Followers
Thursday, June 30, 2005
Menyahtoksik secara semula jadi
Ini mungkin menunjukkan bahawa anda perlu menyahtoksik dan membersihkan sistem perkumuhan dalam badan anda.
Hati (hepar) ialah organ penyahtoksikan yang utama. Bahan buangan juga disingkirkan melalui buah pinggang, kulit, najis dan paru-paru.
Jika toksin yang berlebihan terkumpul dalam badan kita, sistem penyahtoksikan badan akan terjejas.
Sumber toksin termasuklah racun perosak, bahan tambah makanan, sisa bahan cemar pertanian dalam daging, tanaman, hasil tenusu, kehadiran logam berat dalam ikan dan air.
Badan juga menghasilkan toksin daripada proses metabolisme makanan. Jika makanan tidak dicernakan dengan sempurna, bakteria dan yis yang berbahaya boleh berkembang dan boleh menghasilkan bahan sampingan yang bertoksik.
Progam penyahtoksikan yang kerap boleh membantu mengekalkan kesihatan untuk menangani pelbagai masalah kesihatan, sama ada kronik atau tidak.
Terdapat banyak jenis program penyahtoksikan yang berlainan dan boleh berbeza bergantung kepada keperluan individu.
Namun begitu, tujuannya adalah sama iaitu menyingkirkan toksin, memulihkan keperluan nutrien dan menyokong sistem perkumuhan badan.
Penyingkiran toksin bermaksud mengelakkan penambahan toksin kepada sistem dan dalam masa yang sama menggalakkan penyingkiran toksin yang tersedia ada di dalam badan.
Untuk menyahtoksik, individu itu perlu mengelakkan pengambilan kafeina, alkohol, rokok, dadah, makanan terproses dengan pewarna, bahan tambah makanan, perisa dan gula ringkas.
Diet perlu kaya dengan makanan organik yang segar, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan, air yang mencukupi, daging tanpa lemak dan bijirin penuh.
Serat bukan sahaja meningkatkan kekerapan dan kuantiti najis bahkan mengurangkan penyerapan semula toksin daripada hasil buangan.
Suplemen untuk menyahtoksik
Apabila toksin yang dihasilkan oleh bakteria dan yis berbahaya dalam usus diserap, masalah seperti kembung, jangkitan yis (kandida), penghasilan gas berlebihan, diarea (cirit-birit), sembelit, alahan (alergi) dan masalah kulit akan berlaku.
Ini juga mungkin merupakan penyebab kepada masalah kesihatan yang lain.
Oleh itu, pengimbangan semula flora usus menerusi pengambilan suplemen probiotik adalah penting untuk menyingkirkan mikroorganisma yang berbahaya ini.
Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang bermanfaat dalam mencegah dan menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya, membantu dalam pencernaan makanan, menurunkan paras kolesterol dan menghasilkan pelbagai jenis vitamin termasuk vitamin B kompleks dan vitamin K.
Sesetengah jenis bakteria bermanfaat daripada strain Bifidobacteria berupaya menguraikan toksin berbahaya dalam usus yang boleh menyumbang kepada terjadinya kanser.
Bagi memudahkan proses penyahtoksikan, kita perlu mengurangkan beban hati di samping menggalakkan pemulihan fungsinya.
Pemakanan dan herba berperanan penting dalam hal ini. Nutrien antioksidan seperti beta-karotena, vitamin C, E, zink dan selenium melindungi sel hati daripada serangan radikal bebas.
Radikal bebas adalah molekul yang sangat reaktif yang boleh memusnahkan struktur sel, maka ia perlu disingkirkan secara berkesan.
Milk Thistle (Silymarin marianum) adalah herba untuk hati yang mengandungi kumpulan antioksidan yang digelar sebagai silymarin.
Beratus-ratus kajian menunjukkan bahawa herba ini dapat mencegah kerosakan hati dan memulihkannya semula daripada kerosakan akibat alkohol, dadah, hepatitis yang kronik dan pendedahan terhadap bahan kimia toksik.
Bahan buangan yang larut lemak biasanya disingkirkan daripada badan melalui hempedu.
Kajian ke atas manusia dan haiwan menunjukkan bahawa Dandelion (Taraxacum officinale) mempunyai kesan langsung ke atas hati dengan meningkatkan pengaliran hempedu lalu membantu dalam penyingkiran toksin secara berkesan.
Dandelion biasanya digunakan bersama-sama dengan Milk Thistle untuk meningkatkan fungsi hati.
Diet dan gaya hidup
- Kurangkan pengambilan hasil tenusu dan daging sambil mengelakkan makanan ringan
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk membantu menyingkirkan toksin secara semula jadi
- Minum lebih cecair, terutamanya air kosong dan jus buah segar
- Mandian stim, sauna dan pengurutan membantu menyingkirkan toksin dalam sel lemak
- Kawal tekanan dengan baik
- Bersenam selalu untuk meningkatkan peredaran darah dan limfa bagi menyingkirkan toksin melalui kulit dan paru-paru.
Monday, June 27, 2005
Malangnya nasibku
Remaja koma dibelasah samseng
Dalam kejadian itu, Asrin Mohsin, 18, dari Blok 1-10-6 Medan Tengku Jelutong, dibelasah sehingga pengsan oleh sekumpulan remaja dari Tanjung Tokong pada jam 2.30 pagi berhampiran Hotel Evergreen Laurel.Mangsa dipukul dengan topi keledar dan tong sampah besi yang disediakan di Persiaran Gurney.
Asrin, anak bongsu daripada enam beradik tidak sempat menyelamatkan diri ketika dibelasah apabila kumpulannya melarikan diri dengan motosikal.Kakak mangsa, Amilia Mohsin, 20, berkata dia mengetahui pergaduhan itu menerusi seorang rakan adiknya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 3 pagi.“SMS itu memberitahu adik dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana dipukul.
“Kami sekeluarga bergegas ke hospital dan mendapati Asrin koma. Dia terpaksa menggunakan alat sokongan hayat serta mesin bantuan pernafasan,” katanya di HPP, semalam.Amilia berkata, beliau cuba mendapatkan cerita bagaimana adiknya terbabit dalam pergaduhan itu daripada seorang rakan adiknya.
Katanya, beliau diberitahu bahawa pergaduhan dikatakan berpunca daripada rasa cemburu sekumpulan remaja lelaki dari Tanjung Tokong yang melepak di Persiaran Gurney selepas ternampak seorang remaja kumpulan Jelutong membonceng seorang gadis dari Tanjung Tokong bersiar-siar di Persiaran Gurney.“Berikutan itu, berlaku ejek mengejek dan cabar mencabar antara dua kumpulan sehingga tercetus pergaduhan,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohsin Hasan, 59, ketika ditemui berkata, doktor memaklumkan kepadanya bahawa harapan anak bongsunya untuk terus hidup amat tipis.“Doktor kata Asrin mengalami pendarahan otak yang serius akibat dipukul dengan objek keras dan tidak mempunyai harapan untuk hidup, tetapi saya tetap berdoa semoga dia terus hidup,” katanya.Jurucakap polis di sini, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menyiasat mengenainya
Friday, June 24, 2005
Platform Intel
Di bilik berlainan pula isteri dan anak anda sedang melihat gambar yang dirakamkan sewaktu bercuti baru-baru ini-semuanya berlangsung dengan lancar dan sempurna pada waktu yang sama juga pada kompu-
ter yang sama.
Bayangkan lagi anda sedang bersembang (chating) bersama kawan-kawan anda dalam masa yang sama anda sedang menggunakan dokumen pada komputer dan semua aktiviti itu dilakukan melalui komputer dan talian internet juga dalam masa yang sama.
