Followers

Thursday, November 17, 2005

Tazkirah

....kita terasa nak balas dendam sebab kita rasa mampu dan patut untuk melakukannya. Sedangkan kita lupa, sekiranya kita memaafkan, hati akan menjadi lebih tenang.

......Syaitan akan terus menghasut sehingga kadang-kadang kesalahan yang kecil, akan nampak besar pada mata kita. Api yang kecil, tiba-tiba menjadi besar. Hinggakan kadang-kadang, tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan...

Friday, November 11, 2005

Aku Menulis Lagi

Dah lama tak masuk sini. Cuti aku dah nak habis wuhuuhuu..Ahad nie aku kena balik Melaka. Bosan balik aku bila kat sana. Semalam aku pergi Kl. Tujuan aku turun Kl semalam adalah nak jumpa orang rumah aku. Dahlah raya tak pergi umah dia. Rindu Giler babas kat dia. Semalam kiorang lepak2 kat B.B. Malam tadi plak aku turun lagi KL. Pergi ngan member lama. Ronda2 kat Bangsar malam tadi. Bersepah aku tengok budak sana isap shisa. Dah macam jadi budaya kita pula benda alah tue. Aku tak paham orang melayu ni. Benda benda yang tak berfaedah cepat sangat jadi ikutan. Entah apa problem mentaliti orang melayu nie akupun tak tahulah...

Wednesday, November 09, 2005

Ella, Jojie rancang nikah serentak

GOSIP yang mengatakan Ella akan menamatkan zaman daranya bukanlah satu cerita yang asing dalam dunia hiburan tempatan sejak kebelakangan ini.
Khabar angin yang melanda ratu rock tempatan itu banyak kali dipaparkan oleh media massa terutamanya majalah-majalah hiburan.
Ella seakan sudah lali dan bijak bermain kata-kata terutamanya apabila diajukan oleh para wartawan hiburan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun dalam satu pertemuan dengan wartawan baru-baru ini, Ella tidak menafikan dia kini sedang membuat persiapan untuk melalui saat-saat bahagia dalam hidupnya itu.
"Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar, Ella mahu mendirikan rumahtangga pada pertengahan tahun depan.
"Calonnya (bakal suami) sudah ada, tetapi buat masa ini Ella tidak mahu dedahkan siapakah orangnya. Apa yang Ella boleh beritahu, dia (calon suami) bukanlah artis atau selebriti tetap hanya orang biasa.
"Apabila sudah ada tarikh yang sesuai Ella akan umumkan tarikh pernikahan atau persandingan Ella itu nanti,'' katanya sewaktu ditemui selepas penggambaran klip video terbarunya berjudul Dunia Batinku yang diadakan di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.
Kata penyanyi berusia 39 tahun ini, dia juga merancang untuk mendirikan rumahtangga serentak dengan kakaknya, Jojie, 40, yang juga merupakan pengurusnya.
"Keluarga Ella memang mahu kami kahwin serentak kerana sudah sampailah masanya kami mendirikan rumahtangga.
"Ini kerana, dalam keluarga lapan beradik cuma Ella dan Jojie sahaja yang belum berkahwin. Memang menjadi hasrat emak Ella (Yang Asmah Long) mahu melihat kami berdua bersuami sebelum dia tiada (meninggal dunia),'' ujarnya penuh yakin.
Jelas Ella, ibu dan keluarganya merestui hubungannya dengan calon suaminya itu yang dikenalinya beberapa tahun lalu.
"Calon suami Ella adalah ahli perniagaan biasa sahaja. Tetapi apa yang penting emak Ella berkenan dengan calon suami Ella itu kerana latarbelakang dan pendidikan agama yang ada padanya.
"Begitu juga dengan calon suami Jojie yang bukan artis atau VIP. Kalau semuanya berjalan lancar, keluarga Ella merancang untuk mengadakan majlis pernikahan Ella dan Jojie dibuat serentak di Mekah dan majlis kendurinya pula akan diadakan di Klang, Selangor.
"Selepas pernikahan itu, Ella dan anggota-anggota keluarga terdekat termasuk ibu Ella akan menunaikan ibadah umrah di sana,'' kata Ella lagi.

Tuesday, November 01, 2005

Selamat Hari Raya

Hari nie aku kat Kg. Aku balik hari khamis lepas. Tak banyak beza bandar aku nie sejak aku tinggalkan dulu. Dah lama aku tak balik. rindu rasanya. Tapi still ada sesetengah tempat masih tak dapat aku kunjungi di atas sebab2 peribadi. Ada komputer baru kat umah aku sekarang tapi tak guna. Tiba-tiba rosak pulak. Memang sial sebab rosak time aku cuti. Hari raya nie aku rasa tak meriah langsung. Cam bodoh je aku rasa..Anyway aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada sume yang sudi masuk ke blog nie.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...