Followers
Tuesday, November 30, 2004
Aku gothic ke sekarang
Monday, November 29, 2004
Sembilu
Kanku petik subur mekar mewangi
Tersimpul rindu dua hati
Berputik warna-warna sang pelangi
Resah kian menghimpit hati
Kabus menyelubungi dipagi hari
Cintakan datang dan pergi
Mengimbau kembali sebuah memori
Kini semua sudah berlalu
Ku terhiris bagaikan sembilu
Kau pergi
Bersama angin yang menghiris kenanganku
Gugurnya
Bebunga cinta yang mekar di hati ini
Namun ku mengerti
Dirimu telah pergi
Ku terhiris bagaikan sembilu
Aku betul-betul sedih bila dengar lagu ni..Tak tau kenapa nasib aku malang sangat..
"Diriku sering dijadikan permainan waktu,
Cinta sering menghantarku kelembah kekecewaan,
Segala yang ada pasti dirampas,
Segala yang diingini pasti terkandas"
Hari Isnin yang membosankan
Saturday, November 27, 2004
Bosannya hari ni
Thursday, November 25, 2004
Akhirnya Aku Berjaya
Wednesday, November 24, 2004
Kebosanan Ku
Tuesday, November 23, 2004
Aku Kelaparan
Monday, November 22, 2004
Hari Pertama Selepas Raya
Friday, November 19, 2004
Hi Alan Yu Jin...
For your information..I'm Sharifah's office colleaque and I assume you are her friend. No that she doesn't want to reply your email just that she no longer with us.
I need you to be patient and relax and not frighten after reading this email.....Sharifah already pass away almost 1 month plus (October 2004).
Hope you can pray for her...
Take Care.
Wednesday, November 17, 2004
Kehilangannya
Monday, November 15, 2004
Raya Kedua
Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.
Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.
Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit
dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap
seperti lautan madu - Raja Pedang
Deir
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya
walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.
Sunday, November 14, 2004
Suatu Hari di Hari Raya
Thursday, November 11, 2004
Kenangan Pulang berhari Raya
Wednesday, November 10, 2004
Sekali gagal bukan bermakna selamanya gagal
| Semalam aku buat shoutbox tapi tak jadi. Tak taulah kenapa. Dah pening kepala aku buat semalam. Tadi aku baru perasan ada yang tak kena dengan blog aku ni. Bila aku taip je mesti text terus kebawah. Ada yang tak kena dengan blog ni. Tapi aku pasti sama ada ia berkaitan dengan templat baru ni atau tak. Sebab masa guna templat lama takdepun masalah yang timbul. Ni bila letak gambar dia jadi pening. Yea yea esok nak balik umah. Ahad ni dah raya so tak sabar nak nak balik. Bosan siol duduk kat seremban ni nak pulak duduk kat ofis nie. Waaaa boringnya. |
.
Tuesday, November 09, 2004
Maybe kali terakhir aku berjumpa dengannya
| Pada 30/10/2004 bersamaan hari sabtu yang lalu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan lynn. Walaupun aku masih menyayangi dirinya tapi aku tak mahu menyusahkan dia lagi. Lagipun dia ada alasan dia sendiri untuk memutuskan hubungan kami dan aku terima apa jua alasan yang diberikan. Aku hormatkan keputusan dia. Biarlah aku membawa diriku yang hina ini kemana saja. Asalkan aku tidak membuatkan dirinya menderita lagi..When will i see u again sayang...
|
Monday, November 08, 2004
Ahh Bengangnya
| Hari ni hari Isnin. Hari sabtu lepas komputer aku dah kena kurap. Langsung tak boleh masuk windows. Nak tak nak kena format. Malas betul nak format. Bukan senang nak format sebab lepas tu kena install driver. Lagipun aku takde driver komputer tu ahh susahnya hidup kat sini. Nak pakai komputer yang ada internet kena kongsi lak. Tinggal 3 hari lagi nak balik raya yea yea. Khamis ni aku nak balik Bentong nak main mercun hahaha. Raya hari ahad so raya ni aku ambik cuti seminggu hua hua hua. Malas nak datang ofis. Bosan kat sini. Laparnya rasa. Dua tiga hari ni aku suka usik aina. Sent mesej sedih kat dia pastu mesti dia cuak. Hahaha lawaklah aina ni. Tak taulah apesal aku sayang sangat kat dia padahal bukan aku penah jumpa diapun. Cuma raya ni aku cadang nak datang ke rumah dia masa tulah baru first time jumpa dia huhuuhu. Tak taulah camana rupa dia yek hehe.
|
Friday, November 05, 2004
Hari ini hari jumaat
Thursday, November 04, 2004
Memori Cinta Luka
Dalam sendu membelaiku
Asmra melewati
Kala sendu
Tersurat prpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala
Bridge:
Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna
Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini
Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu
Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara
Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari
Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri
Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu
Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara
Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari
Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri
Pelangi Petang
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
Nak Balik Kampung waaaa
Wednesday, November 03, 2004
Kata Pujangga
Kelebihan bukan satu kemuliaan"
"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
"Tiada saat yang lebih indah melainkan bersama orang tersayang"
Hari ini hari Rabu
Tuesday, November 02, 2004
Gurindam Jiwa
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang ditanjung jati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kude
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya dipintu syurga..
Aku minat giler lagu ni masa muda-muda dulu. Tak tau kenapa. Aku suka gak tengok cerita ni tapi tak ingat sape yang berlakon terutama masa nyanyi lagu ni lah. Suka nyanyi lagu ni masa nak tidur ataupun menghiburkan hati yang sedih. Duduklak atas buai lagi syadu. Rasa cam puteri raja lak hehehe.
Mengantuknyaa
Monday, November 01, 2004
Madah
Jikalau sekadar perpisahan,
Tiada gunanya kita bersedih,
Jikalau berlaku kematian.
Kita seharusnya bersyukur,
Dan tabah menghadapi kenyataan,
Kerana setiap apa yang berlaku,
Ada hikmah di sebaliknya
Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Dan setiap kelahiran akan diakhiri dengan kematian,
Oleh itu tabahkanlah hati dan bergembiralah,
Dengan orang yang tersayang,
Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya.