DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam.
Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.Katanya: “Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. “Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat."Dalam riwayat lain, Luqman berkata: “Hai anakku!
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. “Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.“Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa kepada Allah.Kata-katanya mengandungi makna tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.Dalam riwayat lain, Luqman berkata: “Hai anakku! Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. “Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.“Hai anakku! Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu. Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu.”Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?Luqman dalam membuat perbandingan antara kedua-duanya, berpesan kepada anaknya:“Hai anakku! Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis perkahwinan. “Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia.” Luqman juga berpesan supaya kita bersederhana dan tidak bersikap berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara. Sebabnya, seperti katanya: “Hai anakku! Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar."Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: “Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Malik: Luqman telah berkata kepada anaknya: "Hai anakku! Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?"Bercakap mengenai pujian pula, katanya: “Hai anakku! Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya. “Hai anakku! Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan daripada mereka. “Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan tenang dari kejahatannya (pujian)."Kata Luqman lagi: "Hai anakku! Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu."Hai anakku! Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata.“Hai anakku! Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan membencimu. “Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu. “Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan. Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan.”
Followers
Monday, January 31, 2005
Sunday, January 30, 2005
Kebosanan melanda lagi
Hari nie hari ahad. Aku cam biasa stiil boring tak ada buat apa apa. Aku sebenarnya tak tahu nak buat apa. Malam tadi cam biasa merayap ngan member. Malam nie aku tak tahu nak kemana. Maybe duk kat umah je lah. Internet kat umah memang slow. Aku nak online memang sakit sebab nak bukak satu page tuh punyer lah lembab. Nak ambik streamix tak ada duit lak. Aku dah tertinggal satu isu majalah Remaja. Sedihnya...semua kedai kat tempat aku dah cari tapi dah habis. Sekarang nie aku nak cari isu baru lak sempena Valentime. Aku tak tahu lagi nak jumpa awek aku ke tak masa Valentime ni sebab dia tak ada masa. Sekarang nie Amerika nak serang Iran lak. Aku tak tahulah apa problem sebenarnya dengan Bush nie..Dia nie memang pening. Tak habis-habis problem. Akupun tak tahu nak cakap dah. Sampai sini sajelah coretan kali nie. Lain kali aku masuk lagi chow dulu..
Friday, January 28, 2005
Budi bahasa cermin peradaban bangsa
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita perlu disambut dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dari kempen, ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita.
Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperleceh atau menganggap orang yang berbudi bahasa itu kecil dan lemah.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam.
Tidak mengendah atau memandang kecil pada mereka yang menegur dengan sopan demi menjaga air muka dan nama baik, hanya menjelaskan ketidakmatangan dan sikap yang kurang bijaksana. Dan ini berlaku lazimnya apabila keangkuhan telah menguasai diri. Rentetan itu, akan terbitlah di hati, ibarat menyiram air di daun keladi.
Perlu diingat bahawa di sebalik tutur kata yang manis dan sopan serta budi bahasa yang lemah lembut, orang Melayu sangat mementingkan harga diri.
Walaupun perahu sedang berlayar;
Dilanda ombak karam terbalik;
Walaupun Melayu terbilang sabar;
Apabila diinjak, pitamnya naik.
Maka, sebelum `pitam anak Melayu naik,' maka sahutlah budi bahasa dengan adab dan sopan-santun, dan bukan itu sahaja ia perlu diterima dengan akal budi yang tinggi.
Meminjam puisi Usman Awang (1988), yang dirakamkan oleh Lim Swee Tin dalam kertas kerja beliau semasa seminar di Melaka lebih seminggu lalu, yang antara lain mengungkap, Melayu itu maknanya bijaksana; Jika menipu pun bersopan; Kurang ajarnya tetap santun; Dajalnya cukup selamba; Budi bahasa jangan dikira; Beraninya cukup benar; Tunduk bila bersalah; Lembutnya cukup jantan; Berkelahi cara Melayu; Menikam dengan pantun; Menyanggah dengan senyum; Marahnya dalam tertawa; Merendah bukan menyembah; Meninggi bukan melonjak.
Begitu unik dan istimewa bangsa ini sekalipun ketika bertarung, mereka masih boleh berpantun walaupun dalam bentuk yang sungguh sinikal.
Budi bahasa juga cerminan budaya. Budi bahasa yang indah mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Budaya diterbitkan oleh kebijaksanaan, maka budaya sesuatu bangsa melambangkan sebahagian daripada peradaban bangsa. Lantas budi bahasa orang Melayu telah mewakili peradaban orang Melayu, yang sifatnya sangat indah. Bukan sahaja untuk dilihat malah untuk kita semua menjadi sebahagian daripadanya.
Budi bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Mungkin ada benarnya bila ada yang berpendapat bahawa kempen ini menunjukkan tanda peradaban yang mula goyah. Ribut taufan dan gempa bumi adalah faktor yang menghancurkan peradaban dari aspek fizikalnya, namun bangsa yang jiwanya penuh peradaban mampu membina semula kehancuran ini. Akan tetapi apabila satu-satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka kehancuran sesuatu peradaban akan berlaku sehingga ke akar umbi.