Semua kemudahan dan keseronokan dalam satu medium pada masa yang sama itu kini ditawarkan oleh Intel (M) Sdn. Bhd. melalui dua platforms (perantara) baru mereka yang dilancarkan baru-baru ini khusus untuk aplikasi penggunaan komputer di rumah dan di pejabat.
Pengarah Pemasaran Intel, Alvin Phey berkata, kedua-kedua perantara terbaru itu digabungkan dengan chipset mikropemproses terbaru Intel, komunikasi silikon dan teknologi perisian yang setanding dengan inovasi rekaan chipset seiring dengan keperluan efektif pengguna biasa dan ahli perniagaan.
Katanya, bagi komputer untuk penggunaan di rumah, Intel telah membangunkan teknologi perantara yang dipertingkatkan dengan keseronokan hiburan termasuk keupayaan digital yang lebih meluas.
``Melalui kelebihan itu, pengguna tidak hanya menggunakan komputer untuk kerja-kerja biasa tetapi dalam masa yang sama menikmati keseronokan dari komputer tersebut melalui pelbagai cara,'' katanya.
Menurut Phey, teknologi yang dibangunkan dalam perantara tersebut termasuk pemprosesan Intel Pentium D dengan dua teras utama atau `minda' dan chipset dari siri Intel 945 Express.
Ciri-ciri itu katanya, akan menyokong kelebihan dalam medium hiburan seperti audio dan video pada keamatan yang tinggi dan kelebihan paparan grafik.
Bagi kategori baru untuk komputer dengan aplikasi pejabat pula tambahnya, Intel memperkenalkan perantara Profesional Business yang dipertingkatkan dengan sistem keselamatan syarikat, pengurusan dan kolaborasi teknologi dalam satu pakej pada harga berpatutan.
``Peningkatan ini termasuk pengenalan kepada Intel Active Management Technology (Intel AMT), yang akan menolong pengarah bahagian teknologi maklumat mengawal, meningkatkan keselamatan data, dan menganalisis sebarang masalah.
``Ia juga boleh berfungsi sama ada ketika komputer tersebut tidak digunakan atau ketika berlaku kegagalan pada cakera keras atau ketika sistem tidak beroperasi,'' ujarnya.
Menurut Phey, perantara Intel untuk aplikasi penggunaan komputer di rumah dan di pejabat itu telah menandakan era baru dalam penggunaan komputer seiring dengan peningkatan penggunaan komputer untuk tujuan bekerja, komunikasi, hiburan dan permainan.
Tambahnya, dalam pertukaran penggunaan komputer dengan cip pemprosesan 32-bit kepada 64-bit ketika ini, Intel turut memperkenalkan teknologi Intel Extended Memory 64-bit kepada semua produk desktop.
Katanya, Intel juga akan terus merevolusikan dan membangunkan kelebihan lain dalam perantara itu dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan dan kehendak kehidupan yang serba moden.
Pada majlis pelancaran itu juga, Intel turut menunjukkan bagaimana perantara baru itu membenarkan pengguna menggunakan komputer mereka secara serentak dan menawarkan ahli perniagaan untuk meningkatkan keselamatan komputer, pengurusan sistem dan kebolehan kolaborasi.
Seniman Aziz Jaafar meninggal dunia
Beliau yang berusia 69 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di SS14 kira-kira pukul 6 pagi ini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan Allahyarham isterinya, Normadiah di Bukit Kiara, Damansara selepas solat Asar.
Menurut anak bongsunya, Liza, dia hanya menyedari ayahnya meninggal dunia sebaik sahaja memasuki kamar tidur pelakon tersebut pada pukul 10 pagi.
Liza memberitahu, dia melihat ayahnya tersandar di tepi katil.
``Saya sendiri tidak pasti pukul berapa abah menghembus nafas terakhir sebab dia seorang diri di dalam bilik.
``Menurut doktor, abah disahkan meninggal dunia empat jam awal sebelum saya temui dia di dalam bilik,'' kata Liza.
Selain Liza, Allahyarham mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan dengan Normadiah iaitu penyanyi Azlina Aziz, 43.
Liza, 42, memberitahu, ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi mengadu yang dia demam malam semalam.
Biarpun kesihatannya kurang baik, kata Liza, Allahyarham rancak bercerita tentang persembahannya di Kuching, Sarawak yang turut disertai oleh beberapa artis veteran lain pada 15 Jun hingga 20 Jun lalu.
Allahyarham yang turut menghidap penyakit kencing manis itu menetap bersama Liza dan Sharifah Hasnor Hassan sejak kematian isterinya kira-kira lima tahun lalu.
Sharifah Hasnor Hassan, 43, merupakan anak tirinya dan Allahyarham juga amat rapat dengan dua orang lagi anak tirinya iaitu Syed Ekhzan, 47, dan Martina Hatim Hassan, 49, yang menetap di Singapura.
Antara filem lakonan Allahyarham ialah Hantu Jerangkung, Batu Belah Batu Bertangkup, Sumpah Wanita, Singapura Dilanggar Todak dan Anak Buluh Betong.
Turut hadir menziarahi jenazahnya ialah Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, Datuk Jins Shamsudin, Datuk Sarimah Ahmad, Mariani, Nash, Juliana Banos, Salimah Mahmod, Yusni Jaafar dan Ogy Ahmad Daud.
Thursday, June 23, 2005
Quotes From Famous Personalities
"P Ramlee seorang seniman yang luar biasa. Dia sukakan kepada pembaharuan dan selalunya setiap perkara yang dilakukannya mudah berjaya dan mendapat sambutan."- Ahmad Daud, actor and singer (Utusan Malaysia: 28 May 1983)
P Ramlee adalah seorang seniman yang istimewa atau tegasnya luar biasa. Sepanjang persahabatan saya dengannya, dia pernah meminta saya mencipta dua buah lagu untuk filem 'Nasib Do Re Mi' / 'Do Re Mi 2'."- Ahmad Nawab, music composer (Utusan Malaysia: 28 May 1983)"P Ramlee begitu menghormati dan mempraktikkan pendapat mahupun teguran yang diberikan oleh para pelakon dan pekerja dibawahnya."- Aziz Sattar, actor and comedian (Utusan Malaysia: 28 May 1983)
"Di hari pertama berlakon di bawah arahan P Ramlee, saya sudah memahami bahawa berlakon untuk filem itu mempunyai rahsia tersendiri."- Ghazali Sumantri, actor (On his acting role in 'Do Re Mi' 1966)
"P Ramlee seorang tokoh filem Melayu terkemuka, sesuai dipanggil Seniman Agung dan hasil karyanya mestilah disimpan dengan baik di Arkib atau Muzium. Tetapi satu yang tidak tercapai dalam hidupnya ialah gagal menjadi produser filem."- Jamil Sulong, film director and songwriter (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
"P Ramlee adalah manusia biasa yang luar biasa"- Jins Shamsuddin, actor and film director (TV Suria, Singapore)
"Sekiranya P Ramlee mendapat pendidikan yang formal (rasmi) dalam bidang seni, dia pasti akan mencapai kebolehan yang lebih hebat dari apa yang kita kagumi terhadap kebolehannya itu."- Johari Salleh, music conductor and composer (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
"Allahyarham Seniman Agung P Ramlee, seniman yang tiada tandingnya dan tiada gantinya. Dialah sebenar-benarnaya seniman serba boleh."- Kassim Masdor, music composer (Cenderamata: P Ramlee A.M.N. Sempena 10 Tahun Pemergiannya)
"P Ramlee adalah seorang yang very creatif, dan P Ramlee juga is a great copy, ciplak dan tiru, tetapi kita tidak tahu apa yang telah dia buat, that is cleverness and excellent."- L Krishnan, film director (Yusnor Ef: P Ramlee Yang Saya Kenal)
"Kebolehan P Ramlee sukar ditandingi dan dia tiada gantiya."- M. Amin, film director (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)"Dia (P Ramlee) membentuk acuan, dan tidak mengikut acuan yang tersedia."- Mahyon Ismail (On her acting role in 'Do Re Mi' 1966)
"Beri beliau sesuatu yang baik, beliau akan membuatnya lebih baik, satu dari keistimewaan beliau yang sangat saya hargai sehingga ke saat ini."- Omar Rojik, film director (Cenderamata: P Ramlee A.M.N. Sempena 10 Tahun Pemergiannya)
"Inilah kali kedua, saya merasai diri saya sebenar-benarnya seorang seniwati. Sebab pimpinan dan asuhan P Ramlee itu benar-benar seperti apa yang dikatakan 'the art of film acting', iaitu cara-cara dan rahsia lakonan yang diwajibkan oleh filem."- Rose Yatimah, actress (On her second role with P Ramlee in 'Anak Bapak' / 'Like Father Like Son' 1966)
"P Ramlee merupakan seorang seniman yang ada menyelitkan idea politik dalam filem-filem arahanya, seperti filem 'Antara Dua Darjat' (1960), 'Penarik Beca' / 'Trishaw Man' (1955) dan beberapa filem lain bila diteliti memang ada ciri-ciri politiknya."- Syed Hussein Al-Attas, academician (Mingguan Malaysia: 29 May 1983)
"Ramlee mahu segala-galanya terbaik. Jadinya, kami yang dipimpinnya itu kena perah keringat setiap hari."- Udo Omar, actor (On his acting role in 'Nasib Si Labu Labi' / 'Labu and Labi 2' 1966)
Wednesday, June 22, 2005
PASRAH JODOH
Watie ternyata masih keliru dengan keadaan dirinya kini. Dia tidak pasti apakah statusnya. Masihkah dia bergelar isteri atau pun sebaliknya? Namun dia yakin, jika diikutkan hakikat kepercayaan, dia sudah pun tidak lagi bersuami. Hanya hitam putih daripada mahkamah yang belum diperoleh. Azhari, katanya, sudah lama tidak pulang ke rumah menemui dia dan anak, Ahmad Afif Danial, yang sudah pun berusia setahun sebulan. Dia tidak tahu ke mana suaminya menghilang. Pada masa yang sama Watie menerima hakikat itulah kepahitan yang terpaksa ditelannya sebagai isteri kedua.
