Followers

Friday, December 31, 2004

Hari terakhirku disini..Selamat tinggal semua

Hari ini hari terakhir aku kat sini. esok aku balik ke pahang. Terasa sedih pulak bila dah sampai last day nie. Rasa sedih nak tinggalkan semua orang kat sini. Tadi kak Piah bagi duit rm 10.00. Akupun tak tahu kenapa. Kat sini aku belajar banyak benda. Walaupun lebih banyak rileks dari bekerja tapi aku sebenarnya happy. Walaupun aku selalu kata boring duduk kat sini tapi rileks sebenarnya sebab dapat main komputer free. Internet free, makan best. Semua akak ngan abang yang kerja kat sini baik-baik belaka. Tak lupa juga buat tuan Haji Omar sebab kasi can kat kitaorang budak praktikal main komputer.Kat sini juga aku belajar erti persahabatan, kerjasama dan juga sifat bertanggungjawab. Walaupun budak budak praktikal lain nie pening skit kepala diorang tapi semuanya ok dan satu kepala. Labu, chengq, Pak tam, Zila ngan Pit3. Korang memang best ler terutama kau chengq, ikut suka hati kau jee nak bukak komputer orang lain ambik kompenen dalaman kekekeke. Maybe lepas nie takkan jumpa korang lagi.Anyway aku wish semoga korang sukses kat kolej Komuniti Jempol tu nanti kekekeke. Malam nie juga tiada sambutan tahun baru kerana semua acara dibatalkan kerana peristiwa tsunami. Aku tetap jadi rancangan nak ke kuantan dengan member aku hari ahad nie walaupun awek aku dah tak ada kat kuantan. Sebenarnya awek aku sekarang belajar kat sungai buloh, Selangor. Dia nak jadi nurse so aku terpaksalah hormat dengan keputusan dia walaupun hati aku berat sebenarnya nak bagi dia pergi. Coz dia ambik masa tiga tahun ermm apa aku nak buat dalam tiga tahun nie yek..Ahhh aku nak upgradekan diri aku gak. Lepas nie aku akan ambik diploma and sure study giler giler punya. Esok umur aku jadi 21 tahun. Dah leh mengundi tapi kena tunggulah pilihanraya umum baru leh pergi mengundi. Aku rasa aku sempat ambihkan dipl dalam tiga tahun nie pastu nak carik kerja. Kumpul duit pastu kawin hahahaha nampak senang je plan hidup aku nie tapi tu target aku dalam jangka masa empat tahun. Umur 25 aku nak kawin kekekeke tapi tak tau sape kawin dulu sama ada aku dulu ataupun member aku si fariz sebab dia nie pun dah nampak nak mencabar aku kekekeke. ermmm panjang gak aku membebel hari niekan. Takpelah ini last day aku menconteng guna komputer ngan internet yang dibayar oleh kerajaan. Lepas nie main internet kena bayar sendiri. Ermm akupun tak tahu nak conteng apa lagi..Oklah semua aku chow dulu...maybe esok aku conteng lagi. Babai Uptm waaa sedihnya nak tinggalkan sini waaaaa.

Bencana alam peringatan manusia tingkat keimanan

GEMA bumi di dasar laut yang menyebabkan ‘ombak jahat’ atau lebih dikenali tsunami melanda beberapa negara Asia, awal minggu ini. Berpuluh ribu orang terkorban dan jumlah ini akan terus bertambah, sebab masih ada puluhan ribu lagi mangsa dikatakan hilang.
Dunia terpegun, terperanjat dan seakan-akan tidak percaya. Ahli sains dan pakar geologi mula berkomentar. Mereka mengungkapkan pelbagai teori yang menjadi punca gempa besar di dasar laut yang kekuatannya jauh melebihi letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Mereka berkata bahawa tsunami terjadi akibat pergeseran kerak bumi di dasar laut yang membuat getaran hebat dan kemudian disusuli dengan ombak maha dahsyat berkelajuan melebihi 800 kilometer sejam.Sebelum bencana itu, tidak ada seorang pun saintis dan geologis yang berbicara mengenai tsunami. Jika ada pun, alasan yang selalu didengar adalah kedatangan bencana ini jarang sekali dan tidak dapat dikesan. Kalau pun dapat dikesan, majoriti negara yang ditimpa bencana tidak memiliki alat pengukur ombak yang akan memberikan amaran awal jika terjadi perubahan drastik di laut. Tetapi, komentar kini tidak lagi akan mengurangi jumlah korban.Pada akhirnya, manusia mesti akur dan menginsafi bahawa kekuatan akal, fikiran dan usaha manusia sangat terbatas berbanding kebesaran dan kekuasaan Allah. Bencana alam ini menyedarkan bahawa manusia sebenarnya tidak dapat menolak kehendak dan takdir-Nya. Jika dipandang melalui kaca mata agama, bencana alam seharusnya dijadikan alat untuk merenung dan berfikir apa yang telah dilakukan manusia. Sebab segala sesuatu yang berlaku di alam ini tidak berlaku secara begitu saja, tanpa ada hikmah tersembunyi yang berfungsi sebagai pengajaran untuk manusia.Adakalanya bencana alam itu berlaku akibat proses semula jadi alam, sama ada pergeseran yang bertujuan memperkukuhkan struktur bumi atau gejala alam biasa seperti letupan gunung berapi.Namun, ada kalanya bencana alam itu terjadi akibat tangan manusia. Banjir, tanah runtuh dan kesan rumah kaca sering terjadi kerana manusia merosak hutan dan memotong pokok kayu tanpa perhitungan. Mendirikan pelbagai bangunan tanpa menimbangkan keadaan alam sekitar juga sering menjadi punca pelbagai bencana alam. Hal itu dengan tegas disebut Allah dalam al-Quran. Firman-Nya bermaksud: “Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum, ayat 41)Ada pula bencana alam sebagai peringatan terhadap kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Yunus. Nabi Allah itu mengajak ummatnya menganut agama tauhid dan menegah mereka daripada berbuat syirik dan kebinasaan. Tetapi, kaumnya enggan dan menolak dakwah itu. Maka, serta merta datanglah gempa bumi yang dahsyat membinasakan harta benda, tanaman dan ternakan. Gempa besar itu menyedarkan mereka daripada kekhilafannya. Akhirnya umat Nabi Yunus kembali ke ajaran agama tauhid yang sebenar.Ertinya, bagi orang mukmin bencana alam dan musibah itu sebenarnya adalah teguran daripada Allah terhadap kesalahan dan tingkah laku manusia yang sudah terlalu jauh menyimpang dan meninggalkan ajaran sebenarnya. Musibah ini memperingatkan kita untuk kembali ke pangkal jalan meninggalkan kemaksiatan dan dosa, kembali kepada kebenaran.Namun, ada kalanya musibah dan bencana itu berupa azab yang ditimpakan Allah kepada kaum kafir, zalim dan melampau batas, bukan kerana gejala semula jadi alam atau akibat tangan manusia.Peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh adalah salah satu contohnya. Pada masa itu, hutan belum lagi ditebang secara meluas, industri belum lagi ada, kesan rumah kaca pun belum lagi wujud. Tetapi, Allah menurunkan banjir dan memusnahkan kaum itu dari bumi ini. Hal ini berlaku kerana kekafiran dan penderhakaan yang mereka lakukan terhadap Maha Kuasa.Begitu juga peristiwa pada zaman Nabi Luth, dalam bentuk gempa bumi yang sangat besar yang meranapkan semua bangunan tempat tinggal dan membinasakan semua penduduk negeri itu. Padahal, pada masa Nabi Luth alam itu masih lagi lestari, belum ada kerosakan akibat tangan manusia. Tetapi, Allah mendatangkan azab bagi menghukum kejahatan dan sikap melampau batas yang mereka lakukan dan sikap sombong serta kafir terhadap perintah Allah dan rasul-Nya.Oleh itu, tsunami yang melanda beberapa negara seharusnya menjadi iktibar bagi kita semua. Musibah ini juga seharusnya membuat kita bertanya apakah bencana alam ini hanyalah satu proses atau gejala alam biasa? Atau ia akibat kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia hingga membuat bumi tidak lagi stabil dan berjalan menurut hukum alam yang semestinya? Atau ini adalah peringatan Tuhan terhadap kesalahan dan dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak? Atau ia adalah azab Tuhan yang ditimpakan akibat kekafiran dan kezaliman yang dilakukan oleh orang tertentu yang akibatnya juga dirasakan oleh orang beriman dan tidak bersalah? Jika tsunami adalah gejala alam biasa, maka sebagai orang yang beriman kita hanya dapat mengucapkan Subhanallah di atas kekuasaan Tuhan yang diperlihatkan-Nya melalui fenomena alam yang demikian dahsyatnya.Apabila kejadian itu berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia, maka penyebab itu mestilah ditemukan bagi mencari jalan penyelesaiannya.Namun, jika bencana ini adalah peringatan kepada manusia, maka sewajarnya kita merenung dan bercermin diri untuk mengingat kesilapan yang dilakukan, seraya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, Tuhan pemilik alam ini.Salah satu jalan terbaik untuk menolak bala dan bencana serta memudahkan datangnya kasih sayang Tuhan adalah dengan mengukuhkan iman dan takwa. Hal ini dengan tegas Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri " (Surah al-A'raf, ayat 96)

