. Mengikut keyakinan mereka, bahkan sebenarnya mereka telah bertaqlid kepada nenek-moyang mereka sebagai taqlid orang yang buta dan bodoh. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Zad al-Masir menaqalkan pendapat Muqatil yang berkata: "Mereka tidak yakin adakah pemimpin mereka berdusta atau benar, mereka akan ikut sahaja."
Sayyid Qutub berkata: "Kemudian ayat-ayat yang berikut menerangkan kepada kaum Muslimin keadaan bani Israel. Mereka terdiri daripada dua golongan:

1. Satu golongan ummi yang jahil, yang tidak mengetahui sedikit pun tentang kitab Taurat yang diturunkan kepada mereka. Apa yang diketahui mereka adalah yang waham-waham, sangkaan-sangkaan yang karut dan berangan-angan terselamat daripada azab neraka kerana mereka umat pilihan Allah s.w.t. yang diampunkan segala dosa yang telah dilakukan oleh mereka.

2. Satu golongan lagi ialah kumpulan yang mencari keuntungan daripada kejahilan dan buta huruf golongan yang pertama. Golongan inilah yang melakukan pemalsuan-pemalsuan terhadap kitab Allah s.w.t., mengubah maksud-maksud kalam Allah s.w.t. dengan takwilan-takwilan dan penafsiran-penafsiran yang ada udang di sebalik batu. Mereka menyembunyikan bahagian-bahagian kalam Allah s.w.t. yang dikehendaki mereka, dan menulis perkataan-perkataan yang direkakan mereka, kemudian mereka umumkannya atas nama ayat-ayat daripada kitab Allah s.w.t. untuk mendapat sesuatu keuntungan dan mengekalkan kedudukan selaku ketua dan pemimpin."

Wujudkan strategi promosi konsep keamanan sejagat

Peperangan adalah dianggap sebagai satu jenayah yang mengancam keamanan manusia sejagat. Oleh demikian sudah sewajarnya pihak yang terlibat dalam mempelopori serta bersekongkol dan menyokong keganasan peperangan ini dianggap sebagai `penjenayah perang'.

Golongan ini termasuklah ketua-ketua negara yang memulakan peperangan, aktiviti komersial yang bersangkutan dengan penjualan senjata perang, institusi kewangan yang memberi dana dan membiayai kos peperangan, aktiviti industri yang mengeluarkan kelengkapan perang serta kajian saintifik yang terlibat dalam penciptaan alat kelengkapan senjata pemusnah yang digunakan semasa peperangan.

Ini adalah sebahagian dari intipati deklarasi yang telah digubal dalam Inisiatif Kuala Lumpur Mengenai Jenayah Peperangan hasil daripada penganjuran Forum Keamanan Sejagat yang telah berlangsung 15 hingga 17 Disember baru-baru ini.

Pembunuhan yang dilakukan sewaktu perang adalah dianggap jenayah yang sama taranya dengan pembunuhan yang dilakukan sewaktu aman. Pihak yang terlibat melakukan jenayah perang ini perlulah diadili secara saksama oleh sebuah mahkamah keadilan antarabangsa.

Ketua-ketua negara yang memulakan peperangan perlu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk diadili dan dijatuhkan hukuman setimpal.

Di samping mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang mencetuskan peperangan dan lain-lain pihak yang bersekongkol dengannya, deklarasi itu juga menggesa beberapa tindakan yang perlu diambil oleh semua pihak bagi membanteras jenayah peperangan ini.

Antara lain ialah menggesa semua negara memperkukuhkan prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan menginstitusikan kaedah penyelesaian konflik dan pertelingkahan melalui cara perundingan damai dan menolak peperangan! Parti-parti politik seluruh dunia mestilah menyertakan konsep keamanan sebagai prinsip utama penubuhannya.

Peranan dan penglibatan kelompok masyarakat antarabangsa yang berperanan dalam memberikan kesedaran dan menyampaikan mesej keamanan seperti media massa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin-pemimpin agama hendaklah dipertingkatkan di seluruh dunia.

Melalui sinergi yang tersusun dan aktiviti yang terancang, gelombang kesedaran terhadap kepentingan mengekalkan keamanan sejagat dan mengutuk sekeras-kerasnya peperangan atas apa sebab sekalipun akan mudah dicapai.