"Saya reda dengan segala apa yang berlaku kepada saya. Saya tidak tahu apa status saya kini, masih isterinya atau tidak? Saya berasakan saya harus membawa perkara ini ke mahkamah dengan segera untuk diselesaikan. Saya memang ingin menyelesaikannya, namun dia macam langsung tidak mahu ambil peduli. "Bagaimanapun, saya tidak boleh duduk berduka seperti itu saja. Saya kena bangun semula dan meneruskan hidup. Siapa yang tidak ada masalah dalam hidup? Jadi, apa yang penting, saya harus bangkit dan sedia hadapi rintangan. Saya tidak boleh lari daripada masalah, jadi saya harus sanggup berdepan dengan dugaan yang datang," ujar Watie.
Dedah artis jelita ini, dia hanya sempat duduk sebumbung bersama suami hanya kira-kira empat bulan saja selepas bernikah. Kemudian, suaminya mula meninggalkan rumah dan kini langsung tidak mengunjungi mereka berdua. Dia sendiri sudah penat melayan pertanyaan rakan, keluarga dan wartawan mengenai kedudukan sebenar dirinya. Dia menjadi bimbang untuk mengatakan hakikat kebenaran kerana dia tidak punya kepastian. Justeru dia amat berharap, tidak lama lagi penyelesaian terhadap kemelut yang dihadapi dapat dihurai dengan membawa kes berkenaan ke muka pengadilan. Menyedari tanggungjawab yang dipikulnya kini bukan kecil, Watie nekad bekerja keras mencari rezeki halal untuk menyara kehidupan dia dua beranak. Lantas dia menerima segala tawaran berlakon yang datang, tanpa mengira bentuk watak dan drama yang diterbitkan. Bahkan dia mengaku, dia turut berlakon dalam siri Kisah Benar. "Saya tidak memilih sekarang ini. Buat apalah saya hendak memilih sangat, asalkan saya mendapat duit yang halal. Saya sedar, kehidupan saya sekarang bukannya senang sangat. Tetapi, saya masih mampu menyediakan makan minum untuk kami berdua," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita.
Bukan lakonan di televisyen saja yang Watie terima, malah wanita ini juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia teater. Si Tanggang menjadi gelanggang pertama untuknya menunjukkan bakat lakonan di pentas. Daripada mencuba, Watie akhirnya mengaku jatuh cinta dengan teater dan berazam mendalaminya pada masa depan. Biarpun jauh berbeza daripada lakonan drama, Watie cepat mempelajarinya. Dia juga sudah memahami teknik menghafal dialog dengan lebih berkesan selepas terbabit dengan pementasan Si Tanggang.
Jika sebelum ini, dia sering diganggu kerisauan apabila tiba di lokasi kerana masalah hafalan perbualan kini dia menarik nafas lega setelah teater banyak membantu menangani masalah berkenaan. "Insya-Allah, jika tiada aral melintang, teater Si Tanggang akan dipentaskan di Kedah pada 1 hingga 4 Julai depan, selepas pementasan pertamanya dulu di Shah Alam. Jika tidak ada halangan juga, Ogos nanti saya akan menyertai Festival Teater Selangor pula," ujar Watie yang kini mahu mendalami cara melontarkan suara di pentas teater. Selain lakonan, Watie yang muncul dalam drama Haryati dan Dilema Wanita ini sebenarnya masih aktif di bidang nyanyian. Bersama Azza dan Hanna mahu pun Ava Vanja, dia masih bergerak ke sana ke mari memenuhi undangan nyanyian yang datang. Katanya, rezeki nyanyian tetap ada biarpun mereka sudah lama tidak mengeluarkan sebarang album.
Tuesday, June 21, 2005
Entah ler
Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti kita akan bertemu. Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu,walaupun dekat selalu Kau takkan menjadi kepunyaanku.
Jangan kerana guruh dilangit, air ditempayan kau curahkan. Jangan kerana kerdipan kaca, zamrud ditangan kau buangkan. Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan. Mengapa ada derita bila bahagia tercipta. Mengapa ada hitam bila putih menyenangkan.
Seni ukir kayu warisan Melayu
Bagi memenuhi permintaan itu lahirlah ramai tukang-tukang ukir yang mahir dalam hal mengukir dan menebuk hiasan ini sama ada bakat semulajadi atau dengan cara mempelajari daripada orang-orang yang lebih pandai.
Ukiran yang menggunakan kayu atau papan kebanyakan menghiasi daun tingkap, tibar layar, papan cantik, jenang dan pemegang kiri kanan tangga.
Ukiran ini juga dibuat pada perabut hiasan rumah seperti almari pakaian, almari solek, kerusi dan meja. Malah seni ukiran kayu telah menjadi budaya yang menyertai kehidupan orang-orang Melayu dahulu. Bukan itu sahaja mimbar masjid direka khusus menggunakan ukiran kayu sepenuhnya.
Dalam menuju alam siber keperluan ukiran ikut mengalami perubahan. Kalau dahulu ukiran menggunakan tenaga dan kepakaran manusia sepenuhnya kini kemudahan elektronik telah mengambil alih.
Perubahan ini turut dirasai oleh tukang ukir Abdul Hamid Saidin 74, dari Kampung Padang Kubu, Simpor, Sungai Petani yang berkecimpung dalam bidang ukir mengukir ini sejak berusia 19 tahun.
Selain membuat ukiran pada rumah beliau juga membina dan mengukir mimbar masjid. Kini ada tiga mimbar ciptaan beliau masih dipakai di tiga buah masjid termasuk masjid di kampung kediamannya kini.
