Followers

Friday, July 29, 2005

My Friend

Image hosted by Photobucket.com

Ajaran sesat melampaui batas agama

Berdasarkan realiti masa lalu, jelas sebahagian ajaran sesat boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Malah dikatakan terdapat sebahagian kandungan ajaran sesat melibatkan aktiviti anti kerajaan serta menimbulkan kekeliruan dan permusuhan di kalangan masyarakat Islam khususnya.
Situasi begini jika dibiarkan sudah tentu boleh mengancam keselamatan negara. Secara jelasnya, semua bentuk ajaran sesat membawa kepada penyelewengan akidah dan boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.
Sehingga kini dikatakan terdapat 22 buah kumpulan ajaran sesat yang masih aktif di negara ini. Keadaan ini sudah tentu tidak memerlukan tempoh yang panjang untuk menghapuskannya. Ini berdasarkan kekuatan dan kecekapan jentera penguatkuasaan anggota jabatan-jabatan agama Islam negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berfungsi sebagai penyelaras, pemantau dan jawatankuasa bertindak terhadap kumpulan ajaran sesat.
Kelambatan bertindak ke atas kumpulan-kumpulan ajaran sesat akan mengakibatkan tercetusnya pelbagai angkara yang mungkin tidak terjangkau pada pemikiran kita. Oleh yang demikian, strategi mempertingkatkan kecekapan dan kredibiliti anggota penguatkuasaan agensi-agensi terlibat untuk menghidu dan mengambil tindakan ke atas ajaran sesat perlu diperkukuhkan.
Kes Al-Arqam contohnya, Jakim berjaya menyelesaikan permasalahan penyelewengan akidah yang dibawa oleh Ashaari Muhammad dengan bantuan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). Al-Arqam dahulu bergerak aktif di seluruh negara secara terang-terangan tetapi dalam kes ajaran sesat Ayah Pin, modus penyelewengan yang dilakukan lebih secara tersembunyi.
Namun, kedua-dua kes ini hanya berbeza daripada aspek modus gerakan tetapi mempunyai persamaan kesan ancaman yang wujud akibat penyelewengan akidah.
Program Pemulihan yang dijalankan oleh kerajaan telah berjaya memulihkan iktikad dan akidah pengikut Al-Arqam kembali ke pangkal jalan. Persoalannya, apakah Pusat Pemulihan Akidah Jakim di Kuala Kelawang, Jelebu, yang diharapkan dapat membantu memulihkan akidah mereka yang terpengaruh dengan ajaran sesat yang lain benar-benar berfungsi dengan efisien?
Berdasarkan bentuk hukuman dan denda sedia ada yang dikategorikan sebagai amat rendah serta tidak setimpal dengan kesalahan, jelas menunjukkan bahawa usaha menangani ancaman ajaran-ajaran sesat kurang berkesan dan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Oleh yang demikian, satu metadologi yang merangkumi aspek pendidikan seperti menyebarkan risalah atau maklumat umum mengenai cara mengenal pasti sesuatu ajaran sesat perlu dilakukan. Pendidikan formal atau tidak formal boleh dimanipulasi sebagai medium penyebaran maklumat yang berkesan termasuk penggunaan media cetak dan elektronik.
Usaha harus ditekankan ke arah memberi penerangan secara jelas kepada masyarakat umum mengenai akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan kesucian akidah dan agama Islam itu sendiri.
Oleh itu akidah yang sahih ialah mereka yang beriman kepada Allah, para malaikat dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, hari akhirat serta qada dan qadar.
Amal ibadat yang bukan terbit dari akidah yang sahih adalah sia-sia sahaja iaitu tidak mendapat apa-apa balasan dari Allah.
Akidah yang sahih dapat menjadi landasan dan pendorong bagi umat Islam dalam melaksanakan amal soleh dan memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Ajaran sesat sebenarnya satu fenomena yang melampaui batas dalam agama. Kaedah atau jalan penyelesaian umat ialah dengan meluruskan akidah dan kembali kepada akidah Salafush-shalih, menjadikan al-Quran dan al-sunnah sebagai sumber hukum, ikhlas pada Allah dan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai teladan, menuntut ilmu syariat serta berusaha memahami agama dan mencari kebenaran mengikut dalil yang benar.
- MOHD. SHAUKI ABDUL MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Tuesday, July 19, 2005

