Tiga malam yang lepas aku bermimpi sesuatu yang agak pelik. Aku mimpi berlakon dalam sebuah cerita dan tajuk ceritanya pula ialah "Sepet". Aku tak tonton lagi cerita tue dan tetiba je aku boleh berlakon dalam cerita tuh. Kalau cerita yang pernah aku tonton tak apalah juga. Dan bukan aku seorang je yang ada dalam cerita tu tapi awek aku Aina dan juga X-girl aku Lynn. Aku dan awek aku sebagai watak utama dalam cerita ni. Cuma satu babak je yang aku still ingat iaitu aku ngan awek aku berjalan bersama-sama di depan X-girl aku. Perhh memang parah mimpi aku. Macam saje nak pedajalkan aku... Sampai sekarang aku still pikir apa maknanya mimpi aku nie.
Aku rasa nak beli cerita Sepet esok. Nak tengok camana jalan cerita dia. Orang kata cerita dia best. Ceritanya bukan sekadar kisah cinta remaja tapi banyak juga tentang kehidupan dan juga perasaan diantara dua kaum yang ada di Malaysia nie. Bukan calang calang orang yang boleh buat filem macam nie sebab ia mungkin akan menjadi kontreversi kalau ada pihak yang cuba meniupkan api perkauman kat negara nie. Bagi aku tak salah kalau bercinta berlainan bangsa sebab zaman sekarang dah berbeza dari zaman sebelum dan baru merdeka. Zaman dulu sifat curiga dan juga tidak percaya terhadap berlainan bangsa masih tebal. Tapi sekarang zaman sudah berubah. Rakyat sudah berfikiran terbuka walaupun masih ada segelintir yang masih berpegang pada tradisi dan adat resam. Aku dulupun masa muda riang ria remaja ada juga jatuh cinta dengan amoi. Sampai sekarang kami masih berkawan dan saya adalah satu-satunya kawan melayu rapat yang dia ada.
Sekarang nie banyak pulak berlaku gempa bumi. Hari isnin yang lalu berlaku satu lagi gempa bumi di sumatera. Tapi tiada kejadian tsunami sebab gegaran berlaku sedalam 32 km dari permukaan. walaupun berlaku jauh di dalam bumi tapi kesannya still dahsyat. Kematian dianggarkan melebihi 10,000 orang. Aku tak tahulah apa nak jadi sekarang nie. Dunia memang nak kiamat tapi aku belum kahwin lagi ish ish ish...
Followers
Thursday, March 31, 2005
Perluaskan seruan keamanan Palestin
MENTERI Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar tahun lalu pernah menyuarakan harapan supaya krisis Palestin yang mendesak mestilah ditangani seperti isu aparteid di Afrika Selatan.
Isu itu seperti juga kempen antiperiuk api dan kempen antipenyeludupan manusia perlu terus diperjuangkan tanpa luput daripada perhatian masyarakat antarabangsa.
Lebih daripada itu, apa pun berlaku di dunia ini, krisis di Palestin jangan dipencilkan dari pentas utama masalah isu antarabangsa yang perlu diselesaikan.
Malahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga sentiasa prihatin dengan penderitaan semakin meruncing rakyat Palestin dan menggesa penyertaan masyarakat Islam untuk membantu mengatasi kesengsaraan itu.
Malaysia yang menjadi Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tentunya paling terpanggil untuk merealisasikan gesaan badan dunia itu.
Di bahu Malaysia tergalas harapan yang cukup tinggi untuk meneruskan survival sebuah negara Palestin berdaulat sekalipun selepas kematian Yasser Arafat - yang diangkat sebagai Bapa Perjuangan Palestin pada November lalu.
Sejak tahun 2000 lagi, PBB menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat madani dalam menjayakan usaha ke arah keamanan dunia lebih-lebih lagi melibatkan isu kemanusiaan seperti Palestin.
Maka kerana itu pelbagai pihak khususnya NGO terpanggil untuk tampil serta menyuarakan dengan lantang penentangan mereka terhadap kezaliman Israel dalam isu Palestin serta beberapa konflik lain di dunia ini.
Tujuan mereka cuma satu; mahu mempengaruhi kerajaan di dunia supaya setidak-tidaknya memberi perhatian kepada hal yang satu dan tidak berkesudahan itu.
Perlu diingatkan, masyarakat madani global muncul sebagai penggerak utama beberapa kempen di peringkat antarabangsa dan kerjasama mereka dengan kerajaan berjaya menumbangkan kerajaan aparteid di Afrika Selatan.
Tetapi sebenarnya begitu banyak persidangan diadakan oleh NGO dengan tujuan dan harapan agar sekurang-kurangnya konflik Israel-Palestin yang berlarutan lebih 50 tahun `bergerak sedikit' ke arah kemajuan.
Realitinya pula, mereka juga perlu terima bahawa penduduk Palestin terus tertindas, keganasan tetap berlaku dan Israel pula angkuh dengan kekejaman itu.
Bagaimanapun, atas iltizam mahu melihat konflik Israel-Palestin tidak lagi berkeadaan statik sebegitu, Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) telah mengambil inisiatif mengadakan Persidangan Masyarakat Madani - Keamanan di Palestin di Putrajaya selama tiga hari bermula 28 Mac lalu.
Sepanjang tiga hari persidangan, sama ada wakil NGO Israel atau Palestin senada dalam menyatakan bahawa konflik itu boleh diselesaikan.
Persidangan yang menghimpunkan lebih 500 peserta termasuk NGO dari dalam dan luar negara itu bermatlamat memberikan sedikit sebanyak pengaruh kepada kerajaan masing-masing selain diharap dapat menceduk idea baru berhubung konflik Israel-Palestin.
Sepatah kata Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir ketika dihubungi: ``Persidangan itu berjaya mencapai matlamatnya, iaitu mahu menyampaikan kepada dunia tentang suara protes berhubung ketidakadilan ini yang perlu diteruskan.''
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, pelbagai pihak disegarkan ingatan mereka mengenai penderitaan Palestin dan mencari jalan bagi jangka masa panjang untuk `menamatkan' kesengsaraan itu sepanjang persidangan diadakan.
Sekalipun ada pihak yang skeptikal bahawa persidangan tiga hari ini tidak membawa konflik Palestin-Israel `ke mana-mana', Mukhriz menegaskan: ``Setidak-tidaknya ia berlangsung secara aman dengan penyertaan pihak Israel dan Palestin serta kumpulan lain yang prihatin.