Rumah yang dibina tidak banyak menggunakan paku. Penyambunggan antara tiang dengan bahagian lain digunakan pelidah dan satu ruang hanya memerlukan tiga batang paku sahaja, katanya.
Menurutnya, hiasan ukiran yang terdapat pada jenang, daun tingkap rumah yang didiami kini adalah hasil ukirannya sendiri. Kepelbagaian motif ukiran pada papan kepala tingkap sengaja dibuat sebagai contoh untuk pilihan pelanggan yang datang menempah.
Katanya, tiang dan papan ukiran rumah ini dibuat dari batang cempedak yang dibelah sendiri menggunakan gergaji panjang. Antara peralatan tradisional yang digunakan ialah pahat bunga, ketam kayu, rimbai, lima jenis gergaji bunga, pahat dan tiga jenis gergaji pemotong.
Kemajuan serta pembangunan dari semua aspek kehidupan sedikit sebanyak melupuskan seni ini. Beliau rasa terkilan kerana masyarakat hari ini sudah tidak menghargai dan melupakan seni yang merupakan warisan bangsa Melayu.
Kesedaran pulihara biodiversiti mengecewakan
Ini kerana mengikut pendapatnya, sebagai sebuah di antara 12 negara mega biodiversiti yang menguasai 75 peratus daripada spesies hidupan hutan dan laut yang terdapat di dunia, Malaysia tidak syak lagi wajar menerima pengiktirafan tersebut.
``Bayangkan dengan usia hutan hujan kita yang dianggarkan 200 juta tahun, tentunya terdapat pelbagai hidupan yang sehingga kini masih terus menjadi misteri,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Jelas Andrew, di samping binatang dan haiwan liar, hutan hujan kita juga dihuni oleh 15,000 spesies tumbuhan berbunga selain turut menjadi tumpuan 736 spesies burung, 150,000 spesies invertebrat (binatang atau haiwan tanpa tulang belakang), 4,000 spesies ikan laut, 449 spesies ikan air tawar dan beberapa jenis batu karang.
Malangnya, khazanah di hutan dan lautan yang begitu berharga di sekeliling kita, gagal dihayati oleh kita sendiri.
Kemusnahan hutan atas nama pembangunan, pencemaran laut dan sikap tidak bertanggungjawab kita yang memilih membuang sampah merata-rata, adalah antara `sumbangan' yang hanya akan melenyapkan nama Malaysia dalam senarai impian.
Memperkatakan tentang khazanah alam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri beberapa kali menegaskan, betapa perlunya semua pihak menyedari tanggungjawab menjaga kestabilan biodiversiti yang tidak ternilai harganya.
Malah ketika melancarkan Dasar Bioteknologi Negara (DBN), Abdullah berkata, ia menandakan permulaan era baru yang cukup bermakna dalam usaha kerajaan menggunakan kekayaan biodiversiti negara melalui pendekatan sains dan teknologi.
Sewajarnya isu pembangunan seimbang seperti yang diutarakan oleh Perdana Menteri yang mahu agar alam sekitar diberi perhatian dan tidak dimusnahkan semata-mata untuk mencari keuntungan seharusnya dipandang serius.
Berkesan
Namun satu soalan yang sering menjadi pertanyaan ialah adakah kita benar-benar menjaga hutan dan alam sekitar?
Sejauh manakah kita berusaha melindungi kawasan-kawasan ini daripada dirosak atau dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya mereka yang hanya bertuhankan wang ringgit?
Menurut Andrew, kesedaran itu tidak wujud sebenarnya kerana negara langsung tidak mempunyai `sistem pembesar suara' yang dapat melarang pihak-pihak berkenaan melakukan perkara-perkara tersebut.
``Kita ada kawalan undang-undang malangnya sehingga kini ia gagal dilaksanakan dengan berkesan,'' katanya kesal.
Kekesalan seperti yang ditunjukkan oleh Andrew bukan suatu perkara baru. Sebelum ini kita juga sering terdengar malah turut marah dengan tindakan golongan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata.
Malangnya, marah itu tidak kekal lama.
Mungkin sikap kita yang `hangat-hangat tahi ayam' merupakan faktor penyumbang kepada kemusnahan alam sekitar yang kian membimbangkan kebelakangan ini.
Kemusnahan alam sekitar yang menjadi nadi kehidupan kepelbagaian biodiversiti di negara ini, secara sedar atau tidak juga membawa mudarat kepada kita semua.
Jika hutan ditebang, bukan sahaja tumbuhan, serangga, haiwan atau binatang liar yang menjadi mangsa malah ia turut mengganggu sumber atau bekalan air akibat pengaliran takungannya yang terganggu.
Di Kedah, hal ini pernah menjadi isu apabila hasrat kerajaan negeri memberi konsesi balak kepada sebuah syarikat swasta mendapat tentangan walaupun kaedah yang dipilih - pembalakan helikopter dikatakan mampu mengurangkan kadar pencemaran air empangan di kawasan terbabit.
Walaupun hutan yang dimaksudkan sehingga hari ini masih `selamat,' namun tanpa kesedaran, orang seperti Andrew melihat keselamatannya tetap tidak terjamin.
Sambil memberi contoh satu lagi kawasan `selamat' yang mungkin hanya menunggu masa untuk `diterokai,' katanya, adalah satu kerugian besar jika keaslian kawasan-kawasan berkenaan yang kaya dengan khazanah alam fauna dan flora dibiarkan musnah demi keuntungan jangka pendek.
``Satu-satunya paya air tawar yang tinggal di Johor sehingga kini masih dapat dipertahankan, tetapi sampai bila?'' soalnya.
Menyingkap perasaannya lebih lanjut, Andrew mengaku beliau agak hairan dengan sikap kebanyakan rakyat Malaysia.
Jika pelancong luar datang ke negara ini semata-mata untuk menikmati keindahan alam sekitarnya, masyarakat kita pula seolah-olah langsung tidak tahu menilainya.
``Kelip-kelip di Kuala Selangor misalnya. Orang luar menganggap ia sebagai satu keajaiban dunia tetapi kita tidak pernah menghargai kewujudannya,'' kata Andrew.
Lebih mendukacitakannya apabila sehingga kini, MNS belum menerima permohonan daripada mana-mana pelajar tempatan yang berminat membuat kajian tentang kehidupan serangga tersebut berbanding yang diterima daripada pelajar asing.
``Mereka datang dari jauh untuk melihat dengan mata kepala sendiri fenomena ini tetapi anak-anak kita langsung tidak peduli,'' katanya sekali lagi dengan nada kesal.
Justeru tegas Andrew, demi kebaikan semua pihak, sudah sampai masanya kerajaan sendiri lebih bersikap proaktif dalam usaha merapatkan jurang yang berlaku.
Ditanya tentang masa depan alam sekitar, biarpun tidak mempunyai jawapan yang pasti, namun Andrew tetap percaya perjuangannya akan berhasil suatu hari nanti.
``Hanya masa akan menentukan. Apa pun harapan saya ialah agar kesedaran ini akan timbul bukan hanya setelah kita tidak mampu berbuat apa-apa lagi,'' katanya.
Kes penculikan warga asing meragukan
l Douglas Wood, 63, (jurutera warga Australia) diculik sejak hampir sebulan lalu tetapi bebas dengan selamat tanpa cedera, minggu lalu. Tentera Iraq mendakwa mereka bertanggungjawab membebaskannya dalam satu operasi walaupun beberapa minggu sebelum itu, Mufti Australia, Sheikh Taj Al-Din Hilali banyak menggerakkan rundingan pembebasannya.
l Florence Aubenas, 44, wartawan Perancis dan jurubahasanya dari Iraq, Hussein Hanun yang ditahan sebagai tebusan selama lima bulan di Iraq dibebaskan pada 12 Jun setelah diculik 5 Januari lalu. Pembebasan mereka menimbulkan tanda tanya setelah pihak berkuasa menafikan membayar wang tebusan.
l Clementina Cantoni, 32, (rakyat Itali) dibebaskan pada 9 Jun setelah ditahan selama 24 hari di Kabul. Usaha pembebasan dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri Afghanistan dan pasukan keselamatan.
l Tiga wartawan Romania dan seorang pemandu warga Amerika Syarikat kelahiran Iraq dibebaskan pada 22 Mei selepas hampir dua bulan diculik ketika membuat liputan di Iraq.