Thursday, December 30, 2004

KUALA LUMPUR: Kerajaan membatalkan semua acara keramaian sempena sambutan tahun baru, malam esok dan mahu digantikan dengan majlis doa selamat ketika angka korban tsunami akibat gempa bumi di utara Sumatera, Ahad lalu, dijangka mencecah 100,000 orang.
Pihak berkuasa negara yang teruk ditimpa bencana itu, terutama Sri Lanka, Indonesia dan India menjangka lebih ramai lagi terkorban dalam gerakan mencari mangsa yang masuk hari kelima, hari ini.Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan menyertai masyarakat antarabangsa dengan memberi amaran bahawa angka kematian boleh meningkat beratus ribu lagi.Petang semalam, dua lagi mayat ditemui di Pulau Pinang menjadikan 52 korban tsunami di negeri itu dan 67 di Malaysia. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula berkata, kerajaan tidak akan mengadakan sebarang acara kemeriahan menjelang tahun baru dan meminta semua pihak, termasuk swasta, mengadakan majlis doa agar negara selamat daripada sebarang bencana alam.“Marilah juga kita doakan agar yang menderita mendapat kesabaran dan mengatasi kerugian yang dialami,” katanya di Kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda, ketika mengunjungi mangsa tsunami dan meninjau kerosakan akibat serangan ombak besar itu.Perdana Menteri juga meminta masjid di seluruh negara mengadakan khutbah yang berhubung kait dengan malapetaka tsunami dan apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi penderitaan yang dialami mangsa.Bagi rakyat bukan Islam, beliau meminta mereka mendoakan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara ini mengikut amalan dan kepercayaan agama masing-masing. Serentak itu, dua acara menyambut tahun baru anjuran TV3, masing-masing bersama Petronas di Kuala Lumpur City Centre dan AmBank Group di Dataran Merdeka, dibatalkan. Kerajaan Pulau Pinang turut membatalkan acara seumpamanya di negeri itu.Abdullah, dalam reaksi spontannya dengan pembatalan itu kepada pemberita di Langkawi petang semalam, berterima kasih kepada Petronas, AmBank Group dan TV3 yang menghormati semua mangsa tsunami, termasuk mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam tragedi buruk itu.Sementara itu, di Indonesia, Naib Presidennya, Jusuf Kalla, menganggarkan 40,000 penduduk negara itu mungkin maut akibat tsunami ekoran gempa bumi terkuat dalam tempoh 40 tahun itu.Daripada jumlah itu, 30,057 mangsa yang terbunuh adalah di Aceh, kawasan berdekatan pusat gempa bumi berkenaan. Sri Lanka, menjadi negara kedua terbanyak dari segi angka korban, iaitu 22,493 orang diikuti India (12,419) dan Thailand (1,657).Negara lain yang mencatat kematian termasuk Somalia, Myanmar, Maldives, Tanzania, Kenya dan Bangladesh.Pakar kesihatan PBB dan agensi lain terus memberi amaran bahawa mayat reput, sistem pembetungan najis yang rosak, air tercemar dan kekurangan makanan serta tempat perlindungan selain jangkitan penyakit seperti malaria dan demam denggi juga mengancam beribu-ribu lagi mangsa yang cedera dan lemah selepas tsunami melanda.“Derita penduduk dalam jangka masa panjang lebih besar selain kebimbangan mengenai tsunami dan gempa bumi. Ada kemungkinan kita akan saksikan banyak lagi maut kerana penyakit berjangkit, setara dengan angka korban tsunami,” kata pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), David Nabarro.Bekalan makanan dan ubat juga dilaporkan semakin kehabisan di banyak tempat, menyebabkan seorang ketua kecemasan sivil dari Itali, Guido Bertolaso, meramalkan angka kematian akan melepasi 100,000. Pengarah Eksekutif Tabung Bantuan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Carol Bellamy bimbang lebih banyak mangsa tsunami dan masalah lain selepas ini adalah kanak-kanak.“Kanak-kanak boleh berlari (untuk selamatkan diri) tetapi mereka tidak mampu mengelak daripada dihanyutkan banjir,” kata Bellamy.Bekalan pertama bantuan antarabangsa tiba di Banda Aceh, 2,000 kilometer ke barat Jakarta, kelmarin, tetapi tidak dapat diedarkan kerana ketiadaan lori.

ABDULLAH berdoa ketikamelawat mangsa tsunami di Kampung Kepala Jalan,Kota Kuala Muda,Kedah semalam.

Tak dapat difikir

Hari nie hari khamis. Lagi sehari lagi jee lagi aku duduk kat ofis nie. Lepas nie aku balik umah ler kekekeke. Aku ingat nak buat satu group bagi peminat anime ngan J-rock kat myrakan tapi aku lom dapat pikir lagi apa nama group nie. Pening pening. Hari nie dah hari ketiga ataupun hari keempat berlakunya tsunami. Angka korban dah mencecah 100.000 orang. Ermm semua pesta sambutan tahun barupun dibatalkan dan digantikan dengan majlis doa selamat atas arahan Pak Lah. Memang baik cadangan niepun. Tapi aku tak tahu sama ada coundown kat klcc tu diteruskan atau tidak. Aku rasa benda tu still dijalankan..Aku dah buat link kat myrakan terus ke blog nie..aku harap ada ramai ler pengunjung kekekeke...