``Kita tidak menolak kemungkinan terus mengadakan persidangan seperti ini di masa depan kerana percaya ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang.''
Mukhriz berkata, persidangan kali ini berbeza dengan perhimpunan bertemakan Palestin lain kerana ia mendapat pengiktirafan PBB.
Sebagai badan dunia yang bertanggungjawab menjaga setiap permasalahan negara anggota, pengiktirafan itu dilihat sebagai sangat relevan ketika Malaysia menjadi Pengerusi OIC dan NAM.
``Kita berharap kali ini sekurang-kurangnya Israel tidak akan mungkir janji dalam menyelesaikan konflik. Kita mahu menunjukkan kepada dunia bahawa NGO juga mempunyai pengaruh kuat dalam membuat sebarang keputusan penting lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan konflik kemanusiaan seperti Palestin.''
Sebanyak 20 kertas kerja dibentangkan merangkumi pelbagai topik berkaitan Palestin sepanjang persidangan.
Adam Keller, jurucakap NGO Israel, Gush Shalom mencuri perhatian apabila secara berapi-api mengutuk Israel di atas kekejamannya terhadap Palestin semasa menyampaikan ceramah beliau bertajuk `Masih Adakah Harapan Keamanan Buat Palestin' pada hari kedua persidangan.
``Tidak dinafikan ada segelintir pihak Israel yang benci dengan penindasan Israel dan mahu ia segera berakhir.
``Ia bukan kekejaman Perdana Menteri Ariel Sharon sahaja tetapi seluruh Zionis yang mahu kepentingan mereka sentiasa terpelihara,'' katanya semasa ditemui.
Mengenai sama ada konflik itu boleh diselesaikan, beliau berkata, ia tidak mustahil.
``Penyelesaian boleh dicapai dengan syarat campur tangan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam hal ini dibataskan. Ia tidak baik untuk banyak pihak termasuk Israel.
``Campur tangan mereka hanya akan menyebabkan Israel terus naik tocang, Palestin semakin terpinggir dan masalah itu tidak diselesaikan pada bila-bila masa.
``Masyarakat antarabangsa pula harus terus menekan dan mendesak pihak-pihak yang relevan seperti PBB dalam usaha supaya masalah itu segera ditamatkan.
``Biar perjuangan darah dan air mata mereka ini berbayar satu masa nanti dan bukannya sia-sia.''
Sementara itu, penerbit stesen televisyen satelit Al-Jazeera, Ramzy Baroud pula berkata, rejim Yahudi perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kezaliman yang dilakukan mereka ke atas Palestin.
Sambil optimis bahawa konflik itu bakal berakhir beliau yang juga rakyat Palestin berkata, hak rakyat terbabit termasuk pelarian perlu dikembalikan mengikut resolusi yang ditetapkan oleh PBB dan Israel perlu berundur dari wilayah yang ditakluki.
Kenyataan Ramzy, yang juga Pengarang Palestinecronicle.com itu disokong oleh pejuang hak asasi dan kolumnis akhbar Britain, The Independent, Yasmin Alibhai-Brown.
Kata Yasmin yang ditemui semasa lawatannya ke British Council baru-baru ini: ``Konflik Israel-Palestin boleh diselesaikan dengan syarat hak dan tanah mereka yang diambil dikembalikan semula.''
Apa yang lebih penting sebenarnya sebahagian besar peserta memuji usaha kerajaan Malaysia dan penganjur Aman Malaysia dengan mengadakan persidangan keamanan seumpama itu.
Usaha Malaysia menyalakan obor keamanan itu seharusnya dipuji ketika banyak lagi pihak seolah-olah sengaja melambat-lambatkan prospek keamanan di Asia Barat.
Dan barangkali tidak keterlaluan jika kita mengharap agar nyalaan api keamanan itu tidak akan terpadam selepas tiga hari persidangan di Malaysia.

Wednesday, March 30, 2005
Pilihan Melayu: Mahu senang atau susah
Biasanya tabiat orang Melayu, jika diberi dua pilihan pendekatan; pertama melalui cara susah, kedua, cara mudah dan senang, sudah tentu pilihan popular ialah pendekatan kedua. Begitu juga sikap Melayu dalam apa juga bidang dan pekerjaan.
Pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancara Utusan Malaysia mendedahkan sikap sesetengah orang Melayu yang hanya mahu jalan senang sahaja. Malah ada yang terlampau berpegang pada semangat nasionalisme yang tinggi hingga mereka terlupa hakikat bahawa negara ini sudah berada di atas pentas utama dunia.
Sebab itu, apabila orang Melayu kembali dibawa pada polemik bahasa dalam pengajaran Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris yang baru masuk tahun ketiga pelaksanaannya, yang mana patut dipilih oleh orang Melayu.
Adakah kerajaan yang dipimpin orang Melayu ini harus mengkaji semula dasar bahasa Inggeris ini atau meneruskan tindakan tidak popular di zaman Dr. Mahathir itu?
Jika ditanya kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan pengajaran dua subjek itu, mereka sudah tentu mahu pengajaran itu dibuat dalam bahasa Melayu.
Hal sama juga akan diluahkan oleh para guru yang terlibat. Kerana pada asasnya mereka mahu keadaan selesa seperti sebelum ini, malah otak mereka tidak `berasap' untuk berfikir dan lidah tidak kelu untuk menyebut dalam bahasa Inggeris.
Tetapi kita jangan mudah lupa, dahulu kita bertungkus lumus mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan darjat dan maruah orang Melayu di tanah tumpah darahnya.
Dalam persaingan hidup kini, apa yang boleh Melayu pertaruhkan ialah pelan jangka panjang dalam bidang pendidikan yang membolehkan anak-anak Melayu menguasai ilmu pengetahuan.
Tetapi, jika ada sahaja pihak yang bangkit menentang usaha untuk merevolusikan mental Melayu ini daripada dilaksanakan, ia akan merugikan kita sendiri. Kita tidak boleh lagi terlampau dimanjakan oleh semangat bahasa, status pribumi serta hak istimewa bumiputera dalam perlembagaan. Akibatnya, kita seolah-olah tidak mahu langsung anak-anak Melayu menghadapi kepayahan dalam perjalanan hidup mereka.
Jika usaha gigih dalam `memaksa' anak-anak Melayu menimba ilmu dalam bahasa asing ini tidak dilakukan, bermakna kita akan kembali kepada masalah lama.
Pokok segala harapan ini terletak kepada ibu bapa, sama ada mahu cara senang atau susah.
