Followers

Friday, October 29, 2004

Hari ini hari jumaat

Apa kabar. Semalam aku tak masukpun jurnal sebab sibuk. Hari ni aku balik umah lagi yea yea bestnya. Demam aku tak elok lagi so akupun tak poselah hehe. Baju raya dah beli semalam cuma tainggal nakl beli hadiah untuk aina jee. Semalam 28 haribulan birthday aina yang ke 19. Happy birthday sayang. Hari ni aku half day je. Sebab nak balik hehe. Maybe malam ni aku update sikit lagilah kat umah. Oklah ni aku pakai pc lain sebab pc lama aku dah kena ambik. Pc ni macam sial banyak virus lak tu. Bahaya siol. Oklah akupun tak tau nak tulis apa lagi. Oh yaa semalam aku makan kerepek ubi rempah. Best siol.

Wednesday, October 27, 2004

Hari ini hari terakhir komputerku

Hari ni hari rabu. Petang nanti komputer aku kena ambil. Tak tahulah sama ada aku boleh update lagi blog ni ke tak hanya takdir yang menentukan. Aku tak sihat lagi hari ni. Kepala pening lagi. Malam tadi aku tengok cerita sembilu. Menyampah betul tengok azza malam tadi tergedik-gedik je. Sedih siol tengok cerita sembilu. Aku terasa seolah-olah aku berada dalam cerita tu. Sebenarnya masalah yang dialami fendi seakan masalah aku setelah aku berpisah dengan lynn. Masih setia menyintai walaupun tiada lagi disisi. Dan lagu sembilu yang diakhir cerita tu betul-betul menusuk kedalam hati dan perasaanku. "Kau pergi bersama angin yang menghiris kenanganku, gugurnya bebunga cinta yang mekar dihati ini namunku mengerti dirimu telah pergi, kuterhiris bagaikan sembilu". Saat paling menyeronokkan masa tengok cerita sembilu masa aku study kat melaka. Aku selalu tengok kat cc. Ada tv kat sana dan kebetulan aku kamcing ngan tokey tu. So aku leh tengok tv bebila masa je hehe. Aku tengok dengan kawan-kawan aku zuar, wan, che mat, west lawak tul. Macam-macam spekulasi kitaorang buat semua minat kat hetty. Semua tu tinggal kenangan sekarang. Akupun tak tahu semua bebudak ni pergi..Semua kenangan yang korang berikan tidak akan kulupakan sepanjang hayatku..

Tuesday, October 26, 2004

Madah Pujangga

Kita tahu pelangi itu indah. Tetapi hanya untuk dipandang. Bukan untuk dimiliki. Detik yang terindah juga hanyalah sementara. Lalu apakah yang terindah untuk kita miliki buat selama-lamanya.

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti kita akan bertemu. Seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu,walaupun dekat selalu Kau takkan menjadi kepunyaanku.

Jangan kerana guruh dilangit, air ditempayan kau curahkan. Jangan kerana kerdipan kaca, zamrud ditangan kau buangkan. Jangan kerana buih yang indah, bumi yang nyata kau tinggalkan. Mengapa ada derita bila bahagia tercipta. Mengapa ada hitam bila putih menyenangkan.
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Bagai karang di dasat lautan
Tak terusik di landa badai

Dalam sukar hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda segunung kurniaaNYA

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran tuhan

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu ....

Rindu Kamu Semua

Hari ni hari selasa. Semalam aku tak datang ofis sebab demam. Hari sabtu pulak sebab aku sakit perut hehe. Lagipun sekarang ni memang aku dah malas nak datang tak tau kenapa. Kepala aku pening lagilah demam nipun bukannya elok lagi tapi kena datang juga huhuuhu. Sedihnyalah hari ni. Hari ni mesti boring. Aku tak taulah kalau ada orang yang masuk tengok blog aku ni. Kalau ada aku ucapkan terima kasih sebab sudi meluangkan masa masuk ke weblog yang tidak seberapa ni.