Image hosted by Photobucket.com

Cuba menabung bukan berhutang

Sejak kebelakangan ini perhatian kita sering tertumpu kepada isu kebolehpasaran graduan dan juga isu daya saing serta peluang pelajar Melayu ke insitusi pengajian tinggi.
Rata-rata meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahu dasar meritokrasi pendidikan tinggi dan juga keterbukaan peluang pinjaman pendidikan terhadap pelajar Melayu.
Antara cadangan yang sering kita dengar dan lihat di kaca televisyen dan juga di dada surat khabar menyatakan bahawa kerajaan perlu mengkaji semula dasar meritokrasi agar persaingan sama rata perlulah diberikan kepada pelajar Melayu.
Selain itu terdapat sesetengah individu yang berpendapat bahawa peluang pinjaman pendidikan perlulah diperluaskan melalui penglibatan institusi kewangan yang menyeluruh selain usaha kerajaan menambah peruntukan melalui PTPTN dan juga Mara.
Ramai yang menyatakan bahawa terdapat banyak IPTS milik bumiputera yang terpaksa gulung tikar disebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat menampung kos perbelanjaan pendidikan yang tinggi di institusi tersebut.
Sebenarnya jika kita perhalusi fenomena ini dapatlah kita lihat bahawa permasalahan yang sebenar dan sering kita lupakan iaitu masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu ialah kurang menabung.
Terpengaruh
Dalam era globalisasi tidak dapat tidak masyarakat telah disogokkan dengan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang diuar-uarkan sebagai berteraskan teknologi terkini dan menyebabkan ramai yang terpengaruh dan ada segelintir yang membeli produk atau perkhidmatan ini walaupun ia tidak memberi apa-apa kesan positif terhadap kehidupan individu terbabit.
Status, nama dan taraf kehidupan yang tinggi menjadi kayu pengukur masyarakat moden dan menyebabkan ramai yang terbeban dengan hutang yang tinggi.
Kebanyakan masyarakat memandang tabiat menabung adalah hanya untuk hari tua sedangkan tabungan pada teorinya bolehlah dikategorikan kepada tabungan jangka masa pendek dan panjang.
Secara kognitifnya, setiap individu wajar mempunyai tabungan tidak kira sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek. Ini adalah kerana dunia senantiasa berubah dan begitu juga dengan cabaran dan dugaan seperti pepatah Melayu `langit tak sentiasa cerah'.
Bagaimana untuk kita menggalakkan masyarakat Melayu untuk menabung. Jalan mudah adalah dengan mendepositkan simpanan ke dalam amanah saham dan juga skim takaful untuk pendidikan.
Sebagai contoh Takaful Siswa dan Amanah Saham Didik. Terlebih dahulu saya ingin memuji usaha institusi kewangan, insurans dan takaful yang proaktif dalam menjalankan usaha mereka menyediakan skim-skim pendidikan tersebut.
Kesedaran
Cuma yang kurangnya adalah kesedaran daripada masyarakat dan fenomena ini mungkin disebabkan kurangnya kempen untuk membangkitkan kesedaran bahawa skim dan produk kewangan tersebut itu wujud.
Kita tidak akan menabung jika kita tidak dipaksa. Sebagai contoh, adalah amat berat untuk saya mendepositkan wang sebanyak RM200 setiap bulan sebagai simpanan untuk pendidikan anak tetapi jika saya menyertai skim takaful melalui potongan gaji sebanyak RM50 sebulan, maka hendak atau tidak saya terpaksa menyimpan.
Kita berasa berat untuk mendepositkan wang ke dalam bank sebagai simpanan kerana kita nampak aliran duit itu melalui poket tetapi melalui skim potongan gaji dan arahan tetap bank maka proses itu akan berlaku tanpa kita sedari.
Selain itu, disebabkan keberkesanan kerajaan dalam mewujudkan serta mengurus Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, adalah wajar kerajaan menubuhkan satu lagi badan untuk menangani simpanan dan pelaburan pendidikan.
Mungkin kerajaan boleh menggunakan konsep pendekatan salah satu dari badan di atas sebagai kayu pengukur dan seterusnya mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap PTPTN dan institusi kewangan yang lain.
Ramai yang menggesa kerajaan agar menambah peruntukan PTPTN dan Mara serta menggalakkan penyertaan institusi kewangan ke arah menyediakan lebih banyak pinjaman kepada masyarakat Melayu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Tetapi, jika kita perhalusi - fenomena ini menggalakkan lagi masyarakat Melayu untuk terus terbelenggu dalam beban hutang.
Sebenarnya penyelesaian yang bijak adalah dengan menggalakkan masyarakat Melayu supaya menanamkan tabiat menyimpan untuk pendidikan diri sendiri dan anak-anak dan juga berbelanja dengan berhemat.
Jangan biarkan masyarakat menambahkan beban hutang yang semakin hari semakin bertambah.
- Mohammad Noorizzuddin Nooh, Kolej Universiti Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan

Sunday, July 17, 2005

Perisytiharaan Pembandaran Daerah Bentong

Malam tadi adalah malam yang gilang gemilang bagi Bandar Bentong. Pada malam tadi Sultan Pahang telah merasmikan Majlis Perisytiharaan Pembandaran Daerah Bentong yang bermakna Bentong telah naik taraf sebagai Pembandaran.

