Followers

Tuesday, November 30, 2004

Aku gothic ke sekarang

Hari ni aku baru buat akaun baru kat myrakan. Sekarang nie aku minta lak pada gothic. Akupun tak tahulah gothic nie apa budaya ke atau relegion tapi yang pasti ia merupakan satu trend baru kat jepun. Dressing black, solek cam hantu kalau pandang cam black metal. Aku minat sebab cara dressing dia cambest lagi satu cam costplay pulak. Aku minat costplay sebab tu aku minat gothic lak. Aku pakai nama zatoichi. Nanti aku update lagi kat myrakan yang baru tu.

Monday, November 29, 2004

Sembilu

Andainya ada cinta lagi
Kanku petik subur mekar mewangi
Tersimpul rindu dua hati
Berputik warna-warna sang pelangi

Resah kian menghimpit hati
Kabus menyelubungi dipagi hari
Cintakan datang dan pergi
Mengimbau kembali sebuah memori

Kini semua sudah berlalu
Ku terhiris bagaikan sembilu

Kau pergi
Bersama angin yang menghiris kenanganku
Gugurnya
Bebunga cinta yang mekar di hati ini

Namun ku mengerti
Dirimu telah pergi
Ku terhiris bagaikan sembilu

Aku betul-betul sedih bila dengar lagu ni..Tak tau kenapa nasib aku malang sangat..

"Diriku sering dijadikan permainan waktu,
Cinta sering menghantarku kelembah kekecewaan,
Segala yang ada pasti dirampas,
Segala yang diingini pasti terkandas"

Hari Isnin yang membosankan

Hari ni hari isnin. Rasa malas betul nak pergi ofis hari nie. Bosan betul. Minggu ni minggu terakhir member aku praktikal kat sini. Start minggu depan aku boringlah sebab ramai yang dah abis praktikal. Apesallah aku praktikal lama sangat. Sampai nak muntah aku duduk kat sini. blog aku ni lak cam ada masalah. Tak tau apasal. Nantilah aku tengok apa problem dia.

Saturday, November 27, 2004

Bosannya hari ni

Hari ni aku rasa macam sial. Bosan gile kat sini. Rasa nak termuntah bila komputer. Semalam takde benda best cuma gi beraya jee. Hari ramai yang tak datang keje. Bising lak tu kat sini sebab ada orang pasang air-cond. Tak tau nak buat apa. Aku rasa jap lagi aku nak fly lah lepak terminal. Mesti banyak amoi hari nie. Anyway tadi aku ada buat satu blog baru kat xfresh.com. Web site tu pun macam sial ntah sapelah yang buat berterabur je dia punya content.

Thursday, November 25, 2004

Akhirnya Aku Berjaya

Tentu ada yang masih ingat tentang sebuah pc yang aku guna terkena kurap. Dan akhirnya aku berjaya memformatnya setelah dapat driver dari Abang Nizam. Macam sial nak format sebab banyak masalah yang timbul. Mulanya aku guna cd 98 pastu tak tau kenapa fail windows tu tak diinstall. Tunggu bagai nak rak tapi tak jadi. Akhirnya aku guna cd driver komputer ni. Bestlah pc sebab cd driver dia ada siap windows 98 so kita leh format and install automatik. Tapi aku cuak juga sebab last-last dia mintak no siri win 98 original so last aku bagi no siri cd pirate. Berjaya gak microsoft nie kena tipu. Hari takde story best sebab aku sibuk format pc ni so tak banyak main internet. Internet pc nie lak lembab cam lipan berkaki 3. Satu lagi problem..Entah bilalah berakhirnya problem dalam hidup aku nie.

Wednesday, November 24, 2004

Kebosanan Ku

Hari ni hari rabu. Semalam cerita sembilu masih tiada perkembangan yang menarik tak macam di awal cerita dulu. Tadi berlaku kekecohan di chat room malaysia 1 yahoo. Sebab ada budak pakai nick syah buat kacau so aku ngan member aku berpakat nak kutuk kaw-kaw kat dia. Sekarang ni dah jadi kes besar. Lawaklah. Ahhhh aku boring gile kat sini. Tak tau nak buat apa dah. Sekarang aku lagu background. Aku baru jumpa laman web tu semalam. Cuma copy paste je kat laman korang. url dia www.iwebmusic.com Ok juga. Aku rasa nak buat pembaharuan kat jurnal ni tapi nantilah. Kalau banyak sangat coding nanti bermasalah pulak.