Semua pihak perlu bekerjasama dan menggembleng usaha bersepadu secara berterusan sehingga keamanan mutlak dapat diwujudkan di muka bumi ini.

Kaedah dan perancangan yang tersusun amat diperlukan bagi melaksanakan kesemua perkara yang terkandung dalam deklarasi keamanan tersebut. Prinsip, strategi, skim pelaksanaan dan sebagainya perlulah dirangka sebelum memulakan sebarang langkah untuk mempromosi dan menyebarkan konsep keamanan sejagat ini.

Garis Panduan

Jika falsafah seni peperangan The Arts of War yang ditulis lebih kurang 2,300 tahun lalu oleh Sun Zue, pakar peperangan di China dijadikan ikutan serta amalan panglima-panglima perang di serata dunia ketika ini, satu dokumen mengenai seni keamanan The Arts of Peace perlulah digubal sebagai dokumen blue print untuk dijadikan garis panduan pelaksanaan oleh negara-negara yang bernaung di bawah piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Secara tidak langsung produk keamanan yang diperkenalkan akan dapat membangkitkan rasa kesedaran pemimpin-pemimpin dunia terutama kuasa-kuasa besar akan peripentingnya hidup bermasyarakat dalam dunia yang aman damai.

Perjuangan bagi mengekalkan keamanan dunia perlulah menggunakan strategi yang dapat menembusi segenap sektor politik, diplomasi, ekonomi, tentera, sosiobudaya, pelbagai fahaman dan pegangan agama melalui skim dan strategi perancangan yang tersusun.

Melalui kesabaran dan perjuangan yang tidak mengenal batas sempadan dan kental menghadapi pelbagai kekangan dan rintangan sahaja usaha murni ini akan berjaya dilaksanakan.

Memang agak sukar untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini, tetapi melalui sinergi pelbagai pihak dan gelombang kesedaran keamanan yang semakin memuncak di seluruh dunia, tidak mustahil usaha murni ini berjaya mencapai misi dan visinya.

Di bawah kepimpinan, bimbingan dan nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekretariat tetap yang akan ditubuhkan di Kuala Lumpur mampu melaksanakan semua deklarasi yang telah digubal. Sesungguhnya usaha murni menyemai benih-benih keamanan ini amat digalakkan oleh agama Islam sendiri. Sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis Qudsi, berkata Abu Darda' r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman yang maksudnya:

Sungguh Aku akan membalas si zalim itu, sama ada segera atau lambat. Dan sungguh Aku akan membalas orang yang melihat orang teraniaya, sedang ia boleh menolongnya, tetapi tidak mahu menolong. Riwayat (Abus-Syaikh dan Thabarani).

Jelas di sini bukan orang yang menganiaya saja yang akan menerima balasan Allah s.w.t. bahkan orang yang yang menyaksikan kezaliman itu berlaku juga akan mendapat balasannya dari Allah s.w.t. kerana ia turut bersekutu dengan si zalim. Kezaliman itu adalah suatu mungkar yang patut ditegah atau dilarang, tetapi kalau dia tidak membuat sesuatu terhadap si zalim itu, maka seolah-olah ia sama-sama bersetuju dengan kezaliman itu.

Monday, December 19, 2005

Kenapa (lynn)

Sebelum ku kenali mu
Hidupku cukup dengan suka-duka
Tak pernah ku sangka semuanya akan
berubah
Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini
Tak mungkin ku lupa katamu kan
sentiasa di sisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua
ke mana
Asyik berpegangan tangan orang lain
dilupakan
Apa terjadi, diriku ini masih tertekan
Hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masa
ku cintai
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu
Tiada langsung yang benar dalam
ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tanggung semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
Tak sangka, dikau kan menjadi pedih
yang kan dalami jiwa
Siang malam termenung, sedih
memakan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh diluka
begini
Namun ku cekal hatiku,
tuk melupakanmu
Ku tahu kau begitu
Malas ku nak rayu, buang tenagaku
Kau takkan mendengarku
Selamat tinggal oh kasih
Janganlah iri hati
Hidup baru kan mula bila terbitnya
mentari

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku dikecewakan kasih

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu

Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku percaya
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu
kasih...