Sekadar melontar persoalan. Mereka adalah sebahagian daripada beberapa lagi orang asing yang menjadi tebusan di Iraq. Begitupun boleh dikatakan majoriti daripada mereka terselamat.
Jika adapun laporan tebusan yang tidak selamat ialah tebusan dari Jepun yang disembelih dan kalangan tebusan tempatan yang juga ditemui mati tanpa kepala.
Sebenarnya seperti ada yang tidak kena di sebalik pembebasan tebusan-tebusan tersebut. Ketika menjadi tebusan mereka digambarkan begitu tertekan, cengkung dan merayu kerajaan masing-masing membebaskan mereka.
Tetapi yang peliknya, apabila mereka dibebaskan amat jarang dilaporkan kumpulan-kumpulan penculik digempur atau dihapuskan. Tidak seperti nasib perampas kapal terbang di Eropah atau bangunan di Chechnya. Apa yang dilaporkan tebusan dan penculik di Afghanistan dan Iraq, kedua-dua selamat.
Keraguan yang timbul ialah adakah insiden-insiden penculikan rakyat asing di Iraq itu adalah cetusan strategi politik negara asing sendiri manakala segelintir sahaja kes tulen.
Bagi sesetengah pihak kes-kes `ciptaan' ini juga penting bagi menggambarkan bahawa kumpulan-kumpulan pengganas di Iraq memang masih wujud dan majoritinya adalah Islam. Ini adalah satu perang psikologi paling berkesan di Iraq ketika ini.
Perang ini akan mewajarkan pendudukan berterusan kuasa penakluk seperti Amerika Syarikat untuk terus berada di Iraq atau Afghanistan.
Bahawa rakyat juga perlu terus diyakinkan bahawa mereka akan terus dapat dilindungi jika kuasa asing terus berada di bumi mereka.
Jadi, siapakah sebenarnya penculik-penculik itu? Adakah ini satu lagi sandiwara Barat di Asia Barat?
Utama kesihatan rahsia ramping
Monday, June 20, 2005
Sebutan Allah sebagai ganti
Cuma, cara orang pekak dan bisu menunaikan sembahyang mungkin tidak sama dengan orang normal kerana mereka tidak boleh membaca ayat al-Quran seperti al-Fatihah yang menjadi salah satu rukun sembahyang.Kepentingan al-Fatihah ditekankan oleh Rasulullah menerusi sabda Baginda bermaksud: “Tidak sah sembahyang seseorang jika tidak membaca umul kitab (Fatihah).”Masalahnya kini, bagaimana orang pekak dan bisu hendak membaca dan menghafal al-Fatihah jika mereka tidak boleh mendengar dan membunyikan huruf hijaiyah, apatah lagi membunyikannya, sedangkan mereka tidak boleh bercakap. Pensyarah Jabatan al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Zawawi Jusoh, berkata konsep sembahyang dari segi erti, rukun serta kewajipannya boleh diajar kepada golongan pekak dan bisu menggunakan bahasa isyarat.Katanya, al-Fatihah juga perlu dipelajari oleh golongan berkenaan kerana sebagai rukun, surah itu hendaklah dibaca dan didengar bacaannya, melainkan jika tidak boleh cukup sekadar membaca dalam hati.Bagaimanapun, katanya, jika golongan pekak dan bisu memang tidak mampu membaca surah berkenaan, memadai mereka menyebut perkataan Allah mengikut lama bacaan surah al-Fatihah.“Kita faham bahawa mereka tidak boleh mendengar, jadi bagaimana hendak belajar membaca al-Fatihah. Jika itu keadaannya, di mana mereka memang tidak boleh baca langsung, memadai menyebut Allah atau Subhanallah.“Maknanya jika al-Fatihah dibaca dalam masa 30 saat, maka golongan pekak dan bisu perlu menyebut Allah selama 30 saat juga. Dari segi rukun lain semuanya perlu dilakukan secara tertib,” katanya.Mohd Zawawi berkata, Fatihah tidak boleh dibaca dalam bahasa Malaysia atau terjemahannya kerana tidak sah sembahyang jika membaca ayat selain daripada yang disyaratkan.Katanya, begitu juga dengan bukan Islam yang memeluk Islam, mereka perlu belajar surah al-Fatihah untuk menunaikan sembahyang.Oleh itu, katanya, golongan pekak dan bisu, perlu ada satu kaedah sesuai bagi membolehkan mereka mempelajari tulisan jawi dan bagaimana untuk membaca ayat dalam al-Quran.“Di negara Arab sudah ada teknologi mengajar golongan pekak dan bisu kerana orang Arab memang itu bahasanya. Jadi pihak berkuasa boleh mendapatkan teknologi ini untuk dimanfaatkan golongan pekak dan bisu di negara ini,” katanya.Beliau juga meminta individu, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan menghulurkan apa juga bentuk sumbangan bagi membantu golongan mendekati ilmu agama termasuk membaca al-Quran.Bagi golongan pekak dan bisu, katanya, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakan suruhan Allah mengikut sekadar kemampuan kerana Islam bukan agama yang menyusahkan.Bagaimanapun, katanya, golongan berkenaan tidak boleh mengambil jalan mudah dan hanya berpuas hati dengan sebutan Allah ketika sembahyang, sebaliknya sentiasa berusaha mempelajari dan mempertingkat pengetahuan dalam bidang agama.
Friday, June 17, 2005
Harga Saham
Anak dara, bila bercakap sesama sendiri depan anak teruna, perlu berhati-hati. Sebab anak teruna akan menganalisis perbualan mereka untuk menentukan harga saham.
(Nama sebenar watak dalam entry ini ditukar untuk melindungi harga saham mereka yang berkenaan.)
Mamat dan Abu makan di sebuah restoran fast-food bersama-sama Minah dan Timah.
Minah tanya Timah: "Kedai mana boleh jahit butang baju? Hari tu aku hantar baju ke dobi, baju aku tu terkeluar butang."
Mamat dan Abu buat analisis: Minah sebut "kedai jahit butang baju" dan "kedai dobi". Kesimpulan: Minah anak dara yang tak tahu jahit butang dan malas basuh baju!
Mamat (pelabur modal besar): "Huh? Anak dara macam ni? Cancel buat calon bini. Aku gugurkan dari senarai!"
Abu (pelabur modal kecil): "Wow! Anak dara macam inilah yang aku cari! Hantaran nanti, boleh mintak diskaun!"
Pasaran saham Minah ditutup bercampur-campur pada dagangan terendah.
p/s : Aku copy dari mat jan http://kronibiz/jj/
Wednesday, June 15, 2005
Skin Baru
San Francisco Coffee
Sunday, June 12, 2005
Jangan Tinggal Daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Andai dinda pergi
Daju teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O o o jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Azizah
Dipandang mata
Bagai biduan (2X)
Dari shurga
Rupamu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini
Jadilah tergoda
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Keranamu Azizah
Matamu bersinar
Chahayanya memanchar
Kalbuku berdebar
Baru ini di gedung
Hati ku chinta berkobar
Oh Azizah
Puteh kulitmu (2X)
Pandang tak jemu
Manis senyummu (2X)
Mulia hatimu
Kalau kau menjadi bunga
Biarku jadi tangkainya
Asalkan dapat bersama denganmu
Chinta dipadu
Oh Azizah
Year: 1955 Melody: P Ramlee
Lyrics: Jamil Sulong
Music: Orkestra Malay Film Productions
Film: Penarik Bheca / Trishaw Man
Friday, June 10, 2005
Jarum suntikan, kondom
Namun persoalan yang perlu dijawab adalah adakah keputusan ini didorong oleh pengetahuan yang cukup bagi meramalkan bahawa jangkitan HIV akan berkurangan sekiranya penagih dibekalkan dengan jarum bersih dan kondom?