Tuesday, November 23, 2004

Aku Kelaparan

Hari ni hari selasa. Aku tak paham apa yang terjadi kat office ni. Semalam cakap nak pergi raya kat umah sorang akak kat sini tapi hari ni cam tak jadi lak. Aku tengah lapar ni. Kalau aku pergi makan kang tak pasal-pasal lak jadi program semalam. Penat aku cam tu. Hari ni aku linkkan satu jurnal baru Nurul Husna. Boleh tahanlah dia punya jurnal. Tapi member dia punya lagi best. Tapi nantilah aku buat. Banyak kerjalah.

Monday, November 22, 2004

Hari Pertama Selepas Raya

Hari ni aku kerja balik. Aku sekarang kat ofis. Bosan kembali hidupku ini. Tadi aku cuba letakkan gambar kawanku kedalam blog ni sebagai kenangan tapi tak boleh sebab dia pakai format pdf. Sekarang ni akupun tak tahu nak buat camana. Lambatnyalah aku habis praktikal. Bulan 12 ni baru habis. Waa waa sedihnya. Semalam aku pergi Time Squre. Best woo luas giler hehehe. Banyak amoi cun.

Friday, November 19, 2004

Hari ni aku betul-betul terkejut. Tadi buka emel aku dan aku mendapat satu berita buruk. Seorang kawan akn telah meninggal dunia. Aku baru dapat tahu setelah lebih sebulan dia pergi. Kami kenal melalui chat room. Walaupun kami tidak pernah bertemu namun aku rasa menyesal dan bersalah pada dia kerana aku tak dapat menunaikan permintaan dia. Dia ingin sangat berjumpa aku tapi aku tak dapat tunaikan permintaan dia kerana sibuk dengan pelbagai kerja dan sekarang aku betul-betul menyesal. Kalau boleh aku ingin tebus kembali kesilapan yang aku buat tapi itu mustahil. Sekarang ni aku betul-betul menyesal. Kenapa dia yang harus pergi dulu. Dia masih muda dan banyak lagi peluang yang harus dia dapat. Di bawah aku letakkan email yang telah dihantar oleh majikan dia. Aku betul-betul berterima kasih diatas jasa baik majikan dia kerana telah memaklumkan kepada aku tentang kehilangan sahabat baikku. Segala kenangan yang dilalui bersama dia tidak akan ku lupakan. Al Fatihah...

Hi Alan Yu Jin...

For your information..I'm Sharifah's office colleaque and I assume you are her friend. No that she doesn't want to reply your email just that she no longer with us.

I need you to be patient and relax and not frighten after reading this email.....Sharifah already pass away almost 1 month plus (October 2004).

Hope you can pray for her...

Take Care.

Wednesday, November 17, 2004

Kehilangannya

Hari ni aku tetiba binggung. Tak tahu kenapa. Hari ni hari raya keempat. Tadi aku mencari album gambar aku bersama lynn tapi aku tak jumpa. Aku tak tahu kat mana letaknya. Aku terus jadi resah bila tak jumpa sebab tulah satu-satunya gambar aku bersama dia. Dan sekarang ni album tu entah kemana. Aku rasa nak menanggis dah ni. Aku sekarang ni jadi tak tentu arah. Runsing memikirkan mana letaknya album tu. Dan lagi satu problem dengan album tu ada negatif filem tu. Kalau aku ada negatif dia takpe sebab aku leh cuci lagi semua gambar tu ni sekarang dengan negatif dia sekali hilang. Waaa waaa mummy...Sedihnya kalau macam ni baik aku mati sajelah..