Aku sebagai penduduk Bentong turut berasa bangga dan gembira. Ermm satu acara yang hanya mungkin dapat aku rasa sekali dalam seumur hidup aku. Dan malam tadi juga aku turut melakar satu sejarah dalam hidup aku iaitu dapat bersalam dengan Sultan aku sendiri. Daulat Tuanku.

Tak sah kalau acara penting camni takde konsert. Antara artis yang hadir malam tadi ialah Nasir wahab, Hattan, Rabbani, Diafadila, Ct sarah n Kak Ku ( Raja Azura).
Ramai gak orang datang malam tadi. Dalam anggaran lebih 50 ribu gaklah orang yang hadir. Dan yang paling aku suka ialah bila time bunga api. Sayang awek aku takde. Kalau ada sedap gak aku peluk2 malam tadi.

Friday, July 15, 2005

Mencari Kebahagian

Ada orang berpendapat kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan bola kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutipnya dengan banyak dan ada juga yang sedikit. Tapi tak ada seorangpun yang berjaya mengutip kesemuanya. Manakala semasa mengutip pasti ramai yang tercedera.

Lynn !!!!!

Semalam aku temankan kawan aku pergi interviu kat sebuah kilang di Jb (Janda Baik). Lama jugalah aku tunggu dia interviu. Dalam masa aku tengah tunggu member aku tuh tiba-tiba terjumpa seseorang yang tak aku sangka. Lynn..lama kita tak jumpa ye. Aku perasan dia walaupun dia cuba nak menyorok dibelakang kawan dia. Aku tengok punggung diapun dah kenal sape maklumlah bekas awek sendiri. Makin cantik aku tengok. Dia pakai kain belah sampai punggung. Geram betul aku tengok punggung dia. Rasa nak gigit paha dia. Memang aku rindu sungguh kat dia walaupun ada seribu awek rela jadi awek aku. Aku cuma sayang pada dia seorang je. Tak ada seorangpun yang boleh menggantikan tempat dia di hati aku.

Rindu..Rindu serindu-rindunya...
Namun engkau tak mengerti woo...
Pilu..Pilu-sepilunya...
Namun engkau tak peduli..

Malu..Semalu-malunya..
Namun apa daya orang dah benci..
Mahu..Semahu-mahunya...
Namun apa daya orang tak sudi...