Friday, October 22, 2004

Hari Ini Hari jumaat

Waa boring lagi sekali melanda aku..petang nanti aku nak jumpa zura kat Terminal. Tapi duit aku takde pulak camana ni mampus aku siol. Ni mesti nak kena belanja dia makan pastu aku lak balik naik teksi lak tu susah susah. Jangan petang ni hujan lagi dahlah. Tapi aku tengok langit gelap semacam je. Aku dah lama tak masuk ke blog jurnalalam. Aku suka tengok komen dia. Ayat power biasalah orang dah "tua" punya blog mesti powerkan. Bila aku tengok blog aku dah semacam jee kandungan. Tak tau nak tulis apa sebab tak ada apa kerja yang dibuat. Semalam aku cuma buat inventory komputer je itupun sekejap je. Sebenarnya aku ni sekarang pening kepala. Aku tak tau nak buat camana sekarang. Antara aina dan zura...aku taknak mengecewakan kedua-duanya dan aku masih lagi menyintai lynn..Betul-betul cari penyakit..tapi aku rasa aku lebih menyayangi aina dari zura dan kalau lynn balik padaku dah tentu aku terus pilih lynn sebab tiada siapa yang paling aku cintakan selain dia. Mesti ada yang menyatakan aku ni kasanova mahupun penipu tapi sebenarnya jikalau aku diberi pilihan, aku mahukan pilihan yang membolehkan ketiga-tiga mereka menjadi milik aku hehe..Sape taknak kawin 3 beb. Oklah akupun tak tau nak tulis apa so chow dulu buat hari nie. Esok jumpa lagi bye-bye..

Thursday, October 21, 2004

Hari ini hari khamis hehe

Hari ni sekali lagi aku bosan..Tak tau nak tulis apa..Dari pagi sampai petang aku main game caeser 3..Dah jemu siol. Sekarang ni aku cari gambar sailormoon. Aku minat giler kat sailormoon. Aku start minat kat manga tu masa form 2 lepas tu aku kumpul banyak koleksi dia. Aku cuba letak gambar sailormoon dalam blog ni tapi tak jadi lak. Tak tau kenapa...Ahhhh aku bosan giler kat sini. Dah lah lapar lak tu..Bila nak raye ni ish ish ish..Kepada che mat kalau kau baca blog aku ni..aku ucapkan trimas dan selamat hari raya..weii apesal kau bau rokok pallmall nie..Kau tak pose ye hahaha kantoi kantoi..

Wednesday, October 20, 2004

Akhirnya Ku Berjaya

Semalam aku tak datang kerja. Aku pergi test JPJ semalam. Akhirnya aku berjaya walaupun aku kantoi 4 hehe. Aku habis test kol 9 tapi aku malas nak pergi ofis so aku balik tidur hehehe. Lagipun kalau aku pergipun bukan ada kerja so lebih aku lepak rumah. Ahhh bosannya..hari ni dah 6 hari pose..yea yea tak lama lagi nak raya.

Monday, October 18, 2004

Hanya Kesedihan...

Tiada gunanya hidup lama tanpa cinta,
Dan tiada ertinya cinta tanpa persefahaman.
Kerana cinta membawa kebahagian,
Dan cinta juga membawa kesengsaraan.

Keboringan Melanda Diriku

Hari ni hari Isnin, Hari yang paling aku boring. Membosankan bila datang ke ofis. Boring giler siol. Dahlah perasaan aku tak ok lagi, lapar lak lagi leh buat aku nak mengamuk je kat sini. Mengantuknya rasa bila datang ke tempat yang aku rasa paling membosankan dan entahlah panas je rasa kat sini.

Saturday, October 16, 2004

Pertemuan Yang Tidak Disangka

Hari ni hari sabtu. Aku sekarang berada di bentong kat rumah. Petang tadi aku kelaur ngan member aku tetiba aku terjumpa seseorang paling aku rindui...Aku jumpa lynn. Setelah beberapa aku tak berjumpa dia tetiba je dia muncul di depan aku. Aku bukan orang yang jenis gila tak tentu pasal. Aku tak terus pukul dia ataupun marah tak tentu pasal walaupun dia pernah melukakan hati aku. Aku slow talk dengan dia, tanya kenapa dia meninggalkan aku tanpa pesan. Walaupun puas aku pujuk tapi dia tetap enggan menceritakan hal sebenar. Akhirnya aku mengalah aku taknak keruhkan suasana dan buat dia menanggis di depan orang ramai. Aku tanya dia apa keputusan dia sekarang dan jawapannya memang melukakan hatiku..Dia meminta supaya membawa haluan sendiri dan aku hormat keputusan dia. Aku tiada hak ke atas dia walaupun aku sangat menyintai dirinya. Aku telah berusaha, berdoa malah sembahyang hajat lagi supaya dia dijodohkan denganku namun Tuhan tetap berkuasa di atas segalanya. Aku tidak dapat melawan takdir yang telah ditentukan keatasku. Ketika berhadapan dengan dia tadi memang nampak aku cool dan tenang namun di dalam hati ini hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya dan terasa hidup ini tidak bererti lagi. Akhirnya aku mengalah dan menerima keputusan dia walaupun jauh disudut hati aku masih berharap dia akan pulang kepangkuanku. Abang sentiasa merindui dirimu sayang.