Wednesday, December 29, 2004

Malaysia akan bertukar maklumat tsunami

BUTTERWORTH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang tiba petang semalam selepas memendekkan cutinya di luar negara berkata, beliau terkejut apabila diberitahu mengenai bencana tsunami di beberapa negeri di utara Semenanjung Ahad lalu.
“Saya terkejut, macam tak percaya kerana selama ini tak ada gempa bumi di Malaysia. Ombak itu selaju 700 kilometer sejam, deras macam kapal terbang,” katanya ketika ditanya mengenai reaksi pertamanya selepas mendapat berita itu.Perdana Menteri yang tiba di sini kira-kira jam 5.30 petang menjawab soalan pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa tsunami di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda, di sini. Sejurus tiba, beliau terus diberi taklimat mengenai kejadian itu di Jabatan Penerbangan Awam sebelum melawat mangsa dan kampung yang terjejas di Permatang Damar Laut di bahagian pulau dan di Kuala Muda.Abdullah berkata, walaupun sedih atas kejadian itu, rakyat harus bersyukur kerana bencana berkenaan tidak seburuk yang menimpa negara lain.Berucap kepada mangsa di pusat pemindahan itu, beliau berkata Malaysia akan bekerjasama dengan negara di rantau ini melalui pertukaran maklumat awal mengenai serangan tsunami sebagai persediaan mengurangkan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.Melalui pertukaran maklumat itu, Malaysia dapat belajar daripada pengalaman mereka dan memanfaatkan teknologi yang mereka ada untuk mengesan tanda-tanda awal tsunami.“Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan kerugian yang dialami dan kehilangan nyawa,” katanya sambil berharap mangsa kejadian itu bersabar sementara menantikan bantuan segera disalurkan kepada mereka bagi meringankan beban.Perdana Menteri berkata, beliau akan segera memulakan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan bagi menjalin kerjasama itu. “Saya akan menulis kepada mereka dan pada masa yang sama untuk mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada negara terbabit. Dengan mendapatkan maklumat yang tepat, kerajaan boleh memaklumkan kepada rakyat untuk membuat persediaan awal seperti dilaksanakan ketika menghadapi musim banjir. “Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat mempunyai pusat pemantauan gempa bumi bagi mengetahui bila sesuatu bencana itu akan berlaku. Oleh itu, negara di rantau ini perlu menjalin rangkaian komunikasi bagi menyampaikan maklumat dan amaran mengenai tsunami,” katanya. Beliau berkata, maklumat yang diperoleh akan disebarkan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat persediaan awal.


Tuesday, December 28, 2004

Korban tsunami 23,339

KUALA LUMPUR: Jumlah korban akibat gempa bumi dan ombak besar tsunami yang melanda lapan negara Asia, termasuk Malaysia mencecah 23,339 sehingga petang semalam dan dijangka meningkat kerana kerja mencari dan menyelamat dilancar di seluruh negara terbabit.Angka kematian akibat tsunami yang melanda pantai di beberapa negeri utara Semenanjung turut meningkat kepada 53, apabila tujuh lagi mayat ditemui di Pulau Pinang, dua di Perak dan satu di Langkawi, Kedah semalam.Selepas gerakan mencari dan menyelamat yang masuk hari kedua, semalam, Pulau Pinang mencatat jumlah korban terbanyak dengan 37 kematian, 11 di Kedah, empat di Perak dan satu di Selangor, manakala 14 lagi – masing-masing sembilan di Pulau Pinang, tiga di Perlis dan dua di Kedah, disenaraikan masih hilang.Di luar negara sehingga jam 7.30 petang semalam, Sri Lanka mencatat kematian tertinggi dengan hampir 11,000 orang, termasuk 70 warga asing. Indonesia pula mencatatkan (4,725); India (6,597) Thailand (866); Maldives (43); Myanmar (30); Somalia (9) dan Bangladesh (2).Lebih 1,300 lagi dilaporkan hilang di India, 1,555 orang di Thailand, manakala 10 orang yang hilang di Maldives dikhuatiri terkorban.Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa pula berkata pihaknya berusaha mendapatkan bantuan AS$6.5 juta (RM24.7 juta) bagi membiayai usaha menyelamat itu.Di LHOKSEUMAWE, beribu-ribu tentera Indonesia melancarkan operasi mencari dan menyelamat terutama di wilayah utara Sumatera itu yang paling teruk dilanda bencana itu dengan ombak dilaporkan bergulung memasuki kawasan darat lebih 10 kilometer.Sekurang-kurangnya 3,000 daripada 4,448 mangsa di negara itu, terkorban di Banda Aceh, sama ada kerana terperangkap akibat gempa bumi atau ombak besar, kata pegawai Kementerian Kesihatan, Pitoyo.Semua hubungan komunikasi di beberapa daerah di Aceh masih terputus dan ia mencetus kebimbangan terhadap kemungkinan angka kematian jauh lebih tinggi daripada dicatat ketika ini.Antara yang dilapor hilang ialah warga Malaysia yang bercuti di beberapa pulau kecil di utara Sumatera.“Kami mengarah lebih 15,000 tentera untuk ke daerah terbabit bagi mencari mereka yang selamat tetapi setakat ini rata-rata yang ditemui ialah mayat bergelimpangan,” kata jurucakap tentera, Edy Sulistiadi.Di COLOMBO, kegagalan pihak berkuasa Sri Lanka mengambil serius mengenai amaran gempa bumi serta tidak bersedia untuk menangani sebarang bencana alam seperti tsunami, antara punca menyebabkan lebih 4,850 penduduk negara itu maut dalam bencana alam kelmarin, kata seorang pegawai kanan kerajaan.“Kami terlalu cuai. Pakar memang meramal gempa bumi, ombak besar, malahan kami turut mengalami beberapa gegaran kecil akhir-akhir ini, tapi kami gagal mengambil semua amaran itu secara serius,” kata Lalith Weeratunga, penyelaras kanan pasukan penyelamat Sri Lanka.Lebih memilukan lagi, katanya, bencana banjir paling buruk dialami negara itu Jun lalu yang mengakibatkan 255 penduduk maut, langsung tidak dijadikan iktibar oleh kerajaan negara itu.Di PHUKET, pasukan penyelamat terus bekerja keras untuk mencari dan menyelamat mangsa tsunami di kawasan kepulauan terpencil, bagaimana sehingga petang semalam dipercayai lebih 430 orang termasuk pelancong asing maut dan 4,100 lagi cedera selepas ombak besar tsunami turut melanda wilayah selatan negara itu.Dr Piphat Yingseri, pegawai kanan Kementerian Kesihatan di Bangkok berkata, setakat ini 431 dilapor maut dan ramai lagi yang masih hilang di beberapa kepulauan kecil yang menjadi tumpuan pelancong asing di wilayah Selatan Thailand.Dua orang yang terkorban disahkan sebagai pelancong rakyat Malaysia. Warga negara lain termasuk dari Korea Selatan, Jepun, Jerman, Afrika Selatan, Hong Kong, Britain, Denmark, Australia, Mexico, Russia, Sweden, Chile dan Amerika Syarikat.Wilayah Phang Nga antara yang paling teruk dilanda tsunami dengan 181 orang dilapor mati, manakala 130 lagi dilapor maut di pusat peranginan sekitar Phuket, 45 lagi terbunuh di Krabi dan 25 dilapor maut di Ranong.Di CUDDALORE, ratapan tangisan menyelubungi daerah di selatan India ini, apabila penduduk mula mengebumikan mangsa tsunami, yang dipercayai mengorbankan lebih 5,000 orang.Sementara itu, lebih 2,000 orang dikhuatiri maut di kepulauan Andaman dan Nicobar, India.“Tidak kurang 1,000 orang sudah pasti mati,” kata Gabenor Andaman dan Nicobar, Ram Kapse.Di MALE, Maldives, sekurang-kurangnya 32 orang disahkan meninggal dunia dan 51 lagi dilapor hilang di pulau peranginan ini. Antara yang maut ialah seorang pelancong Britain yang dilapor diserang sakit jantung selepas melihat ombak begitu besar datang bergulung ke arahnya. – Agensi