Di sini penulis ingin mengetengahkan beberapa dapatan daripada kajian yang dijalankan di kalangan penghuni penjara di Semenanjung Malaysia antara tahun 1998-1999. Kesemua mereka yang dikaji ialah HIV-positif.
Fenomena HIV/AIDS berkait rapat dengan isu-isu sosial, budaya dan ekonomi masyarakat. Penagih dadah dan pesakit disebabkan HIV berpunca daripada masalah kekeluargaan dan kemasyarakatan secara umum dan spesifik.
Oleh sebab kemiskinan kanak-kanak dan remaja meninggalkan alam persekolahan. Mereka mencari sebarang pekerjaan yang boleh menyara keperluan hidup.
Tanpa persediaan mental yang cukup akhirnya mereka terjerumus ke dalam golongan masyarakat yang sudah pun bermasalah seperti kutu rayau, pencuri dan penagih dadah. Di luar sana pengedar dadah sememangnya menunggu-nunggu kehadiran individu sedemikian untuk dijadikan mangsa.
Penglibatan mereka dengan seks bebas berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Yang disengajakan ialah dengan pelacur. Bayangkan remaja berusia 12 tahun sudah pandai menjamu selera seks tanpa memikirkan risiko kemudian hari.
Bagi remaja yang lain, masalah kewangan bukan puncanya tetapi masalah hubungan dalam keluarga. Apabila ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan kegiatan masing-masing, kemaslahatan anak terabai.
Wang digunakan untuk membuang masa di luar rumah. Kegiatan seks sesama rakan sekolah atau orang lain dengan sendirinya menjerumuskan mereka ke dalam perlakuan tidak bermoral. Fenomena ini melibatkan remaja lelaki dan perempuan.
Apakah remaja berkenaan tahu tentang kondom? Keseluruhannya tidak tahu.
Masalah penagihan dadah perlu dikaji daripada akar umbinya. Dari segi praktiknya, pemberian jarum suntikan dan kondom adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan HIV.
Namun, adakah kita pasti bahawa penagih dadah akan menggunakan jarum yang diberikan dan menggunakan kondom apabila mereka melakukan hubungan seks.
Sukar
Banyak kajian menunjukkan bahawa penagih mempunyai beberapa pasangan. Pasangan itu pula mempunyai pasangan mereka yang lain.
Terbukti bahawa amat sukar untuk mendorong lelaki menggunakan kondom setiap kali mengadakan hubungan seks. Dalam banyak situasi kaum wanita sering menjadi mangsa kerana tidak dapat memujuk pasangan mereka berbuat demikian.
Penulis tertarik dengan artikel di dalam buku Dutch Response to HIV: Pragmatism and Consensus, UCL Press, 1998. Pada Bab 1 dinyatakan bahawa masyarakat Belanda menangani masalah AIDS dengan menggunakan pendekatan `pragmatik dan konsensus'.
Asas kepada keputusan untuk membendung penyakit itu dibuat berdasarkan kesedaran bahawa sesuatu strategi itu mestilah disepakati sebagai berkesan.
Iktibar daripada apa yang berlaku di Belanda ialah sesuatu keputusan besar seperti memberi jarum suntikan dan kondom mestilah mendapat permuafakatan daripada seramai mungkin pihak yang terbabit dengan masalah ini.
Apa yang penting ialah kita perlu menyedari iklim budaya Malaysia sangat berbeza dengan negara-negara lain. Kejayaan strategi ini di Iran, China dan lain-lain negara tidak boleh dijadikan asas mutlak untuk melaksanakannya di negara ini.
Setakat ini pun pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat. Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam) menolaknya sama sekali. Tokoh agama menolaknya dengan alasan bahawa kaedah tersebut tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan prinsip agama Islam. Masyarakat amnya menyuarakan faktor kos yang bakal ditanggung oleh pembayar cukai.
Dapatan kajian yang boleh diberi perhatian lebih serius ialah pendapat penagih yang ditahan di penjara.
Mereka mengatakan bahawa selama meringkuk dalam kurungan, mereka dapat mengatasi masalah ketagihan dadah, tetapi masalah mereka berulang setelah mereka kembali kepada masyarakat.
Di luar sana pengedar dadah tidak serik untuk menggamit bekas penagih agar memulakan semula tabiat mereka.
Ada yang berpendapat bahawa jika mereka diletakkan di sebuah pulau atau perkampungan asing, berkemungkinan besar mereka akan insaf dan pulih.
Dalam hal ini adalah sangat penting dan wajar bagi semua pihak berusaha untuk menghalang anak-anak remaja daripada gejala-gejala yang boleh menjurus kepada jangkitan HIV.
- Prof. Madya Dr. Haliza Mohd. Riji ialah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tuesday, June 07, 2005
Adat Perkahwinan Melayu
HantaranHantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu.
Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan; Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie; "Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.Namun apa yang sering berlaku kala peminangan;1. Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.2. Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan.Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.
Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu disarakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik."Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.
ISTANA MELAYU MELAKA
KONSEP KOMPLEKS KEISTANAAN RAJA MELAKA
Menurut Sejarah melayu, apabila Raja Melaka menyuruh Bendahara membina istana dan balairung, maka yang dibina adalah satu kompleks keistanaan yang terdiri daripada struktur-struktur berikut:-
1. Istana Besar 2. Balairung 3. Balai Penghadapan 4. Penanggahan 5. Istana Kecil – 3 buah 6. Balai Jawatan 7. Balai Apit 8. Pemandian 9. Balai Kendi 10. Bangsal Gajah 11. Masjid 12. Pagar Istana 13. Kota Awang
KONSEP BALAIRUNG ISTANA MELAKA
Gambaran balairung istana Melaka hanya dapat dikutip daripada catatan di sana sini di dalam Sejarah Melayu (SM) dan Hikayat Hang Tuah (HHT). HHT ada menyebut tentang besar (atau saiznya):
“Syahdan gajahku yang bernama Syah Kertas yang gila makan minyak ini kurandungkan pada balairung raja Melaka yang tujuh belas ruang itu”.
Pembahagian balairung pula dibahagi kepada beberapa peringkat atau kawasan-kawasan yang dikhususkan, sama ada untuk pegawai-pegawai atau untuk meletak perkakas diraja. Kawasan yang utama, selain singgahsana tempat raja bersemayam ialah SENIBALAI;
"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara, dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan orang besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai”.
Kawasan seterusnya yang diberi perhatian ialah KELEK-KELEKAN BALAI:
“… maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanak…”
Kemudian, disebut siapakah yang duduk di SELANG-SELANG:
“… hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang,…”.
Seterusnya dinayatakan ispa pula yang berada di KETAPAKAN BALAI:
“… hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang…”.
Akhirnya dicatat kedudukan orang yang berada di SELASAR BALAI:
“… maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai”.
Dinyatakan juga tempat letaknya perkakas diraja:
“Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya; melainkan puan dan padang di kelek-kelekan kiri dan kanan: pedang kerajaan itu laksamana atau Seri Bija Diraja (Hulubalang Besar ) memikul pedang itu”.