Dalam Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, beliau meriwayat ``Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur.'' Dan ini menunjukkan bahawa Islam sangat mementingkan budi bahasa sebagai antara elemen yang menyempurnakan Islam seseorang selain dari aspek akidah dan syariahnya.

Kempen Berbudi Bahasa
Ermm sejak akhir akhir nie kerajaan banyak lancarkan kempen. Antara lainnya ialah kempen memerangi denggi dan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Kempen memerangi denggi diadakan kerana banyak kes kematian dilaporkan akibat denggi. Kes yang terbanyak dilaporkan di Selangor. Aku tak pelik sebab aku pernah tinggal di Ampang..PBT kat sana memang kurang aktifpun. Sampah sarap bersepah-sepah. Nak disalahkan orang awam memang patut sebab mereka yang membuang sampah tu dan kurang kesedaran sivik namun pihak berkuasa juga perlu bertindak. Dah kalau tau sampah bersepah, longkang tersumbat kenalah buat sesuatu. Ni sampai dua-dua pihak taknak berkerjasama memang payah. Sekarang nie kerajaan memang berusaha untuk membendung penyakit nie tapi yang paling diharapkan ialah kerjasama daripada orang awam atau sesuatu komuniti di sesebuah tempat. Ini kerana kalau tiada kerjasama daripada penduduk setempat maka kempen ini tidak akan berkesan. Kalau nak diharap pada pihak PBT sahaja memang tak boleh sebab mereka kekurangan orang untuk membersihkan diseluruh kawasan mereka. Akupun dah start clearkan kawasan rumah aku takut-takut kalau jadi kawasan pembiakan nyamuk tak ke naya nanti. Kempen lagi satu ialah kempen berbudi bahasa. Orang ramai diseru supaya mengamalkan budi bahasa yang baik. Akupun sokong kempen nie sebab budi bahasa dalam masyarakat kita dah semakin hilang dan terhakis dari generasi muda. Ramai yang sudah tak menghormati orang lain dan juga ramai yang bertindak mengikut perasan. Baru-baru nie terjadi satu kes samseng jalan raya yang menyayat hati. Muhamad Nazri yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cheras telah dibunuh dengan mengunakan pengunci stereng kereta dalam satu kes kemalangan. Dia dipercayai dibunuh oleh samseng jalanraya yang bertindak melampaui batas. Selain itu tujuan kempen ini juga adalah ditujukan buat kakitangan awam supaya mereka tidak lagi mengunakan bahasa kasar semasa bekerja dan berhubungan dengan pelanggan. Ini kerana banyak kes dilaporkan melibatkan kakitangan awam yang bersikap kasar dan sombong semasa berurusan dengan pelanggan. Akupun tak tahulah sejauh mana kebenaran kes nie sebab aku sendiri tidak mengalaminya tapi aku percaya bahawa memang banyak kes seumpama ini terjadi. Ini perkara biasa kerana ia melibatkan hubungan diantara sesama manusia. Aku sendiripun dulu selalu mengamuk dan mudah marah kalau berhadapan dengan orang yang banyak kerenah. Tapi benda nie bergantung pada diri masing-masing. Sejauh mana keberkesanan kempen nie bergantung pada masyarakat juga kerana mereka sendiri akan menilaikan diri mereka sendiri.
Thursday, January 27, 2005
WASHINGTON: Tindakan Israel memburukkan kumpulan pejuang Palestin memakan diri apabila perbuatan itu sebaliknya mendedahkan pembohongan dan tipu muslihat askar rejim Zionis serta pendatang Yahudi yang menyamar anggota pejuang Palestin.