Thursday, July 14, 2005

Punca remaja menjadi penjenayah

SATU hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah jumlah pelajar yang terlibat di dalam jenayah kini semakin meningkat.Barangkali kita masih belum lupa dengan peristiwa penangkapan seorang pelajar berumur 16 tahun yang ponteng sekolah selama 88 hari dan berjaya menembusi masuk 35 rumah serta mencuri.
Menurut perangkaan, sehingga Mei lalu, 605 daripada 1,048 pelajar sekolah yang ditangkap terbabit dengan kegiatan jenayah.
Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Negara (YPJN) mendedahkan bahawa pada tahun 2004 jumlah tahanan remaja untuk tempoh 10 bulan ialah seramai 4,674 dengan 2,377 adalah pelajar.
Namun angka sebenar agak sukar diperoleh kerana tidak kesemua kes dilaporkan.
Perlu diingatkan bahawa statistik polis adalah berdasarkan kepada bilangan yang ditangkap atau ditahan tetapi bukan kesemuanya didapati bersalah oleh mahkamah manakala bilangan statistik dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) merupakan kes di mana laporan pemulihan diperlukan. Dalam tempoh 10 tahun lepas ia memperlihatkan corak perubahan yang ketara apabila kes juvana meningkat daripada 4,931 pada tahun 1994 kepada 5,562 pada tahun 2003, iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus.
Siapa yang bertanggungjawab sehingga jumlah pembabitan remaja di dalam kancah sebegini meningkat merupakan soalan biasa ditujukan baik kepada ibu bapa atau kerajaan.
Ada baiknya jika diselidiki punca berlaku jenayah di kalangan mereka apabila membincangkan soal tersebut.
Jenayah di kalangan remaja mewakili fenomena yang berbeza-beza.
Tetapi, apabila kesemua faktor dianalisis, ia secara langsung dan tidak langsung terikat dengan persekitaran keluarga.
Ini merangkumi corak keluarga bermasalah yang boleh membawa kesan kepada anak-anak remaja.
Kehilangan ketua keluarga turut menyumbang terhadap hal-hal melibatkan mata pencarian, kasih sayang dan idola mereka.
Remaja boleh merasa tertekan secara emosi disebabkan kekurangan kasih sayang ibu bapa. Anak-anak yang diabaikan dan seolah-olah merasakan dirinya ditolak oleh keluarga sememangnya dahagakan kasih sayang.
Justeru, kehadiran ahli kumpulan di luar rumah sebagai sumber baru memenuhi ruang tersebut menyebabkan mereka merasakan ada sokongan emosi baru.
Malangnya, kumpulan di luar ini selalunya gagal menyediakan sokongan sewajarnya tetapi menggunakan kelemahan remaja ini untuk menarik mereka ke kancah kurang menyihatkan.
Faktor lain yang perlu diberi perhatian adalah kemahiran didikan ibu bapa.
Mengikut kajian-kajian terdahulu, kemahiran didikan ibu bapa yang positif, bersesuaian dengan prinsip membesarkan anak mereka di dalam persekitaran yang baik, mempunyai persefahaman, memiliki sifat sayang-menyayangi, bertanggungjawab serta mengutamakan disiplin dapat mengembangkan kendiri anak di dalam proses membesarkan anak mereka.
Ibu bapa yang bertindak kasar terhadap anak mereka dan sering menggunakan komunikasi yang kurang berkesan serta tidak mempunyai disiplin diri memperlihatkan kelemahan ke atas anak mereka sekali gus menyebabkan anak mengambil sikap sambil lewa terhadap hubungan kekeluargaan.
Selebihnya, sikap sesetengah ibu bapa yang mengambil kesempatan di atas kelemahan anak mereka dari segi fizikal dan emosi sehingga melakukan gangguan seksual juga merupakan faktor penyumbang di sisi lain.
Begitu juga dengan idola yang kurang sesuai.
Sesetengah remaja terikut-ikut dengan perwatakan idola masing-masing baik daripada kalangan juruhebah radio, penyanyi dan pelakon sehingga pada tahap serius menjejaskan kehidupan mereka. Kebelakangan ini pula, pembabitan artis di dalam budaya penyelewengan agak ketara iaitu ajaran sesat dan penagihan dadah.
Apa akan berlaku kepada remaja yang meletakkan artis ini sebagai idola mereka?
Begitu juga dengan bahan bacaan picisan dan majalah yang menyiarkan elemen kurang sesuai untuk tatapan remaja.
Remaja wajar bertanggungjawab ke atas persekitaran baru mereka.
Lantaran itu, mereka mesti memiliki jati diri yang kuat untuk berdepan dengan segala bentuk cabaran dan perubahan supaya tidak hanyut. Timbul pula persoalan apakah yang harus dilakukan untuk menangani remaja bermasalah sebegini.
Dalam hal ini, pendekatan yang terbaik adalah pencegahan. Terdapat tiga tahap pencegahan iaitu di peringkat rendah, menengah dan atasan.
Pencegahan rendah dirujuk kepada jumlah penduduk secara keseluruhannya.
Ia bertujuan mengubahsuai dan melakukan perubahan ke atas persekitaran fizikal serta sosial yang menyumbang kepada masalah ini.
Pencegahan menengah pula ditujukan terhadap kumpulan sasaran atau individu tertentu iaitu mereka yang bermasalah dengan tujuan mengubah corak tingkah laku terutama mereka yang berisiko untuk terlibat di dalam jenayah.
Ketiganya, pencegahan atasan disasarkan kepada remaja yang dikenal pasti sudah menyeleweng.
Ini kita boleh anggap sebagai pencegahan berbentuk pemulihan supaya sikap mereka dapat diubah dan akhirnya membawa mereka ke jalan sebenar sebagai seorang yang berguna.
Masyarakat harus menerima, memberi peluang kedua dan tidak melabel mereka sebagai `budak jahat' kerana stigma ini bukan membantu sebaliknya menambahkan tekanan ke atas mereka.
Lazimnya, kita mahu remaja memahami kedudukan kita, tetapi kajian menunjukkan sejajar dengan perkembangan semasa, keluarga atau ibu bapa memainkan peranan yang lebih dominan untuk mendengar, memahami dan mendekati anak-anak mereka supaya remaja ini merasakan `suara mereka penting'.
Didikan agama juga penting supaya perkembangan kendiri seseorang itu seimbang, bukan semata-mata mengutamakan pencapaian di dalam bidang tertentu sehingga mengabaikan pembentukan akidah.
Dalam pada itu, ibu bapa perlu peka dengan keperluan serta persekitaran remaja ini.
Hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih baik jika ibu bapa kepada rakan sebaya anak turut dikenali, mengetahui apakah aktiviti yang mereka jalankan dan sejauh mana perkembangan semasa turut mempengaruhi minat dan perbualan mereka.
Pemantauan berterusan akan membolehkan remaja yang berkualiti, bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi seimbang dari segi memiliki peribadi unggul. Pembabitan remaja terutamanya pelajar sekolah di dalam jenayah perlu diterokai secara lebih mendalam.
Semua pihak harus memainkan peranan yang saksama tanpa menyalahkan mana-mana pihak termasuk ibu bapa.
Amalan agama mesti dijadikan sebagai asas ke arah pembentukan keluarga yang bahagia kerana ia tidak mengenal latar belakang sosioekonomi sesebuah keluarga.
Jenayah di kalangan remaja dapat dibendung sekiranya transformasi nilai dapat dilakukan ke arah melahirkan remaja yang berkebolehan dan cekap di dalam bidang yang dipelopori.
- DR. SIVAMURUGAN PANDIAN ialah pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Wednesday, July 06, 2005