Kalau mahu cara senang, biarkan saja anak-anak mereka hanya menguasai satu bahasa sahaja.
Pelajar berkenaan tidak perlu pening kepala untuk memahami dan menguasai subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Kalau ibu bapa mahu cara susah, `paksa' anak-anak belajar dalam bahasa Inggeris. Pada peringkat mula, memang banyak dugaan yang boleh mematahkan semangat untuk belajar dalam bahasa itu. Tetapi dengan cara dan sistem yang betul mereka akhirnya akan menguasainya.
Jadi, cara mana jadi pilihan orang Melayu?

Tuesday, March 29, 2005
Melayu hanya mahu senang
SEBELUM wawancara mengenai isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini bermula, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpesan kepada kami. ``Saya sebenarnya berpendapat kerajaan semasa yang akan menentukan (kedudukan isu itu). Saya tidak mahu buat komen berkenaan tajuk ini secara khusus, sebaliknya secara umum sahaja.''
Dalam interviu selama 40 minit itu, Dr. Mahathir kelihatan cukup selesa. Beliau menunjukkan kerja-kerja di atas mejanya yang banyak.
Wawancara yang sepatutnya bermula pukul 11.30 pagi terpaksa ditunda ke pukul 3 petang bagi memberi peluang beliau bertemu dengan ramai pengunjung dan sahabat handai.
Seperti biasa, nadanya dalam wawancara itu cukup nasionalistik. Keputusan memperkenalkan dasar bahasa Inggeris itu, katanya dibuat atas ``kepentingan orang Melayu sepenuhnya''.
Dr. Mahathir memberi rasionalnya mengapa dasar itu diperkenalkan pada 2003 semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Penjelasan beliau kini adalah ekoran rumusan Kongres Pendidikan Melayu Kedua Ahad lalu yang meminta kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran itu kerana bimbang ia mengancam kedaulatan bahasa dan jati diri orang Melayu.
Kajian akademik yang dibentangkan pada kongres itu mendapati kira-kira 80 peratus atau setengah juta pelajar Melayu akan tercicir dalam kedua-dua mata pelajaran itu jika ia diteruskan.
Dr. Mahathir mengakui jati diri orang Melayu memang lemah. ``Kalau boleh kita tidak hendak menghadapi cabaran sama sekali. Kalau boleh kita lahir dan segala-galanya disiapkan sehingga kita meninggal.''
Ikuti wawancara eksklusif wartawan Utusan Malaysia, Zaini Hassan dan Marhaini Kamaruddin di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.
UTUSAN: Semasa Tun membuat keputusan melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apakah rasionalnya pada masa itu?
TUN DR. MAHATHIR: Kita hendak tingkatkan keupayaan kita menguasai ilmu. Jadi kalau kita hendak kuasai ilmu ada dua cara, secara tidak langsung dan dengan cara langsung.
Memanglah cara langsung itu lebih baik. Kalau kita kata tidak langsung, maknanya ada orang lain yang belajar bahasa Inggeris, dia buat tafsiran dan kita baca tafsiran dia. Tafsiran dia, mungkin tepat... mungkin tidak.
Sebaliknya kalau kita menguasai bahasa Inggeris maka kita akan faham dengan lebih cepat.
Keduanya ialah di zaman ini bahasa Inggeris sudah jadi bahasa universal. Kita suka atau tidak suka, itu soal lain tetapi sebagai bahasa universal, semua ilmu terdapat dalam bahasa Inggeris. Mungkin diterokai dalam bahasa-bahasa lain tetapi untuk difahami oleh majoriti manusia di dunia ini, bahasa Inggeris digunakan.
Jadi kalau kita guna bahasa Inggeris, akses kita kepada ilmu menjadi lebih baik.
Tetapi memanglah kita akan menghadapi kesulitan. Apa jua ilmu yang hendak kita belajar, kita akan menghadapi kesulitan tetapi ia boleh diatasi. Ya, kalau kita tidak faham bahasa tentulah sulit tetapi kita terpaksa guna. Walaupun kita belajar dalam bahasa kita (kebangsaan) kita terpaksa juga guna bahasa Inggeris yang dimelayukan.
Umpamanya potassium dalam bahasa Melayu kita sebut kalium. Banyak perkataan yang dimelayukan dan ia bukan asas bahasa Melayu tetapi datang daripada bahasa lain termasuk bahasa Inggeris.
Jadi hendak tak hendak kita kena juga faham bahasa lain dan apa yang kita belajar itu sebenarnya bukan menggunakan bahasa kita. Kerana kalau kita pegang kepada bahasa Melayu tulen, tidak ada perkataan-perkataan kerana bidang ini bukan bidang yang diterokai oleh kita. Walaupun kita belajar dalam bahasa Melayu, sebenarnya bukan bahasa Melayu yang kita gunakan tetapi bahasa lain.
Segala teori dan terminologinya semua dalam bahasa lain, cuma sedikit sahaja bahasa Melayu digunakan. Ini bermakna kita faham bahasa bukan Melayu yang digunakan itu secara tidak mencukupi kerana kita cuma kenal bahasa itu sepintas lalu sahaja.
Sebaliknya kalau kita belajar dalam bahasa (bidang ilmu) itu sendiri, kita akan tahu konteksnya. Tidak kiralah bahasa apa pun. Kalau kita belajar bahasa Arab pun macam itu juga, kita belajar bahasa Perancis pun begitu juga.
Kenapa dasar itu dimulakan dari sekolah rendah?
TUN DR. MAHATHIR: Kita mula awal kerana saya berpendapat jika hendak menguasai apa ilmupun, kita kena bermula sejak awal. Kita tahu kadang-kadang kanak-kanak menguasai dua bahasa semasa usia mereka kerana biasa dengan bahasa itu. Saya biasa tengok kanak-kanak Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ini kerana minda mereka ini mudah menerima dan membiasakan diri dengan apa jua maklumat yang diterima.
Kalau kita tunggu sehingga sudah dewasa, maka penguasaan itu menjadi lebih sukar.
Semasa keputusan melaksanakan dasar ini dibuat, tidakkah ia tergesa-gesa?
TUN DR. MAHATHIR: Sebenarnya perkara ini bukan difikirkan masa itu sahaja. Daripada masa saya belum menjadi Perdana Menteri, masa Abdul Rahman Yaakub jadi Menteri Pelajaran, dia telah mengalih sekolah Inggeris kepada Sekolah Kebangsaan (SK) dengan secara mendadak.