Malaysia: 53 Indonesia: 4, 725 Sri Lanka: 10, 897 Bangladesh: 2 India: 6, 597 Thailand: 866 Maldives: 43 Myanmar: 56 Somalia: 100




Just A Friend


check have you ever met a girl

that you thought was perfect

you waited for her years

coz you know she's worth it

here's a lil story bout this girl i knew

since wayback in preskool

sometimes in 82'

she had em' two pony tail and a front tooth missing

with freckles on her cheeks cause her moms caucasian.

up on the tree house is where we chilled together

with carvings on the trunks saying friends for eva

she the type who laugh when they normally cried

and when they busy playin' house

we playin' bonnie and clyde

in grade skool every body knew we partners in crime

we usta bully kids in playground like all the time

we always seen holdin' hands to the principals office

the naughtiest in town and could no other kids stop us

in highskool she swithched her desk next to mine

so we could cheat while doing pop quizzes all the time

14th of february '93

jenny said she had a big suprise for me

gave me the very first kiss and plus a ring and a card

and said i love you

so i gave her the reast of my heart

a couple weeks later called her house at 10

the mama said i thought you suppose to be with jen

i quickly rushed to her crib

she just got out of a van

i'm like yo who was dat? oh he's just a friend



(chorus)

you,you got what i need

but you said he's just a friend

but you said he's just a friend



verse 2

[malique]

so i took jenny's word for at,at this time

i thought just havin' a friend couldn't be no crime

coz even i had friends and baby thats for sure

just like watson, hailee, baby tash and joe

so we never talk 'bout the late snack with van man

we rather talk about the future we had planned

and what to name our kids al-tarique or syamar

ayeesha or tisha for a girl and

maybe even bring our kids to the little tree house that wechilled at

but then in '94 i couldn't help it to feel sad

little jenny had to leave me to go get a little knowledge

100 miles away in this place say they call college

first coupla months it was cool

but then it had changed you

she never called and really acted like a strange ho

one day i called, it was picked up by a man

i called again she picked it up and said

hey thats just a friend



bridge

[V.E]

You know, I know what you have been up to

I know you know what you have been up to



This guy in her study group's the one who picked up the call

Helpin' her in chemistry wit cycloxeanol

I got curious and asked her who else in ya team ?

She said Ali, Hassan, Noreen and Kareem

The next day I thought of givin' her a little surprise

But when in front of Jenny's dorm I couldn't believe my eyes

I saw the same ugly van i saw in '93

I found her room but guess what a brother had to see ?

A fella half naked wit' my gurl on the couch

And baby Jenny moaning, uggh uggh aggh and ouch

So please listen to the message that I sing

Don't ever talk to gurl who says she just has a friend



(repeat chorus)



verse 3

[Joe Flizzow]

A lil' casanova pimp, man I had my flings

Hoodrats to goodie hoodies I was lil' playa flings

I'll tell ya when my final year in '96

This hunny new in skool joined my class she really sic

She made her pinafore look like a dress from Rodeo,

And clean white shoes lookin' Ferra than Gamo's

And white blouse seemed whiter than everybody else's

Just like them ads on tv man this hunny was the nicest

I had to step to up my game I told her my name

She said her name was Wanda I found out

Thatt we lived in the same street she moved 5 block down

And after 3 dates and 6 banana splits I had it locked down

We was tight but had this lil' problem though

coz Wanda always acted funny when wit Mary Joe

But when I caught 'em kissin it wasn't funny no more

Baby smiled and just said she just a friend yo...

Monday, December 27, 2004

Gejala baru dan bencana

Sekarang ada kes baru yang cukup memalukan membabitkan perkahwinan. Hari ini melibatkan pasangan dari Johor. Pengantin lelaki terbabit yang berusia dalam 20 tahun itu meninggalkan majlis perkahwinannya dan melafazkan talak tiga setelah 15 minit diijabkabulkan. Bagi aku benda nie sepatutnya tidak berlaku dalam masyarakat kita. Kalau aku jumpa budak nie memang aku belasah sampai lumpuh. Sebabnya perbuatan dia nie memalukan orang lain. Kalau malukan keluarga dia lantaklah dah anak dia yang buat perangai tapi turut menyusahkan pihak pengantin perempuan. Aku memang setuju kalau orang macam nie dihukum mati mandatori jee. Lagipun orang macam nie memang tak patut bagi hidup pun. Kalau hidup pun bukannya berguna pada bangsa,agama dan negara. Lagi satu yang aku benci pada pemain bolasepak kedah tu. Muka diapun macam celaka. Dua dua nie kalau aku jumpa memang aku maki hamun terus tak kiralah depan orang ramai ke depan mak bapak dia ke sebab bagi aku dua orang nie dah memang macam bangsa yahudi mabuk.

Semalam malaysia dilanda gempa bumi yang agak teruk juga sehingga ada nyawa yang terkorban. Kesan yang paling teruk terjejas ialah di Pulau Pinang. Ini adalah kali pertama Asia dilanda gempa bumi yang teruk sehingga melibatkan jutaan nyawa yang terkorban. Selalunya gempa bumi berlaku di satu satu negara sebaliknya ia berlaku serentak dikebanyakkan negara negara asia termasuk malaysia,singapore dan thailand. Walaupun malaysia berada diluar lingkaran api pasifik namun kerosakan yang berlaku adalah disebabkan tsunami iaitu ombak besar yang terjadi disebabkan gempa bumi. Selain itu dibeberapa tempat turut merasai gegaran.

Kena cerai talak tiga 15 minit selepas nikah

JOHOR BAHRU: Ikatan perkahwinan sepasang pengantin baru hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila pengantin lelaki secara tiba-tiba menggugurkan cerai talak tiga di hadapan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan mereka di Ulu Tiram, dekat sini, malam kelmarin

Pengantin lelaki yang berusia 20 tahun itu bertindak meninggalkan majlis selepas diijabkabulkan di rumah keluarga pasangannya di Batu 16 1/2, Jalan Haji Sanlawi, Sungai Tiram, kira-kira jam 10 malam.Sebaik saja selesai upacara pernikahan yang disaksikan kira-kira 1,000 tetamu, pengantin lelaki dikatakan terus masuk ke dalam kereta dan tidak mahu bersanding untuk majlis berinai bersama bekas isterinya.Walaupun dipujuk bekas isterinya, Siti Nor Hajjar Mohamad Yusoff, 21, supaya menunggu sebentar untuk majlis berinai, pengantin lelaki terus masuk ke dalam kereta Proton Perdana V6 berwarna hitam begitu juga 15 ahli rombongannya yang semuanya lelaki.Pengantin perempuan mengejar bekas suaminya sambil memujuk supaya keluar dari kereta untuk meneruskan majlis berinai tetapi lelaki itu berdegil dan mendiamkan diri dalam kereta.“Saya terus pujuk bekas suami supaya tunggu kerana dia sudah bersetuju untuk bersanding tetapi dia hanya mendiamkan diri dalam kereta.“Saya berpaut pada kereta supaya dia tidak pergi tetapi dia terus menggerakkan keretanya...nasib baik ibu dan seorang saudara menarik jika tidak mungkin kaki saya digilis tayar keretanya,” katanya yang lebam di lengan kirinya.Selepas itu, katanya, bekas suaminya menjerit dengan kata-kata yang kurang sopan seterusnya menceraikannya dengan talak tiga yang turut didengar oleh tetamu yang sedang menikmati jamuan.Siti Nor Hajjar yang ditemani ibunya, Umi Kalsom Sulong, 44, ketika ditemui di rumahnya berkata, bekas suaminya dibawa ke balai polis oleh anggota polis yang datang ke rumah keluarganya dengan diiringi bekas ibu mentuanya.Namun, dia sendiri tidak mengetahui punca bekas suaminya bertindak demikian sehingga seluruh keluarganya menanggung malu akibat perbuatan bekas suaminya.Pasangan berkenaan sudah mempunyai seorang anak perempuan yang berusia kira-kira setahun tiga bulan.Difahamkan, pasangan itu pernah bernikah dipercayai menggunakan perkhidmatan sindiket di Kuantan, Pahang pada 8 Jun 2003 ketika Siti Nor Hajjar sedang mengandung kira-kira empat bulan.Siti Nor Hajjar berkata, dia melarikan diri dan meninggalkan keluarganya bersama bekas suaminya sejak tiga tahun setengah lalu dan hanya kembali semula ke pangkuan keluarganya untuk menyambut Aidilfitri, Ramadan lalu."Selepas balik ke pangkuan keluarga saya ingin memulakan kehidupan baru dan bekerja sebagai operator pengeluaran."Namun, bekas suami selalu hubungi sambil berkata dia rindu terhadap saya dan anak dan bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan mengikut undang-undang."Pada 4 Disember lalu, keluarga bekas suami datang ke rumah untuk meminang dan bersetuju bernikah pada 25 Disember dengan wang hantaran RM8,000 serba satu."Wang hantaran bernilai RM5,000 sudah dihantar dengan cek sebelum majlis, malah dia sudah bersetuju untuk bersanding tetapi apa tujuan dan niat dia menceraikan saya sedemikian yang tidak beradat selepas kedua-dua keluarga sudah bersetuju dalam perbincangan," katanya.Siti Nor Hajjar berkata, bapanya, Mohamad Yusoff Ayim sudah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram dengan tindakan bekas suaminya yang memalukan keluarga serta demi melindungi keselamatannya.




Gempa bumi di malaysia

PULAU PINANG: Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban setakat ini, manakala beratus-ratus rumah dan kenderaan musnah apabila ombak besar atau tsunami akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, melanda pantai Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Selangor semalam.
Ombak besar turut melanda Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myanmar dan Bangladesh meragut kira-kira 8,700 nyawa, dengan Sri Lanka mencatat kematian tertinggi.Tsunami mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi 8.9 skala Richter itu, paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ia berpusat di Latitud 3.1 Utara dan Longitud 95.5 Timur, 590 kilometer dari sini dan 680 kilometer dari Kuala Lumpur.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang berada di luar negara, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan bantuan segera diberikan.Kebanyakan mangsa di Malaysia ialah mereka yang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai Batu Ferringhi dan Balik Pulau di sini, ketika ombak melanda secara mengejut dalam keadaan cuaca baik kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Seramai 32 orang mati di negeri ini, kebanyakannya lemas akibat ombak besar yang melanda beberapa kawasan tepi pantai.Paling trajis ialah kejadian di Batu Ferringhi di mana lima sekeluarga yang sedang berkelah - Nizari Mahmud (ibu), 39; dan empat anaknya Nurul Hasimah Md Hassan, 18; Nurul Naimah Md Hassan, 14; Nurul Nazirah, 13; dan Mohd Firdaus, 4, lemas dibawa ombak.Ombak kuat dikatakan menarik mangsa ke laut menyebabkan ramai, ketika beratus-ratus penduduk tempatan dan pelancong, sama ada berkelah, bersiar-siar atau mandi manda pada cuti hujung minggu sehari selepas perayaan Hari Natal.Bilik gerakan sementara turut dibuka di pantai Miami, Batu Ferringhi ketika gerakan mencari dilakukan. Berpuluh-puluh orang dikhuatiri masih hilang sewaktu ombak besar setinggi lebih enam meter merempuh semua kawasan tepi pantai berkenaan pada kira-kira jam 1 hingga 2 petang.Di KEDAH, sepuluh orang termasuk kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan, mati manakala ramai lagi dikhuatiri lemas atau hilang apabila ombak besar melanda perkampungan di pesisir pantai Kedah, termasuk pulau peranginan Langkawi.Sembilan daripada mangsa itu, iaitu lapan wanita dan seorang lelaki, ditemui di Kota Kuala Muda manakala seorang lagi wanita di Langkawi. Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Gerak Am (PGA), polis termasuk Unit Anjing Pengesan serta pasukan Rela masih mencari kemungkinan ada lagi mangsa yang belum ditemui. Siri ombak besar itu yang dipercayai mencapai setinggi enam meter atau bangunan tiga tingkat, dilaporkan melanda Langkawi kira-kira jam 11 pagi sebelum melanda perkampungan nelayan di Kota Kuala Muda kira-kira jam 1 tengah hari. Di Kota Kuala Muda, kira-kira 1,000 rumah membabitkan 5,000 penduduk di 10 kampung nelayan di pesisir pantai musnah akibat dipukul ombak besar. Tinjauan mendapati sebahagian besar kampung itu menjadi padang jarak padang terkukur serta dipenuhi lumpur apabila kira-kira 500 daripada 1,000 rumah di kampung terbabit ranap manakala sebahagian lagi rosak termasuk hilang dinding dan tercabut bumbung. Ombak besar dikatakan melanda kampung berkenaan tiga kali dalam tempoh setengah jam antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari menyebabkan kebanyakan mangsa terperangkap dalam rumah yang ranap. Di PERAK, dua terbunuh manakala seorang lagi masih hilang apabila sampan yang mereka naiki dihempas ombak besar di Parit Buntar dan Bagan Datoh.Di SELANGOR, seorang lelaki yang memancing bersama tiga rakannya di tepi Pantai Sungai Burung dekat Sabak Bernam dikhuatiri menjadi mangsa pukulan ombak tsunami di pantai itu semalam.Arbain Mat Piah, 40, tercampak ke dalam laut bersama rakan-rakannya. Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Zainal Abidin Kassim, mangsa hilang di dalam air sementara tiga rakannya sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, kira-kira 3 petang semalam.Di PERLIS, berpuluh-puluh bot dan sampan nelayan di Kuala Sungai Baru tenggelam dan rosak teruk, kebanyakannya pecah berlanggar sesama sendiri akibat dilanda dua kali ombak besar tengah hari dan petang semalam.Ombak besar turut meranapkan beberapa jeti pendaratan ikan dan gerai menjual hasil laut di tepi kuala sungai itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana nelayan atas bot ketika kejadian sempat menyelamatkan diri ke daratan