Dalam kejadian terbaru, pihak Israel menyebarkan pembohongan itu kepada media dunia dengan menunjukkan gambar didakwanya pejuang Palestin termasuk anggota Briged al-Aqsa sedang menjalani latihan di beberapa kawasan di wilayah Palestin.Gambar yang turut disiarkan agensi berita utama dunia itu menunjukkan beberapa lelaki, lengkap mengenakan penutup muka dengan senjata api dan pelancar roket sedang menjalani latihan bagi membuktikan dakwaan kemampuan sebenar pejuang Palestin itu.Namun, usaha itu ternyata mendapat bantahan beberapa pihak yang sebaliknya mendedahkan penipuan rejim Zionis itu menerusi imej serta tempat latihan kumpulan pejuang yang meragukan itu.Salah satu bukti pembohongan itu membabitkan lokasi latihan anggota didakwa kumpulan pejuang Palestin di sebuah khemah pelarian Palestin di Khan Younis, biarpun gambar itu sebenarnya menunjukkannya ladang buah oren yang diketahui hanya dimiliki pendatang haram Yahudi.“Itu bukannya penduduk Arab, tetapi pendatang haram Yahudi. Hanya mereka yang mempunyai ladang oren,” kata beberapa pihak yang memberi pendapat dalam salah satu laman web yang menyiarkan gambar itu.Selain lokasi, penipuan lain membabitkan ‘keberanian’ pejuang Palestin berlatih di kawasan yang terlalu dekat dengan pangkalan tentera Yahudi itu serta mengadakan sidang akhbar kepada wartawan.“Agak menggelikan hati bagaimana pejuang Palestin yang dianggap berani mati itu akan berlatih di khemah Khan Younis yang terletak cuma lima minit perjalanan dari pangkalan tentera Israel. “Jika kanak-kanak Palestin yang tidak bersenjata boleh ditembak askar Yahudi, inikan pula anggota pejuang yang secara terang-terang mengangkat senjata dan dengan imej sedemikian. Tambahan pula mengadakan sidang akhbar yang hanya mendedahkan diri mereka. Tidak masuk akal langsung dakwaan Israel itu,” kata mereka.Selain itu, tindakan kumpulan lelaki itu memakai kasut but yang lazimnya digunakan askar Yahudi itu juga menimbulkan syak mengenai pembohongan pihak Israel itu.“Ini kerana, pihak pejuang Palestin tidak memakai but sebaliknya kasut sukan biasa yang berharga AS$18 (RM68) sepasang. “Tetapi, gambar itu menunjukkan mereka memakai but mahal yang memang digunakan askar Yahudi.”Namun, apa yang lebih ketara adalah kulit putih kuning ‘anggota pejuang Palestin’ yang ternyata bukan milik pejuang sebenar Palestin yang memiliki kulit agak kemerah-merahan serta gelap.Malah, salah satu gambar menunjukkan seorang anggota kumpulan sedang mengangkat senjata dan mendedahkan ‘Star of David’ - lambang negara Israel dan penganut Yahudi.Bukti lain adalah topi askar dan senjata digunakan mereka iaitu raifal mahal bernilai AS$4,500 (RM17,100) setiap satu yang hanya digunakan askar Israel. Kumpulan pejuang Palestin sebaliknya dilengkapi peralatan dan senjata yang murah dan terpaksa dibuat sendiri kerana tidak cukup wang.Sementara itu dalam laporan lain menyatakan Israel kini bersedia melancarkan semula unit perang psikologi khas (PWU) yang bertujuan menyampaikan maklumat palsu berhubung Iran dan negara lain Asia Barat yang dianggapnya sebagai musuh.Sumber media Israel melaporkan semalam, unit itu yang dibubarkan lima tahun lalu, dianggotai berpuluh-puluh pegawai perisikan yang mahir berbahasa Arab termasuk anggota perisikan Shin Beth.PWU akan diketuai seorang pegawai perisikan veteran dan terbabit dalam operasi tertentu.Tahun lalu, Ketua Turus Tentera Israel, Moshe Yaalon ada menyuarakan keperluan memesongkan pemikiran warga Palestin yang usaha memerangi Israel boleh membuahkan hasil.Malah tentera Israel sendiri pernah cuba mengguna pakai syor Yaalon menerusi operasi kejam askar Yahudi serta memusnahkan harta benda pihak Palestin. Kejadian pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Jenin pada 2002 dan kemusnahan di Rafah, Semenanjung Gaza, 2003, adalah selaras perang psikologi Yahudi yang mahu mempengaruhi pemikiran penduduk Palestin. – Agensi

‘Berdagang dengan Asia lebih baik’
CYBERJAYA: Bangsa Eropah tidak boleh memaksa masyarakat Asia menerima budaya dan nilai hidup mereka untuk dijadikan nilai sejagat kerana tidak semua pegangan yang mereka amalkan itu sesuai dengan orang Asia.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata bangsa Eropah tidak boleh menentukan apakah yang baik dan tidak baik untuk diterapkan dalam nilai dan cara hidup masyarakat Asia kerana tidak semua nilai yang mereka pegang itu baik.“Berdasarkan sejarah, kita mempunyai pengalaman buruk apabila mengadakan hubungan dagangan dengan bangsa Eropah di Melaka pada 1511... mereka datang bukan saja untuk merampas hasil negara ini, tetapi juga untuk menakluk.“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai masalah berdagang dengan bangsa Asia seperti China, India dan Arab kerana mereka datang ke negara ini semata-mata untuk berdagang dan tidak pernah berhasrat menakluk,” katanya pada sesi dialog bertajuk ‘Jurang Budaya Antara Eropah dan Asia: Implikasinya’ di Universiti Multimedia Malaysia (UMM) di sini semalam.Turut hadir pada majlis itu isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang juga Canselor UMM; Naib Canselor UMM, Dr Ghauth Jasmon dan Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Dr Peter A Schweizer.Dialog itu dianjurkan bersama oleh Persatuan Life UMM, Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur dan UMM.Dr Mahathir berkata, perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan jurang yang wujud antara kedua-dua bangsa adalah saling menghormati nilai dan budaya masing-masing walaupun wujud perbezaan ketara.“Tindakan seperti membunuh untuk memaksa orang lain menerima nilai dan menentukan corak pemerintah negara lain seperti yang berlaku di Iraq sama sekali tidak wajar dan bangsa Asia tidak dapat menerimanya,” katanya.Mengenai suara majoriti, beliau berkata, masyarakat Asia yang kuat berpegang kepada nilai tradisi juga tidak dapat menerima pegangan bahawa hak individu melebihi suara majoriti.