Dengan itu penuntut bukan Melayu meninggalkan SK dan kembali ke sekolah aliran bahasa mereka. Itu satu kerugian.
Keduanya, kita dapati generasi yang dididik hanya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, mereka sukar menghadapi urusan yang melibatkan orang yang berbangsa lain.
Umpamanya kita lihat diplomat kita kalau tidak tahu berbahasa Inggeris, mereka enggan bercampur dengan bangsa lain. Dengan itu kita kerugian, tak dapat maklumat, tak tahu apa yang orang bincang. Dulu dalam rundingan antarabangsa kita boleh turut secara langsung tetapi sekarang, sesetengah pegawai yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris tidak dapat menyertai perbincangan.
Kita dapati juga mereka sukar menguasai ilmu kerana banyak buku mengenai hubungan luar dan dagangan, tidak banyak dalam bahasa kebangsaan kerana tidak ada orang yang hendak menterjemah pun.
Jadi ini menyukarkan terutama sekali apabila kita hendak kejar ilmu sains teknologi moden, tidak ada buku rujukan yang mencukupi dalam bahasa kita. Dengan itu tak dapat tidak, saintis kita ketinggalan. Tidak boleh meneroka bidang-bidang baru, tidak boleh faham bidang-bidang baru.
Semasa membuat keputusan menggubal dasar itu, adakah ia dibuat setelah memikirkan kepentingan orang Melayu?
TUN DR. MAHATHIR: Kepentingan orang Melayu yang terutama. Saya dapati penuntut Cina lahir dari sekolah Cina, mereka fasih dalam tiga bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Entah bagaimana mereka fasih. Mungkin kerana mereka mengambil secara serius penguasaan bahasa Inggeris.
Tetapi kita dapati penuntut Melayu biasanya menganggap bahasa Inggeris sebagai tidak penting, tidak perlu dikuasai dan tidak menumpukan kepada bahasa ini kerana memikirkan memadai dengan menguasai bahasa kebangsaan.
Jadi kalau kita tidak memaksa mereka menggunakan bahasa Inggeris, bukan sahaja mempelajari bahasa Inggeris tetapi dengan mempelajari bidang-bidang lain, maka penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak akan sama dengan penguasaan bahasa Inggeris oleh penuntut bukan Melayu dari sekolah bukan kebangsaan.
Apakah reaksi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sewaktu keputusan untuk melaksanakan dasar ini dibuat?
TUN DR. MAHATHIR: Semua sokong. Tak tahulah jika kerana takut kepada saya. Tetapi mereka semua sokong, saya telah terang kenapa sebabnya yang kita perlu berbuat demikian. Kita dapati ramai saintis Melayu yang ada ialah mereka yang telah menguasai bahasa Inggeris. Yang tidak menguasai bahasa Inggeris dan hanya menguasai bahasa kebangsaan sahaja, saya tidak tahulah tetapi saya tak jumpa saintis yang tidak tahu langsung bahasa Inggeris tetapi begitu tinggi pengetahuan sainsnya.
Tun katakan kita terpaksa `paksa' orang Melayu, kalau tidak tak berkesan. Boleh Tun jelaskan elemen paksa ini?
TUN DR. MAHATHIR: Itu berdasarkan pengalaman peribadi saya. Saya menguasai bahasa dan ilmu kerana dipaksa oleh bapa saya yang merupakan seorang guru yang amat berdisiplin. Kalau nak ikut saya, saya hendak seronok sahaja... nak turun main gasing, tak nak belajar. Tetapi kerana takut kepada bapa, maka saya belajar. Itu paksaanlah, kalau kita tak dipaksa daripada kecil, ikut sesuka hati... (habislah).
Di zaman moden ini, orang berpandangan `jangan paksa anak'. Yalah, janganlah sampai pegang rotan, kalau tak belajar dipukul dan sebagainya, cara itu saya pun tak setuju. Tetapi sebagai anak, sedikit-sebanyak mesti takut kepada ibu bapa supaya apabila ibu bapa paksa dia belajar, dia belajar. Kalau dalam sekolah pun, kita terpaksa belajar kalau hendak lulus dan keputusan yang baik. Guru yang paksa kita.
Kelak apabila kita bekerja, kita juga dipaksa. Tak boleh buat sesuka hati hendak pergi pejabat atau tidak kerana kalau macam itu satu kerja pun tak jalan.
Sebagai manusia memang ada unsur paksaan kerana kalau ikut sesuka hati, masyarakat akan roboh.
Adakah Tun melihat kalau kita tidak `paksakan' pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, penuntut kita tidak dapat menguasai bahasa dan ilmu itu?
TUN DR. MAHATHIR: Saya ingat kalau tidak ada paksaan tak jadi. Kalau kita hidup hendak senang sahaja, akhirnya kita tak senang. Kalau kita sanggup bersusah-payah sikit, akhirnya kita akan senang.
Berdasarkan rekod, banyak idea dan cadangan Tun akhirnya berjaya, walaupun ada yang kontroversial. Dalam dasar bahasa ini, ke mana akhirnya?
TUN DR. MAHATHIR: Saya diberitahu di negara China sekarang ini, 200 juta murid sedang menguasai bahasa Inggeris tanpa membelakangkan bahasa ibunda mereka. Mereka boleh tulis dalam bahasa Cina, boleh bertutur dalam bahasa Mandarin tetapi pada masa yang sama mereka sudah menguasai bahasa Inggeris.
Dan saya kagum apabila berjumpa dengan penterjemah yang terpaksa saya gunakan semasa bercakap dengan pemimpin China yang tidak boleh berbahasa Inggeris. Penterjemah itu membuat terjemahan yang cukup fasih dan lancar.
Saya bertanya kepada mereka, di mana belajar kerana ingatkan mereka belajar di Amerika atau England tetapi tidak. Mereka ini belajar di Institut Bahasa di China dan mereka boleh bercakap bahasa Inggeris dengan fasih.
Di Jepun umpamanya saya dapati penterjemah ini boleh terjemahkan subjek teknikal dengan fasih.
Jadi inilah aliran zaman ini. Seperti juga zaman kegemilangan Islam, orang Sepanyol dan Yahudi boleh berbahasa Arab dan mereka sebenarnya boleh berpantun dalam bahasa Arab. Ini kerana masa itu bahasa Arab adalah bahasa ilmu dan orang putih terpaksa belajar bahasa Arab untuk menguasai ilmu dan kemudian baru mereka menterjemahkan kepada bahasa Latin dan kemudian ke bahasa Jerman dan Perancis. Tetapi mula-mula mesti belajar bahasa Arab, susah atau tidak.