Kondom baru mesra pakai

KOBE: Jepun melakukan pembaharuan supaya lelaki lebih berminat memakai kondom dengan menjadikan getah yang nipis itu lebih tebal dan bercahaya di dalam gelap.Satu persidangan mengenai AIDS yang diadakan di sini memberi tumpuan bagaimana untuk menggalakkan penggunaan kondom di kalangan masyarakat membangun dan konservatif. Tetapi, Jepun sebagai penganjur melihat penjualan kondom semakin berkurangan.Jepun buat pertama kalinya tahun lalu mencatatkan rekod lebih 1,000 kes baru HIV atau AIDS, yang dianggap rendah mengikut standard antarabangsa dan pelik bagi negara maju yang sepatutnya jangkitan baru semakin berkurangan.“Sejak pertengahan 1990-an kami mendapati penjualan di negara industri semakin menurun disebabkan pengurangan penggunaan kondom di kalangan lelaki muda atau pasangan muda yang tidak melakukan seks,” kata Akira Tsukamoto, jurujual pengeluar kondom terkemuka di Jepun, Okamoto.Syarikat itu menyediakan lebih 60 peratus pasaran kondom dalam negara itu yang bernilai 10 bilion yen.Penggunaan kondom di Jepun memuncak awal 1990-an berikutan kebimbangan terhadap jangkitan HIV, kata Tsukamoto.“Tapi, detik itu sudah berlalu dan kami kini melihat kepada golongan muda yang pernah menonton video lucah dan berfantasi serta salah anggap mengenai seks.“Lelaki muda kini lebih suka tidak menggunakan kondom kerana terpengaruh dengan aksi pelakon lucah yang tidak menggunakan kondom. Disebabkan Jepun tidak memiliki pendidikan seks yang sempurna kepada pelajar mereka percaya apa yang ditonton,” kata Tsukamoto. – AFP

Demi Gadisku

Alan memangku kepalanya. Masih ada banyak masa lagi sebelum pesawatnya akan berlepas. Sebelah kanannya ada dua orang gadis yang rancak berbual. Alan tidak tahu apa yang harus dilakukan tika itu. Nak beli surat khabar, terasa malas lantas dia membatukan diri.

“Frnn, nanti kau study elok-elok. Kalu boleh jumpa aku kat oversea nanti. Aku tempahkan tempat untuk kau disana”

“Sure” jawap seorang gadis seorang gadis yang memakai gaun putih.

Alan yang pada mulanya tidak mengambil kisah perbualan kedua gadis itu mula memberikan perhatian. Pandangannya mula tertumpu kepada gadis yang memakai gaun putih itu.

“How nice is she” desis hatiku.

Gambaran wajah gadis itu terbawa-bawa sehinggalah pesawat yang dinaikinya verlepas. Macam pernah nampak. Dua butir tahi lalat yang berada selari di bahagian atas dan bawah bibir sebelah kanan itu macam pernah dilihatnya. Jarang ada orang yang memiliki tahi lalat sepertinya.