Sekian lama telah ku simpan
rasa ini di hati
Baru kini ku berani tuk mengatakan
oh gadis
Dikau punca segala, kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajahmu
di hadapanku

(In My Memory)



Thursday, December 15, 2005

BAGAIMANA NAK BAWA MASUK SWORD OF OMEN KE EXAM HALL?

Petua ini adalah untuk para pelajar yang akan mengambil exam tahun depan. Sorry, untuk tahun ni dah tak sempat.
1. Masa kat rumah, masukkan Sword of Omen (SoO) kat dalam seluar. Tak leh masuk dalam poket sebab dia panjang sikit, unless korang dah buat special poket then ia tak jadi masalah. Masa masukkan dalam seluar, pastikan ia tidak tercocok atau terhiris anu anda. Untuk perempuan senang sikit nak sembunyi dalam baju kurung. Tapi dengar cerita SoO ni sexist sikit. Hanya orang lelaki atau kucing jantan je yang boleh guna.

2. Katakan kepada guru bertugas bahawa anda datang daripada keturunan pendekar. Perlu bawa masuk pedang ke dalam exam hall. Oleh kerana pedang tu boleh digerakkan menggunakan kuasa dalaman, tunjukkan ke'power'an pedang tu andai kata permintaan anda tidak dituruti. Susah sangat, Zas aje leher cikgu tu.

3. Cakap kat cikgu bertugas, dalam exam hall tu ada Ponti. Sekarang Ponti dah muncul disiang hari macam dalam PHSM2. Pedang tu digunakan untuk membantu mengenalpasti siapakah dikalangan student dalam exam hall tu adalah Ponti. Trick ini akan lebih menjadi jika ada dikalangan cikgu bertugas yang mengandung. Sambil tu pakat dengan classmate (perempuan) supaya letakkan air tembakau kat mata dia. Student yang mata merah tu lah si Ponti yang dicari. Unless anda dapat memujuk seorang cikgu perempuan untuk bersekongkol (untuk berlakon jadi Ponti) dengan anda, trick ni tidak akan menjadi jika sekolah tu hanya ada student lelaki (mana ada Ponti jantan).

4. Masukkan SoO kat dalam flush tandas. Lepas tu minta kebenaran nak pergi tandas. Pastikan tandas tu tak di occupy orang lain pulak.

5. Ceraikan SoO kepada beberapa bahagian seperti pedang Highlander dan masukkan kat dalam poket.

6. Bawa masuk ke dalam exam hall dengan selamba. Bila cikgu bertugas tanya "Pedang ni nak buat apa?" Jawab je dengan selamba "Buat asah pensel cikgu. Ni je yang ada. Pisau mak saya nak pakai untuk memasak dan gurmit (pengasah) saya dah hilang. Rasanya ada orang curi untuk mengasah BAKAT kot."

6. Pastikan penggunaan ayat adalah betul. "Sword of Omen, Give me sight beyond sight." Macam jampi jugak, Idgham kena betul. Kalau tak, lain pulak yang korang nampak. Bagi students T'ganu berhati-hati bila sebut perkataan 'Omen'. Jgn jadi 'Omeng' udah le. (Nothing against org T'ganu)

SoO tidak dapat digunakan dalam 2 matapelajaran.

1. Exam untuk matapelajaran Pendidikan Islam (berdosa kalau menipu).

2. Dan matapelajaran Pendidikan Seni (bab melukis). Pedang tu tak boleh digunakan untuk melukis. Lagipun jawapan apa yang anda nak cari dengan pedang tu?

Segala risiko anda tanggung sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab jika anda ditendang keluar dari exam hall. Sebarang surat menyurat tidak akan saya layan.
Walau apapun, tugas yang paling susah dan paling berat ialah errr.....nak cari Sword of Omen. Mana nak cari hah?

p/s: Aku pinjam dari blog 6 jahanam

Tuesday, December 13, 2005

Voting starts in Iraq

BAGHDAD (Reuters) - Iraq's election for its first full-term parliament since Saddam Hussein's fall began on Monday with Iraqis in hospitals, barracks and prisons voting in a ballot Islamist militants branded as ungodly.