Apakah reaksi Tun apabila perkara ini dibincangkan dalam Kongres Pendidikan Melayu Kedua baru-baru ini?
TUN DR. MAHATHIR: Memanglah kongres Melayu akan berusaha untuk mengutamakan bahasa Melayu. Kita ada dua tiga jenis nasionalisme, ada nasionalisme bahasa, ilmu dan umum.
Saya bukanlah nak angkat diri saya tetapi sebelum mereka dilahirkan, saya telah pun berjuang untuk bahasa Melayu. Saya biasa menulis bahawa bahasa Melayu bukan untuk lima juta orang Melayu di Semenanjung tetapi bahasa 200 juta manusia di seluruh Asia Tenggara.
Saya pejuang bahasa tetapi saya juga pejuang bangsa dan bangsa yang tidak berilmu tidak akan dihormati orang.
Walaupun kita buat penerokaan dalam bidang sains dan kita tulis kertas kerja kita dalam bahasa Melayu semata-mata, dengan itu kita harap hasil itu diterima, saya fikir ia tidak akan diterima. Kita mungkin marah (dan mempersoalkan) kenapa tidak diterima tetapi hakikatnya ialah sedikit benar orang yang boleh faham apa yang kita tulis.
Tetapi nasionalis bahasa akan bangkitkan jika orang Jepun dan Jerman boleh maju dengan menggunakan bahasa ibundanya, kenapa tidak kita?
TUN DR. MAHATHIR: Tak benar juga. Kalau kita bercakap dengan orang Jepun, dia guna bahasa Inggeris. Golongan terpelajar dan peniaga menggunakan bahasa Inggeris. Kalau tak fasih, mereka buat satu kertas dalam bahasa Inggeris sebagai ucapan pertama. Mereka mengakui kepentingan bahasa Inggeris dan semua yang membuat kajian (saya sekarang terlibat dalam kajian mikrocip) semuanya menggunakan bahasa Inggeris.
Semasa memperkenalkan dasar bahasa ini dulu, Tun mengatakan prosesnya akan mengambil masa 11 tahun sebelum ia benar-benar matang. Sekarang baru dua tahun dasar ini berjalan, sudah ada pihak yang mempersoalkannya?
TUN DR. MAHATHIR: Saya bagi jangka masa yang panjang tetapi kita boleh menguasai dalam jangka masa yang singkat kalau kita betul-betul menumpukan usaha ke arah itu.
Kalau kita mengatakan (dasar) ini merugikan anak Melayu, bermakna ia tidak merugikan anak Cina. Kenapa? Apakah kebolehan kita kurang daripada mereka? Dia menguasai tiga bahasa, kita dua bahasa sahaja takkan tak boleh. Tetapi kita lihat anak Cina, berpidato dalam bahasa Melayu pun fasih, begitu juga dalam bahasa Inggeris.
Pakar-pakar bahasa ini berkata, generasi pemula ini yang akan jadi mangsa daripada pelaksanaan dasar bahasa tersebut. Apakah betul pandangan itu?
TUN DR. MAHATHIR: Tidak, sepatutnya. Kalaupun kita jadi mangsa, ini adalah kita punya pengorbanan untuk bangsa. Kalau kita tidak mahu berkorban langsung, kita tak akan maju. Agama kita menyuruh kita berkorban. Jangan selalu sangat kita fikir yang kita akan jadi mangsa, jadi kita tak mahu jadi mangsa.
Oleh kerana kita tidak mahu jadi mangsa, maka orang lain yang turut akan jadi mangsa. Jadi siapa yang akan jadi mangsa? Kalau tidak ada mangsa langsung, tidak akan korban langsung, tidak adalah kemajuan.
Orang yang mula buat kapal terbang, ramai yang mati. Jadi kerana mereka sanggup terbang atau naik kapal angkasa, penerbangan kini lebih selamat. Dulu, kapal terbang (banyak risiko) enjin mati dan orang mati pun banyak. Tetapi kita sekarang rela naik kapal terbang kerana rasa selamat.
Kita selamat kerana ada orang lain (yang lebih dulu) terkorban, yang sanggup dan berani meneroka sesuatu walaupun bahaya kepada dirinya. Kerana dia meneroka, kita terselamat.
Jadi kalau kita fikir pasal apa kita hendak meneroka, orang lain patutlah meneroka dulu. Orang lain pula kata, pasal apa dia hendak meneroka? Lama-lama tidak ada siapa pun sanggup, tidak ada pengorbanan, maka kita tak akan maju.
Jadi apa isu sebenarnya sekarang ini?
TUN DR. MAHATHIR: Saya fikir tak ada isu sebenarnya. Kalau kita hendak permudahkan supaya semua lulus, kita boleh turunkan tanda aras (benchmark), kita boleh asingkan yang susah, cuma terima yang senang.
Tetapi kita akan jadi satu bangsa yang hanya hendak terima kesenangan, yang mudah. Saya sudah kata berkali-kali kalau kita hendak yang mudah, kita akan jadi lemah.
Lebih baik kita jangan berjalan sebabkan ada kereta. La ni kaki kita hampir lumpuh pasal kita tidak berjalan lagi. Jadi kita hendak yang mudah.
Saya teringat satu cerita semasa ke India melawat Red Fort. Pada satu masa dalam sejarah Red Fort, Nadir Shah dari Afghanistan telah melanggar empayar Moghul. Maharaja Moghul hendak lari tetapi dia adalah seorang yang selalu ditolong, ada sahaja penolongnya. Dia hendak lari tetapi kena pakai kasut, sedangkan dia tak tahu ikat tali kasut. Jadi apabila bala tentera Nadir Shah sampai, dia ditangkap dan akhirnya dibunuh.
Sebagai raja, dia sua kaki... orang pasang kasut, ikat tali. Jadi dia hendak tunduk hendak ikat tali kasut tak tahu, tak ada siapa hendak tolong, maka diapun mati dan empayarnya pun jatuh kepada Nadir Shah dari Afghanistan. Ini kisah yang diceritakan.
Jadi kalau kita tak buat sendiri, tak sanggup bersusah-payah sikit, kita akan jadi mangsa.
Dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan dasar bahasa ini apakah maklum balas yang Tun terima?