PEMBAHAGIAN BALAIRUNG
Daripada kedudukan para menteri dan pembesar nyatalah Seri Balai ialah yang terpenting; kemudian ialah tempat duduknya anak raja-raja iaitu di kelek-kelekan kiri dan kanan. Kerana tak mungkin anak raja-raja dibelakangkan oleh para menteri dan pembesar, maka kelek-kelekan yang wajar ialah di kiri kanan singgahsana. Mereka tentunya menghadap muka ke arah seri balai, dan merupakan pengapit raja yang bersemayan di atas singgahsana.
Selang-selang ialah kawasan yang menghubungkan balairung dengan istana besar. Oleh kerana pula struktur bangunan yang ada ini tidak dibina selang-selang maka kawasan ini ditiadakan.
Konsep ketapakan balai tidak begitu jelas. Kamus Dewan mentafsir dengan “tempat kehormatan di balai penghadapan” dan mentafsirkan balai penghadapan sebagai “balai sementara untuk menghadap raja”. Di dalam senarai (kompleks keistanaan) di atas, balairung dan balai penghadapan adalah dua struktur yang terpisah. Besar kemungkinan balai penghadapaan itu sebuah balai kecil sebelum balairung; dan di sanalah berdirinya hulubalang-hulubalang muda menjaga keselamatan para menteri dan pembesar yang berada di balairung.
Satu lagi konsep ketapakan balai ialah bahagian balairung yang terkebelakang sekali, iaitu bahagian orang mula-mula menapak sebelum masuk ke seri balai. Hal yang demikian dapat diperjelaskan jika balairung itu digambarkan sebagai manusia. Singgahsana sebagai tajuk atau kepala, seri balai sebagai tubuh badan dan ketapakan balai sebagai kaki atau tapak. Dan sesuai benar ia sebagai tempat hulubalang-hulubalang muda berdiri atau ‘menapak’ di situ.
Selasar balai ialah bahagian yang menganjung keluar, atau serambi balairung. Tempat ini sesuai dengan kedudukan anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja atau sederhana pangkat atau pakaiannya. Keadaan ini dapat dipamerkan kerana ada serambi pada struktur bangunan.
Perkakas raja yang kadangkala diperlukan oleh raja (seperti ketur, kendi, kipas dan sebagainya) tidak dibawa ke dalam balai tetapi diletak di selang-selang (dibelakang kawasan singgahsana) dan hanya di bawa ke depan jika raja memerlukannya. Pedang kerajaan dan puan, satu alat penting dalam istiadat purba dan sebagai simbol diraja (satu daripada alat-alat kebesaran diraja) diletak di kelek-kelekan. Sirih anugerah diraja memainkan peranan di sini. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksamana (bergilir-gilir dengan Hulubalang Besar) di kelek-kelekan. Puan di kiri dan pedang di kanan raja.
KONSEP SINGGAHSANA DIRAJA
Berkenaan singgahsana, Sejarah Melayu menyebut:
“… maka Sultan Mansur Shah pun duduk di atas singgahsana kerajaan di atas peterana yang bertatahkan permata”.
Dan peterana, menurut Hikayat Hang Tuah:
“… ke atas peterana yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara”.
Bertolak dari situ, maka gambaran singgahsana yang dikemukakan ialah sebuah SINGGAHSANA TUJUH TINGKAT yang dipayungi oleh PAYUNG TUJUH TINGKAT. Struktur ini melambangkan TUJUH PETALA LANGIT dan TUJUH PETALA BUMI. Payung yang berperingkat-peringkat tujuh lapis itu melambangkan tujuh petala langit. Warnanya putih dan kuning pada rumbai-rumbainya. Kedua warna ini warna kesultanan. Putih lambang cahaya agama (nur) dan sinaran kedaulatan (kuning). Tujuh tingkat payung ini berkembang besar di bawah dan semakin kecil apabila mendekati siling bumbung.
Singgahsana tujuh tingkat melambangkan tujuh petala bumi. Bentuk tapak singgahsana yang bercorak permata bersegi tujuh dengan tujuh penjuru. Tujuh tingkat itu naik berperingkat-peringkat hingga sampai ke puncak singgahsana. Puncak singgahsana, tempat raja bersemayam ini, berbentuk permata lima segi; dan ini melambangkan lima tiang agama. Tinggi tiap tapak ialah tujuh inci; bermakna tinggi singgahsana 49 inci (7 x 7). Angka 7 dipilih sebagai asas konsep singgahsana.
Petarana, di tingkat ke tujuh singgahsana, ialah kerusi diraja yang dikemukakan sebagai bunga teratai, seroja atau telepuk. Bunga ini dipandang suci di dalam kebudayaan Melayu bahkan dalam kebudayaan Asia yang lain, dan Mesir Purba. Yang bersemayam di atas peterana itu ialah Seri Sultanu’l-mu’azzam wa’l-maliku’l-mukarram zillu’llah fi’l-alam.
Di bahagian belakang singgahsana, didirikan payung iram (payung ubur-ubur) tujuh kaki di sebelah kirinya dan tujuh kaki di sebelah kanan. Payung-payung ini disusun mengikut taraf kedudukan seseorang dalam adat istiadat diraja Melaka. Payung yang terdekat dengan singgahsana adalah yang paling tinggi tarafnya. Susunannya adalah:
putih
kuning
ungu
merah
hijau
biru
hitam
Susunan ini dikutip dari catatan Sejarah Melayu:
“Bermula payung putih lebih daripada yang kuning, kerana payung putih itu tampak dari jauh, sebab itulah maka payung putih itu lebih daripada kuning, dan pakaian raja payung putih, dan pakaian anak raja payung kuning”.
“… dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar, dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan bentara hulu-balang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga”.
Kelek-kelekan kiri dan kanan diduduki oleh anak raja-raja. Di bahagian depannya, berhampiran singgahsana duduk bentara kiri dan bentara kanan. Fungsi mereka menyambut surat dari utusan, menyampaikan sembah (utusan kepada raja). Di kelek-kelekan sebelah belakang berdiri pengipas raja. Berdiri di hadapan kelek-kelekan memikul padang kerajaan ialah Laksamana (atau Nija Diraja). Di luar kelek-kelekan, di selasar, dua tombak kerajaan didirikan kiri kanan.
Seri Balai ialah tempat segala menteri dan pembesar negeri Melaka. Di kiri kanan balai dibina tempat duduk panjang; yang diberi nama naga-naga:
“Akan istiadat Temenggung, mengatur orang makan di balairung… maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan itu…”.
Orang besar-besar yang setara tarafnya duduk berseberangan atau bertimbalan. Apabila raja dihadap orang maka segala menteri, orang besar-besar dan sida-sida naik duduk di tempat masing; dikhaskan tikar duduk masing-masing. Gambaran naga sebagai hiasan penyandar naga-naga diambil dari kata naga-naga itu sendiri.
Konsep naga memang banyak terdapat di dalam mitos Melayu; lagipun ia melambangkan kehebatan empayar yang berdasarkan ‘kelautan’, ‘samudera raya’ dan ‘kenusantaraan’ yang dikelilingi oleh lautan. Di sini diutarakan sepasang naga (di kiri kanan seri balai) mendaulatkan raja Melayu yang bersemayam di tengah-tengah bunga seroja yang suci – yang wujud dari tujuh petala bumi serta dilindungi oleh tujuh petala langit.
Di bahagian tengah seri balai ialah tempat segala aktiviti yang bersabit dengan hal ehwal kenegaraan, pentadbiran dan perihal antarabangsa.
Di bahagian belakang seri balai, duduk pegawai-pegawai yang lain. Di sana juga berdirinya beberapa orang hulubalang memikul pedang hinggalah ke pintu besar istana. Di belakang balai, hampir pintu masuk diletakkan canang, yang ditunggu oleh penghulu balai.
Selasar balai ialah tempat bagi pegawai yang muda-muda yang sederhana atau rendah tarafnya.