Saturday, January 22, 2005
Berjumpa mertua???
Semalam (21/1/25) aku pergi ke Jengka untuk berjumpa dengan family awek aku. First time aku pergi tempat camni..Nasib baik aku pergi dengan member aku kalau tak memang cuak juga aku dibuatnya. Jumpa dengan ayah dia berborak skit..Aku tanya sikit tapi ayah dia yang bercerita panjang (memang camni ke orang perak) so benda camni memang legakan hati aku jugalah sebab aku tak payah nak tanya banyak sebab dia dah storykan semua hehehehe. Pastu aku bawak awek aku gi jalan rumah member di tapi yang tak bestnya dia kena bawak adik dia.......Alahai tak seronoknya lah ....Sebenarnya semalam hari raya qurban so kiranya aku pergi berayalah kat umah awek aku nie..Awek aku nie kat Jengka 14. Jauh juga nak masuk dalam tuh. Aku pusing-pusing kat bandar pusat tapi memang tak best langsung..bandar tue lenggang semacam jee...maybe sebab hari raya tapi bagi aku memang tak hidupler kalo duduk kat bandar kecik camtu nak pulak duduk kat kawasan kampung perhhh memang aku leh jadi gila. Bukan aku nak berlagak tapi entahlah memang aku tak boleh stay kat kampung. Bukan aku mengata tempat orang tapi kampung sendiripun aku taknak balik. Memang tak ada apa yang menarik bagi aku kalo kampung dekat hutan mahupun ladang. Lain cerita kalo kampung yang dekat tepi pantai ataupun sungai memang menarik minat aku hehehe sebab dapat main air kekekeke. Cuma yang best kat kampung ialah kalau ade awek cun kat kampung . Itu jee kalau tak memang tak menariklah. esok aku berjalan lagi. Aku temankan member aku pergi ofis dia kat Kl. Kesian lak dia sesorang kat ofis esok sebab esok hari ahad. Dah nasib dia kena kerja 7 hari seminggu. Memang kali nie aku banyak berjalan. Start dari habis praktikal dulu aku selalu keluar merayau..Biasaler rileks-rilekskan minda sebelum start cari kerja. Kalo dah kerja tak boleh dah nak berjalan. Okeylah akupun tak tahu nak tulis apa lagi...Nanti aku sambung chow dulu...
Thursday, January 13, 2005
Pengembaraanku
Sejak aku habis praktikal nie memang aku banyak berjalan je. Sehari selepas aku balik aku pergi ke Kuantan pulak ikut member aku pergi jumpa awek dia. Kitaorang pergi hari ahad, masa aku kat kuantan aku tengok banyak giler awek cun perhhh tak tahan aku...Nasib baik aku still remember kat awek aku kalau tak naya jee aku pasang spare part banyak banyak. Lagipun bila aku pikir balik tak guna aku cari awek kuantan sebab memang dah sah jarang aku ke sana so payahler nak jumpa selalu. Tambang ikut highway baru tu je dah Rm16. Tu baru pergi belum lagi balik, dengan minyak kereta lagi memang sakitlah nak jumpa. Sedangkan dengan Aina niepun memang aku tak pergi jumpa dia kat Kuantan. Tentang Aina aku tak story lagi kat sinikan ermm. Sebenarnya dia dah tak belajar kat Poli Kuantan. Dia sekarang jadi pelatih kat kolej jururawat Hospital Sungai Buloh. Akupun tak tahu kenapa dia minat nak jadi nurse tapi aku memanglah tak halang sebab dah tu impian dia..Lagipun ada hikmah disebalik semua nie sebab bila dia dah ada kat Sungai Buloh tu senang ler aku nak jumpa dia kekekekeke. Sabtu lepas aku baru jumpa dia (8/1/2005). Siap berjemput lagi kat kolej dia tu..kolej dia memang best sebab tempat baru tapi yang penting banyak awek cun kekekeke. Tapi memang sakit masa aku nak mencari dia sebab tempat tu punyalah jauh. Dua tiga kali juga aku bertanyakan pada orang lain mana jalan nak kesana. Bila dah jumpa perhhh cun gak awek aku sorang nie. Dah dekat setahun couple baru first time jumpa kekekeke memang tak pernah buat diorang. Comel gak awek aku tuh adalah macam lynn skit. Member aku cakap dia sama cam lynn awek lama aku tuh ermmm memang pandai aku carik awek kekekeke. Cuma aku kena ajar dia skit camana nak dressing cambest ngan penampilan dia. Ahad pulak aku pergi melaka kena ambik trankrip sijil nagn fail aku. Itupun satu hal gak aku balik seremban dulu pastu hari isnin baru aku pergi melaka. Nasib baik ada Sofi, Mail, Suhairi