Friday, October 15, 2004

Kehidupanku seharian

Sekarang ni pukul 10.45 pagi. aku rasa sungguh bosan sekarang. Rasa nak balikpun ada. Tak tahulah kenapa aku rasa sungguh bosan bila datang ke ofis ni. Rasa menyampahpun ada. Mengantuk betul. Tadi aku turun ke kantin sekejap beli teh tarik. Aku rasa rimas,menyampah,benci dan rasa nak mengamuk bila duduk kat ofis ni. Aku rasa tenang bila duduk di bawah.

Duduk sambil menikmati teh tarik boleh menenangkan aku buat sementara tapi sampai bila. Aku rasa kalau lama lagi aku stay kat sini aku leh gila jadinya. so nak taknak aku kena tulislah apa apa saja yang terlintas di fikiran aku sekarang nie. Aku sekarang ni minat lak dengar lagu Broery Marantika - biarlah bulan bicara sendiri. Tak tau kenapa tapi aku rasa tenang dan happy bila mendengarnya.

Arhhhhh aku dah tak paham apa yang aku tulis ni. Mengarut jee rasanya tapi biarlah bukan ada orangpun yang sudi nak baca jurnal aku ni. Sapelah aku ni...cuma seekor semut di tengah sekumpulan gajah. Biarlah bulan berbicara sendiri, Biarlah bintangkan menjadi saksi takkan kulangi walau sampai akhir, cukup derita sampai di sini. Aku memANG RASA DERITA. rASA DERITA HATI DAN PERASAAN. aKU MEMANG RASA NAK GILA KAT SINI. wOIIIIII sesape kat luar tu tolong lahhh oiii.

Teringat kisah ku di malam itu Sejak bertemu ku rindu selalu Tak dapat aku melupakan oh wajah mu Telah menjadi lukisan di hati ku
Bagaikan burung yang terbang berkicauan Riang hati ku kau jadi kekasih Tak ingin aku akan perpisahan Hidup ku ria tiada mengenal sedih
Tiada ku sangka mendungkan menjelma Datang menggelapkan sinaran hidup ku Belum puas ku merasakan hangatnya Dingin terasa di seluruh tubuh ku
Masa berlalu kini kau telah berjaya Malangnya aku telah kau lupakan Tiada ku sangka begini jadinya Akan ku hadapi sebagai satu cabaran
Waktu ku sepi ada yang hampiri Memberi kasihnya sebagai pengganti
Telah ku lupa segala sakit di hati Malangnya kini kau ingin kembali
Tak mungkin aku akan menerima mu Dan melukakan hati kekasih ku Lupakan saja apa yang berlaku Jadikan ini satu kisah hidup mu
KOMUNITI teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia kini boleh berkomunikasi secara langsung menggunakan enjin pesanan ‘tmnet messenger’ hasil kerjasama TM Net Sdn Bhd (TM Net) dengan Airocom Technology Berhad (Airocom).

Lebih 2.2 pelanggan TM Net boleh memanfaatkan perkhidmatan baru ini yang membolehkan pengguna menghantar/menerima pesanan dari atau ke e-mel yang mampu dicapai menggunakan PC dan telefon bimbit.Pengguna juga boleh memeriksa, mencipta dan menghantar e-mel menggunakan telefon bimbit dan boleh berbual (chat) dengan rakan yang juga menggunakan telefon bimbit. Berbual atau chat ini biasa dilakukan menggunakan PC.Pengerusi Airocom, Datuk Ali Abdul Kadir, berkata kelebihan perkhidmatan ini ialah gaya baru yang menyeronokkan untuk menghantar atau menerima pesanan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang disokong oleh semua pengendali telekomunikasi mudah alih.“Buat masa ini ada tujuh perkhidmatan disediakan berasaskan enjin tmnet messenger ini. Antaranya termasuk Mencipta SMS, Berbual SMS, E-mel SMS, Pemberi amaran E-mel SMS, Kandungan Mobile, Kalendar Pesanan dan Perbualan Selebriti,” katanya.“Ia berlainan dengan enjin pesanan sedia ada kerana tmnet messenger boleh dicapai menggunakan telefon bimbit. Airocom sentiasa mencari pembaharuan dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam usaha meneroka peluang dalam industri perisian negara,” katanya lagi.Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani perjanjian antara Airocom dengan TM Net di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TM Net, Datuk Baharum Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Airocom, Zainal Aman Shaari dan Pengurus Besar Pemasaran TM Net, Zainab Hashim.Baharum berkata, pesanan segera adalah gaya berkomunikasi masa kini. Ia membolehkan maklumat disalurkan dengan pantas dan mampu dicapai di mana saja, di samping memberi keupayaan berbual dengan kaedah baru.