Monday, November 15, 2004

Raya Kedua

Hari ni hari raya kedua. Tadi fadly member lama aku ajak pergi rumah member depan rumah tapi dia tak ada lak. Last-last berborak ngan kakak ngan sedara dia. Kakak ngan sedara dia member lama kami gak dan dah lama tak jumpa. Tak ingat dah berapa tahun. Macam-macam topik kitaorang berborak tadi. Baru tadi aku baru linkkan satu laman web yang bagi aku best dan kool iaitu adriana. Laman web memang cute dan banyak bahan best. Lagi satu banyak madah yang cambest kat situ. Sebenarnya dah lama gak aku survay website tu dan sekarang ni aku dah ada jurnal sendiri so bolehlah aku link ngan jurnal aku tu. Bila aku baca madah kat situ aku selalu teringatkan lynn..dan kalau aku rasa sepi dan sedih aku selalu hiburkan hati dengan baca ayat-ayat kat situ. Memang aku sokong seratus peratuslah website tu. Tahniah buat kak Ana dan memang aku respek kat dia walaupun tak pernah berjumpa.




Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.



Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.




Cinta

bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
.



Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.


Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.


Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA
. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.


Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.



Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.


Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.



Rasa percintaan lebih pahit
dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap
seperti lautan madu - Raja Pedang
Deir





Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.




Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya
Cinta.


Sunday, November 14, 2004

Suatu Hari di Hari Raya

Hello semua. Hari ni aku gembira sangat sebab hari ni hari raya hahahahahaha best giler. Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hari ni aku tak kira lagi duit raya yang aku dapt tapi rasanya boleh tahanlah. Pagi tadi aku pergi rumah kawan aku keledek. Pastu jumpa member lama lempeng kat umah dia. Mesti ada yng pelikkan apesal member aku semuanya nama pelik tapi tu cuma nama panggilan je. Malam ni nak pergi rumah sebelah pastu gi rumah member depan rumah. Saje je malas nak pergi siang sebab kalau malam tak tau nak buat apa. Rumah aina aku tak tahu pergi ke tak sebab payah takda kawan. Aku memang leh pergi tapi tak sedaplah kalau datang sorang. Buat nya mak bapak dia tanya apa-apa mampus nak menjawap. Bila dah petang gini boring lak. Takde siapa yang datang kecuali budak-budak je. Maybe malam karang aku keluar merayau kat town kot tapi tak tahulah.

Thursday, November 11, 2004

Kenangan Pulang berhari Raya

Fuhhh Bila balik rumah pagi tadi seksanyalah rasa. Tak pernah rasa cam tu. Masa pagi tadi kat seremban ok lagi. bila sampai kat KL tu rasa sakit. Naik bas nak balik Bentong pukul 9.30 pagi. Dah lah kena berdiri ramai oranglak tu. Yang sakitnya masa jalan jem dari terowong dekat Genting Sempah. Memang teruk gile. Buat orang yang tak tahu genting Sempah tu sebenarnya kawan atau area sebelum nak ke Genting Highland. Start dari situ sampailah ke Bentong jalan Jem atau istilah baru menggunakan It ialah hang hahaha. MAkin teruk lepas tol bentong. Kereta bersusun cam semut jee bila tengok. Makin sakit rasa nak nanggispun ada bila kena ikut jalan jauh nak masuk Bentong. Entah siapa punya kerja jalan nak masuk kena tutup. Aku tak tahu apa tujuan mereka. Dalam keadaan panas bas kena pusing ambik jalan jauh baru boleh masuk Bentong. Kalau dalam keadaan biasa takpe ni dalam keadaan hang kereta bergerak seinci seminit waaa nak muntah berdiri dalam bas tadi. Aku sampai umahpun kol 12. Banyak betul membazir masa. Tapi dalam keadaan benggangpun ada gak yang buat aku masih bersemangat iaitu ada seorang awek tu fuhh cun betul. Sekali pandang macam lynn (lynn lagi). Betul sumpah cam lynn. Bila dia pakai tudung, pakai mekap sebijik macam lynn. Aku renung dia lama-lama dan aku yakin bukan lynn cuma seseorang yang seiras dia. Aku rasa mungkin adik dia gak(dia ada adik perempuan). Tapi tak silap aku dia terus pergi Raub(bas yang aku naik dari Kl terus ke Raub) Aku memang taknak tegur atau usha dia sebab aku rasa tu adik perempuan dia walaupun aku tak cam sangat adik dia. Lagipun hati aku dah tertutup nak bercinta dengan orang yang sama tempat dengan aku. Dihari raya terkenang daku kepada sidia. Kampungku indah nun jauh disana. Ayah serta bondaku.. ish ish sensitif betul bila nak raya ni. teringat kenangan manis bersama lynn tahun lepas serta first time beraya bersama awek tersayang..Terasa seolah-olah semua tu berlaku semalam je. Waa panjang juga aku tulis hari ni ye..Oklah akupun tak tahu nak tulis apa lagi hati aku tengah bercelaru ni..Nak layan feeling sesorang jap. Ok babai semua...