TUN DR. MAHATHIR: Ini kali pertama saya dengar (minta ditarik balik). Sebelum ini saya tak dengar apa pun.
Mungkinkah dari segi pelaksanaan dasar ini tidak berjalan seperti diharapkan?
TUN DR. MAHATHIR: Cikgu mungkin tidak begitu cekap. Sebab itu kita perkenalkan pengajaran menggunakan perisian komputer. Saya tak tahulah dilaksanakan atau tidak. Kalau kita gunakan perisian komputer, bukan sahaja murid belajar, guru pun boleh belajar. Kita boleh dengar berulang kali. Kalau perisian itu disediakan, pengajarannya tidak susah. Perisian ini pun boleh digunakan di semua sekolah termasuk yang terpencil.
Jadi adakah ini semua alasan sahaja?
TUN DR. MAHATHIR: Saya tak berani katalah.
Tetapi kalau kita buat perbandingan, kita hantar penuntut kita belajar ke Jepun dan Korea yang bahasanya begitu asing kepada kita, mereka boleh mencapai kejayaan cemerlang. Kenapa tidak dengan bahasa Inggeris?
TUN DR. MAHATHIR: Jika yang dihantar itu benar-benar tekun, mereka boleh menguasainya. Bahasa Korea bukan bahasa yang mudah dikuasai. Saya kagum apabila berjumpa penuntut kita di Korea, mereka boleh menguasai bahasa itu.
Jadi apa masalah dengan pengajaran bahasa Inggeris?
TUN DR. MAHATHIR: Dalam bahasa Melayu kita tidak ada perkataan Korea, bahasa Jepun pun setakat perkataan tsunami sahaja. Tetapi sekarang ini kalau anda baca dalam satu ayat, akan terdapat kadang-kadang hampir separuh perkataan bahasa Inggeris. Dan bahasa yang kita anggap bahasa kita pun bukan bahasa Melayu, bahasa Arab. Macam `soal', dari bahasa Arab bukan bahasa Melayu. Banyak perkataan yang kita guna adalah bahasa Arab, kita tiru.
Jadi sekarang ini kita bercakap bukan dalam bahasa kebangsaan tetapi bahasa Arab campur Parsi, campur Sanskrit dan campur juga bahasa Inggeris.
Di SJKC, pengajaran Sains dan Matematik dibuat dalam bahasa Mandarin dan kemudian diulang dalam bahasa Inggeris. Adakah cara itu lebih baik?
TUN DR. MAHATHIR: Sebenarnya penggunaan bahasa Cina dalam SJKC itu mempunyai tujuan lain, tidak ada kena-mengena dengan penguasaan ilmu. Penguasaan ilmu dibuat dalam bahasa Inggeris.
Kalau kita hendak buat (di SK) pun boleh juga tetapi ini barulah dikatakan membebankan. Kita tidak ada apa yang hendak dibuktikan.
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua minta pengajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik ini dikaji semula atas alasan boleh mengancam kedaulatan bahasa Melayu dan jati diri orang Melayu. Apa komen Tun?
TUN DR. MAHATHIR: Saya ingat saya orang Melayu. Saya tak tahulah kalau orang nak soal perasaan nasionalisme saya, kemelayuan saya. Tetapi saya menguasai bahasa Inggeris dan kerana itu ramai yang menjemput saya untuk membuat ucapan berkenaan pelbagai tajuk termasuk di negara Arab, Jepun dan China.
Di semua negara ini saya bercakap dalam bahasa Inggeris tetapi saya tak kurang Melayu. Bahkan mungkin dari segi semangat saya lebih Melayu dari orang lain.
Orang menggelar Tun ultra Melayu?
TUN DR. MAHATHIR: Ya, ultra Melayu dan sebagainya. Banyak orang lain yang mungkin beranggapan bahasa lebih penting, kita tak tahulah apa sumbangan mereka kepada bangsa.
Adakah orang Melayu terlalu lemah sehingga cabaran sebegini pun boleh menjejaskan jati diri?
TUN DR. MAHATHIR: Jati diri kita lemah. Kalau boleh kita tidak hendak menghadapi cabaran sama sekali. Kalau boleh kita lahir dan segala-galanya disiapkan sehingga kita meninggal. Tak payah ada usaha pun supaya kita hidup mudah.
Kalau susah sikit, kerajaan bagi (bantuan) subsidi ada. Tak payah kerja, kerja berat kita bagi kepada pendatang asing.
Kita bekerja dalam keadaan yang mudah, air-cond. Kalau kita bekerja dalam sektor pembinaan, itu panas... jadi kita tak hendak. Alhamdulillah negara kita cukup kaya, ada orang yang datang dari negara lain jadi kuli kita untuk buat kerja susah.
Tetapi kalau kita tidak mampu buat semua kerja, kita akan hilang kuasa kerana terlalu bergantung kepada orang lain.
Manusia yang terlalu bergantung kepada orang lain, tidak akan dapat menguasai keadaan dirinya sendiri. Kalau dia nak bangun, orang kena angkat. Kalau dia nak makan, orang kena suap. Kita akan jadi lumpuh.
Kenapa isu ini dibangkitkan sekarang?
TUN DR. MAHATHIR: Saya tidak tahu nak kata. Saya terkejut apabila membaca keputusan ini daripada satu badan yang begitu sekali bersemangat kebangsaan. Satu keputusan yang akan merugikan bangsa.
Adakah dalam keadaan sekarang, semangat kebangsaan sebegini masih diperlukan?
TUN DR. MAHATHIR: Kita mesti ada semangat kebangsaan yang kuat tetapi ia mesti realistik.
Kalau kita punya semangat kebangsaan terhad kepada kebolehan kita bercakap dalam bahasa kita tetapi dalam lain-lain kita bodoh, itu bukanlah sayangkan bangsa sebenarnya.
Adakah Tun melihat isu ini kena-mengena dengan politik?
TUN DR. MAHATHIR: Itu saya tak mahu komen. Saya cakap secara umum. Kalau hendak menguasai ilmu, maka kita perlu utamakan ilmu. Kalau kita hendak menguasai ilmu tetapi kita utamakan yang lain, bahasa umpamanya, maka kita tidak akan dapat menguasainya.