ngan Fairus. Kalau tak memang aku menanggislah nak pergi sana. Hari isnin tuh je aku pergi ke kolej ambik trankrip dengan hantar buku log. Nak pergi ke pulau Gadong nak ambik fail pulak tak sempat kena balik seremban dulu. Hari selasa baru pergi ambik fail.Tempat dia memang jauh giler. Tengahhari baru dapat pergi sana. Tapi sial aku kena pergi sana lagi sebab nak ambik fail tahap 3 pulak. Kalau ikut hati memang aku malas nak pergi sana sebab buang masa. Nak balik memang susah sebab tak ada bus dari Pulau Gadong tuh. Nasib baik ada Awang, dialah yang hantar kitaorang ke busstop tunggu bus. Kalau nak menapak memang lengitlah. nie baru balik dari seremban memang penat. Sekarang nie aku nak rileks rileks kat rumah. Minggu depan dah raya haji erm bestnya hari raya. Bulan dua pulak dah tahun baru cina...Aku tak tahu lagi nak buat apa lagi dalam sebulan dua nie...Maybe tidur je lah kekekeke..Akupun tak tahu nak tulis apa lagi nanti kalau ada masa aku conteng lagi kat sini..Chow dulu babai...
Thursday, January 06, 2005
Saya baca doa tahan lapar’
PELABUHAN KLANG: Rizal Sahputra, mangsa tsunami dari Aceh yang terapung di Lautan Hindi selama lapan hari sebelum diselamatkan sebuah kapal kontena Isnin lalu, sentiasa membaca doa menahan lapar dan tidak meninggalkan solat sepanjang berada di lautan.
Rizal, 20, yang berasal dari Banda Aceh berkata, sebelum diselamatkan anak kapal Durban Bridge Isnin lalu, beliau tidak pernah berhenti membaca doa tahan lapar dan memohon semoga selamat daripada bencana yang dihadapinya.Menceritakan pengalamannya, Rizal berkata, ketika tsunami melanda Banda Aceh pada tengah hari 26 Disember lalu, dia bersama beberapa rakannya menyertai satu gotong-royong membina sebuah masjid.“Ketika sedang membuat masjid, tiba-tiba datang kanak-kanak yang menjerit ‘lari, ombak besar’. Masya-Allah, saya nampak ombak besar datang lalu terus berlari dan memanjat sebuah gedung (kedai) dua tingkat.“Bagaimanapun, ombak yang merempuh itu terlalu besar sehingga menyebabkan semua tenggelam, saya seorang saja tinggal. Kemudian, datang lagi ombak yang lebih besar, setinggi kira-kira 15 meter dan saya terus dihanyutkan ke laut.“Ketika itu saya lihat mayat di sekeliling saya. Kiri, kanan semuanya mayat tetapi saya enggak (tidak) takut, cuma saya terfikir... alah kalau-kalau orang tua saya sudah meninggal, ya udah (andainya orang tua saya sudah meninggal, apa nak buat),” katanya.
Lelaki dengan ketinggian 1.67 meter dan berat badan 55 kilogram itu ditemui sejurus selepas kapal Durban Bridge berlabuh di Dermaga 21, Pelabuhan Utara di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam.Kapal itu tiba lewat daripada jangkaan awalnya jam 2 pagi berikutan masalah tertentu, termasuk cuaca. Rizal kemudiann dihantar dengan ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.Rizal dijumpai anak kapal Durban Bridge, kira-kira 100 batu nautika dari pantai Aceh dengan hanya memakai kemeja-T jingga dan berseluar pendek hijau tua, sedang berdiri di timbunan pokok yang terapung.Kelibatnya yang melambai ke arah kapal, dikesan anak kapal itu di Lautan Hindi pada kedudukan longitud 58.4 darjah Utara dan 93.4 darjah Timur kira-kira jam 5.20 petang Isnin lalu, waktu tempatan.Seorang anak kapal kemudian melemparkan pelampung kepada Rizal yang kemudian terpaksa berenang sejauh kira-kira 100 meter untuk menghampiri kapal berkenaan, sebelum dibawa naik.Kapten kapal itu, Liu Xiang Ping, kemudian memaklumkan penemuan mereka kepada pihak berkuasa pelabuhan Northport dengan menghantar e-mel dan meminta supaya persiapan dilakukan setibanya di pelabuhan ini.Jumaat lalu, seorang mangsa tsunami dari Aceh yang dikenali sebagai Malawati, 23, ditemui hidup selepas terapung selama enam hari di Lautan Hindi oleh sebuah bot nelayan yang menangkap ikan tuna.Malawati yang berasal dari Nunggayo Tenaom, Aceh Jaya selamat tiba dengan kapal berkenaan ke Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia Batu Maung, Pulau Pinang kira-kira jam 2 petang, Isnin lalu.Ditanya mengenai detik paling menyedihkan baginya sepanjang tragedi itu, Rizal yang masih kelihatan lemah berkata, hatinya amat pilu apabila melihat sendiri bagaimana ahli keluarganya ditelan tsunami itu.