Today is Today

Hari ie hari khamis. Esok jumaat dan juga bermulanya puasa...baguskan start pose hari jumaat ambik berkat. Hari aku datang awallah gak ke ofis. Tak pasal-pasal ambik kunci. Hari ni tak tau lagi camana tapi aku harap takdelah malang untuk aku hari nie.

Sebenarnya hari nie bercadang nak keluar dengan Zura tapi dia nak balik kg lak pulak...ish ish ish...bosan tul...Sebenarnya aku nak usha dia tapi aku selalu takde masa. Kalau lambat lak kang terlepas pulak..ni yang buat aku pening ni..adus..Camana aku nak cakap ngan dia ni...

Selamat berpuasa

Hari ni hari jumaat. Hari ni hari pertama puasa dan juga tengah hari kang aku nak balik umah huhuuuhu seronoknya. Sekarang ni aku tetiba je rasa lapar. Bila aku tengok jam rupanya dah kol sembilan. Memang time aku makan sekarang ni rupanya patutlah lapar..Duitpun takde cuma cukup tambang balik je ish ish ish sedihnyaa

Thursday, October 14, 2004

Dah petang dah

Sekarang ni dah kol 2.20 petang..Mood aku dah ok skit lepas makan tadi..Petang esok aku nak balik bentong hehehe bestnya tak saba nak balik. Dah boring duduk kat seremban ni.

Khas untukmu Lynn

Berat bebankuMeninggalkanmuSeparuh nafas jiwakuSirna...
Bukan salahmuApa dayakuMungkin benar cinta sejatiTak berpihak pada kita
KasihkuSampai di sini kisah kitaJangan tangisi keadaannyaBukan kerana kita berbeda
Dengarkan...Dengarkan lagu... lagu iniMelodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di JanuariSelamat tinggal kasih sejatikuWow... pergilah
Sayangku....Tanggal 15 januari depan genaplah setahun kau meninggalkan ku namun aku masih menyintai dirimu buat selamanya sayang...
Teringat kisah ku di malam itu Sejak bertemu ku rindu selalu Tak dapat aku melupakan oh wajah mu Telah menjadi lukisan di hati ku
Bagaikan burung yang terbang berkicauan Riang hati ku kau jadi kekasih Tak ingin aku akan perpisahan Hidup ku ria tiada mengenal sedih
Tiada ku sangka mendungkan menjelma Datang menggelapkan sinaran hidup ku Belum puas ku merasakan hangatnya Dingin terasa di seluruh tubuh ku
Masa berlalu kini kau telah berjaya Malangnya aku telah kau lupakan Tiada ku sangka begini jadinya Akan ku hadapi sebagai satu cabaran
Waktu ku sepi ada yang hampiri Memberi kasihnya sebagai pengganti
Telah ku lupa segala sakit di hati Malangnya kini kau ingin kembali
Tak mungkin aku akan menerima mu Dan melukakan hati kekasih ku Lupakan saja apa yang berlaku Jadikan ini satu kisah hidup mu

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:l Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;l Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab. Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya."; danl Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.”Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit. Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.”Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut “adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.”Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: “Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur.”Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu. Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat.





Selalu hadir dirimu

Tak mungkin aku melupakan dirimu
Walaupun sekadar untuk seketika
Di jaluran pelangi
Dan di dada rembulan

Sering sangat tergambar wajahmu
Ku kan selalu menantikan dirimu
Untuk selamanya kau ku sayang
biar musim bersilih
Dan hujan membasahi
Kau tetap abadi di hatiku

Malam...sampaikanlah
Kerinduan kepadanya
Dalam laguku
Ku curahkan hasrat terpendam
Kuntuman kasihku

Tak mampu lagi aku mencintai
Selain dirimu bidadari
Kerana dalam mimpi pun
Selalu hadir dirimu
Jadi suria mahligaiku.

Khas buat Lynn yang tersayang semoga bahagia selalu dan menemui orang yang boleh menjaga dirimu dengan baik sehingga akhir hayat...