Voting started on a day that U.S. President George W. Bush gave a rare estimate of the number of civilians killed since U.S. troops invaded in 2003, acknowledging that 30,000 civilians had died in the violence.

Iraqi Prime Minister Ibrahim al-Jaafari defended his government's record on fighting militants but was forced to admit more abused prisoners had been found inside jails overseen by his own Interior Ministry.

Al Qaeda and other militants branded the election ungodly and vowed to turn Iraq into an Islamic state, although their statement was muted in tone compared to the threats of violence such groups issued before the last election on Jan. 30.

In another contrast to the January vote, boycotted by most of Iraq's Sunni Arabs, over 1,000 Sunni scholars issued a statement urging the electorate to turn out in force.
Election day is on Thursday but the infirm, members of the security forces and prisoners were allowed to vote early, inking their fingers to guard against multiple voting before dropping their votes into plastic ballot boxes.

Former Prime Minister Iyad Allawi's office issued a statement as soon as polls closed claiming he had won the votes of police officers in the provinces of Anbar and Maysan.
Iraq's electoral commission dismissed the claim, saying it was far too early to know. Full results of the vote are not expected until the end of the year or even early January.

Allawi, a secular Shi'ite who led Iraq's unelected U.S.-appointed government from mid-2004, is leading a broad coalition vowing to curb the gunmen, kidnappers and suicide bombers who have made life a torment for many ordinary Iraqis.
He called Jaafari's government toothless, a charge rejected by the prime minister at a news conference on Monday.

"People realise clearly how the security situation has changed, and remember how things were at the start of 2005 (when Allawi was in power)," Jaafari said.
Bush also said the security situation was improving in Iraq although he acknowledged 30,000 civilians had died since U.S. troops invaded, 999 days ago on March 20, 2003.
Washington has often refused to discuss the Iraqi civilian death toll, saying it was impossible to measure.

The president's figure of 30,000, which his aides stressed was not official, was in the range given by Iraq Body Count, a U.S.-British non-government group, which currently says between 27,383 and 30,892 civilians -- not just Iraqi citizens -- have been killed since the invasion.
Its figures are based on media reports, which often fail to capture all deaths in the country. Other estimates, including one published in the medical journal Lancet in late 2004, put the civilian death toll as high as 100,000, even then.

THIRTEEN PRISONERS ABUSED

The moral authority of Jaafari's government was dealt another blow by its admission that more abused prisoners had been found at jails overseen by the Interior Ministry, which is run by the main Shi'ite party in the ruling coalition.
Some 625 prisoners were found in the jail during a raid by Iraqi inspectors, backed by the U.S. military, four days ago.

"Thirteen of them had been subjected to abuse, and this abuse required medical care," Jaafari's office said in a statement, adding that it had launched an investigation.
The government has been under pressure over its human rights record since U.S. troops stumbled across a secret bunker operated by the Interior Ministry last month.

The cramped jail held 173 prisoners, most of them Sunnis who said they had been beaten, tortured and deprived of food.
Some Sunni Arabs have accused the government of sponsoring Shi'ite militias to abduct, intimidate and torture them. The government, made up of Shi'ites and Kurds, denies the charge.
Jordanian militant Abu Musab al-Zarqawi's al Qaeda in Iraq and four other Sunni Arab groups, including the Army of the Victorious Sect and the Brigades of Islamic Jihad, dismissed Thursday's election as "a Crusader conspiracy".

"We declare that we will carry on our jihad in the name of God until an Islamic state ruled by the Koran is established," the groups said, without specifically threatening the kind of election day attacks they carried out in January.

A suicide car bomber targeted a U.S. patrol as it passed through the city on Monday, killing himself and injuring one U.S. Marine, the U.S. military said. Al Qaeda in Iraq claimed responsibility.

"A lion from the lions' brigade ... launched a new attack targeting crusaders in Falluja, may God free it!" the group said in a statement posted on the Internet.

Security measures are coming into force before Thursday's vote, seen as an important step for Iraq's fledgling democracy and a signpost on the way towards the withdrawal of U.S. troops.
They include travel restrictions, night curfews and closure of borders to foil any insurgent plans to disrupt the vote.
(Additional reporting by Dubai newsroom and Deepa Babington, Luke Baker, Ahmed Rasheed, Michael Georgy and Aseel Kami in Baghdad)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...