“Selain itu, saya juga menyaksikan sendiri bagaimana seorang lagi rakan saya yang masih selamat dengan berpaut di timbunan batang hanyut, hilang dan lemas hanya dua hari sebelum saya diselamatkan kapal ini.“Barangkali, kini semua keluarga saya sudah meninggal dunia. Saya tidak tahu,” katanya sambil kesedihan terbayang di wajahnya tetapi segera ditahannya dengan mengucapkan syukur kepada Tuhan.Rizal yang mengalami banyak luka di kedua-dua belah kaki berkata, sepanjang tempoh di laut, dia terpaksa berpaut pada pokok yang menjadi pelampungnya serta minum air hujan dan air kelapa serta makan makanan yang terapung berdekatannya.Ketika hanyut katanya, dia juga nampak beberapa kapal dan cuba memberikan isyarat tertentu bagi meminta bantuan tetapi kedudukannya agak jauh manakala seorang anak kapal lain sekadar membalas lambaiannya.Rizal berkata, dia juga pernah jatuh ke laut beberapa kali berikutan ombak kuat pada 26 hingga 29 Disember lalu kerana gagal berpaut pada batang pokok yang menjadi pelampungnya, tetapi berjaya naik semula. Ditanya bagaimana dia boleh terselamat sedangkan hanyut lama di laut, Rizal berkata: “Segalanya berkat izin dan kebesaran Allah. Allah mengizinkan saya panjang umur... maka ya, saya panjang umur,” katanya.Sementara itu, Penolong Pegawai Keselamatan Northport, Inspektor Polis Bantuan Abdul Rashid Harun, berkata Rizal memberitahunya yang dia mengamalkan bacaan doa menahan lapar dan tidak meninggalkan solat sepanjang terapung di laut.Beliau yang berkesempatan berbual dengan mangsa sebaik saja kapal itu berlabuh di Pelabuhan Utara berkata, mungkin berkat doa dan solat, menyebabkan Rizal mampu menahan kelaparan selama lapan hari.“Cuma, banyak kesan luka di kedua-dua kakinya dan Rizal nampak lemah serta keletihan tetapi dia boleh berjalan dan bercakap,” katanya.Pegawai Northport yang pertama menerima maklumat mengenai penemuan Rizal berkata, e-mel Durban Bridge disedari kira-kira jam 9 pagi semalam dan beliau terus memaklumkannya kepada ejen kapal, pegawai kanan serta Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC).

Kebaya Nyonya kontemporari
Satu ketika dulu, fesyen kebaya Nyonya seakan dilupakan masyarakat yang lebih cenderung menggayakan busana tradisional diberi nafas baru khususnya kebaya moden. Namun, apabila isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Endon Mahmood tampil dengan buku mengenai genre fesyen berkenaan tiga tahun lalu, kebaya Nyonya kembali mendapat tempat dalam masyarakat.
Bagi menyemarakkan pemakaian genre berkenaan pada zaman moden ini stesen televisyen unggul negara, TV3, menganjurkan promosi Nyonya Kebaya Splendour merangkumi pelbagai acara termasuk makan malam amal dan pameran selain pembabitan beberapa pereka fesyen tempatan yang menghasilkan rekaan berilhamkan kebaya Nyonya. Antaranya, pereka fesyen kian meningkat naik, Nazleen Noor. Beliau yang dianggap barisan pereka fesyen generasi muda tempatan, menghasilkan rekaan kebaya Nyonya yang diberi nafas baru sesuai untuk pemakaian kasual. Apa yang menarik, beliau bukan sekadar menampilkan rekaan berkenaan khusus untuk pertunjukan fesyen, bahkan mengaplikasinya dalam pemakaian harian dengan rekaan lebih segar dan santai. "Kebaya Nyonya sering dianggap hanya sesuai untuk digayakan pada majlis rasmi lebih-lebih lagi jika dihiasi beberapa elemen seperti kerawang dan corak yang sarat menghiasi rekaan berkenaan. Jadi, bagi menarik lebih ramai generasi muda hari ini untuk bergaya dengan busana berkenaan saya menghasilkan rekaan lebih praktikal. "Hitam dan putih menjadi tema himpunan kebaya Nyonya saya ini. Setiap rekaan kebaya diperbuat daripada fabrik polos