Wednesday, November 10, 2004

Sekali gagal bukan bermakna selamanya gagal

Semalam aku buat shoutbox tapi tak jadi. Tak taulah kenapa. Dah pening kepala aku buat semalam. Tadi aku baru perasan ada yang tak kena dengan blog aku ni. Bila aku taip je mesti text terus kebawah. Ada yang tak kena dengan blog ni. Tapi aku pasti sama ada ia berkaitan dengan templat baru ni atau tak. Sebab masa guna templat lama takdepun masalah yang timbul. Ni bila letak gambar dia jadi pening. Yea yea esok nak balik umah. Ahad ni dah raya so tak sabar nak nak balik. Bosan siol duduk kat seremban ni nak pulak duduk kat ofis nie. Waaaa boringnya.



.

Tuesday, November 09, 2004

Maybe kali terakhir aku berjumpa dengannya

Pada 30/10/2004 bersamaan hari sabtu yang lalu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan lynn. Walaupun aku masih menyayangi dirinya tapi aku tak mahu menyusahkan dia lagi. Lagipun dia ada alasan dia sendiri untuk memutuskan hubungan kami dan aku terima apa jua alasan yang diberikan. Aku hormatkan keputusan dia. Biarlah aku membawa diriku yang hina ini kemana saja. Asalkan aku tidak membuatkan dirinya menderita lagi..When will i see u again sayang...

Monday, November 08, 2004

Ahh Bengangnya

Hari ni hari Isnin. Hari sabtu lepas komputer aku dah kena kurap. Langsung tak boleh masuk windows. Nak tak nak kena format. Malas betul nak format. Bukan senang nak format sebab lepas tu kena install driver. Lagipun aku takde driver komputer tu ahh susahnya hidup kat sini. Nak pakai komputer yang ada internet kena kongsi lak. Tinggal 3 hari lagi nak balik raya yea yea. Khamis ni aku nak balik Bentong nak main mercun hahaha. Raya hari ahad so raya ni aku ambik cuti seminggu hua hua hua. Malas nak datang ofis. Bosan kat sini. Laparnya rasa. Dua tiga hari ni aku suka usik aina. Sent mesej sedih kat dia pastu mesti dia cuak. Hahaha lawaklah aina ni. Tak taulah apesal aku sayang sangat kat dia padahal bukan aku penah jumpa diapun. Cuma raya ni aku cadang nak datang ke rumah dia masa tulah baru first time jumpa dia huhuuhu. Tak taulah camana rupa dia yek hehe.

Friday, November 05, 2004

Hari ini hari jumaat

Alamak boringnye setiap hari kat sini. Hari-hari main internet rasa nak termuntah dah. Tadi aku ada main game baru. King Celtik. Gambar dia cantik 3d tapi tak sedap sangat main dia. Tak boleh buat bangunan, nak kawal vilagger tak boleh. Nak tambah emas ngan makananpun payah. Kalau nak main masa boring leh lah. Tadi aku ada letak satu link baru kat weblog ni. Weblog diapun leh tahan gak lah. Lagipun dia ada letak sekali text so senang aku nak buat link. Aku sebenarnya tak tau camana nak buat link hehehe. Tu sebab kalau sesaper ada sediakan text aku ambik terus bubuh kat sini sebab aku nak ramaikan orang kat sini hehe. ada seorang kawan aku dia cakap nak letak link dia kat sini tapi entah bila akupun tak tau. Dia tu sibuk memanjang. Entah apa kerja yang dia buat akupun tak tahu. weii che mat kau buat apa haa. Lama tak dengar story kau. Rindulah hehe.