Aku memaksa fikiran melayani ditik-detik di mana wajah itu pernah dilihat. Rasa-rasanya di Kampung Hutan Melintang yang pernah ditinggalkan selama hampir 10 tahun lalu. Ketika itu umurnya baru 13 tahun.

“Kuih Kuih!” aku menggamit budak perempuan yang bertocang ekor kuda itu. Dia mengambil beberapa jenis kuih. Setelah membayar harga kuih yang dibelinya, budak itu melangkah pergi. Entah macam mana, budak perempuan itu tersadung batu lalu terjatuh. Aku segera mendapatkan budak itu. Budak itu cuba bangun lalu sedaya upaya mengambil bakul kuihnya.

“Adik tak apa-apa ke?” Aku bertanya, cemas melihat insiden sebentar tadi.

“Tak apa. Tak sakitpun!” Budak itu cuba berjalan seperti biasa namun kelihatan agak tempang. Aku dapat melihat kesan darah pada lutut budak peremuan itu.

“Luka lutut adik nie” Mari masuk dalam. Biar abang letakkan ubat” pelawaku. Budak itu menurut saja, mungkin kerana tak tahan dengan kesan luka yang dialami.

Akupun mencuci luka pada lututnya dan menyapukan ubat luka.

“Ehh cantiknya tahi lalat adik ni Nama adik siapa?” Aku cuba memancing perhatian budak itu yang masih mendiamkan diri.

“Adik” sepatah katanya.

Nama abang alan. Abang hantar adik balik ye, kaki masih sakitkan?” aku hulurkan bantuan dan budak itu bersetuju.

Sejak hari itu, aku sering membeli kuih dari budak perempuan yang membahasakan dirinya sebagai “adik”. Aku tak pernah tahu nama sebenar budak perempuan itu sehinggalah sebulan kemudia keluarganya berhijrah ke Kuala Lumpur. Aku langsung tak pernah mendengar khabar gadis itu,

Aku pasti gadis yang memakai gaun putih itu adalah “adik” yang pernah tinggal di Kampung Hutan Melintang. Aku sendiri tidak tahu kenapa fikirannya masih memikirkan cara untuk dengan gadis itu. Hasratku disuarakan kepada Fariz, teman serumahku.

“Apa kau nak buat nanti?” Soal Fariz bilamana dinyatakan isi hatiku.

“Tengoklah. Mungkin aku jadi penjual air batu mahupun jaga kat sekolahnya.” Selamba aku menjawap.

“Apa kau dah gila ke alan?” Fariz terkejut dengan jawapanku

“You call this madness but I call this love” tegasku.

“Whatever pun, good luck” balas Fariz.


Bersambung…

Antara awek dengan Rm 50

Semalam aku turun KL sebab nak jumpa awek aku. Dah lama tak jumpa dia. Rindu siot. Dan semalam gak nasib aku sial sebab duit aku hilang. Kalau setakat lima ringgit aku tak rasa terkilan sangat tapi nie sampai lima puluh ringgit. Banyak tuh. Sakit rasa..Dah lama tak jumpa dia..Rasanya makin cute ler pulak. Bila nak balik tumpang kereta member. Tapi aku rasa lagi rugi sebab aku kena bayar duit minyak ngan tol. Kalau aku naik bas tak ler kena bayar tuh semua. Huh nasib nasib…

Dah lama rasanya aku tak menulis kat sini. Semalam bila aku pergi KLCC. aku rasa sekarang banyak sungguh orang Indon kat sana. Aku rasa macam aku pulak yang pergi ke Indonesia. Begitu juga di Melaka. Kalau yang melepak kat Melaka Sentral petang-petang tuh bukannya orang kita sebaliknya orang dari negara asing. Dah macam tempat tuh tempat diorang pula. Kalau setakat lima enam orang takpalah gak tapi nie dah berkumpul 5 6 group. Aku rasa Kerajaan patut pantau benda nie. Bukan apa Cuma tak elok apabila pelancong asing lihat lebih ramai orang Indon dan Bangla dari orang tempatan sedangkan ini adalah negara kita sendiri.

Alan memikir : Kerajaan patut bertegas dalam isu PATI. Bukan sekadar bercakap sahaja.

Penghormatan Kepada Pemimpin Negara

Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah meletakkan kemerdekaan negara atas asas Ekonomi Pasaran - asas yang benar dan teguhmenghadapi ujian zaman, membantutkan kemaraan ultra nasionalisme dan menghancurkan sosialisme dan komunisme. Beliau telah melancarkan" DasarSaya, yang saya selalu tegaskan dengan jelas dimana-mana ialah untuk memberikan kepada rakyat makanan dan bukannya peluru, pakaian dan bukannya uniform dan perumahan bukannya berek.

Tun Abdul Razak telah mengemukakan Dasar Ekonomi Baru untuk mempersimbangkan perkembangan dasar ekonomi pasaran itu supaya berlaku pembahagian hasilnya secara adil demi menjaminkestabilan dan masa depan negara.

Dr. Mahathir dengan dedikasi dan komitmen sepenuhnya kepada pembangunan negara telah merealisasikan semua dasar benar yang diwarisi daripada Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak kepadatahap yang membangunkan dalam jiwa bangsanya rasa kebanggaan dan penghormatan diri seperti yang diikrarkannya apabila mengambil alih pemerintahan negara.

Beliau membawa keluar rakyat daripadamentaliti penjajahan kepada keyakinan diri dengan membuat langkah-langkah berani seperti pengambilalihan Carcosa daripada British, menukarkan hak milik ladang asing dinegara ini kepada rakyat tempatan,dan seterusnya mencabut legasi Bristish daripada sistem kehakiman dan keadilan Malaysia.

Rakyat Malaysia mengenang semua pemimpin mereka yang telah memberikan sumbangan dengan cara masing-masing, cara kiri atau kanan, daripada Dr. Burhanudin Hilmi, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Mohammad, Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir.

Sumber Rujukan : Mahathir Di Sebalik Tabir oleh Zainuddin Maidin

Rahsia Bulan

Kasih Sayang Mengikut Bulan Anda Dilahirkan..

Januari

- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya di khianati- Sukar setia pada yang satu.- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya -Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3,6,8,11.- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari

- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.- Amat hormat kepada pasangan.- Amat suka memikat pasangan.- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.- Kurang beremosi terhadap pasangannya.- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

mac

- Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati- Sangat baik dalam menjaga perhubungan- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.- Persaan cemburu yang minima.- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.- Berprasangka terhadap pasangan.- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.- Sentiasa ingin diberi perhatian.- Amat cemburu dalam perhubungan.- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.- Romantik dan terlalu romantik- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap 'hamba cinta'seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha .- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4,7,11,2- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.(Patutle OrgHindustan giler babi jiwang).

mei

- Amat mudah jatuh cinta.- Baik dan jujur dalam perhubungan.- Pandai menarik hati pasangan.- Perasaan cinta yang mendalam.- Mudah untuk di pujuk.- Kurang suka untuk sentiasa bersama.- Mudah menerima cinta seseorang.- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.- Ambil berat dalam menjaga hubungan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6,9,10,11

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.- Cerewet dalam hubungan.- Selalu beremosi.- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.- Cepat rasa bosan dalam percintaan.- Kurang yakin dalam perhubungan.- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.- Dahagakan pujian dari pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

julai

- Amat suka didampingi pasangan.- Sukar dimengerti oleh pasangan.- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.- Amat menghargai kesetiaan pasangan.- Mengambil berat dan mengasihi pasangan- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai, -- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.- Suka merajuk dan dipujuk.- Setia terhadap pasangan.- Suka mendengar dan tidak suka membantah.- Cemburu terhadap pasangan.- Suka menilai dan menjaga perhubungan.- Pasangan Ideal : Lahir bulan 4,6,7

Ogos

- Tidak serius dalam perhubungan- Mengambil mudah dalam perhubungan- Kesetiaan di ragui.- Pandai memujuk pasangan- Suka memimpin pasangan.- Romantik, Pengasih dan Penyayang.- Kelam kabut dalam perhubungan.- Sering bertukar pasangan- Sukar mencari pilihan yang tepat- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,6,10,12- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalambulan ini.

september

- Bersopan dalam hubungan- bertolak ansur terhadap pasangan- Suka mengkritik pasangan- Sangat prihatin terhadap pasangan- Sangat sensitif dan emosi- Pandai memahami pasangan- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan- Amat memilih pasangan- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11
Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.- Sopan terhadap pasangan.- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Sukar menerima pandangan pasangan.- Emosi yang mudah terusik.- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.- Cemburu dan terlalu cemburu.- Romantik- Memahami pasangan.- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

november

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.- Mudah ambil berat terhadap pasangan.- Tidak menghargai perhubungan.- Sambil lewa dalam perhubungan.- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.- Kurang bersama dengan pasangan.- Pasangan Ideal: 4,7
Disember

- Pemurah terhadap perhubungan- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.- Tergesa-gesa dalam perhubungan- Suka didampingi oleh pasangan.- Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu. (Utk Lelaki)- Suka mempengaruhi pasangan- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3,9,11,12.