hitam atau putih supaya boleh digayakan sama ada dengan sarung, skirt, seluar mahupun celana kain," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Selain sering dianggap warna selamat untuk tampil bergaya tanpa mengira majlis, hitam dan putih juga boleh dipadan suaikan dengan pelbagai warna ataupun genre fesyen lain seperti seluar jeans dan skirt khakis. Mungkin ada yang menganggap kaedah padan suai itu merosakkan keaslian busana tradisional, tetapi perlu diingat setiap fesyen itu sendiri melalui proses evolusi selama beratus-ratus tahun dengan gabungan ilham pelbagai kebudayaan untuk disesuaikan dengan cita rasa masa kini. Malah, bagi himpunan berkenaan Nazleen turut mengambil ilham rekaan busana negara lain seperti Oriental dan juga kimono supaya rekaan yang dihasilkan tampak lebih pelbagai dan menarik. "Jika menghasilkan rekaan, kebanyakan pereka lebih suka berkarya dengan idea kreatif dan tidak terhad dengan rekaan asal. Jadi, untuk himpunan ini saya tambahkan dengan pelbagai elemen lain seperti lengan kimono dan kolar Mandarin. "Bagaimanapun, saya pastikan potongan yang dihasilkan tidak lari daripada rekaan asas kebaya Nyonya supaya tidak menjejaskan ciri tradisionalnya. Selain itu, untuk motif pada sarung saya gunakan corak bunga besar bagi membangkitkan seri," katanya. Sebagai hiasan, Nazleen turut tampil dengan aksesori yang direka sendiri. Diperbuat daripada dawai dan batu permata berharga yang menampilkan warna pastel, aksesori berkenaan sesuai digayakan dengan rekaan kasual rekaannya.

Wednesday, January 05, 2005
Kami masih harap sokongan penonton: Syamsuri
“MAAF...kami sudah memberikan yang terbaik tetapi Indonesia ternyata lebih hebat dan tidak terlintas langsung untuk kami menipu penyokong yang bersusah payah memberi sokongan,” kata penjaga gol negara, Syamsuri Mustafa.Penjaga gol yang dibolosi empat kali dalam tempoh 30 minit di separuh akhir kedua bola sepak Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, menegaskan semua pemain negara sudah berhempas pulas mengekang asakan lawan dan masih berkeyakinan untuk mengekalkan rentak permainan seperti biasa.Namun, katanya, sebaik Indonesia mendapat jaringan kedua yang mengikat kedudukan agregat, pemain negara mula cemas kerana lawan ‘kian berhantu’ dan mengasak bertali arus sehingga sukar dikekang.Malaysia yang mencipta kejutan ke atas Indonesia 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno di Senayan, tewas 1-4 dan terpaksa berpuas hati untuk merebut tempat ketiga dan keempat bertemu Myanmar, dalam perlawanan di Stadium Nasional Singapura, 16 Januari ini.“Semua pemain turut sedih dengan kekalahan ini. Tetapi percayalah, kami sudah mencuba sebaik mungkin dan adalah tidak adil untuk membuat tuduhan kami menipu penyokong,” katanya.Syamsuri berkata, kemenangan menjadi matlamat utama anak buah Bertalan Bicskei setiap kali turun ke gelanggang dan mana-mana pasukan sekali pun tidak mahu menyerah kalah dalam satu perlawanan selepas berbulan-bulan menjalani latihan.Sambil tetap berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan lebih 70,000 penonton kelmarin, Syamsuri berkata skuad kebangsaan ketika ini tetap mengharapkan sokongan, lebih-lebih lagi kerana mereka masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan berbanding pencapaian barisan 2002 yang sekadar menduduki tempat keempat.“Pada awal kejohanan ini, tidak ramai yang datang ke stadium kerana tidak yakin skuad ini akan dapat melepasi peringkat kumpulan. Tetapi kami membuktikannya dengan melangkah ke separuh akhir. Kami juga berupaya bermain dengan baik dan dapat menewaskan Thailand dan Indonesia di gelanggang keramat mereka. “Tidakkah itu satu perkembangan menggalakkan? Mengapa kami dikecam sebegini teruk dan dituduh dengan pelbagai gelaran yang tidak enak didengar dan dibaca di akhbar,” kata Syamsuri yang menjadi penjaga gol simpanan di belakang Azmin Azram Aziz ketika kempen Piala Tiger 2002.