selamat Hari chrismas and happy new year

Hari nie hari isnin. Minggu terakhir aku kat ofis nie. lepas nie aku tak tau nak wat apa. Maybe mlm new year nie aku tak gi mana-mana. Duit takde kekeke. Nak gi clubbingpun takde pitih. Aku rasa aku balik phg hari sabtu nielah. Che mat ada sent mesej kat aku yang pasal buku laporan tu tapi akupun tak tau bila nak hantar. Buku laporan aku tue tebal giler. Aku sendiripun tak tau apa yang ada kat dalam tue. Peningnya kepalaku ish ish ish. Bpringnya waaaa..

Thursday, December 23, 2004

Majlis gathering Geng jurnal

Hari ni masa aku bukak emel aku dapat jemputan ke gathering yang dibuat oleh Geng Jurnal. Banyak juga blog blog yang dicalonkan. Ermm ada yang pernah aku baca tetapi lebih banyak yang tak pernah aku lihat hehehe. Majlis ni buat kat The Mines - Sri Kembangan satu tempat yang tak pernah aku pergi dan ingin sangat aku pergi. Aku sebenarnya ingin juga pergi majlis gath nie but aku takde masa. Entah bilalah aku dapat pergi yek. Hari ni aku buat balik shoutbox ngan counter yang hilang dulu. Sedih tul bila ingat kes tu. Sampai sekarang aku masih tak faham camana boleh hilang semua yang ada dalam blog aku dulu. Tadi aku ada download dari aceramza. Dia kata tu lagu terakhir MANA yang dia letak sebab lepas nie dia nak letak lagu artis lain pulak. Memang aku akui aku sekarang meminati muzic gothic dan juga rock dari jepun disebabkan dia. Tak tau kenapa ermm tapi aku memang minat jepun sejak dari sekolah menengah lagi. Minggu depan aku habis praktikal kat ofis nie. Lepas ni tak tahulah nak buat apa. Akupun tak pasti samaada aku boleh teruskan update blog ni ataupun tak. Tapi yang pasti aku takkan biarkan blog nie terus terkubur. Aku masih ada akaun lain kat myrakan dengan myspace yang perlu aku check setiap hari. Entahlah akupun tak tau nak tulis apa lagi. Hari dah tengah hari nie. Chow dulu esok sambung lagi. Babai...

Tuesday, December 21, 2004

Kenyataan Aman Malaysia mengutuk serangan kejam tentera Israel

Tindakan tentera Israel bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah sudah lama jauh keterlaluan, merupakan jenayah perang berterusan dan penghapusan etnik terancang yang mewujudkan krisis kemanusiaan (humanitarian crisis).
Mereka telah banyak kali mengulangi serangan seumpamanya selain merobohkan kediaman di kem pelarian dan perkampungan rakyat Palestin di bawah dasar rahsia penghapusan etnik oleh Israel.
Siri serangan, tindakan meroboh kediaman, pembunuhan pemimpin pejuang Palestin, rancangan bunuh Presiden Yaser Arafat dan rampasan tanah penduduk adalah penjajahan mereka untuk menguasai seluruh Palestin.
Sehubungan itu, AMAN Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk memaksa Israel menghentikan penghapusan etnik itu kerana dua kuasa besar dunia itulah yang menjadi penaja utama pendudukan kuasa Israel di Palestin sejak 15 Mei 1948.
Israel secara berterusan mencabul hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan dalam Konvensyen Geneva dan konflik di Palestin itu menjadi punca utama pelbagai gerakan balas ganas kumpulan tertentu ke atas Israel dan kepentingan negara penajanya di seluruh dunia.
Selama tiga tahun gerakan Intifada yang melibatkan perletakan senjata pejuang Palestin, lebih 10,000 rakyat Palestin tidak berumah. Banyak kanak-kanak, wanita dan orang tua mati, cedera dan cacat akibat tindakan ketenteraan Israel.
Justeru gerakan rakyat Malaysia ini menggesa Israel menghentikan segera segala bentuk kezaliman, kekejaman, keganasan dan jenayah perangnya ke atas penduduk Palestin, sama ada yang beragama Islam mahupun Kristian.
AMAN Malaysia dengan ini menyeru seluruh masyarakat antarabangsa bangkit mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memaksa Israel menghentikan kezaliman dan tindakan ketenteraannya terhadap Palestin.
AMAN Malaysia kini memperkukuh jalinan dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di seluruh dunia untuk menggembleng gerakan sivil antarabangsa menentang dan menghentikan punca keganasan dunia oleh pentadbiran Israel.
DATO’ ZULKIFLI MOHD ALWI Penyelaras AMAN Malaysia

Hentikan tohmaan melulu

Kuala Lumpur -- Kerajaan Thailand didesak berhenti membuat kenyataan mendakwa sebahagian militan Islam di selatan negara itu mendapat latihan ketenteraan di Malaysia jika tidak mempunyai bukti kukuh bagi menyokong tuduhan berkenaan, kata Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir.
Tegas beliau Pemuda mahu kerajaan Thailand berhenti membuat kenyataan tidak berasas itu kerana ia mampu menjejaskan hubungan dua hala kedua-dua negara.
“Kenyataan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra bahawa kegiatan militan ini dilakukan tanpa pengetahuan dan sokongan kerajaan Malaysia menggambarkan seolah-olah kita tidak tahu apa yang berlaku di negara sendiri.
“Pemuda UMNO ingin menegaskan bahawa Malaysia sentiasa mengawasi keselamatan dalam negeri dan tidak mungkin membenarkan sebarang kegiatan melatih militan bertujuan menjejaskan keamanan negara jiran”, katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Kata beliau lagi jika Thailand ada bukti, serahkan kepada Malaysia, supaya tindakan dapat diambil.
“Pemuda UMNO juga kecewa dengan berita bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Thailand dalam laporan siasatan tragedi Tak Bai tidak mengesyorkan apa-apa tindakan undang-undang diambil terhadap pegawai kerajaan yang terbabit secara langsung dalam tragedi itu.
“Masalah di selatan Thailand dapat diselesaikan jika wujud keikhlasan pada kedua-dua pihak yang bersengketa untuk duduk semeja mengadakan rundingan”, ujarnya.
Justeru, beliau mengesyorkan kerajaan Thailand berlaku adil bagi membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa pihak bertanggungjawab menyebabkan kematian 87 penunjuk perasaan di Tak Bai dikenakan tindakan sewajarnya.