.

I will always love u lynn

"We don't even talk anymoreAnd we don't even know what we argue about...
..Let's don't wait till the water runs dryWe might watch our whole lives pass us byLet's don't wait till the water runs dryWe'll make the biggest mistake of our livesDon't do it baby"

water run dry, boyz II men.

Sebenarnya aku sendiri tak tau apa masalah aku dengan dia. Yang aku tau tetiba je dia mintak pisah. Dan cara dia minta tu dengan lembut sekali seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan dariku namun aku tau dia mempunyai niat yang baik dan tidak mahu aku terlibat dalam masalah yang dia hadapi. Bagiku dia adalah segala-galanya dan tak mungkin aku akan melupakannya buat selama-lamanya.

Bosannya hidup ini

Hari nie aku rasa sungguh bosan. Bukan apa takde kerja yang menarik minat aku. Lebih-lebih lagi bila nak bulan puasa nie. Dahlah semalam aku ambik test lesen jpj kantoi. Tak taulah pasal apa aku kantoi maybe takde rezeki lagi kot. Minggu depan aku kena retest.

Yea yea jumaat ni aku nak balik umah. Dah boring rasanya duduk kat seremban nie. takde benda nak buat. Entah bila nak abih praktikal kat sini. Apesal tetiba aku rasa lapar haa...hek eleh dah kol 1 rupanya. Nak gi makan lah kejap lagi. Tak taulah ada lauk apa kat kantin tu....

First time blog hehehe

Hari nie 13.10.2004. Pertama kali menggunakan blog nie. Sebelum nie aku guna blog lain tapi cam hampeh. Aku harap blog ni senang digunakan dan nampak cool.

Aku ada gak buat laman web tapi aku rasa cam sial lak bila tengok.http://streamix.bravehost.com. Kalau ada masa korang leh lah tengok. Tapi memang tak ada apa yang menarik. Aku ada gak buat circles www.circles99.com/myfriendz. Selain itu ada gak profail kat www.myrakan.com.

Jumaat ni dah start pose. Ni first time aku pose kat seremban sambil kerja lak tu. Tak taulah camana rasanya. Aku cuma harap hari jangan panas dah ler.

Wednesday, October 13, 2004

Norazelin oh norazelin

Walaupun hati ini terasa dilukai namun aku tidak pernah menyalahkannya kerana perpisahan ini. Aku kenal dengannya ketika aku keluar minum dengan member aku pada suatu malam. Aku berkenan dengannya kerana melihat tingkah lakunya yang lincah dan juga senyumannya. Dan aku rasa memang ia adalah cinta pandang pertama. Pada mulanya memang sukar untuk memujuknya keluar namun setelah puas dipujuk akhirnya dia mengalah mungkin kerana melihat keikhlasan aku untuk berkenalan dengannya.

Setelah kami mengenal hati budi masing-masing akhirnya kami menjadi pasangan kekasih. dan masa tu aku terasa dunia ini ana yang punya. Namun kuharap panas sampai ke esok namun banjir kilat di tengah hari. Aku tak tau apa masalahnya namun aku dapat rasakan yang dia sebenarnya cuma melindungi aku dari dicederakan seseorang kerana dia sememangnya menjadi rebutan ramai. Pada pandangan orang lain mungkin dia adalah gadis yang agak liar namun bagiku dia sebenarnya mempunyai hati yang baik dan penyayang. Dan dia menjadi begitu kerana kurang mendapat perhatian dari keluarga dan hanyut bersama rakan-rakan yang macam gampang. Aku pernah melarangnya dari terus berkawan namun akhirnya aku sedar aku tidak boleh menghalang cuma boleh membimbing dan menjaga dia sebaik mungkin.

Dan aku tahu bahawa dia sememangnya mampu menjaga dirinya dengan baik. Ahhh apa aku merepek nie aku dah tak paham dah apa aku tulis nie ish ish ish...nantilah aku sambung...dah poning kepalo den nie woiii
"Cinta membakar, menghempas, mencabar,dan harus ditelan walaupun pahit,dan akhirnya cinta jua yang bertakhta,menyuluh dalam kegelapan."

Mungkin bagi orang yang tidak bercinta ataupun yang enggan membuka pintu hatinya tidak akanfaham makna ayat di atas namun bagi orang dialam percintaan ataupun pernah mengalaminya akan faham maksudnya...Jadi belajarlah menyintai walaupun tidak dicintai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...