Saturday, July 02, 2005

Spa & Butik: Spa Village unik, istimewa

PERSEKITARAN yang cantik dan menarik, mampu mengubah perasaan seseorang. Pengalaman itulah yang akan dikecapi pengunjung apabila tiba di Spa Village Kuala Lumpur yang terletak di tingkat empat, The Residences di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.
Sebaik saja kaki melintasi laluan menuju ke spa, berdekatan di kawasan itu akan kelihatan ikan berenang bebas dan riang di dalam kolam dengan ditemani pandangan sekeliling yang menghijau serta membangkitkan kesegaran.

Tiba di spa, tempat pertama menyambut pengunjung ialah ruang istirahat yang mengagumkan dan di situ jugalah anda akan dihidangkan secawan teh sebagai tanda kemesraan. Setiap kerusi di situ disusun menghadap skrin televisyen besar yang menayangkan beberapa visual pemandangan indah dan bunyi-bunyian unsur alam semula jadi yang mengasyikkan. Sehinggakan ada ketika, anda akan benar-benar berasakan diri berada di kawasan air terjun dengan suasana damai dan tenang.

Pengurus Spa, Chik Lai Ping, berkata pemulihan zahir dan minda menunggu pengunjung di Spa Village Kuala Lumpur kerana rawatan perkhidmatan di sediakan sememangnya amat unik dan mempunyai beberapa keistimewaan.
“Spa ini dibangunkan dengan mendapatkan khidmat beberapa pakar terapi dan meditasi. Gabungan ini membuatkan rawatan disediakan lain daripada yang lain dan mampu memberi kepuasan seperti dihajati oleh pengunjung,” katanya.
Chik berkata, antara rawatan yang mesti dicuba ialah Sensory Exploration yang memberikan pengalaman menarik dan unik. Pengunjung mungkin tidak akan menikmati rawatan seumpama itu di mana-mana spa sebelum ini kerana ia memang direka khusus untuk pengunjung Spa Village Kuala Lumpur.

Sesi rawatan itu boleh dilakukan secara individu atau beramai-ramai dan dibuat di dalam satu bilik khusus yang dinamakan bilik Sensory. Memulakan rawatan, pengunjung akan diberi sehelai kertas dan pen serta disuruh menulis apa yang membelenggu dirinya ketika itu. Kemudian, disuruh berbaring di atas tikar yang disediakan.
Bilik itu hanya diterangi cahaya samar pada siling dan ia bertukar-tukar daripada warna merah ke biru dan hijau yang dikatakan membantu mengubah perasaan. Dalam keadaan berbaring dan menutup mata, ahli terapi akan menyuruh anda menarik nafas beberapa kali atau memandang cahaya lampu berkenaan.
Selepas itu, kertas yang ditulis tadi disuruh dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air. Anda akan melihat dakwat basah ditulis pada kertas itu akan perlahan-lahan hilang.
“Ia memberi satu simbol yang unik sekali tetapi bagi yang pernah membuat sesi rawatan satu jam ini, pasti akan mengakui, apa yang membelenggu dirinya pada awal tadi, sedikit sebanyak turut hilang. Dan pada akhir rawatan, terapi akan mengurut kaki dan bahu anda,” kata Chik lagi.

Beliau berkata, untuk sesi individu rawatan itu mengenakan bayaran RM225 (seorang) manakala jika berkumpulan ialah RM150 setiap seorang.
Katanya, terdapat banyak lagi pilihan rawatan yang boleh dipilih pengunjung daripada rawatan tradisional hingga rawatan terapi barat. Antaranya ialah Swedish, Aroma, Lomi-lomi, urutan tradisional Melayu, Thai, Bali, Batu panas, dan urutan Cina, Tui-na An Mo.
Bagi mengecapi pengalaman individu selama tiga jam yang berharga RM 675, pengunjung boleh memilih rawatan seperti Trade Winds (gandingan timur dan barat), rawatan Peranakan Cina, Terapi Rose dan Tun Teja manakala khusus untuk lelaki ialah terapi Gandapura dan Hang Tuah.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut hubungi, 03 27829090 atau emel spavillagekl@ytlhotels.com.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...