Friday, March 25, 2005
Al-Quran beri syafaat pada hari kiamat
MEMBACA al-Quran adalah seafdal-afdal ibadat sehingga disebut bahawa al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya. Ia seperti riwayat Abu Umamah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. Antaranya:
Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)
Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang maksudnya bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad)
Pembaca al-Quran diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya. Perkara itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas, bersabda Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Quran seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya. “Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis, tetapi tidak ada baunya. “Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Quran adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum, tetapi pahit rasanya.“Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya. “Perumpamaan mendampingi orang soleh adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya. “Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. Ia seperti dalam hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda bermaksud: “Al-Quran datang pada hari kiamat, lalu ia (al-Quran) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Quran)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.” Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.” Ia berkata lagi: “Wahai Tuhanku redailah dia! Maka dia diredai.” Berkata ia pada pembaca al-Quran: “Bacalah al-Quran dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Pembaca al-Quran memperoleh kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Quran).” (Hadis riwayat Abu Daud)
Pembaca al-Quran memperoleh kedudukan tinggi di syurga. Bersabda Rasulullah maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Quran), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis riwayat Ahmad) Kita hendaklah memelihara adab ketika membaca al-Quran mengikut kehendak syarak. Membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi). Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan besar.

Thursday, March 24, 2005
Tanpamu Hidup Tak Bererti
Dan mungkin bila nanti,
Kitakan bertemu lagi,
Satu pintaku janganlah cuba kau tanyakan kembali,
Rasa yang kutinggal mati,
Seperti hari kelmarin,
Saat semua disini....
Tiada lagi yang ku harapkan,
Tiada lagi yang kuimpikan,
biarkanku sendiri tanpa dirimu..
Tiada lagi nota cintamu,
Tiada lagi aku bersamu,
Biarku simpan semua,
Kenanganku bersamamu..

Saturday, March 19, 2005
Buat Renungan Bagi Yang Mahu Berfikir
Ada orang yang berpendapat kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan bola kaca yang pecah. Ada yang berjaya mengutip dengan banyak. Ada yang sedikit. Tapi tiada orang yang berjaya mengutip kesemuanya. Dan semasa mengutip, pasti ramai yang tercedera.
Thursday, March 17, 2005
TETAP MENAWAN
Gadis litar yang selalu menjadi penyeri perlumbaan Formula Satu (F1) biasanya sering dikaitkan dengan pakaian seksi yang kadang-kadang menjolok mata.
Namun sempena perlumbaan F1 Grand Prix Malaysia Petronas hujung minggu ini, penganjur menampilkan satu kelainan apabila gadis-gadis litar akan tampil dengan pakaian kebaya moden.
Potongan kebaya yang dimodenkan supaya sesuai dengan acara itu adalah ciptaan pereka tempatan terkenal Rizalman.
Ia menampilkan kombinasi warna hijau dan putih bakal memberi kelainan pada perlumbaan yang masuk edisi ketujuh sejak tahun 1999 itu.
Kebaya itu menampilkan ciri-ciri fabrik yang mengambil kira faktor cuaca di Malaysia yang panas supaya memberi keselesaan kepada gadis litar aktif.

Serius Terhadap Status Halal
Semua pihak yang terlibat dalam pengeluaran, pengesahan dan penguatkuasaan tanda makanan halal mesti mengambil serius terhadap tugas mereka.
Ini kerana soal makanan halal amat serius pada pandangan masyarakat Islam di negara ini. Ia bukan semata-mata soal penipuan dalam perniagaan atau melanggar peraturan dan undang-undang. Malah ia lebih daripada itu kerana soal halal adalah berkaitan dengan suatu bahagian agama yang dipandang serius dan sensitif oleh umat Islam di negara ini.
Mungkin bagi umat Islam di negara-negara lain tidak begitu memandang berat tentang soal makanan halal ini, tetapi bagi orang Melayu dalam banyak-banyak perkara mengenai agama, soal status halal amat dipandang berat.
Kedudukan inilah yang perlu difahami oleh pengeluar-pengeluar makanan halal khususnya dari kalangan orang bukan Islam yang kurang faham terhadap kedudukan serius status halal ini.
Justeru apabila berlaku pendedahan mengenai adanya sosej yang diperkenalkan sebagai halal tetapi sebenarnya disalut usus babi, umat Islam di negara ini berasa marah, terhina dan dipersenda. Mungkin bagi sesetengah-sesetengah peniaga, pelanggaran peraturan halal ini hanya merupakan suatu penipuan dalam perniagaan, tetapi bagi umat Islam negara ini, ia merupakan tindakan mencabar dan menghina agama yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat.
Sememangnya apa yang boleh dilakukan umat Islam tentang hal ini adalah menyeru agensi-agensi penguat kuasa supaya bertindak tegas dan keras terhadap syarikat-syarikat yang melanggar peraturan itu.
Tetapi bagi pengeluar makanan halal, mereka harus sedar soal status halal makanan bukan sekadar peraturan biasa seperti mana kedudukan cakera padat cetak rompak yang merupakan isu moral. Bahkan, status makanan halal ini amat sensitif yang merupakan bukan saja isu agama dan budaya tetapi juga psikologi dan emosi umat Islam negara ini.
Pengeluar-pengeluar makanan mesti bersifat ikhlas dan bertanggungjawab dalam memastikan produk mereka benar-benar halal menepati logo yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ini kerana sebarang kes pelanggaran peraturan makanan halal yang berterusan ini akan hanya menimbulkan rasa tidak yakin kepada logo berkenaan, dan seterusnya menimbulkan kecurigaan di antara penganut agama - suatu perkembangan negatif dalam masyarakat majmuk ini.
Kita percaya agensi-agensi kerajaan termasuk Jakim akan bertindak sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Bagaimanapun, kita juga sedar bahawa mempertingkatkan mutu logo dan segala kaedah baru bagi mengatasi masalah ini tidak akan mencapai kejayaan sekiranya pengeluar-pengeluar makanan halal itu sendiri tidak sedar tentang implikasi negatif daripada perbuatan itu.
Sememangnya banyak ahli perniagaan yang tertumpu perhatiannya kepada keuntungan berlipat ganda tanpa mengambil peduli mengenai soal moral dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Mungkin bagi mereka, tipu daya dalam perniagaan adalah suatu perkara biasa yang dibolehkan dalam sesebuah masyarakat komersial berpasaran bebas seperti Malaysia. Tetapi bagi umat Islam, kepentingan komersial bukan segala-galanya.