Thursday, November 04, 2004

Memori Cinta Luka

Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmra melewati
Kala sendu

Tersurat prpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bridge:
Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna


Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri


Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri





Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Nak Balik Kampung waaaa

Tadi aku terbaca weblog selendangbiru. Leh tahan gak weblog dia. Aku tak pahamlah camana diorang ni leh buat ayat-ayat baiknye. Bila aku try mesti nak merepek je. Maybe aku ni memang tak boleh nak buat ayat formal. Ni la masalah kalau berkawan ngan budak kecik je sampai tak boleh nak pikir masa depan. Masa aku check weblog selendangbiru tadi aku terbaca tentang makana kegemaran dia. Akupun ada makanan kegemaran iaitu ikan patin masak tempoyak. Biasalah orang pahang mana leh lepas dari ikan patin ngan tempoyak. Kalau mak aku masak memang best. Aku suka hirup kuah dia takpun makan ngan roti ataupun cekodok. Aku suka gak makan asam pedas ikan sembilang. Mak aii sedapnya..Meleleh rasa air liur aku sekarang ni. Dah lah pose sekarang ni. Aku rasa aku nak beli lauklah balik karang. Tapi tak tau nak beli apa. Waaa apa aku mengarut ni. Tak sabar nak balik kg minggu depan. Aku ingat nak balik hari khamis. Jumaat tu malaslah nak gi kerja itupun kalau ada kerja.

Wednesday, November 03, 2004

Kata Pujangga

"Kekurangan bukan satu kedaifan
Kelebihan bukan satu kemuliaan"


"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Tiada saat yang lebih indah melainkan bersama orang tersayang"

Hari ini hari Rabu

Hari ni hari rabu. Macam biasa bosan jee bila kat ofis ni. Aku install Ragnarok tapi takleh main lak. Boring tul. Mengantuknyaa. Aku baca remaja baru tadi. Takde isu best bila nak raya ni. nak topup telepon tadi kedai tu takde dah abis lak. Boring-boring. Malam tadi cam biasa tengok citer sembilu. Waaa rasa nak nanggislah. Sedihnyaa terasa dihati. Bagaikan hatiku dihiris sembilu. Aku rasa tu lah satu-satunya citer melayu yang membuatkan hatiku rasa sedih..

Tuesday, November 02, 2004

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang ditanjung jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kude
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya dipintu syurga..

Aku minat giler lagu ni masa muda-muda dulu. Tak tau kenapa. Aku suka gak tengok cerita ni tapi tak ingat sape yang berlakon terutama masa nyanyi lagu ni lah. Suka nyanyi lagu ni masa nak tidur ataupun menghiburkan hati yang sedih. Duduklak atas buai lagi syadu. Rasa cam puteri raja lak hehehe.

Mengantuknyaa

Waaa. Mengantuknya aku rasa. Semalan tidur kat ofis.hari ni pun sama gak. Aku saja jee masuk blog ni lambat sikit hari ni sebab tak tau nak tulis apa. Semalam aina merajuk ngan aku sebab dia ingat aku nak tinggalkan dia. Ni sebab mesej yang aku sent kat dia. Aku saje je sent ayat manis kat dia. Pastu dia ingat aku serius nak tinggalkan dia. Nak tergelak aku semalam. Cuak giler dia hahaha. Dia tu kadang-kadang mengelabah x tentu pasal. Huaaaaahh. Mengantuknya. Lapar lak tu. Bilalah nak raya. Aku dah lapar ni.

Monday, November 01, 2004

Madah

Tiada ertinya kita menanggis,
Jikalau sekadar perpisahan,
Tiada gunanya kita bersedih,
Jikalau berlaku kematian.

Kita seharusnya bersyukur,
Dan tabah menghadapi kenyataan,
Kerana setiap apa yang berlaku,
Ada hikmah di sebaliknya

Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Dan setiap kelahiran akan diakhiri dengan kematian,
Oleh itu tabahkanlah hati dan bergembiralah,
Dengan orang yang tersayang,
Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya.

Selamat pagi

Hello..Hari ni hari isnin. Boring betul kat seremban ni. Kalau kat pahang tentu cuti hari ni sebab semalam Hari Nuzul Quran. Apesal lah seremban tak ambik cuti. Penat gile rasa. Baru pukul 8 tapi keboringan dah terasa gile. Ahhh aku dah bengang. Malam tadi aku mengarut ngan zura. Dia dah bimbang aku nak tinggalkan dia. Kesian dia. Aku tak bermaksud camtu tapi aku takleh nak ingat apa yang jadi petang sabtu lepas. Pasal lynn lagilah. Aku dah malas nak story. Malam tadi akupun takleh nak tidur. Betul-betul sedih huhuuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...