Still have a problem

Hari nie hari selasa. Malam nie cerita sembilu.Masalah aku still belum diselesaikan. Banyak kena cari link. Shoutboxpun tak buat lagi. Peningnya kepala. Apesallah boleh timbulnya problem nie. Banyak sangat ke link yang aku buat. Aku tengok blog orang lain selamba je. Semalam aku letak artikel ngan berita. Saje je sebab tak ada benda lain nak buat. Maybe hari niepun sama gak hehehe.

Monday, December 20, 2004

GEORGETOWN: ‘Jangan menuding jari sekarang’ adalah komen yang diberikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengenai isu mengembalikan semula kegemilangan negeri ini.
Ia ditujukan kepada Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang didakwanya bertindak negatif ketika membalas kritikan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kesungguhan politik dalam menjaga kepentingan pembangunan Pulau Pinang.
Mohd Sharif yang kini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kenyataan Koh bahawa pengkritik akan ‘mendendangkan lagu berbeza’ jika kepentingan kawasan mereka sendiri terjejas adalah tidak wajar.
"Koh sepatutnya mengambil kempen Sayangi Pulau Pinang sebagai cabaran dan mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan...bukan masanya untuk menuding jari," katanya.
Beliau berkata, jika kerajaan negeri mengambil langkah tepat untuk memperbaiki keadaan, terutama seperti yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat pulau itu lebih 10 tahun lalu, Pulau Pinang sudah terselamat daripada keadaan yang memalukan.
Mohd Shariff yang menjadi Timbalan Ketua Menteri daripada Mei 1995 hingga November 1999 berkata, Pulau Pinang begitu sinonim dengan sampah, kemudahan yang tidak diurus dengan baik, persekitaran tidak bersih dan kesesakan lalu lintas.
Masalah kebersihan belum dapat diatasi sepenuhnya daripada identiti Pulau Mutiara sehingga di gelar negeri ini sebagai ‘Darul Sampah’
Mohd Shariff berkata, jika kerajaan negeri mengambil isu itu secara serius ketika itu, sudah tentu separuh daripada masalah berkenaan dapat diatasi.
"Hal ini dapat mengelak kerajaan negeri daripada malu," katanya sambil menambah sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil langkah segera sebelum keadaan bertambah buruk.
"Ini adalah pandangan lama, bukan baru dan Koh patut serius menangani dakwaan ini," katanya.
Mohd Shariff yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin yang berkata, kesungguhan politik adalah satu-satunya langkah yang boleh menyelamatkan Pulau Pinang daripada terus hilang sinarnya.
“Koh patut menerima komen itu yang dibuat dengan tujuan baik," katanya dan menambah rasa kesal kerana Seberang Prai dilayan seperti ‘anak tiri’ apabila bercakap mengenai pembangunan.
"Seberang Prai adalah sebahagian daripada Pulau Pinang tapi sedih kebanyakan kegiatan pembangunan ditumpukan di bahagian pulau," katanya.

.



Jenis solekan yang sesuai

Saya menghadapi masalah dalam menentukan jenis solekan apakah yang sesuai dengan kulit muka saya. Kulit saya hitam manis. tidak terlalu cerah & tidak terlalu gelap. Muka saya agak berminyak di area zon t terutama sekali ia semakin ketara jika saya berpeluh. Walau bagaimanapun muka saya tidak menghadapi masalah jerawat. warna kulit muka saya gelap sedikit berbanding dengan bahagian leher & dada yang lebih cerah (warna kulit tak sekata). soalan saya:


1) apakah jenis solekan yang sesuai?
2) bagaimana memastikan solekan rata kerana warna kulit muka saya tidak sekata?
3) umur saya 23 tahun & saya gemarkan solekan yang tidak tebal & nampak natural. bagaimana untuk dapatkan jenis solekan begitu?


Nasihat Kami

Gunakan bedak asas Shine Free Maybelline supaya tone kulit muka tampak sekata dan rata.Ia juga akan mengawal minyak pada permukaan kulit. Untuk mendapatkan warna yang sesuai, sapukan sedikit bedak asas pada bahagian pipi dan pastikan warna bedak nampak sama dengan tone kulit.


Sapukan bedak asas pada bahagian tengah dan ratakan ke tepi muka.
Tambahkan Shine Free Loose powder selepas bedak asas.
Gunakan maskara Maybelline untuk menyerlahkan mata.


Untuk pastikan cara penggunaan, kunjungilah Kiosk Maybelline di Mid Valley.

.


Period

Periods? Women have it, men fear it, and everyone pretends that it doesn't exist. What are some of the common myths regarding menses? How do you handle menstrual moodiness and deal with periodic pain? What does a model or a gymnast or a paraplegic woman do when she has her period?

WHY IS PERIOD SUCH A DIRTY WORD?
Is it hard to think/talk about your period? Why is period considered such a shameful & dirty affair even when half the population of the world deals with it every month? Even society perpetuates this myth, I mean that's why sanitary pad advertisements are not allowed to appear on TV. Apparently wanita UMNO brought it up to Parliament (Oh my god, they're debating periods in Parliament!) and insisted that sanitary pad ads get banned on national TV because it is a private thing and something embarrassing for women. How embarrassing is getting your period?
I mean it's nature, a natural physical process of the female body, not some secret mysterious phenomena to be kept away in the X-files. We need to re-vision period with positive constructs/connotations and remember that many of the world's cultures do celebrate a girl's coming of age with rites and ceremonies that recognize, name and honor this important passage. Many of the taboos and negative associations stem directly from the fears of men and male-dominated religious and socio-cultural conditioning. Women are taught to be ashamed of their biological system as part of being the "weaker" sex. As more and more women speak out about this issue, it can not only be empowering to other women, it will also help change society's negative thinking about periods. Most importantly it will help everyone women and men to deal with this monthly occurrence and not shy away from it. Knowledge is empowerment and if men still think periods are this mysterious bleeding that they should not know anything about, I think it's about time, women start telling them what it is and making them envious of our reproductive power.

For more information please logon at www.kotex.com thank you.

Mood Dan Warna

Adakah “mood” anda selalu berubah-ubah? Mungkin ini disebabkan warna baju yang anda pakai! Tanpa kita sedar, warna boleh mempengaruhi perasaan kita sama ada secara fizikal atau mental. Ini penting untuk diingati, terutamanya bila anda ingin menghidupkan “mood” yang tertentu.

Biru menandakan rasa damai, tenang, stabil, penuh harmoni, perpaduan, kepercayaan, kebenaran, keyakinan, sifat konservatif, keselamatan, kebersihan, keadaan teratur, kesetiaan, langit, air, kesejukan, teknologi dan rasa murung. Biru dianggap warna untuk bisnes kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai.

Hitam mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.

Hijau merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.

Jingga adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.

Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.

Merah merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.