‘Saya malu kepada diri sendiri’
BOLA sepak Malaysia merudum ke lubuk paling dalam dengan kekalahan 1-4 kepada Indonesia dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Tiger di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dan buat seketika, peminat mungkin hilang kepercayaan terhadap keupayaan pemain negara.Siapa sangka – di gelanggang sendiri dengan sokongan lebih 70,000 penyokong setia dan bekalan semangat hasil kemenangan 2-1 di Jakarta seminggu lalu, pemain negara terkulai dengan empat gol dalam tempoh setengah jam, memadam terus impian yang dicanang untuk beraksi di pentas final buat kali pertama sejak 1996.Pelbagai persoalan timbul sebaik wisel penamat ditiup pengadil untuk Indonesia menang dengan agregat 5-3 tetapi mudah bagi kita tanpa dipengaruhi emosi, membuat kesimpulan masih ada yang tidak kena dengan skuad yang dilatih jurulatih Hungary, Bertalan Bicskei (gambar) ini.Satu aspek paling ketara dan turut menjadi persoalan kepada Bicskei ialah kelemahan mental yang masih ada pada pemain iaitu sikap mudah hilang semangat apabila lawan menjaringkan gol dan mendahului kedudukan, biarpun pemain pernah berdepan situasi itu ketika bertemu Thailand dan Indonesia di Jakarta tempoh hari.Biarpun ketika rakyat negara ini berharap dan yakin Malaysia mampu bangkit semula dengan perwatakan yang ditunjukkan sebelum ini sesudah Indonesia merapat, menyama dan mendahului agregat gol, malangnya pemain sendiri memilih untuk mengalah pada situasi itu.“Saya malu kepada diri saya dan pasukan ini juga harus berasa malu dengan diri sendiri terhadap apa yang berlaku malam ini (kelmarin). Saya tidak mengerti mengapa kita harus mengalah selepas mendahului dan akhirnya tewas dengan jurang yang besar kerana tidak pernah melihatnya sepanjang karier saya.“Sikap ini tiada sewaktu di Jakarta dan memanglah kita tewas malam ini tetapi sikap dan mentaliti seperti ini sukar diubah. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah kepada pasukan lawan yang bermain lebih baik dan menang malam ini,” kata Bicskei merumuskan apa yang tersirat di sebalik wajah suramnya pada sidang media selepas perlawanan.Namun yang jelas di atas padang, jurulatih Indonesia Peter Withe dilihat lebih bijak mencatur strategi selepas anak buahnya gagal bertindak mencari gol sebaik tamat babak pertama.Kemasukan penyerang veteran, Kurniawan Dwi Yulianto untuk membantu Ilham Jaya Kesuma dan Boas Salossa, serta menukar corak hantaran pendek kepada hantaran jauh untuk dimanfaatkan pemain yang masih bertenaga untuk mengejar bola, memberi ganjaran besar buat Indonesia ketika tahap kecergasan pemain negara mula kendur.Seperti kata Withe, dia terpaksa melakukan rombakan yang dapat memberikan jaringan ketika itu dan kehadiran tiga penyerang serentak mungkin menjadi strategi terbaik, berbeza dengan Bicskei yang bertindak mengeluarkan penyerang yang mengalami kecederaan, Liew Kit Kong dan memasukkan pemain pertahanan Nor Fazly Alias untuk mempertahankan kedudukan yang tampak semakin rapuh.Buat seketika, pasti ramai peminat tidak dapat memaafkan Bicskei kerana bertindak menggugurkan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia (MSL), Indra Putra Mahayuddin dan Hairuddin Omar selepas kehilangan Akmal Rizal Rakhli dan terbaru V Saravanan dalam senarai penyerang negara.Luka hati peminat pasti mengambil masa panjang untuk sembuh, lebih-lebih lagi selepas mereka disogok dengan harapan dan impian menggunung untuk mengakhiri penantian cukup lama menggenggam kejuaraan besar di pentas antarabangsa.Apapun, pemain kebangsaan mampu menagih semula simpati, mengubat kekecewaan itu dan menarik semula kepercayaan peminat dalam perlawanan merebut tempat ketiga bertemu Myanmar di Stadium Nasional Singapura, 16 Januari ini. Tetapi sekali lagi, pilihan di tangan Bicskei dan anak buahnya.
Malaysia oh Malaysia
Ermm dah berapa hari aku tak update jurnal aku nie. Akupun dah lama tak masuk Myrakan. Semalam aku masuk myrakan dan masa tulah aku baru perasan yang profail aku kat Myrakan tu tetiba blank. puas pulak aku nak repair profail malam tadi. Tentang isu semasa ermm pasukan bol sepak malaysia memang memalukan. Ada ke main kat tempat sendiri boleh kena 4-1. Memang memalukan. Kalau aku baik aku bunuh diri jee memang memalukan. Lepas nie aku tak pelik kalau semua orang tak menyokong pasukan sendiri hua hahahahaha. Sekarang nie aku bermalas-malas kat rumah. Hari ahad lepas aku pergi Kuantan ngan member aku. Member aku pergi jumpa awek dia kat sana. Ermm tu kali kedua aku pergi Kuantan...Cam best juga tempat dia. Paling best aku rasa ialah banyak giler awek kat sana kekekeke. Aku sekarang memang dah jarang nak online. Bukan apa cuma tak tau nak buat apa. Tadi ada orang repair paip air kat rumah aku..Itu jelah peristiwa yang terjadi buat masa sekarang kekeke..Chow dulu beb..
Subscribe to:
Posts (Atom)