Wednesday, March 16, 2005
Peristiwa penting sepanjang Safar
SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Safar ertinya kosong.Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang Arab sering meninggalkan rumah mereka kosong untuk berperang dan menuntut pembalasan ke atas musuh mereka.Pada Safar banyak berlaku peristiwa besar dan penting. Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid pada Safar. Peristiwa itu berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi rasul.Peristiwa lain adalah:
Kebenaran berperang, ia dilaksanakan pada tahun ke-2 Hijrah.Peperangan pertama yang disertai Rasulullah adalah Wudan atau Abwak bagi menentang kekufuran.
Peperangan Bik Ma'unah.Ia berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan Al Munzir bin ‘Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani ‘Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat Rasulullah.
Tragedi Ar Raji’.Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah (atau keempat pada satu pendapat). Seramai tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ‘Udal dan Al Qarah, tetapi mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama Ar Raji’ di daerah ‘Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah).Antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin ‘Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin Ad Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan, kecuali Khubaib bin ‘Adiy yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana.Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi).Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-7 Hijrah yang turut disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd Mutallib dan Ummu Aiman.Seramai 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula seramai 73 orang terbunuh. Orang Yahudi pada mulanya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.
Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijrah di pinggir bandar Damascus, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al Walid.
Pelantikan Abd Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al Ayyubi pada 27 Safar 589 Hijrah.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad ke tangan puak Tartar pada tahun 656 Hijrah. Di sana terbunuhnya Khalifah ‘Abbasiah Al Mu’tasim Billah, ahli keluarganya, orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam dengan kemusnahan beribu-ribu kitab Islam

Hidupku
Waa bosannya hidup aku nie. Tak ada benda nak buat. Semalam aku jumpa satu weblog baru. Kawan aku punya rupanya. Tak ku sangka dia ada buat weblog...Memang nice weblog dia. Templetpun cantik. Arhhh kenapalah cerita Sembilu nie tak ada perkembangan langsung...Yang aku tak paham kenapalah Hetty tuh kena kawain dengan Syamsul eee memang aku benci tengok citer camni. Kena berpisah sebab keluarga. Sekarang nie aku tak tahu perkembangan tentang Taman Pertanian nie. Tapi yang aku tahu Kerajaan akan ambil alih semua kawasan di sekitar Taman Pertanian. Aku memang sokong sebab kalau tak dibuat begini maka habislah semua lanskap dan hutan yang ada kat malaysia terutama yang berada berhampiran ibu negara.
Friday, March 11, 2005
Manusia tempuh tiga peringkat alam
KEHIDUPAN ini ditakdirkan Allah sebagai satu pengembaraan yang jauh iaitu bermula di alam arwah dan akan berakhir di alam akhirat. Oleh itu, Nabi Muhammad saw mengingatkan dengan sabdanya bermaksud: “Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam perjalanan.” (Hadis riwayat Ibn Umar)Manusia sebenarnya menempuh dua alam, yang kedua-duanya sudah ditinggalkan. Ia adalah alam ‘arwah’ dan ‘arham’. Kita sedang berada di alam ketiga iaitu alam ‘musyahadat’ atau alam dunia.Pada alam arwah, jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di sini, roh diberi suntikan akidah keimanan kepada Allah. Ia sebagai bekalan terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya. Roh kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini (kandungan ibu), dirasakan amat rileks sekali atau dalam keadaan istirahat, tiada perjuangan dan tiada cabaran.Kini kita berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan di alam dunia ini bukan untuk berhibur, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadat kepada-Nya. Begitu juga melakukan amal saleh dan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk lain. Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.Firman Allah bermaksud: “...Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal.” (Surah al-Baqarah, ayat 197)Rasulullah bersabda bermaksud: “Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.”Alam dunia yang kita alami kini adalah alam ketiga. Kita dalam perjalanan menuju ke alam keempat iaitu ‘alam barzakh’ atau ‘alam kubur’. Apabila hari kiamat, kita akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu ‘alam akhirat’.Sebelum itu, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab segala amal perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk akan dibalas dengan azab api neraka.Allah mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya bermaksud :“Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)Allah mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185)Firman Allah lagi bermaksud:“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”(Surah al-Qisaas, ayat 77)
Friday, March 04, 2005
PM terkejut
Itulah reaksi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas membuat tinjauan dari udara di kawasan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, pagi semalam.
Perdana Menteri yang membuat tinjauan selama sejam, menyaksikan sendiri bagaimana pembangunan di sekeliling kawasan itu tidak terkawal dengan pokok ditebang sewenang-wenangnya dan bukit ditarah sesuka hati.
Ketika berucap merasmikan Hari Landskap Negara 2005 di ibu negara iaitu sejurus selepas tinjauan udara itu, Abdullah dengan nada kesal menceritakan betapa landskap di sekeliling taman pertanian yang sebelum ini dipenuhi hutan, berubah secara drastik - gondol.
``Saya lihat kawasan yang dibangunkan itu, habis pokok ditebang, langsung tidak ada pokok, malahan rumput pun tidak ada,'' katanya.
Dari mimik muka Abdullah semasa di atas pesawat, reaksi segeranya dalam ucapan tersebut dan gambaran yang diberikan terhadap kawasan sekitar taman pertanian itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah: ``Kawasan sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tidak OK.''
Ternyata kesimpulan tersebut berbeza dengan kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, selepas membuat tinjauan darat taman tersebut Selasa lalu: ``Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''
Sejurus selepas tinjauan tersebut, Abdullah membuat empat keputusan drastik bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan kepada alam sekitar.
KEPUTUSAN 1
Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diwajibkan bagi kawasan melebihi 20 hektar berbanding sebelum ini iaitu seluas 50 hektar. Jika terdapat pecahan kawasan kurang 20 hektar secara berturutan yang hendak dimajukan maka laporan EIA diwajibkan bagi keseluruhan kawasan tersebut
KEPUTUSAN 2
Semua kawasan pembangunan dengan keluasan 40 hingga 80 hektar yang telah dibersihkan tetapi tidak dimajukan hendaklah diserahkan semula kepada kerajaan dan kerajaan akan membayar balik kos yang ditanggung oleh pemilik tanah. Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai taman rekreasi untuk penduduk setempat
KEPUTUSAN 3
Pokok-pokok bersaiz dengan diameter 15 hingga 20.32 sentimeter (enam hingga lapan inci) tidak boleh ditebang. Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi berkaitan akan menandakan pokok-pokok yang tidak boleh ditebang sekiranya kawasan itu hendak dibangunkan
KEPUTUSAN 4
Semua undang-undang dan peraturan berkaitan alam sekitar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta. Penguatkuasaan diketatkan dan pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melanggar undang-undang tersebut

Subscribe to:
Posts (Atom)