Putih mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan, rasa rendah diri, sifat ringkas, kemurnian, masa muda, kelahiran, musim sejuk, salji, kebaikan, kemandulan dan perkahwinan.

Kuning mewakili kegembiraan, kebahagiaan, sifat optimis dan idealis, imaginasi, harapan, cahaya matahari, musim panas, emas, falsafah, sifat tidak jujur dan pengecut, rasa cemburu, keinginan, penipuan, penyakit, bahaya, semangat dan ilham.


.

Masalah melanda

Sekali lagi blog aku ada problem. Sejak semalam blog aku takleh nak akses. Aku dah try masuk, bila nak posting ada masalah. Bila aku check temtplat semua coding aku dah hilang. So nak taknak aku kena ambik temtplat baru pastu buat semua blog. Aku kena cari balik semua link yang aku wat dulu. Aku cuma dapat sikit jee link. Memang aku tak save link kat tempat lain sebagai backup dan sekarang aku dapat pengajaran berguna. Tak kira apa yang kita buat kita mesti ada backup supaya senang nak cover balik. Tapi sekarang nie memang nak menangislah aku nak repair balik. Dengan internet tahap dewa penyu memang susah. Silap-silap bila sent ke internet dia tak sampai. Aku kena buat guestbook baru, counter baru shoutbox baru memang susah. Sayang semua komen dulu dah hilang. Waaa bilalah ribut kedukaan ini akan reda.

Sunday, December 19, 2004

Bosan kembali hidupku

Hari nie hari ahad. Aku kena balik ke seremban hari nie. Alahai bosannya kena balik seremban duduk kat ofis buat aku rasa nak gila. Malam tadi che mat call aku. Entah apa mimpi dia akupun tak tahu. Dah tak lama lagi aku rasa dia tue kuek kuek kuek. Sedap betul kau kenakan aku yea malam tadi. Sial aku ingatkan apa teddy bear rupanya kutuk aku. Lagi dua minggu aku habis praktikal seronoknya. Minggu nie aku benggang sebab dua dua awek aku entah pergi mana. Sekor sekor aku call tak dapat. Aina balik perak sedara dia kawin. Zura lak aku tak tau mana dia pergi maybe balik kg sebab bila aku call diluar liputan. Aku tak call lagi keluarga syarifah. Aku memang rasa bersalah pada dia sebab tak tunaikan permintaan dia padahal permintaan dia bukan susah sangat. Dia cuma nak jumpa aku kat kl tapi aku banyak sangat alasan. Sekarang nie aku menyesalpun tak guna. Memang aku tak sangka boleh jadi macam nie. Maafkan aku syarifah. Aku cuma boleh doakan semoga awak tenang disana. Al fatihah......

Friday, December 17, 2004

Aku rasa macam sial

Hari nie hari jumaat. Tengah hari nanti aku balik umah. Tapi aku rasa aku paling malang hari nie. Pagi pagi internet dah buat sial. Pastu komputer aku dah macam celaka. Aku nak main need for speed undergroundpun tak boleh. Aku rasa macam semua orang pandang aku semacam tadi. Tak tau apesal. Kalau ikut hati dah lama aku maki hamun semua orang tu macam tak pernah tengok orang. Awek awek aku buat celaka gak. Seekorpun tak call aku. Aku dah malas nak call. Biarlah mampus diorang. Kalau aku matipun tak payahlah diorang tau. Aku punya myrakan dah ok. Cantik gak dengan lagu midi negaraku,peta malaysia ngan lambang umno. Siap ada falsafah UMNO lag tau. Lagi lama aku kat sini aku rasa nak gila. Boring sungguh duduk kat sini. Macam celakapun ada.

Tuesday, December 14, 2004

Dah lama tak menulis

Hari nie hari isnin bersamaan 14/12/2004. Dan hari nie juga hari lahir awek keduaku zura. Happy birthday sayang yang ke 18. Tadi aku baru call dia dan ucapkan happy birhday padanya. Dia dah mintak hadiah kat aku waa mana aku nak cari nie. Memang aku dah janji ngan dia dulu nak bagi dia teddy bear tapi sekarang aku pulak ekonomi meleset. memang diluar jangkaan aku akan jadi cam nie. Mujur dia paham dan tak marah. Kalau tak habislah aku. Waaa aku memang takde duit nie hanfonpun dah lama giler tak topup. Aku risau gak pasal aina sebab banjir kat kuantan. Nasib baik dia dah balik rumah but i still worry about her and her family. Biasalah awek kesayangan. I hope their will safe. Maybe this jumaat i akan balik umah but not sure coz kena tengok belanjawan dulu hehe. Kalau belanjawan kantoi maknanya tak baliklah aku. aku nak buat birthday party for zura but tak cukup bajet so maybe next week i akan buat for her. Sebenarnya dah lama gak aku tak tulis dalam jurnal nie sebab internet problem. Ni pun masalah gak bila bukak dia ada error on page. Entah bila akan berakhirnya segala masalah nie waaa.

Sunday, December 05, 2004

Hari nie hari ahad

Hari nie aku kat bandar. Jurnal nie aku buat kat CC. Selalu kat ofis so sekali sekala aku tukar angin lak. Sebenarnya aku tak tau nak buat apa. So aku datanglah ke sini..Ingat nak main PS2 tadi tapi orang penuhlak so tu datang sini. Start esok aku praktikal sorang je lah kat ofis tu..Aku ingat minta habis awallah bukan apa cuma bosan jee kat situ sesorang. Hari nie pun aku tak tau nak buat apa. Waaa bosannya duduk kat sini...Rasa nak menanggispun ada....

Friday, December 03, 2004

Hari terakhir memberku

Hari nie hari last member aku praktikal kat ofis nie. Start minggu depan aku sorang je lah kat ofis nie waaa bosannya..Kalau tetiba dapat kerja banyak ahh mampus aku nak buat sorang. Aku habis praktikal sampai hujung bulan nie memang muntah aku kat sini. Dari seramai 7 orang sekarang dah tinggal sorang. Memang terasa sunyilah lepas nie..sedihpun ada rasa camnie...makan sorang..cakap sorang...gile rasa..Dah takde lawak bodoh dari semua orang kat sini..memang sunyilah rasa...

Wednesday, December 01, 2004

Beraya tak habis lagi

Hari nie hari rabu. Aku baru balik dari rumah kak Piah. Dia buat rumah terbuka. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Rasa cam biasa still boring. Myrakan baru aku dah siap. Cuma tinggal nak edit sikit je lagi. Aku dapat coding baru camana nak letak lagu. Sekarang nie tak payahlah susuah nak cari lagu lagi haha. Cerita sembilu malam tadi cam biasa masih tak ada perkembangan baru. Still berkisar pada masalah hetty dan syamsul. Dan cam biasa zaidi nagan diana masih buat hal. Tetiba lak ada tomok dalam cerita tu. Ntah apa-apa lak. Dressing cam waiter. Aku ingat waiter rupanya member zetty lak. Makin berbelit cerita tu sekarang. Akupun tak tahu bila habis. Aku cuma harap cerita tu habis sebelum aku mula ada program yang akan menyibukkan aku dari tengok tv.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...