Selasar balai yang hampir singgahsana diduduk oleh biduanda didahului oleh penghulu biduanda. Merekalah yang membawa alat perkakas diraja seperti ketua, kendi, kipas dan sebagainya. Bersama-sama mereka ialah biduanda Cina, anak cucu anak-anak menteri yang diam di Bukit China. Kebanyakan biduanda ini budak lelaki belasan tahun.
“… dan bagindalah yang menjadikan anak tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruhan raja dan membawa segala alat raja, barang sebagainya”.
“Maka segala anak menteri Cina itu disuruh diam di bukit, di luar kota; maka disebut orang bukit itu Bukit China… dan anak cucu orang itulah yang dinamai biduanda Cina”.
Sunday, June 05, 2005
Ella terus rock

"Saya melakukannya kerana minat. Tidak pula saya mahu lama dalam bidang ini, tetapi saya tahu ada sesuatu yang ingin saya perjuangkan. Itulah yang membawa saya untuk terus mengharungi dunia seni," imbas Ella.Ketika gejolak usia muda meronta, penyanyi yang menyambut ulang tahun kelahiran setiap 31 Julai itu, nekad memulakan langkah di bidang seni. Bersama The Boys, Ella melayarkan bakat hingga terhasil album pertama mereka pada 1986."Susah untuk meyakinkan emak dan ayah. Barangkali kerana masih muda ketika itu, mereka berat untuk melepaskan saya bergerak sebagai penyanyi. Bimbang barangkali kerana tanpa pegangan yang kuat, mudah hanyut dibawa arus glamour."Itu cabaran awal dan alhamdulillah, saya membuktikan kepada mereka dunia hiburan tidak pernah mengubah diri saya. Keikhlasan saya akhirnya hadir bersama restu ibu bapa. Saya berdiri teguh berkat doa mereka," katanya.Ella - A Journey Beyond adalah epilog paling bermakna yang merakamkan perjalanan seninya selama 20 tahun. Album kompilasi, satu penghormatan terhadap kerjaya seni yang bertapak seawal 1984.Sebagai wanita, Ella memiliki segala-galanya. Kemasyhuran, kecantikan, kesenangan - tiada apa yang kurang dalam dirinya. Namun, pada usia bakal mencecah 39 tahun, dia terus sendiri. Ella tidak sepi, walaupun tanpa lelaki bergelar suami. Anehnya Ella tetap tenang, tidak pernah melatah apabila persoalan mengenai jodoh diajukan. Tetapi orang di luar nampaknya lebih ingin mengetahui bila dia akan mengakhiri zaman gadisnya."Apa yang dapat saya katakan ialah saya tidak mampu meramal masa depan. Semua itu urusan Allah. Jadi, tidak perlulah gusar mengenai jodoh saya. Hal peribadi biar saya saja yang tahu," katanya.Ella bersyukur kerana ibunya begitu memahami. Dia tidak pernah mendesak, jauh sekali merungut. Urusan jodoh dia menyerahkan sepenuhnya kepada Ella untuk menentukan sendiri masa depan. "Tetapi, hati ibu mana yang tidak bimbang melihat anak gadisnya masih sendiri. Saya tahu, jauh di sudut hati, dia teringin melihat saya bersanding. Insya-Allah, tiba masanya saya akan mengakhiri zaman gadis."Tahu tak, saya sebenarnya begitu bersalah kerana kesibukan saya memaksa Jojie menunda tarikh perkahwinannya. Cukup bersalah," katanya mengenai kakak kesayangannya yang sudah menjadi tunangan kepada seorang ahli perniagaan.
Hari Ibu yang disambut 8 Mei lalu membuakkan rindu yang tebal dalam diri Ella terhadap ibunya. Tidak seperti tahun terdahulu, Ella dan adik beradiknya riang menyambut hari istimewa di sisi ibunya.Tetapi, Hari Ibu lalu dia sepi kerana ibunya berada jauh di perantauan. Sejak lebih sebulan lalu, emaknya berada di London kerana menziarahi kakak Ella yang menetap di kota Inggeris itu."Walaupun jauh setiap minggu saya pasti menghubunginya. Ada saja yang kami bualkan. Memang emak tidak minta apa-apa. Tetapi, sebagai anak saya begitu ingin menyediakan sesuatu yang istimewa untuknya."Saya sudah menyiapkan sebuah lukisan untuk dihadiahkan apabila dia pulang nanti. Sesuatu yang tidak pernah saya berikan kepadanya selama ini," kata Ella, memaklumkan dia sudah mula menyimpan koleksi lukisannya sendiri."Sekadar simpanan, tidak mungkin saya menjualnya. Malah, saya menyimpan impian untuk membuka sebuah galeri kelak. Bukan galeri besar, biasa-biasa saja demi memenuhi minat saya terhadap lukisan," katanya.Catatan menarik untuk Ella
Ella adalah dewi rock yang tak tertanding - Loloq.
Dia anak seni dan rakan seperjuangan yang tak tahu erti penat dalam industri ini. Semoga jasanya dihargai - Bandi (Amuk).
Biarpun ramai penyanyi yang ingin menjadi sepertinya, tiada siapa dapat menandingi Ella - Ziana Zain.
Namanya dalam senarai tak bisa dipadam lagi - M Nasir.
Friday, June 03, 2005
Haramkan iklan arak di pawagam, media
BARU-BARU ini saya membawa anak saya yang bersekolah rendah tahun lima menyaksikan filem Star Wars episode III di KLCC, Kuala Lumpur.
Tidak selesa saya kerana beberapa iklan arak turut ditayangkan. Kenapa iklan arak dibenarkan sebelum penayangan filem Star Wars yang ditonton oleh ramai kanak-kanak?
Malaysia dianggap sebagai negara Islam, bahkan mempengerusikan OIC sekarang, tapi iklan arak dibenarkan sama ada di pawagam atau dalam akhbar. Sebaliknya iklan rokok sudah lama diharamkan.
Ini keadaan yang agak janggal kerana rokok, walaupun disahkan sebagai memudaratkan kesihatan, ia tidak haram seperti arak dari segi hukum.
Ada ulama yang cuba memfatwa rokok itu haram, tapi ada pula ulama lain yang menganggapnya sekadar makruh. Sebaliknya arak adalah larangan yang nyata dalam al-Quran.
Saya percaya para pelawat dari lain-lain negara Islam akan menyedari kejanggalan ini dan menyimpan tanda tanya.
Apakah alasan membenarkan iklan arak, tapi mengharamkan iklan rokok? Adakah kita mencontohi Barat yang telah mengharamkan iklan rokok, tetapi tidak iklan arak?
Barangkali, apabila negara-negara Barat mengharamkan iklan arak, kita juga akan terhegeh-hegeh mengambil langkah yang sama.
Dalam banyak hal, ternyata orang Asia sentiasa mengekori langkah Barat. Kita tiada jatidiri dan pendirian kukuh.
Kini Kementerian Kesihatan mahu memberi tumpuan pula kepada kempen anti arak. Tentulah langkah pertama yang patut dijalankan ialah mengharamkan iklan arak.
Pada pandangan saya, mengharamkan iklan arak di pawagam dan lain-lain media, adalah langkah yang lebih murni daripada memainkan lagu Negaraku di pawagam.
Tanyalah pendapat orang ramai, majoriti tidak menyokong lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan filem kerana pasti ramai yang tidak akan berdiri. Tetapi saya percaya majoriti menyokong iklan arak diharamkan.
Iklan-iklan arak di pawagam bertemakan gaya hidup yang amat memikat generasi muda.
Mereka yang minum arak digambarkan sebagai orang-orang yang berjaya dalam karier, lelaki macho yang menawan wanita, tangkas dan berselera terkini. Ini semua boleh mempengaruhi remaja, terutama kanak-kanak untuk mencuba minum arak.
Sesuai dengan laungan Islam Hadhari, tolonglah haramkan iklan arak. - SUKA TEH TARIK, Ampang, Selangor.